Khamis, 24 November 2011

ليما فورمولا نيء أنور أتسي كونفليك سلاتن تايلاند

5 formula Nik Anuar atasi konflik selatan Thai

Pengecualian Pattani daripada perjanjian Bangkok 1909 ibu segala masalah

PROFESOR Emeritus Datuk Dr Nik Anuar Nik Mahmud sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 28 Oktober 2010 lalu sempat meninggalkan ‘formula’ bagaimana konflik di Selatan Thailand atau Pattani harus ditangani dan diselesaikan oleh kerajaan Thailand.

Formula penyelesaian Nik Anuar ini dibukukan Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia. Bagi menghargai sumbangan pemikiran beliau terhadap masyarakat dan negara, satu majlis Syarahan Kenangan Nik Anuar dilangsungkan ATMA baru-baru ini yang disampaikan Prof Dr Abdullah Zakaria Ghazali dari Jabatan Sejarah Universiti Malaya.
PROFESOR Emeritus Datuk Dr Nik Anuar Nik Mahmud
Ternyata, Nik Anuar sebagai seorang ilmuwan dalam bidang sejarah harus dikenang terutama oleh generasi muda negara ini. Sumbangan dan ketekunan beliau dalam bidang ilmu pengetahuan terutama bidang sejarah Malaysia dan isu persempadanan seperti pembabitan beliau dalam kumpulan penyelidikan isu tuntutan bertindih Pulau Ligitan dan Sipadan serta Pulau Batu Putih.
Satu daripada sumbangan pemikiran Nik Anuar yang penting ialah dalam sejarah Siam atau Thailand. Penumpuan beliau dalam kajian ini membawa Nik Anuar menelusuri penuh teliti punca konflik melanda Selatan Thailand yang sehingga kini belum berkesudahan.

Dalam bukunya, Mencari Perdamaian di Asia Tenggara, Merungkai Konflik di Selatan Thailand, Nik Anuar menjelaskan kegagalan penyelesaian konflik itu berpunca daripada ‘keengganan kerajaan Thailand melihat masalah di tiga wilayah itu dari perspektif sejarah’.

Beliau menambah sejarah sudah membuktikan ibu segala masalah di wilayah itu ialah apabila Pattani dikecualikan daripada perjanjian Bangkok 1909.

Untuk makluman, pada perjanjian Bangkok 1909, hanya Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis saja diserahkan kepada Britain, manakala Pattani yang juga antara wilayah penting kerajaan Melayu-Islam ketika itu kekal sebagai sebahagian tanah jajahan Siam.
Keadaan ini terpaksa dilakukan demi kepentingan Britain di Asia Tenggara iaitu bagi memastikan Siam tidak menjemput kuasa luar lain menguasai Tanah Besar Asia Tenggara. Dalam kata lain, Pattani adalah taruhan bagi menjaga hati Siam walaupun diketahui bahawa ia salah sebuah kerajaan Melayu-Islam yang penting ketika itu.

Pengekalan Pattani sebagai tanah jajahan Siam memburukkan keadaan dan mengukuhkan gerakan penentangan terhadap kerajaan Siam yang sebenarnya sudah wujud sejak negeri itu ditakluki Siam pada 1786.

Sepanjang sejarahnya, Siam sudah menjayakan banyak langkah bagi mengukuhkan penguasaannya di Pattani. Menurut Nik Anuar, antara langkah kontroversi ialah pengenalan sistem Thesaphiban iaitu satu kaedah pentadbiran di mana pentadbiran wilayah dikumpulkan dan ditadbir seorang pesuruhjaya. Menerusi sistem ini, autonomi atau kedaulatan pemerintahan Raja Pattani mula terhakis. Keadaan ini menjadi lebih parah lagi apabila pemerintah Siam memperkenalkan dasar Thai Rathaniyom atau program asimilasi budaya dan adat Thai secara paksaan.

Dasar ini ternyata mendorong kebangkitan perjuangan rakyat Pattani. Mereka mula berasakan jati diri mereka telah diceroboh dan masa depan ketamadunan mereka bakal runtuh menerusi dasar paksaan kebudayaan. Beberapa nama pejuang awal Pattani ialah antaranya Haji Mat Pauh, Tuan Guru Haji Bermin atau Haji Wan Ahmad bin Wan Idris, Haji Hasan dan Haji Abdullah Embung bangkit bagi menghalang usaha penjajahan secara kebudayaan ini.

Inilah sebahagian kutipan ringkas penjelasan Nik Anuar mengenai sejarah konflik dan perjuangan rakyat Pattani bagi mempertahankan maruah dan jati dirinya. Sehingga saat ini, perjuangan ini belum tamat. Ia menjadi lebih rumit lagi sejak berlakunya peristiwa berdarah di masjid Krisek dan pembunuhan di Tabal pada 2004.

Bagi Nik Anuar, konflik di Selatan Thailand ini boleh diselesaikan menerusi formula berikut:

Kerajaan Thailand perlu mempertimbangkan kemungkinan mewujudkan satu bentuk Pentadbiran Istimewa di wilayah majoriti Melayu. Pentadbiran ini akan diurus oleh penduduk tempatan dalam kerangka negara Thailand.

Kerajaan Thailand perlu menerima hakikat akan keunikan orang Melayu. Mereka mesti diberi kebebasan untuk mengamalkan adat resam dan kebudayaan mereka. Kerajaan Thailand perlu mengiktiraf Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi wilayah berkenaan, manakala agama Islam diberi keistimewaan khusus.

Hubungan antara wilayah istimewa dengan kerajaan Pusat perlu berasaskan kerangka federalisme. Wilayah istimewa perlu diberi hak yang adil ke atas hasil kekayaan ekonomi yang dimiliki. Pejuang perlu meletak senjata dan menyertai rancangan penempatan atau demobilisasi.

Pelaksanaan perjanjian ini mesti dipantau oleh badan antarabangsa bagi memastikan kejayaannya.

Begitulah lima formula penyelesaian konflik Selatan Thailand menurut Nik Anuar. Bagi beliau, keamanan di Selatan Thailand harus diberi perhatian kerana ia akan menjamin keselamatan dan keharmonian masyarakat Asia Tenggara secara keseluruhannya. Bagi Nik Anuar, inilah formula terbaik dan ia boleh dijayakan sekiranya kerajaan Thailand ikhlas bagi menamatkan konflik yang melanda sejak sekian lama.

Begitulah sumbangan ahli ilmuwan kepada masyarakat. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar kepada masyarakat dan negara ini. Kita perlu melahirkan lebih ramai tokoh ilmuwan seumpama Nik Anuar. Ahli ilmuwan ibarat pelita penyuluh kegelapan. Dalam syarahan yang diberikan, Prof Dr Abdullah menggelarkan Nik Anuar sebagai ‘Sejarawan Dalam Kenangan’.

Oleh Muhamad Razak Idris

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM. 

sumber malayu: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/5formulaNikAnuaratasikonflikselatanThai/Article/index_htm
sumber thai: http://thai.amannews.org/view/view.php?id=941

Selasa, 15 November 2011

سليمان ناسي: سفغكل هارفن يغ ترسيسا

Sulaiman Nasae : Sepenggal Harapan Yang Tersisa
by: Peristiwa Berlaku

Sabtu ,22 Mei 2010
Sulaiman mencapai tukul dan beberapa batang paku dinding. Sedang dia tekun mengetuk kayu, beberapa lelaki beruniform merapatinya. Sulaiman berhenti memahat. Lelaki-lelaki berkenaan dengan kasar memaksanya bangun dan menyoal dengan bberapa soalan . kemudian mereka membawa dia pergi. Tanpa sesiapa pun yang melihat kejadian itu. Melainkan seekor burung tempua yang mengintainya dari sebalik rimbunan daun pohon machang.
Ahad, 23 Mei 2010
Sulaiman ditahan di Kem Ingkhayutabarihan Mukim Bothong Daerah Nongchik Wilayah Pattani. Sebaik sahaja khabar itu sampai kepada keluarganya, si ibu tanpa berlengah-lengah lagi menyiapkan bekal makanan untuk dibawa kepada Sulaiman. Sedang hatinya tertanya-tanya apa salah anaknya? Mengapa dia ditahan? Dalam sela waktu yang sama, si ibu tidak putus-putus berdoa, moga anaknya itu tidak diapa-apakan.
Si ibu dan si ayah dibenarkan untuk masuk berjumpa dengan anak sulung mereka. Sayang, mereka tidak dapat bersua muka untuk satu jangka waktu yang lama. Setelah bekas makanan berpindah tangan, si ibu dan si ayah diarah pulang. Dalam pertemuan singkat itu, si ibu dan si ayah perasan perubahan pada wajah anak mereka. Bagaimana tiada darah yang mengalir ke muka. Pucat lesi.
Dengan perasaan bergulat hampa, si ibu dan si ayah pulang tanpa mendengar suara Sulaiman. Mujur, wajah Sulaiman sempat ditatap. Sekurang-kurangnya mereka tahu saat itu Sulaiman masih lagi bernyawa.
Situasi demikian berlangsung selama empat hari.
Khamis, 27 Mei 2010
Pada hari kelima Sulaiman ditahan, si ibu dan si ayah tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya. Puas si ibu dan si ayah memujuk rayu memohon belas kasihan daripada para pegawai. Sekurang-kurangnya beri mereka kesempatan untuk menatap wajah anak mereka walau sekadar satu kerlipan mata. Seperti hari-hari sebelumnya.
Namun permintaan mereka dianggap tidak ubah seperti angin petang yang sekali lalu bertiup menyapa wajah.
Badai kegalauan mula merempuh benteng dada si ibu. Andaian demi andaian mula bergayut di pangkal hatinya. Seperti ada yang tidak kena. Naluri si ibu yang halusnya membayangi suatu perkara buruk sedang menimpa anaknya. Cepat-cepat dihalau perasaan itu. Biarlah andaian itu hanya jelmaan syaitan sahaja bukan ilham dari tuhan.
Si ayah pula seperti pengembara yang hilang peta perjalanannya. Terhenti seketika di pinggir jalan menatap langit dengan mata dibayangi kebuntuan. Kesedihan turut berlabuh di hati si ayah.
Perlahan-lahan dia memimpin tangan si ibu keluar dari kem tentera tempat anaknya ditahan. Bekalan yang dibawa untuk Sulaiman turut dijinjit pulang.
Malam itu, mata si ibu enggan lelap. Dia membalikkan tubuh sekejap ke kiri dan sekejap ke kanan. Dia memintal-mintal pelbagaian andaian sehingga kusut hatinya. Terus terang, dia tidak mampu bersangka baik lagi. Ditoleh pada suaminya yang sudah lama dibuai mimpi. Perlahan-lahan dia menolak kain selimut, berjalan menuju bilik air dan berwudhuk. Dinihari itu, air matanya mengalir di hadapan Ilahi memohon agar anaknya tidak dianiaya oleh mereka yang kemarau sifat perikemanusiaan.
Jumaat, 28 Mei 2010
Pagi itu, si ayah keluar lebih awal dari biasa. Doanya, moga-moga hari itu dia diberi kesempatan bertemu dengan anaknya. Dia tahu semalaman isterinya tidak dapat tidur kerana bimbangkan keadaan anak mereka. Dia sendiri tidak dapat lena walau zahirnya nampak dia memejamkan mata.
Hari itu si ibu keberatan untuk ikut serta menziarahi Sulaiman. Bimbang dia tidak gagah menerima takdir yang telah tertulis untuk keluarganya. Biarlah dia menanti di rumah sahaja. Mungkin itu lebih baik. Dari muka pintu dia melambai si ayah. Jauh di sudut hati, si ibu mengirim doa agar si ayah tidak pulang membawa khabar duka.
Rasanya tidak sampai setengah jam si ayah keluar , tiba-tiba kedengaran bunyi enjin kenderaan memenuhi perkarangan rumah. Cepat-cepat si ibu keluar menjenguk. Buat kesekian kali hatinya bergetar. Saat matanya menyapa ruang halaman, tampang tubuh Sulaiman menerjah indera lihat. Tanpa membuang masa si ibu berlari-lari anak menuruni anak tangga dan cuba meraih tubuh Sulaiman sebaik sahaja mendekat.
Beberapa askar yang mengiringi Sulaiman segera menghalang. Tubuh tua si ibu ditolak kasar. Baru si ibu perasan, Sulaiman dipakaikan topi sudu di kepalanya. Tidak pernah dalam seumur hidup, si ibu melihat Sulaiman mengenakan topi berkenaan. Sementara sehelai tuala kecil di lilitkan ke leher Sulaiman. Dipanggil Sulaiman berulang kali. Namun, Sulaiman hanya mampu membalas setiap panggilan itu dengan pandangan mata yang redup.
Seperti ada yang tidak kena. Si ibu mengesan wajah Sulaiman yang kian pucat dan tulang pipinya sedikit tersembul. Tangkai hatinya bagai ditetak sembilu saat melihat belahan jiwa yang ditimang penuh kasih sayang diperlakukan seperti binatang.
Askar-askar tadi memanjat anak tangga rumah tanpa ucapan salam. Habis ruang tamu, dapur dan bilik digeledah . Pakaian di dalam almari dicampakkan keluar. Kertas-kertas berterbangan di udara sementara buku-buku bersepah-sepah di atas lantai. Rumah yang pada asalnya kemas tersusun kini tidak ubah seperti tongkang pecah.
Setelah apa yang dicari tidak ditemui, askar-askar tadi turun kembali di halaman rumah, berbicara serius antara satu sama lain sebelum berlalu pergi bersama Sulaiman. Tinggal si ibu terduduk di atas tanah dengan kucuran air mata yang tidak mahu berhenti.
29 Mei 2010
Bangun dari tidur pandangan si ibu jadi berpinar-pinar. Batuk yang tak terhitung peritnya itu menghambat seluruh tenaga tua si ibu. Dia menyeringai sendirian sambil mengurut dada yang berombak deras. Batuk yang meledak membuatkan nafasnya tersekat-sekat. Kelesuan merayap di segenap tubuh. Si ayah meraba-raba dahi si ibu. Panas.
Lalu si ayah membawa si ibu ke hospital walau si ibu berkeras mahu pergi melawat anak mereka. Sebaliknya Norma, adik kepada Sulaiman mengambil giliran menziarahi abangnya di kem tahanan.
Malangnya, Norma turut dihalang untuk bertemu dengan Sulaiman. Dia pulang dengan hampa.
30 Mei 2010
Telefon berdering memecah keheningan yang menyelimuti ruang rumah Sulaiman. Tersentak si ibu yang saat itu sedang menyarung jilbab ke kepala. Niatnya hendak melawat Sulaiman lantaran sudah beberapa hari tidak bersua muka biarpun demamnya belum benar-benar kebah. Si ayah cekat mengangkat telefon. Si ibu mendekat.
Jantungnya berdenyut menyalahi tempo melihat awan suram berlabuh pada air muka suaminya. Si ayah terduduk di atas lantai. Telefon di dalam genggamannya terlepas jatuh ke atas lantai.
“Sulaiman sudah tiada lagi. Mereka kata dia mati bunuh diri,” lirih si ayah sebelum sempat si ibu membuka mulut bertanya apa-apa. Mendengar khabar itu, si ibu merasakan bahawa kakinya tidak menjejak tanah. Badan nya ringan terawang-awang di udara sebelum akhirnya tubuh wanita itu jatuh terjelepok di sisi suaminya.
Pohon-pohon Machang yang tumbuh banyak menghiasi sepanjang perjalanan krew kami ke rumah mulah Sulaiman Nesae di Kampung Hutan Machang, Mukim Kadunong, Daerah Saiburi, Wilayah Pattani. Di atas jalan, kereta podi yang kami tumpangi acapkali berpampasan dengan motorsikal-motorsikal yang ditunggangi oleh penduduk tempatan.
“Minyak di Thailand ini mahal. Sebab itu, penduduk di wilayah ini gemar menunggang motorsikal berbanding kenderaan-kenderaan lain,” jelas Nurhayatee Samoh, salah seorang sukarelawan Hak Asasi Perikemanusiaan atau lebih dikenali sebagai HAP.
Baik lelaki baik perempuan tenang menyelusuri jalan berturap tar yang tidak begitu rata di wilayah tersebut. Bagai tiada apa-apa tragedy yang pernah berlaku. Itulah yang dapat kami simpulkan. Namun, di sebalik cerah matahari yang terbias di langit bumi tiga wilayah itu, tidak ramai yang tahu sudah sedemikian banyak darah dan air mata tumpah mewarnai kehidupan sehari-hari mereka.
Setibanya kami di sana, Che’ We Nesae dan Mek Esah sudah sedia menanti. Krew kami diiring naik ke rumah bagai tetamu kehormat. Terharu kami dibuatnya.
Berdiri sahaja di lawang pintu, kami dapat melihat terus ruang dapur. Lantai kayu itu berdetap-detup berbunyi saat dipijak. Rumah beratap dan berdinding zink itu sedikit berbahang lantaran matahari semakin meninggi di dada langit. Almari-almari pakaian dan perkakas pinggan mangkuk disusun kemas. Apa yang menarik hati, almari-almari ini dijadikan dinding untuk membentuk sebuah bilik. Mata kami menangkap alatan memancing terlekap di dinding zink rumah bercat hijau itu.
Di ruang tamu, sudah ramai ahli keluarga dan jiran tertangga mulah menanti.
“Itu alat memancing mulah. Dia gemar sungguh memancing ikan pada waktu terluang,” ujar Mek Esah, ibu mulah. Barangkali dia mengesam beberapa orang dalam kalangan kami asyik memerhati alatan memancing berkenaan.
“Bukan saya bermaksud untuk memuji anak sediri namun ikhlasnya, Sulaiman anak yang baik. Di dalam kawasan kampung ini banyak anak muda yang minum air ketung. Alhamdulillah, Sulaiman tidak terlibat langsung dengan aktiviti-aktiviti yang tidak berfaedah berkenaan biarpun dia tidak mengaji tinggi,” ulas Che’ We Nesae, ayah mullah Sulaiman.
Sulaiman berkawan baik dengan dua pemuda yang bertugas sebagai guru di sebuah tadika dalam kampungnya yakni Abdul Rahman dan Lukman. Ibubapa kedua-dua sahabat baik Sulaiman ini turut hadir di situ.
Tadika atau Taman Didikan Kanak-kanak merupakan satu madrasah atau sekolah yang beroperasi pada hujung minggu yakni pada hari Sabtu dan hari Ahad. Tadika ini mirip dengan kelas KAFA yang dijalankan di negara kita. Istimewanya, tadika ini menjadi satu-satunya wadah untuk membantu generasi muda mengekalkan bahasa melayu sebagai bahasa pertuturan di samping menyalurkan pendidikan agama dan sejarah Kerajaan Fathoni. Di sekolah kebangsaan, anak-anak ini tidak berpeluang berinterkasi dalam bahasa ibunda apatah lagi mempelajari Fathoni.
Guru-guru yang mengajar di tadika juga bukan calang-calang orang. Andai mereka dari golongan yang menyintai hayat jauh berbanding cintakan jihad, atau mengasihi rehat jauh mengatasi kasihkan rperjuangan, atau merindui limpahan nikmat dunia melebihi janji Allah di negeri akhirat, sudah tentu mereka tidak akan berdiri di hadapan anak-anak kecil generasi pewaris masa depan itu. Apa tidaknya, gaji guru-guru tadika ini hanyalah hasil belas ihsan masyarakat tempatan.
Sulaiman sendiri tidak betah duduk diam di rumah saat tenaganya diperlukan di tadika. Setiap kali pihak pengurus tadika menganjurkan aktiviti kepada kanak-kanak yang belajar di situ, Sulaiman pasti tidak ketinggalan untuk turun membantu. Walau sekadar membantu menyiapkan pentas untuk acara kanak-kanak.
Dia sedar dia dia tidak berpelajaran tinggi namun itu tidak dijadikan alasan untuk berpeluk tubuh di rumah sedang sahabat-sahabatnya bertungkus lumus membantu anak-anak bangsa Fathoni mengenal agama dan tuhan.
“ Sesungguhnya setiap kamu adalah penjuru dari penjuru-penjuru Islam, musuh akan menyerang dari penjuru kamu, maka pertahankanlah penjuru kamu itu.”
Sulaiman tahu, dia juga memegang penjuru dari penjuru-penjuru itu. Justeru, dia sedaya mampu mahu mempertahankan agama dan bangsanya dari penjuru yang dikawal. Sungguhpun dia tahu natijah yang bakal diterimanya suatu hari nanti.
Kehadiran tadika –tadika ini tentu sahaja mengundang ketidak selesaan pihak kerajaan. Mereka mengintip dan melemparkan tuduhan yang pelbagai terhadap tadika. Guru-gurunya terutama kaum Adam, diburu kerana menanam benih perjuangan dalam diri anak-anak kecil ini. Selalu sahaja pihak tentera dan pihak polis membuat huru hara di taman-taman ilmu ini.
Atas alasan inilah, Abdul Rahman dan Lukman diburu. Kini, mereka terpaksa berhijrah ke daerah asing untuk menyelamatkan diri.
Dek kerana tidak dapat memberkas Abdul Rahman dan Lukman, Sulaiman yang dikesan bergaul rapat dengan mereka dikambinghitamkan oleh pihak tentera. Sehingga nyawa Sulaiman akhirnya menjadi taruhan.
Lebih malang lagi arwah Sulaiman disahkan meninggal dunia kerana mengantung diri diri. Kematian yang paling hina dalam agama. Fitnah yang dilemparkan itu merobek-robek maruah Sulaiman sekeluarga.
Kesan-kesan luka ditubuh Sulaiman membuatkan banyak pihak sangsi dengan punca sebenar kematian Sulaiman. Ketika jenazah dibawa pulang ke rumah, Che’ We Nesae mengesan tengkuk anaknya patah. Apabila ditanya kepada pegawai kerajaan, dengan mudah mereka menjawab hal itu adalah perkara biasa yang berlaku kepada mereka yang menggantung diri sendiri.
Arwah ditemui dalam keadaan tubuhnya tergantung dengan sehelai tuala di jendela. Namun, yang menghairankan, mata arwah tertutup elok. Kebiasaannya, mereka yang mati mengantung diri ditemui dalam keadaan mata terbeliak.
Kelihatan di leher arwah terdapat bekas-bekas luka tersiat dan lebam yang tidak terlihat baru. Bukan di bahagian leher sahaja, malah di beberapa bahagian tubuhnya seperti perut, dada, kaki dan bahagian belakang turut terdapat kesan-kesan luka.
“apabila disoal pada pegawai bertanggungjawab me
“Satu badan telah ditubuhkan untuk menyiasat kes Sulaiman ini. Pihak kami akan melantik peguam untuk melawan kes ini di mahkamah . Sekarang kita tunggu pihak mahkamah panggil. Walau apapun kita tidak boleh terlalu mengharap badan yang ditubuhkan ini banyak membantu. ” Bicara Fahmi Yaakub, pembantu peguam yang bertugas dengan Muslim Attorneys Centre, Thailand (MAC) berbaur sindiran.
Hakikatnya, tragedi hitam yang menimpa Sulaiman ini saling tidak tumpah seperti yang berlaku kepada Imam Jaafar Kaseng dua tahun lalu. Bahkan ada yang menggelar Sulaiman sebagai Imam Jaafar kedua. Sehingga kini, kes Imam Jaafar masih tertunggak dan belum mendapat pembelaan sewaajrnya biarpun telah terang lagi bersuluh siapa yang bertanggungjawab akan kematian imam berkenaan.
Inikan pula Sulaiman. Bukti-bukti untuk membela kematian terkubur bersama-sama dengan jasadnya di dalam perut bumi. Maruahnya yang tercalar turut terbungkus dan terbungkam dalam kain kafan yang menyelimuti tubuhnya. Sungguh, kami sendiri melihat sinar impian itu kelam seperti kelamnya malam saat cahaya bercerai daripada matahari.

AL-Syahid Sulaiman Nasae

“Pak Cik akan perjuangkan kes ini setakat yang mampu agar pihak kerajaan tidak memandang kita sebelah mata. Andai kita diam sahaja, mereka akan naik kepala dan terus menindas kita,” ujar Che’ We Nesae. Dan pada matanya ada cahaya rembulan mengapung di sana. Dia sedemikian yakin , walau keyakinan itu berpaut pada ranting-ranting harapan yang rapuh. Barangkali Che’ We Nesae percaya, andai namanya masih ada harapan, dia masih punya peluang walau cuma sepenggal harapan yang tersisa.

Abu Ja'far Islamic Defenders Front HTI Channel Media Propoganda Abu Dujanah Fie Khurosany Achmad Imam Faizal Al Jazeera Channel - قناة الجزيرة الفضائية Abdul Jamal Kucing Tani Hizbut Tahrir
http://www.ambranews.com/berita-tempatan/kes-sulaiman-naesa-di-youtube/

Isnin, 24 Oktober 2011

ستاتوس بهاس ملايو دالم فنديديقكن دسلاتن تايلاند

Status Bahasa Melayu dalam Pendidikan di Selatan Thailand 

Pengenalan
Bahasa Melayu di kawasan selatan Thailand dikelompok di dalam rumpun Austronesia. Mejoriti pengguna bahasa tersebut adalah orang melayu di selatan Thailand dan bahasa ini juga boleh terbagi kepada dua dialek ialah Dialek Melayu Patani dan Dialek Melayu Satun. Dialek Melayu Patani diguna di tiga wilayah selatan Thailand iaitu Patani, Yala, Narathiwas dan meliputi beberapa daearah wilayah Songkhla. Bahasa demikian hampir sama dengan bahasa Melayu Dialek Kelantan. Manakala Dialek Satun pula ialah dialek yang diguna oleh Orang Melayu di wilayah Satun yang mana pada masa sekarang ini bahasa tersebut berada di dalam fenominar yang hamper keritikal. Oleh kerana jenerasi muda pada masa sekarang tidak beberapa mengetahui bahasa tersebut.

Bahasa Melayu di Selatan Thailand

Bahasa Melayu ialah bahasa ibunda bagi penduduk selatan Thailand oleh kerana bahasa ini sudah diamali oleh Orang Melayu semanjak pada zaman dahulu sehingga pada masa sekarang.

Amorn Thawisak (1987) menyatakan bahawa kawasan yang mengguna bahasa Melayu di Negara Thailand bermula daripada kawasan tengah sehingga di selatan Thailand dan juga di sempadan Malaysia. Penutur Bahasa ini mempunyai merata tempat dan di beberapa wilayah di Negara Thailand seperti berikut.

1. Wilayah Pattani, Yala dan Narathiwas. Bahasa tersebut diguna keseluruh tempat.
2. Wilayah Songkla Bahasa Melayu diguna di daerah Thepha, Sabayoi, Nathewi, Chena, Sadau dan Ranood
3. Wilayah Satun, penutur Bahasa Melayu didapati di kawasan bandar, Bankuan, Cekbilang, Tamalang, Koh Adang dan Koh Sarai.
4. Wilayah Nakhon Si Thammarat Bahasa Melayu diguna di daerah Muang dan keseluruhan mukim di Nakhon Si Thammarat, daerah Thasala, daerah Hua Thaphan dan Mokhlan, daerah Ron Phiboon
5. Wilayah Krabi, Bahasa Melayu diguna di daerah Muang, Koh Ca, Koh Poo dan Koh Pipi, daerah Koh Lanta di kawasan Koh Lanta Yai, daerag Khau Phanom Tampat 6 mukim Nakhau, daerah Aulek di Ban Klang dan Ban Chong Mai Dam di mukim Klang Hin
6. Wilayah Phuket, didapati penutur Bahasa Melayu di kawasan daerah Muang, Lam Tuk Kae, Koh Sire, Ban Sapha dan Had Ra Wai
7. Wilayah Phatlung, didapati penutur Bahasa Melayu di daerah Kong Ra, daerah Chelem dan mukim Jarad
8. Wilayah Trang, didapati penutur Bahasa Melayu di daerah Kan Tang di mukim Kantang Tai dan mukim Koh Li Bung
9. Wilayah Suratthani, didapati penutur Bahasa Melayu di mukim Koh Marid dan daerah Samui

Manakala di kawasan tengah Negara Thailand didapati penutur Bahasa Melayu di kawasan Nong Chok Bangkok, wilayah Samut Prakan, Nonthaburi dan Pathum Thani

Data yang dipapar di atas pada masa sekarng ini. Keadaan penutur Bahasa Melayu di Negara Thailand sudah di dalam keadaan yang berbeza. Oleh kerana data sedemikian sudah lama.Pada masa sekarang keadaan bahasa Melayu banyak dipengaruh oleh Bahasa Thailand bercampur dengan jenerasi baru yang tidak suka bertutur di dalam bahasa Melayu menyebabkan Bahasa Melayu pada masa kini dalam keadaan kritikal terlebih lagi di kawasan penduduknya mejoriti bercakap di dalam Bahasa Thai.

Kawasan yang mengguna Bahasa Melayu di atas, dapat bahagi jenis Bahasa yang diguna di kawasan berikut kepada tiga jenis bahasa iaitu Bahasa Urak Lawoi, Bahasa Melayu Dialek Patani dan juga Dialek Satun. Bahasa Urak Lawoi ialah bahasa yang didapati di pulau dan pantai di sebelah barat, selatan Thailand bermula dari wilayah Pang Nga, Ranong Krabi Satun sehingga Victoria Point Burma. (Hasnida Chekha, 2008:48) Bahasa Melayu Dialek Patani pula diguna di kawasan empat selatan Thailand iaitu wilayah dalam bentuk bahasa dialek dan bentuk standart. Dalam bentuk bahasa dialek pula dapat dibahaghi Pattani Yala Narathiwas dan sebahagian di daerah Songkla seperti daerah Cana, Sabayoi, Thapha, dan Nathawi (Worawit Baru ,1990) Manakala Dialek Melayu Satun pula secara khususnya terdapat di dua kawasan, iaitu kawasan persisiran dan kawasan luar bandar wilayah Satun. Kawasan persisiran merangkumi mukim Tammalang, Che Bilang dan Tanjung Gabus, sementara kawasan luar bandar meliputi mukim Bankhuan dan sebahagian mukim Ban Chalung (Kamaruddin Esayah, 1999).

Peranan Bahasa Melayu di selatan Thailand

Bagi penduduk selatan Thailand. Bahasa Melayu adalah bahasa yang berperanan penting di dalam kehidupan mereka tidak kurang daripada Bahasa Thai. Oleh kerana bahasa Melayu dapat melambangkan jari diri orang melayu di kawasan sedemian. Dengan hal ini bahasa Melayu di kawasan tersebut memain peranan penting di dalam pelbagai aspek semenjak zaman dahulu sehingga pada masa sekarang. Terutamanya dalam kehidupan harian, , politik tempatan, media semasa dan pendidikan agama lain-lain.

Bahasa Melayu dalam kehidupan harian

Di tiga wilayah selatan Thailand dan sebahagian daripada wilayah Songkla mejoriti 80 peratus penduduk beragama Islam keturunan Melayu. (Amra Pongsapich, 1999) bertutur Bahasa Melayu Dialek Patani. Jika melihat peranan Bahasa Melayu di kawasan ini. Bahasa tersebut berperanan penting dalam kehidupan harian mereka lebih daripada kawasan wilayah lain di selatan Thailand, seperti wilayah Suratthani, Nakhon Si Thammarat, Phuket, Trang, Krabi, Phatlung dan Satun. Oleh kerana kawasan lain daripada tiga wilayah. Penduduk Melayu di kawasan tersebut hanya sebagai penduduk menoriti sahaja jika berbanding dengan tiga wilayah selatan Thailand. Di kawasan tiga selatan wilayah, peranan Bahasa Melayu dapat dilihat dengan jelas di dalam pertuturan harian seperti bahasa yang mengguna semasa bertutur. Mereka akan mengguna bahasa Melayu Dialek Patani berkomunikasi sesama sendiri lebih daridapa mengguna Bahasa Thai. Oleh kerana bahasa ini sudah diamal semenjak pada zaman lampau hingga pada masa kini, lagipun bahasa ini memudahi dari segi kefahaman bagi orang tempat dalam menyampai maklumat apapun sahaja yang ingan disampaikan kepada orang ramai. Namun peranan Bahasa Melayu yang lain dari tiga wilayah tersebut. Peranan Bahasa Melayu dapat dilihat dalam sebutan nama tempat sahaja tetapi dalam segi komunikasi harian digunakan dalam Bahasa Thai (Dialek Thai Tai ).

Bahasa Melayu dalam politik tempatan

Politik tempat di selatan Thailand. Jika kita melihat peranan Orang Melayu dalam politik tempatan pada zaman dahulu tidak memberi kepenting daripada pihak pusat atau rakyat tempat sendiri .Numun pada kini keadaan tersebut sangat berbeza daripada dahulu. Oleh kerana sistem pentadbiran pihak kerajaan pusat yang memberi peluang kepada rakyat menjadi sebahagian dalam sistem pentadbiran tempatan sedemikian. Dengan hal ini pada masa sekarang mulculnya organisasi pentarbiran tempatan seperti oraganisasi pentadbiran wilayah( อบจ.) dan oraganisasi pentadbiran daerah (อบต). Dengan sebab ketubuhan organisasi ini, menyebabkan Orang Melayu ada peluang untuk melagunkan watak sebagai pemempin bagi Orang Melayu sendiri. Oleh kerana demikian peranan Bahasa Melayu mula diutamakan, cotohnya dalam medan pilihan raya tempatan. Bahasa Melayu akan digunakan dalam beberapa cara, tidak kira dengan cara verbal dan nonverbal. Bahasa Melayu dalam verbal yang kita sering mendengar seperti dalam cerahmahan mencari suara. Manakala nonverbal seperti papan iklan ahli politik tempatan.

Dengan hal ini, Bahasa Melayu bukan sahaja diberi kepentingan kepada Orang Melayu tempatan, bahkan pihak kerajaan sendiri pun mula mengambil berat dalam hal sedemikian, menyebabkan timbul buku panduan rakyat untuk kemudahan cara-cara pilihan raya tempatan dan lain-lain.

Bahasa Melayu dalam media semasa

Dengan sebab peristiwa  yang tidak tenteram di wilayah selatan Thailand. Menyebabkan pihak kerajaan mengambil berat penduduk di kawasan ini,secara memahami keunikan tempatan. Dengan hal ini kita dapat melihat kemunculan pelbagai media semasa yang berbahasa Melayu pada masa kini. Tujuan penyebaran itu untuk memberi maklumat kepada penduduk tempatan dan kepada penduduk wilayah yang berhampiran yang mana mempunyai penduduk yang bertutur Bahasa Melayu.

Bahasa Melayu yang mencul di dalam media semasa di selatan Thailand mempunyai pelbagai bentuk, tidak kira dalam bentuk kaca TV, media Radio, media cetakan, dan lain-lain.

Bahasa Melayu melalui kaca TV yang ada pada masa sekarang ini, mempunyai beberapa saluran seperti di cainal 5 cainal 9 dan cainal 11
Maklumat yang dipaparkan melaui kaca TV mengenai berita harian. tidak kira berita dalam negara dan juga luar negara tetepi masa yang dipapar akan berbeza. Masa mengeluar di udara berlain seperti di cainal 5 akan mengeluar di udara pada waktu 4.00 hingga waktu 5.00 pagi dengan mengguna masa 1 jam, cainal 11 dikeudarakan pada waktu petang setiap hari. Manakala satu cainal lagi ialah cainal 7 tetapi cara pembaca berita akan berbeza dengan dua cainal tadi iaitu cainal 7 pembaca berita akan membaca berita di dalam Bahasa Thai seperti dipaparkan maklumat terjemahan mengenai data sedemikian di dalam Bahasa Melayu telisan Jawi.

Radio adalah satu media tempatan yang memberi kesenangan kepada pendengar. Kerana media tersebut dapat mengikuti di mana tempat sahaja. Dengan hal ini media Radio mempunyai ramai peminat, lebih-lebih lagi, setesion yang menyampaikan maklumat di dalam Bahasa ibunda pendengar sendiri seperti beberapa rancagan yang berada di setesion di tiga wilayah selatan Thailand. Media ini mempunyai pelbagai rancangan seperti rancangan hiburan, berita tempatan harian, dan ceramah agama.

Rancangan hiburan termasuk juga lagu-lagu tempatan dan lagu-lagu tradisinal yang mengandungi isi menyampai di dalam Bahasa Melayu Dialek Patani. Bagi penyanyi yang menyanyi lagu tersebut adalah orang tempatan yang terkenal seperti Baruding, Dahdong Kampung Pisang dan sebagainya.

Rancangan berita tempatan harian di tiga wilayah selatan Thailand, sudah diadakan dengan masa yang lama. Terutamanya di wilayah Narathiwas. Rancangan yang termashur ialah Rancangan Berita Harian yang disampaikan berita harian oleh D.J Pak Cu yang mana menyampaikan maklumat dalam Bahasa Melayu Dialek Patani. Rancangan tersebut masih berlangsung sehingga hari ini.

Rancangan ceramah agama kebanyakan maklumat

Media cetakan adalah satu media yang terkenal pada masa lampau. Oleh kerana pada masa terdahu media tersebut menjadi satu saluran yang digunakan oleh ulamak-ulamak Melayu dalam menyampaikan ilmu pengetahuan agama kepada penduduk tempatan atau penduduk asing, Ulamak yang terkenal pada masa itu seperti Syed Dawud Alfatoni yang mana beliau menulis kitab-kitab Jawi pada masa itu, yang kitab beliau adalah kitab yang terkenal keseluruh tanah Melayu dan pada masa kini juga kitab-kitab tersebut masih lagi digunakan dibeberapa tempat terutama di ponduk-ponduk belajar agama. Dengan sistem cara menguna tersebut menyebabkan mengaruhan penggunaan Bahasa Melayu dalam bentukan tuliasan Jawi masih digunakan pada masa sekarang tidak kira dalam media cetakan yang diterbit oleh pihak kerajaan atau pihak am. Media cetakan ini seperti buku panduan oleh pihak kerajaan, buku belajar agama, kad undangan perkawinan, akhlan jualan, papan tanda, surat tabung, cacatan membaca khubah dan lain-lain.

Pendidikan di Selatan Thailand
Tiga wilayah selatan Thailand dan juga sebahagia wilayah Songkla yang mana penduduk di kawasan ini beragama Islam. Cara hidup penduduk di kawasan ini mempunyai cara hidup yang rapat dengan keagama Islam. Agama Islam adalah satu agama yang memberi kepentingan dalam mencari ilmu pengetahuan, bukan sahaja mengajar manusia untuk mencintai ilmu pemgetahuan tetapi Islam juga mengkalakan untuk mencari ilmu pengetahuan. Oleh kerana ilmu pengetahuan ibarat satu kunci kejayan kemajuan budaya dan tamadun .
Jika tersebut mengenai tiga wilayah selantan Thailand. Pada zaman dahulu kawasan ini terkenal dengan kemajuan tamadul Islam atau gedung pendidikan agama yang mempunyai jumlah pondok yang terbanyak sekali di ภูมิภาคเอเซียตะวันออกเฉียงใต้ (asian)
Kalau kita meninjau pada awal sistem pendidikan dalam masyarakat Melayu selatan Thailand bermula daripada amalan harian yang diamal dengan cara turun menurun dari satu jenerasi ke satu jenerasi dengan mengguna Bahasa Melayu sebagai alat penyampaian terutamanya dari aspek cara hidupan harian keagamaan kepercayaan kebudayaan dan lain-lain lagi (Jiraphan Dema : 2008) Dengan hal ini menyebabkan kawasan tersebut menjadi keunikan dalam pendidikan berbeza dengan kawasan yang lain di negara Thailand. Pada zaman terdahulu sistem pendidikan Orang Melayu di selatan Thailand bermula diri rumah sendiri sehingga di masjid-masjid di dalam kampung yang mana institusi berikut bertugas sebagai institusi pendidikan keagamaan pada zaman itu. Pendidikan Orang Melayu pada zaman itu. Walaupuna ada cara mempelajari ilmu pengetahuan di rumah sendiri tetapi cara pembelajaran Orang Melayu tidak dapat disampaikan dengan cara yang sumperna dengan sebab itu mereka menghantar anak-anak untuk mempelari di masjid-masjid di dalam kampung atau di rumah-rumah orang yang berilmu seperti Tuan Guru (Babo), Tok imam atau orang yang berilmu di dalam kampung yang terkenal. Pada masa itu cara pendidikan seperti sedemikian menjadi terkenal kepada orang ramai , dari satu kampung ke satu kampung menyebabkan jumlah pelajar makin meningkat menyebabkan Tuan Guru (Babo) mesti membinakan bangunan untuk menyediakan tempat tersebut dan memperkembangkan tempat mempelajari di dalam kampung ( Community Educational Institution) membinakan asas pendidikan seperti bangunan, cara mengajar menggu kitab dan mempunyai cara pentadbiran yang bersistem dan menyediakan tempat untuk pelajar mengenab semasa belajar dengan membina pondok-pondok kecil menyediakan untuk sesiapa yang datang belajar dalam tempuh masa yang panjang untuk mendiami yang dikenali dengan nama Pondok.

BIBLIOGRAFI
Ahmad Omar Chapakia (2000) Politik Thai dan Masyarakat Islam di Selatan
Thailand, Selamgor : Rami Multimedia Publishing.
Amon Thavisak (1986) Bahasa Dialek Melayu di dalam Negara Thailand, Salaya :
Mihidol University.
Jiraphan Dema (2008) Kerikulam dan Pengurus Pendidikan di dalam Wilayah
Selatan Thailand. Kertas kerja dalam seminar Akademik Tajuk Melayu dengan Rat Thai dam pefektif Sejarah dan Tammadul dengan Cara Membina Keadilan, Universiti Princess of Songkhla.
Hasnida Chekha (2008) Bahasa Urak Lawoi di Thailand: Analisis Etnografi dan
Hubungan Kebahasaannya dengan Bahasa Melayu, Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Melaysia.
Kamaruddin Esayah (1998) Perbandingan Dialek Melayu Satun dengan Dialek
Melayu Peris, Tesis Sarjana Sastera, Universiti Sains Malaysia.
Solahuddin Samaun (2007) Penguasaan Bahasa Melayu di Sekolah Agama
Rakyat : Kajian Kes di Satun Thailand. Tesis Sarjana Sastera, Universiti
Kebangsaan Melaysia.
Ruslan Uthai (2008) Bahasa dalam Rattai : Tammadul dan Keadilan, Kertas
Kerja Seminar Akademik Tajuk Melayu dengan Rat Thai dam pefektif Sejarah dan Tammadul dengan Cara Membina Keadilan, Universiti Princess of Songkhla.
Worawit Baru@ Ahmad Idris (1999) Dasar Kerajaan dan Kesannya Terhadap
Bahasa Melayu Di Negara Thailand, Disertasi Ph.D yang tidak diterbitkan, Kuala Lumpur : UM.



Isnin, 10 Oktober 2011

كونسيف راج- راج سيام

Konsep Raja-Raja Siam


Di pintu gerbangnya sebuah loceng digantung, sebuah loceng besar, sebesar satu pelukan dewasa. Tergantung juga pemukul atau pemalu berdekatan loceng itu. Ada seorang Pengembara Jauh yang kali pertama datang ke negeri itu terkejut dan bersoal, untuk apa loceng ini, betul-betul depan istana? Tidak lama, setelah memerhatikan loceng itu, seorang perempuan tua mendukung anaknya berlari-lari mendapatkan loceng itu. Lalu dipukulnya, berdengung telinga pengembara itu. Hairan. Tidakkah ini akan mengganggu raja mereka, Raja Ramkhampaeng?tanya pengembara itu seorang diri, tidak faham.

Sebentar seorang Raja Ramkhampaeng keluar dari di muka pintu istana dengan tergesa-gesa. “Ada apa yang berlaku?”tanya raja itu pada perempuan yang mengendong anaknya. “Por Khun, anak hamba sakit berat.”

“Panggil tabib diraja sekarang,”arah Raja Ramkhampaeng kepada orang suruhan istana. Barulah pedagang luar itu tahu kegunaan sebuah loceng besar di depan istana. Patutlah rakyatnya memanggil Raja Ramkhampaeng sebagai Por Khun iaitu bermakna Bapa Pemimpin. Benar-benar sebagai seorang bapa memimpin rakyatnya. Itulah kisah raja Siam yang dikenali itu ketika awal pemerintahan di zaman Dinasti Sukhothai dahulu. Dengan itu berlaku hubungan antara raja dan rakyat seperti bapa dengan anak. Oleh itu tidak ada sembahan atau sujud yang keterlaluan dalam memuja raja mereka. Seolah-olah tidak ada penghadang diantara raja dan rakyat.


Pengembara Jauh itu mencatit apa yang dilihat dan didengarnya dalam buku nota yang sentiasa dibawanya.Mulai saat itu juga pengembara itu memanggil Por Khun Ramkhampaeng bukan Raja Ramkhampaeng lagi.


Por Khun Ramkhampaeng adalah Raja Sukhothai yang ke-3, yang memerintah dari tahun 1279 Masihi hingga 1299 Masehi. Sebagai mengenang jasanya itu satu batu bersurat telah dipahat dengan kata-kata memujinya;


“Di muka pintu ada loceng digantung. Mana-mana rakyat yang ada hajat dan urusan , sakit dan derita bagi mengkhabar kepada Por Khun , maka hendaklah ia pergi memalu loceng yang tergantung itu. Apabila Poh Khun Ramkhampaeng mendengar, akan bertanya hajat dengan jujur……bukanlah kesukaan Poh Khun Ramkhampaeng yang menjadi Raja Negeri Sri Sachanalai Sukhothai bersemayam di tempat yang tinggi dan berjauhan dari rakyat yang kesusahan dan menderita.”

Dan kata-kata yang terpahat itu adalah hasil usaha baginda sendiri dengan menggabungkan huruf-huruf bahasa Mon dan Khmer dan dijadikan tulisan bahasa Siam yang digunakan untuk keturunan Siam yang seterusnya. Dengan itu tidak hairan beliau dianggap sebagai punca permulaan tamadun orang Siam.

Raja bertukar ganti. Tanah jajahan semakin luas, kekayaan raja semakin bertambah dan ancaman-ancaman bagi seseorang raja menjadi besar, musuh-musuh ada dimana-mana siap untuk menerkam. Ini menyebabkan dasar raja sebagai Bapa Pemimpin lama-kelamaan telah berubah. Mulai raja Sukhothai yang ke-6, kedudukan raja diangkat ke tempat yang lebih tinggi sedikit. Kali ini raja bukan lagi bapa kepada rakyatnya, sekarang raja adalah seorang Dhamma Racha. Satu pemahaman bahawa berasaskan ajaran Dhamma di mana raja adalah seorang ahli cendikiawan, yang berfikir untuk rakyatnya, mengerti soal Dhamma untuk diajar kepada seluruh rakyat, memberi sumbangan dalam membangun ajaran agama, mampu mentadbir yang dapat menyatukan rakyatnya demi kemakmuran negara. Secara mudahnya Dhamma Racha adalah untuk meletak seseorang raja itu lebih berilmu berbanding dengan para pembesar mahupun rakyat. Dengan kata lain hak raja memerintah adalah berdasarkan kebolehan dan ilmu yang dimiliki. Asasnya masih sama dengan Por Khun dan Dhamma Racha masih ada persamaan iaitu raja masih dianggap sebagai golongan biasa, tidak memiliki keramat yang luar biasa untuk diagung-agungkan seperti dewa. Dan pemahaman Dhamma Racha terus digunakan sehingga raja ke-9 Sukhothai,raja terakhir sebelum zaman penuh pancaroba kerajaan Ayutthaya muncul dengan pemahaman dewa-dewa memayungi istana.



Setelah kerajaan Ayutthaya menguasai negeri Khmer,pengaruh Khmer yang dilihat pemerintah Ayutthaya sangat berguna bagi mengekalkan kuasa seseorang raja jika diamalkan telah dibawa masuk lalu diterapkan. Pengaruh Khmer yang dicampur aduk dengan ajaran Brahman serta Buddha yang bersimpang siur dengan terlalu mementingkan kasta telah meletak dan menganggap raja sebagai Dewa Racha atau Raja Dewa iaitu satu rangka yang meletakkan raja terlalu tinggi kedudukannya yang perlu dipuja dan disembah kerana ia setaraf atau separuh dewa. Jika difikir akal sihat,taraf ini apabila diamalkan akan menjadikan kedudukan raja lebih selamat.

Oleh itu, mengikut kerangka Dewa Racha, seseorang raja mempunyai kuasa mutlak ke atas di atas semua yang ada dalam kekuasaannya dibawah satu aturan yang dikenali sebagai Sombornaya Sithirach, suatu taraf yang tidak boleh diganggu gugat oleh sesiapa . Begitu besar sekali, sampai soal mati dan hidup rakyatnya ditentu oleh raja. Hingga, raja dikenali dengan gelaran Chao Chiwit bermakna Tuan Kepunyaan Nyawa. Raja juga sebagai tuan segala tanah tetapi rakyat dibenar mengerjakan dengan cukai akan dikutip setiap tahun yang boleh sahaja digunakan untuk kepentingan peribadi raja mahupun negara. Ia digelar Chao Paendin, tuan kepunyaan bumi. Untuk memantapkan terapan amalan Dewa Racha telah digariskan satu undang-undang diraja yang menentukan peraturan dan tingkah laku apabila berurusan dengan raja serta pembesar-pembesarnya. Misalnya bila raja berangkat ia perlu diiringi, juga rakyat perlu menunduk kepala, dan tidak boleh menatap wajah raja. Telah disebarkan satu keyakinan atau kepercayaan, jikalau ada sesiapa yang menatap wajah baginda akan ditimpa bala petaka. Begitu juga dengan hasrat mana-mana raktyat yang mahu mendapat pertolongan raja, akan dirotan terlebih dahulu sebelum permintaannya dikabulkan, kerana beranggapan orang itu telah mengganggu Raja Dewa dengan hal yang kecil-kecil. Juga dibuat undang-undang yang menjamin kedudukan raja yang dipanggil Kodmontianban. Supaya tiada sesiapa mahu merampas takhta raja. Untuk memperlihatkan keabsahan kuasa raja, adalah dengan mengumpul dan memelihara sebanyak mungkin gajah putih, mengikut kepercayaan, semakin banyak gajah putih semakin tinggi darjat raja. Sebab itu usaha mencari dan menangkap gajah putih dilakukan dengan bersungguh. Rakyat yang berjaya menangkap akan diberi hadiah yang lumayan seperti emas, tanah atau dikecuali membayar cukai kepala seumur hidup.


Semua kerangka Dewa Racha yang digariskan dan dikuatkuasa itu adalah untuk menambah kehormatan raja, menampak kehebatan raja, memperlihat kebesaran raja, menjadikan raja sangat sakti, dan seterusnya lebih penting sekali ia untuk menumbuh satu perasaan kegerunan serta ketakutan rakyat atau mana-mana pembesar terhadap raja. Dan kegerunan dan ketakutan itu diterjemah melalui sembah taat setia dari rakyatnya.


Tetapi persoalannya apakah kedudukan seseorang Raja Dewa itu berasa selamat di takhta dengan semua ini? Tidak,dalam sejarah Ayutthaya sudah 15 kali rebutan kuasa; 10 kali raja dengan kerabat diraja dan 5 kali oleh para bangsawan...meskipun semasa pertabalan raja, semua kerabat dan pembesar diwajib minum air sumpah untuk taat setia.

Akan bersambung,

Nota: Dikutip dari pelbagai buku.

Selasa, 13 September 2011

أنتوق أنق أنق فارا شهداء

UNTUK ANAK PARA SYUHADA
by Jeritan Rakyat Patani 
(Mr. JR Post) “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Amat berarti pepatah melayu ini yang mengajarkan kita agar saling tolong-menolong antara satu sama lain, agar kita kenal siapa kawan dan siapa lawan, agar kita kenal diri kita dan menerima takdir yang ditetapkan untuk kita jalani, dan agar kita percaya setiap perbuatan yang ikhlas ada balasan baik dari Allah SWT.  Segala puji dan syukur saya panjatkan pada Allah yang maha Kuasa yang telah melahirkan para pejuang di Patani untuk menegak keadilan dan membela mereka yang dizalimi.

Seorang anak yatim pun berkata ‘Ayahku telah meninggalkan aku karena dihujani peluru hina, matanya terpejam dalam selimut darah, berbantalkan tanah, dan dia pergi tanpa sempat meninggalkan wasiat karena meninggalnya dalam kejutan dan tiada saudara mara disisi yang sempat mengajarkannnya menucapkan kalimat suci. Tapi aku tetap bangga karena dia pergi dalam pelukan bidadari dalam bibirnya mengucapkan kalimat Laa ilaaha Illallah. Aku yakin dia pergi ke syurga karena kepergiannya demi membela agama dan membela nasib kita semua.

 Anak yang diriba oleh kakaknya yang sulong. Mereka 4 beradik kehilangan kedua ibubapaSurat ini dari anak para Syuhada yang saya sampaikan untuk anda. Tulisan ini saya tulis bukan bersumber dari kata-kata anak yatim itu dan mereka juga tidak menulis apa-apa surat untuk anda. Tapi tulisan ini saya dedikasikan untuk mereka karena suara mereka mungkin tidak pernah sampai kepada kita, mungkin tidak semua dari kita yang pernah melihat kesengsaraan anak Para Syuhada ini, mungkin juga ada antara kita yang telah lupa akan kewujudan mereka.

Dalam keadaan konflik di Patani seperti yang berlaku sekarang ini sudah pasti banyak masalah yang di hadapi oleh ramai pihak misalnya, para peniaga mungkin mengalami kerugian, tempat-tempat wisata/percutian mungkin mengalami kekurangan pengunjung, harga barang mungkin juga meningkat, dan yang utama ingin saya jelaskan adalah pasti ramai anak-anak yang kehilangan bapa mereka. Pernahkah anda terfikir akan nasib mereka setelah kehilangan pemimpin keluarga yang selama ini menyuapkan mereka rezeki, mengantarkan mereka ke sekolah, yang memberi mereka didikan, dan mereka hilang seseorang yang selalu menyelesaikan masalah mereka.

 Salah seorang anak kecil yang menjadi mangsa kekejaman Thai.Beliau Lumpuh seluruh anggota badan. Hanya kepala yang boleh bergerak !!!!Tangan saya tergerak untuk mencoret tulisan ini karena hati saya tersentuh setelah mengetahui beberapa keluarga mengalami kesengsaran akibat kehilangan orang tua. Ada sebuah keluarga yang kehilangan kedua orang tua mereka dan hidup mereka mengalami penderitaan yang berat sehingga mereka terpaksa menyusui adik mereka yang masih bayi hanya dengan air teh, dan adik-beradik mereka tidak bersekolah karena tidak mampu menampung biaya sekolah dan si kakaknya pula sangat kurus sehingga badannya hanya terlihat tulang dan kulit sahaja. Setelah kita perhatikan kisah ini, apakah sama dengan pepatah melayu yang saya sebutkan di atas?!

Kisah keluarga di atas saya jadikan contoh dan masih banyak lagi keluarga yang mengalami nasib yang sama atau lebih berat lagi. Menurut yang dikabarkan, pada November 2010 ada sekitar 5011 atau lebih anak yatim di Patani yang kehilangan salah satu orang tua mereka atau kedua-duanya. Hal seperti ini bukan saja terjadi di Patani, malah ada juga di Afghanistan, Iraq, Palestina, Chechnya, Kashmir, Somalia, Moro, Ambon, dan poso.

 
Gadis malang yang ditembak sehingga cedera parah .Badannya sudah tidak berisi akibat tinggal dirumah kekurangan makanan.Kedua ibubapa di bunuh secara kejam oleh Penjajah.
 Menurut perhatian saya, hal seperti ini bukanlah perkara yang boleh dianggap mudah dan kecil karena akibat dari ketidak-pedulian kita bakal mencetus suatu masalah yang amat besar suatu hari. Antara masalah yang saya lihat adalah meningkatya jumlah mereka yang mentang perjuangan kerna pihak kafir siam sedang berusaha untuk mengambil hati anak-anak yatim dengan memberikan bantuan makanan, pakaian, uang, dan juga membiaya sekolah mereka. Selain itu, pihak siam juga sering membawa mereka ke tempat-tempat semina atau kursus dan menurut ramai pihak mengatakan kursus itu bertujuan untuk mencuci otak para anak yatim agar membeci para perjuangan dan sekaligus menentang ajalan perjuangan. Hal ini bukanlah dari pemikiran saya tapi hal ini telah terjadi di mana-mana.

Haruslah kita sadar bahwa betapa pentingnya bagi kita membela anak yatim atau anak para syuhada. Di dalam Al-Qur’an Surah Al-Ma’un ayat  1-3 “Tahukah kamu orang yang mendustakan Agama, itulah orang yang menghardik anak  yatim, dan tidak menganjurkan memberi makan kepada orang miskin “.Dan dalam sebuah hadith dari Ibnu Abbas r.a. bahwa Nabi saw bersabda : barang siapa yang memberi makan dan minum seorang anak yatim diantara kaum muslimin, maka Allah akan memasukkannya kedalam surga, kecuali dia melakukan satu dosa yang tidak diampuni.

Setelah anda membaca coretan tulisan ini, haruslah anda sadar akan kepentingan membela nasib mereka anak-anak yang ditinggalkan.

By : Imaduddin Bahee (Mr. JRP)

Isnin, 15 Ogos 2011

بغسا فطاني: دريتا يغ تأ كونجوغ أوساي

Bangsa Patani: Derita Yang Tak Kunjung Usai
Di Susun Oleh: Zulaikho (Telah diedit Oleh Patani Fakta dan Opini)
“Bangsa Thai-Siam senantiasa dengan tipu dayanya mencoba memerangi Umat Melayu Muslim di Patani dengan berbagai kemaupuan yang mereka miliki, baik secara halus dan tersembunyi maupun secara kasar dan terang-terangan”.
       
“Pembantaian demi pembantaian terhadap umat Muslim di Thailand Selatan bukan cerita baru, inilah demdam kesumat bangsa kolonialisme Thai-Siam Budha yang tidak pernah pudar terhadap Umat Muslim yang berbangsa Melayu di Patani, Thailand Selatan”.
Banyak yang tidak mengira, bangsa colonial Thai-Siam memendam kebencian  yang luar biasa terhadap umat Muslimin Patani.  “telah nyata kebencian dari mulut mereka, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi…” (ali-imran: 188).

Di hati mereka sudah tertanam kebencian. Artinya, mereka sudah punya target, umat Melayu Patani harus dimusnahkan dari bumi ‘serambi Mekah’ atau Patani Darussalam. Jadi, pembataian itu target mereka. Sedang-kan target terakhirnya adalah meng-siamkan umat Melayu Patani dari berbagai sudut kehidupan, dari sudut budaya, bahasa maupun sudut agama  yang mereka anuti.

Selama menjalankan kolonisasi, Kerajaan Thailand memberi hak-hak istimewa kepada masyarakat Budha yang didiami di bahgian selatan Negara itu. Buah perilaku kerajaan Thai itu tetap terasa ketika Bangsa Melayu di bawah penjajah Siam. Seluruh masyarakat Islam Patani tidak mendapat keistimewaan di kediaman-nya, padahal mereka adalah penduduk asli. Yang pasti membalurkan warna suram bagi masa depan masyarakat Melayu Patani. Belum lagi kerugian immatiriil berupa rasa sakit hati yang sangat dalam menusuk perasaan yang entah dengan cara apa dapat dihapuskan.
Kini berkembang menjadi  “bakar, bunuh muslim.” Sampai disini adalah cukup beralasan bila disebut ini sebagai ‘moslem cleansing’, pembersihan komunitas muslim.  Selain rumah-rumah mereka dikepong, jiwa mereka pun diancam bunuh. Yang lebih mengagetkan lagi adalah upaya transmigrasi oleh Pemerintah Thailand yang ingin mentransmigrasikan sebagaian besar masyarakat Budha Siam dari Utara ke Selatan.
 Tragedi Masjid Fur'qon
Ada perumpamaan tentang pergeseran sosiologis di Patani yang menimbulkan percikan api. Masyarakat Siam Budha diumpamakan sebagai tuan dan Melayu Patani muslim diumpamakan jongos. Setelah kerajaan Siam menakluk Patani dan dampak pembangunan serta kegigihan untuk berubah, kini jingos telah kaya dan si tuan justru tertinggal.
Thailand Selatan sebagai daerah yang subur, Patani dijuluki “emas hijau” yang akan mengundang kedatangan kaum imigran Budha dari Utara Thailand ke Selatan sejak berabad lalu. Kerajaan membagun desa untuk kaum imigran Budha dengan sebuah nama "Nikom" terdiri di beberapa daerah bahgian propinsi selatan.
 Tragedi Tanjung Lima
Roda kehidupan terus berputar. Manusia-manusia yang di perangi, dibantai, dan dijagal kerana keimanannya, masih berlanjut. Sikap bangsa Kolonial tidak akan pernah padam dari waktu kewaktu. Ibarat api dalam sekam yang tersimpan di dada mereka hingga suatu saat dimana bara itu bisa berubah menjadi api yang sangat dahsyat, dan etnik Melayu Patani di bahgian propinsi selatan akan di hapuskan.
Pengawai kerajaan menjelaskan kepada pers bahwa awal kerusuhan hanya sebahgain kecil golongan yang tidak pendidikan. Sanggahan dari masyarakat Melayu Patani sudah dilakukan sehubungan dengan perantaan Pengawai kerajaan tersebut. Akan tetapi, mulut pengawai atasan jelas jauh lebih besar dibandingkan mulut-mulut kecil muslim Patani yang biasa bagi pers yang menjadi penyebar utama omongan pengawai itu. Anehnya salah seorang Pemerintah Kerajaan Thailand juga menganggap krisis di Thailand Selatan sebagai perang kemiskinan, narkotik, narkoba, mafia” Ini  omong kosong.
 Tragedi Tak Bai
Demikian juga terdapat ungkapan di pihak pengawai Pemerintah Thailand bahwa tidak ada konflik agama, atau etnik di bahgian propinsi Thailand Selatan, padahal lembaga pengawas HAM yang beroperasi di New York semacam Human Rights Watch saja menganggap Kejadian Konflik di Thailand Selatan itu tidak setakat konflik Historis, Suku, Etnik, dan kesenjangan Ekonomi, tetapi sudah bermotif Agama.
Ada yang berpendapat bahwa Konflik PATANI Selatan Thailand adalah murni SARA, ada juga yang berpendapat kerena pertarungan antar Pemerintah Kolonial Thailand dengan sebuah gerakan ‘Barisan Revolusi’ Patani yang sedang berjalan, bahkan ada yang mengaitkannya dengan isu mesianisme (ajaran Budhis Siam-Thai untuk “membersihkan” wilayah – wilayah Muslim di Thailand Selatan yang akan  menjadi tempat kehadiran Thailandisasi dan Siamisasi).
Ini merupakan koflik horizontal antara Islam dan Budhis – Melayu Patani dan Siam Thailand. Sehingga koflik horizontal murni antara kedua-duanya ini akhirnya di bawah benar-benar perang.
Adapun tentang pemahaman dokrin itu (mesianisme), bisa jadi seperti itu. Isu mesianisme bisa juga. Justru menambah pemahanan akidah yang siap mati bagi Pejuang Pembebasan Melayu Patani. Dan, Patani ini kalau kita perhatikan, mempunyai potensi konflik ideology sudah dalam , sudah lama, yaitu sejak kejatuhan Kerajaan Patani di bawah penjajah Siam (Thailand) pada tahun 1785.
 Tokoh HAM Sonchai danKiayi Haji Sulong 'dihilangkan' jejak
Kalau sampai saat ini, efektivitasnya belum tampak riil walaupun sedikit sudah dirasakan oleh Masyarakat Melayu Patani. Memang arah menuju perbaikan memang ada, tetapi ini akan menyelesaikan masalah apabila tidak di berengi dengan unsure-unsur yang lain. Itu baru sisi masalah keamanan. Dan, keamanan sendiri belum bisa menjamin sepenuhnya kerena umat Melayu di bahgian Selatan Thailand sendiri masih merasa tidak aman. Sementara, kepercayaan kepada aparat telah pudar, kerena track record pertama itu pihak parat justru membantai umat Melayu Islam (Tragedi Kresik, Tragedi Tak Bai, Tragedi Tanjung Lima, Tragedi Air Temapayan, dan beberapa tragedy dan peristiwa kejadian lain lagi).                                    

Jadi, Memang Ada Koflik Ideologi.

Konflik di Patani Selatan Thailand jelas SARA, tidak perlu dengan istilah-istilah lain seperti “perang kemiskinan” agar tidak menyebar luas. Mengapa harus menutup nutupi barang busuk. Kerajaan Thailand memang pandai dalam mengarah ‘cover” dengan istilah-istilah pemanis, tapi lama kelamaan terbongkar juga borok-boroknya. Dulu, Thailand dikenal sebagai Negara yang paling tinggi tingkat heterogenitasnya yang terkenal ‘the land of smile’ walaupun berbagai suku dan agama, sehingga mendapat penghargaan dari luar negara.

Tentu saja, Masyarakat Melayu Patani yang sebagian besar muslim mempertanyakan, mengapa Konflik di Patani yang memakan korban jiwa cukup besar tidak “dilirik” oleh kerajaan Bangkok?

Sebaliknya, mereka (masyarakat Melayu Patani) juga mempertanyakan, mengapa jika seorang atau dua orang yang beragama Budha terbunuh di bahgian tiga propinsi selatan, Patani, Yala, Narathiwat dan sebagian propinsi Songkla, Kerajaan sangat cepat bertindak tanpa harus didorong oleh pihak lain. Bahkan, kalau perlu, kerajaan membentuk tim pencari fakta untuk menuntaskan kasus tersebut.
          
Kalau dilihat dari pelanggaran hak asasi manusia, tragedy pembantaian orang Melayu Islam di tiga propinsi selatan jauh lebih tragis dibandingkan dengan orang Budha. Jumlah korban terbunuh di bahgian Selatan mangsa adalah orang Melayu Islam jauh lebih banyak.

Maka di sini tidak aneh lagi sekira seorang Ustaz sekolah Agama Islam di tembak tewas maka akan disusul pula seorang guru Budha yang tewas, seorang Pak Kiayi (Ulama) di tembak tewas maka disusul pula seorang Biksu, seorang masyarakat sipil Melayu Muslim di tembak tewas maka akan terus pula seorang sipil Budha tertewas. Ini telah terjadi percaturan konflik yang sedang berlanjutan di sini.

Sikap tidak puas terhadap peran komnas HAM Thailand dan ini merasa bingung mengapa harusya menang ‘diam’. Padahal kasus Pembantaian, Pembunuhan, Mangsa Keganasan, Pemerkosaan, Mangsa di Penjara, Mangsa Tewas di Tembak, Mangsa di Hilangkan menunjuk angka yang begitu besar. Jumlah korban begitu banyak. Hanya begitu terpukul dengan kasus-kasusu yang terjadi di Selatan nagara Thai ini, tetapi kenapa tidak ada reaksi yang begitu keras terhadap kasus- kasus semua ini.

Bahwa Komnas HAM Thailand tidak acuh terhadap konflik di Thailand Selatan. Komnas HAM Thailand sudah mengirim orang ke Selatan dan berusaha mendorong untuk menyelesaikan. Komnas HAM tidak perlu melakukan duplikasi pekerjaan. Sebab, kalau datang kesana (Thailand Selatan) hanya untuk meninjau, hanya dilihat sebagai peninjau amatir. Hanya untuk mengumpulkan data kemudian kembali ke Bangkok. Lalu, apalagi yang diharapkan???

Peristiwa dan kejadian yang berlaku ini  tidak hanya membuat kita  sangat prihatin, tapi juga sekaligus memperkeruh persoalan konflik yang berkepanjangan dan memperpanjang pertanyaan masyarakat Malayu di Selatan Thai: Apa yang sesungguhnya dilakukan aparat keamanan dan sejauh mana tangung jawap yang bisa menjamin kehidupan umat Melayu Patani disini?

Apa yang terjadi di Patani Selatan Thailand tidak dapat dianggap sederhana dan local, kerena dampaknya pasti sangat serius. Kerusuhan di Patani bukan lagi angka-angka tentang berapa jumlah manusia yang tewas, berapa rumah ibadah ditembak. Kerusuhan tentangan antar Etnis Melayu Vs Siam, dan Islam Vs Badha yang sedang terus berjalan di ‘the land of smile’ Gajah Putih’ini...!!!

Rabu, 10 Ogos 2011

بغكوك بري سموا.. كجوالي هركا ديري دان كمرديكأن

Bangkok Beri Semua, Kecuali Harga Diri dan Kemerdekaan
by jawa pos

Jawa Pos – Mengunjungi Pattani, Jantung Komunitas Muslim Melayu di Thailand yang Sedang Bergolak. Sudah puluhan tahun Bangkok mengerahkan tentara besar-besaran dan dana miliaran baht ke Thailand Selatan, namun kekerasan masih terus terjadi. Sejumlah tokoh yang ditemui di Pattani berpendapat, konflik tak berhenti karena memang bukan itu yang diperlukan.
Laporan oleh: Abdul Rokhim dari Pattani, Thailand
Mengelilingi Kota Pattani, satu hal yang harus diakui, infrastruktur amatlah baik. Jalan luas dan mulus. Sekolah, rumah sakit, tempat ibadah, dan fasilitas umum dibangun dengan megah. Di kota berpenduduk tak sampai satu juta itu tersedia pusat perbelanjaan Big C Superstore dan puluhan diler mobil serta kedai seluler. Namun, apa yang tampak di mata itu bisa menipu. Beberapa warga Pattani dari kalangan pengusaha, mahasiswa, dan tokoh masyarakat yang ditemui Jawa Pos mengaku resah dengan naiknya eskalasi konflik akhir-akhir ini.
Nattapong Suwanmongkol, 56, pengusaha penjual mobil bekas, mengakui konflik Patani secara tak langsung mengusir warga Thai nonmuslim keluar dari Pattani dan kota-kota yang bergolak lain, seperti Yala dan Narathiwat. Mereka takut terhadap tindak kekerasan, termasuk kepada warga nonmuslim, yang terus meningkat. “Rasa curiga membakar warga karena pemerintah tak pernah menjelaskan siapa pelakunya. Kami seperti diikuti bayang-bayang gelap yang bisa merusak bisnis dan membunuh keluarga kami setiap saat,” keluh penganut Buddhis itu saat ditemui di tempat usahanya, Minggu (23/3).
Nattapong yang pernah dilibatkan dalam tim nasional rekonsiliasi Thailand Selatan bentukan Perdana Menteri Thaksin Shinawatra itu menilai, ada kesan tentara menangkap orang hanya untuk menenangkan warga dan menunjukkan bahwa mereka mampu. “Tapi, setelah penangkapan, kekerasan semakin sering. Sekarang orang tak percaya lagi. Setelah bom di Hotel CS Pattani, bisnis terus memburuk,” kata Nattapong yang gerai dilernya berada di dekat Hotel CS Pattani. Saat ini Nattapong hanya menjual tiga sampai lima mobil dalam seminggu. Padahal, sebelum 2004, saat konflik meluas akibat tragedi Tak Bai dan darurat militer, jumlah itu dulu ludes hanya dalam satu hari. “Beberapa teman sudah menutup usaha dan pergi ke utara. Jika tak ada tanda-tanda membaik, sebaiknya saya juga pindah,” kata bapak empat anak itu.
Apa yang dirasakan Nattapong sesuai dengan data Pemerintah Thailand. Tercatat bahwa pertumbuhan ekonomi di selatan hanya 1,8 persen tahun lalu. Angka ini jauh di bawah rata-rata nasional 4,3 persen. Ada 108 pabrik tutup sejak 2004 dan 10,8 persen penduduk selatan berada di bawah garis kemiskinan. Bukan hanya di sektor bisnis. Kemunduran juga terjadi di bidang pendidikan. Kampus Prince of Songkhla University (PSU), universitas terbesar di Pattani, mencatat kini 90 persen mahasiswanya muslim. Padahal, dulu sebelum konflik, mahasiswa dari seantero Thai yang berbeda agama datang studi ke sana. Tak heran, pemandangan di kampus PSU Pattani sekarang mirip dengan kampus Indonesia. Banyak mahasiswi berjilbab, ada masjid, ada banyak tempat salat, serta makanan semua halal. Sangat berbeda dengan wajah kampus-kampus di Bangkok. “Mahasiswa nonmuslim yang bertahan di sini umumnya juga hanya menghabiskan sisa waktu belajar. Sedangkan mahasiswa baru nonmuslim belakangan ini hampir tak ada,” kata Nur Imani, 21, mahasiswi tingkat akhir Jurusan Fisika, saat ditemui sedang browsing internet di taman kampus PSU.
Ismail Ali, 37, seorang dosen PSU ditemui di tempat yang sama membenarkan adanya rasa takut yang menghantui mahasiswa nonmuslim. “Sebelum 2004, orang Melayu dan Siam biasa hidup berdampingan. Baru setelah itu (Insiden Tak Bai yang menewaskan banyak warga muslim), rasa saling curiga berkembang di antara kedua golongan. Apalagi jika mereka tak saling kenal,” kata direktur kajian Islam PSU yang mengaku sering diajak berdialog pemerintah Thailand itu. Rusdi Tayeh, 51, timbalan (wakil) ketua Majelis Umat Islam Pattani, mengungkapkan, keadaan sekarang sebetulnya bukan hanya membuat tak nyaman warga nonmuslim. “Kalau boleh, muslim di sini juga ingin pergi. Tapi, ke mana? Ke Bangkok tak lebih baik karena tak merasa sebagai negeri sendiri. Ke Malaysia kendati agama dan budaya sama juga mengundang masalah, karena negaranya berbeda. Apalagi, Malaysia cukup tegas terhadap pendatang haram,” katanya saat ditemui di kantornya, belakang masjid besar Pattani yang berdiri megah.
Rusdi yang pernah menjadi takmir masjid di kompleks Polri Jogjakarta (saat menuntut ilmu di IAIN Sunan Kalijaga) itu mengatakan, pemerintah Thailand berusaha men-Siam-kan rakyat Melayu di Thailand Selatan yang berpenduduk sekitar 4,5 juta jiwa dari sekitar 63 juta penduduk Thailand. Menghadapi kebijakan itu, kata dia, rakyat keturunan Melayu dengan identitas budaya dan agama berbeda melihatnya sebagai bentuk penindasan kolonial. “Kami adalah bangsa dengan identitas Melayu yang sangat berbeda dengan bangsa Siam. Ini fakta sosio-historis dan sudah ada jauh sebelum terbentuknya kerajaan Thailand,” ujar Rusdi merujuk penyerahan wilayah Thailand Selatan yang dikuasai Kerajaan Pattani kepada Kerajaan Siam oleh Inggris pada 1902.
Menurut Ahmad Khamil, 45, kepala sekolah Islam Mahad Attarbiyah, Pondok Bandar, Pattani, karena Kerajaan Pattani diserahkan secara paksa kepada Kerajaan Siam, dengan sendirinya bentuk hubungan kerajaan Thailand dengan rakyat di bekas Kerajaan Pattani (Pattani, Yala, dan Narathiwat), tidak berbeda dengan kekuasaan penjajah atas rakyat yang dijajah. “Hak-hak rakyat di negeri jajahan diabaikan. Lowongan kerja di pemerintahan hanya terbuka untuk pegawai rendahan. Sedangkan pembangunan sekadar lipstik yang menyentuh daerah ini,” kata Khamil yang pernah menjadi staf Prof Dr Amien Rais saat riset doktor di UGM Jogjakarta dulu.
Untuk mengekspresikan agama dan budayanya, lanjut Khamil, rakyat Melayu selalu mendapat halangan. “Untuk bekerja di jawatan rumah sakit, muslimah kami dilarang keras memakai jilbab. Bahkan, saat menghadiri pertemuan nasional di Bangkok, selalu ada imbauan untuk tidak memakai kerudung, peci, atau baju muslim,” kata pengelola sekolah yang mendidik 2.500 murid itu. Menurut Khamil, bangsa Siam selalu menganggap masyarakat muslim Melayu sebagai warga bodoh dan terbelakang, hanya karena kami memakai sarung, berkopiah, atau menggunakan serban. “Padahal, itulah identitas kami dan kami juga lulusan perguruan tinggi,” kata calon peraih gelar PhD dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antara Bangsa Malaysia, bahkan dari timur tengah Universitas al-Azhar, Madinah pun ada, itu dengan nada tinggi.
Karena itulah, sumber masalah di Thailand Selatan kini tidak lagi terbatas pada konflik antara kelompok miskin yang cemburu dengan kelompok kaya dan berkuasa di utara, tetapi sudah mencakup perlawanan terhadap penghapusan peradaban yang diyakini ratusan tahun.
Masuknya unsur agama dalam konflik ini merupakan hal yang tidak terhindarkan. “Identitas Melayu mencakup agama Islam, sementara pemerintah Siam beragama Buddha,” ujar Rusdi yang mengetuai bidang pendidikan di hampir 300 sekolah Islam di seluruh Pattani. Meski demikian, baik Khamil maupun Rusdi membantah bahwa konflik di wilayah Thailand Selatan sudah berubah menjadi perang agama. “Apa yang terjadi di sini semata-mata menyangkut perjuangan suatu bangsa yang ditindas,” ujar Khamil. Perjuangan rakyat Pattani, lanjut dia, mempunyai landasan historis, budaya, maupun etnis. Sebab, di Thailand Selatan, baik agama, budaya, maupun bahasa rakyat Pattani berbeda dengan masyarakat Siam yang berkuasa. Ini berbeda dengan kasus Aceh yang ingin memisahkan diri dari negara yang pemimpinnya juga muslim serta sama-sama menggunakan bahasa Indonesia.
Lantas apa solusi terbaik untuk konflik di Thailand Selatan? Tiga intelektual muslim Pattani mempunyai pandangan hampir sama. Ismail Ali mengatakan, pemerintah Thailand harus mulai realistis. Hingga Januari 2001, kata Ismail, pemerintah masih yakin tak ada gerakan separatis di Thailand Selatan. Semua baru terkejut setelah terjadi serangan dan perampokan senjata dalam jumlah besar di sebuah markas tentara, 4 Januari 2004, lalu dilanjutkan serangan masif dan terkoordinasi pada 28 April. “Pemerintah tak lagi bisa membantah, serangan-serangan itu dilancarkan kaum pemberontak dan bermotif politik untuk merdeka,” ujarnya.
Khamil dan Rusdi menambahkan, persepsi masyarakat muslim telanjur mengalami transformasi akibat berbagai peristiwa kekejaman yang dilakukan rezim Bangkok selama ratusan tahun. “Kami melihat sendiri ribuan pengunjuk rasa di Tak Bai diangkut dengan posisi tiarap dan tangan terikat ke belakang disusun bertindihan hingga lima lapis dalam satu truk menuju markas militer di Songhkhla,” cerita Rusdi. “Mereka memperlakukan warga keturunan Melayu melebihi binatang. Hal yang mustahil mereka perbuat terhadap warga Siam. Kami ingin semua ini berakhir. Satu-satunya cara adalah dengan kemerdekaan,” lanjutnya.


Khamil mengakui, tragedi Tak Bai beberapa lalu merupakan kebangkitan kesadaran rakyat keturunan Melayu di Thailand Selatan atas penindasan yang dialami mereka selama ini. “Mereka bisa memberi kami semua jalan yang lebar dan gedung-gedung megah, tapi kami tidak diberi kemerdekaan dan harga diri,” ungkapnya. Tragedi Tak Bai yang mengakibatkan 80 lebih warga muslim tewas membuat rakyat Thailand Selatan menuntut kemerdekaan. Mereka menagih dengan bom, serangan sporadis, bahkan pembunuhan pejabat.
Aparat keamanan Thailand mencatat ada 2.633 serangan terhadap personel militer di kawasan selatan sepanjang tahun lalu. Angka itu meningkat dari jumlah serangan tahun sebelumnya yang hanya 1.324. Untuk meredam serangan, aparat keamanan Thailand sudah menahan 3.000 orang.(Jawa Pos)

Selasa, 19 Julai 2011

PERJANJIAN 1909 ANTARA INGGERIS DENGAN SIAM SERTA LATAR BELAKANGNYA

PERJANJIAN 1909 ANTARA INGGERIS DENGAN SIAM SERTA LATAR BELAKANGNYA
Oleh: J Chandran. UKM

Satu peristiwa yang merupakan tanda yang panting dalam perkembangan sejarah moden Malaysia adalah Perjanjian 1909 antara Siam dengan Inggeris yang memisahkan empat buah negeri Melayu di Utara Semenanjung daripada naungan Siam dan mengikatkan mereka dengan jajahan British, Mulai 1909 sempadan di antara Siam dengan Malaysia telah ditentukan dengan cara kebetulan sahaja dan sehingga ini sempadan itu merupakan suatu soal yang besar maknanya dalam sejarah moden Malaysia. Kajian ini tidak bertujuan untuk meneliti samada sempadan itu munasabah atau tidak. Sebaliknya perkara yang akan lebih dititik-beratkan adalah kedudukan dan kesan Perjanjian 1909 itu didalam konteks dasar imperialis British dirantau ini sebelum Perang Dunia Pertama.
Kebanyakan buku-buku sejarah yang menyebut tentang Perjanjian 1909 itu memperlihatkan perkembangan dasar penjajahan Inggeris di Semenanjung Melayu sebagai satu proses yang bersambungan mulai daripada 1874. Malah mengikut pentafsiran beberapa ahli-ahli sejarah perluasan jajahan Inggeris yang berlaku pada 1909 hanya merupakan puncak dari usaha-usaha Kerajaan Penjajahan di Tanah Melayu sejak 1874 untuk dapat menarnpung seberapa banyak negeri Melayu di dalam satu kawasan jajahan yang luas serta bersatu. Pentafsiran-pentafsiran yang demikian biasanya mengambil perhatian tentang betapa pentingnya peranan Siam di dalam hal ini semata-mata kerana pada masa itu setiap negeri Melayu yang terletak kesebelah Utara Negeri Melayu Bersatu itu adalah terkandung didalam kawasan-kawasan Siam. Seringkali terdapat juga di dalam perbincangan mengenai perkara tersebut sedikit-sebanyak  yang menyentuh tentang hubungan diantara Inggeris dengan Perancis sebelum 1909 yang dikatakan memudahkan Perjanjian 1909 diantara Inggeris dengan Siam itu. Maka, memandang dari sudut keadaan antarabangsa, khasnya dari segi kedudukan hubungan diantara Inggeris dengan Perancis menjelang 1909, kesempatan untuk Inggeris mencapai matlamatnya di Utara Semenanjung Melayu adalah sangat baik. Namun demikian kajian ini akan menggambarkan bagaimana tujuan-tujuan dasar British di kawasan Negeri-negeri Melayu Utara itu telah pun diawasi serta dipelihara lebih awal lagi. Selain daripada itu kertas ini akan menegaskan bahawa sebenarnya Persetujuan  di antara  Inggeris  dengan  Perancis  pada 1904 tidak merupakan punca bagi Perjanjian 1909 yang berikutan, malah kedua-dua  kuasa imperialis itu memang telah bersetuju akan kepentingan masing-masing dikawasan-kawasan yang tertentu sejak 1896.
Sejak Inggeris menakluki Hulu Burma pada 1886 dan meluasnya jajahan Perancis di Annam dan Tongking, satu persaingan yang hebat diantara kedua-dua kuasa imperialis itu telah berlaku. Pertandingan peluasan pengaruh masing-masing mula tiba kepuncaknya pada 1893 manakala Perancis dapat mencapai matlamat-matlamatnya di Laos dan kawasan-kawasan sebelah timur Sungai Mekong dengan cara menggunakan kekerasan atas Kerajaan Siam, Pada masa itu kepentingan Inggeris dirantau Asia Tenggara, terutama sekali di T’anah Besarnya, tertumpu kepada dua kawasan: di sebelah timur laut Burma dan di Selatan China, khasnya diwilayah Yunnan; dan yang kedua, di Negeri Melayu Utara sehingga Genting Kra. Di kedua kawasan tersebut Kerajaan British mempunyai beberapa kepentingan seperti perdagangan dan stratejik. Sementara itu dasar jajahan Inggeris juga telah berubah akibat peluasan Empayarnya yang agak berselerak. Kerajaan British pada tahun 1890an enggan memperluaskan Empayar British kerana adanya banyak masalah yang berkaitan dengan peluasan itu, Maka seorang negarawan British pada masa itu, Lord Salisbury yang juga menjadi Perdana Menteri merangkap Setiausaha Luar Negeri, memegang kuat pada dasar liberal supaya dapat rnengatasi masalah diplomatik dengan mengadakan persetujuan dengan negeri-negeri asing, Berbanding dengan dasar Salisbury yang tidak agresif, Perancis masih lagi terlibat dalarn perjuangan jajahan dan hanya menunggu kesempatannya untuk menakluki lebih banyak lagi kawasan buru terutama sekali di Tanah Besar Asia Tenggara Matlamat pertama Perancis adalah penaklukan Kerajaan Siam supaya tanah jajahan Indochina Perancis dapat diperluaskaa. Dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu Inggeris mula menjalankan rundingan dehgan Perancis pada 1895 untuk mengatasi masalah Siam itu tanpa sebarang pergolakan, Tujuan Inggeris di dalam rundingan tersebut semata-mata untuk menghindari Perancis daripada memansuhkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam, akan tetapi kedua kuasa imperialis itu memang sedar akan kepentingan masing-masing dikawasan Siam yang berhampiran dengan jajahan mereka. Maka dalam Pengisytiharan Inggeris-Perancis pada 15hb Januari, 1896 mereka dapat memelihara kepentingan masing-masing serta mengelakkan penghapusan Kerajaan Siam. Dalam Pengisytiharan 1896 itu dirakamkan beberapa fasal yang ayatnya tidak begitu jelas menerangkan perkaitannya dengan sejarah Negeri Melayu Utara.
Penyelidikan baru-baru ini yang berasaskan surnber Pejabat Luar Negeri Inggeris (Foreign Office), sumber persendirian beberapa orang menteri Inggeris, sumber Pejabat Jajahan India (India Office) dan arkib Kementerian Luar Negeri Perancis (Service des Archives, Ministere des Affaires Etrangeres, Quai d’Orsay, Paris) jelas membuktikan bahawa dua kuasa yang telah menandatangani Pengisytiharan 1896 itu memang memaksudkan persetujuan antara mereka itu supaya meliputi kepentingan masing-masing di Siam Timur dan Siam Selatan jua, Pada surat resminya Pengisytiharan itu hanya menggariskan sempadan kawasan negeri Siam yang akan dianggap sebagai bebas dan berdaulat dan yang tidak akan diresapi oleh kedua kuasa asing itu, Fasal yang lain tidak bersangkut paut dengan soal masadepan atau kebebasan Siam walaupun menyentuh beberapa perkara yang lain yang selama itu telah menjadi punca persaingan diantara Inggeris dengan Perancis, umpamanya, masalah Hulu Sungai Mekong, memang disentuh. Sebetulnya Salisbury bercita supaya perjanjian dengan Perancis itu mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam keatas seluruh kawasan dan wilayahnya termasuk juga Negeri Melayu Utara. Malahan kerajaan Perancis yang sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur kolonialnya tidak sanggup rnenyetujui chadangan Salisbury kerana mereka mengharap-harap akan kedudukan Perancis di Indochina meresapi kawasan Timur Siam pada satu masa kelak. Maka Pengisytiharan 1896, walau pun menetapkan kebebesan Kerajaan Siam di dalam kawasan Lembah Sungai Chao Phya, tidak menyentuh sama sekali kedudukan kawasan yang diluarnya. Hingga kini ahli-ahli sejarah tidak dapat menerangkan apakah sebenamya maksud kedua kuasa imperialis itu mengecualikan Siam Timur dan Siam Selatan dalam Pengisytiharan tersebut. Hanya setelah meneliti sumber-sumber baharu yang telah disebutkan tadi sahaja dapat dipastikan bahawa Inggeris dan Perancis “telah bersetuju bahawa kawasan yang tertentu itu dikecualikan daripada jaminan am yang telah pun mereka berikan keatas kebebasan Siam di Lembah Chao Phya Sebetulnya mulai 1896 Inggeris dan Perancis telah mernpraktikan teori baharu bagi kepentingan masing-masing yang bermakna bahawa dikawasan Timur Siam yang berhampiran dengan Indochina, Perancis akan memainkan peranan. sebagai kuasa utama sementara Inggeris pula akan menuntut hak keutamaannya diwilayah Siam Selatan. Oleh yang demikian tidak benar pula jikalau dikatakan hanya pada 1909 sahaja Inggeris dapat mempertahankan kepentingan mereka di Negeri Melayu Utara secara berkesan. Setelah 1896 asalkan Perancis diberi kebebasan pada dasarnya di Siam Timur, Inggeris dapat membuat apa sahaja di Siam Selatan.
Namun bagitu Salisbury yang telah menandatangani Pengisytiharan itu tidak merasa senang hati kerana beliau sangat memikirkan tentang betapa mudahnya sebuah kuasa asing selain daripada Perancis boleh campur tangan dalam hal negeri Melayu itu. Bagi mencapai sebahagian dari tujuannya untuk mententeramkan perasaan Kerajaan Siam terhadap Pengisytiharan 1896 itu dan mengelakkan kemungkinan kuasa asing bertapak di Siam Selatan, Salisbury lalu memulakan rundingan dengan Raja Chulalongkorn agar satu perjanjian terlaksana diantara mereka. Disini perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Penjajah Inggeris di Tanah Melayu telah mendesak sejak tahun 1880an supaya kuasa Inggeris diperluaskan ke Negeri Melayu Utara. Sekali pun Foreign Office di London telah menentang rayuan itu. setelah Sir Frank Swettenham menjadi Resident-General yang pertama bagi Negeri Melayu Bersekutu pada 1896, kempen untuk menggabungkan kawasan utara itu dengan jajahan British menjadi semakin rancak. Disamping itu seorang tokoh faham jajahan, Joseph Chamberlain, telah pun dilantik sabagai Setiausaha Hal Tanah Jajahan dan Salisbury menghadapi desakan yang tegas mengenai dasar British di Siam Selatan. Pada akhirnya rundingan Inggeris-Siam menghasilkan sebuah Perjanjian Rahsia pada April 1897. Mengikut Per­janjian tersebut Siam memberi jaminan bahawa ia tidak akan menyerahkan sebarang tanah dikawasan Semenanjung Melayu atau membenarkan kuasa asing menampil kenegeri Melayu Utara. sementara kerajaan Ing­geris pula berjanji akan menolong Siam menentang sebarang kuasa asing yang cuba menceburkan dirinya di kawasan tersebut secara kekerasan atau ketenteraan. Kerajaan Siam juga mengaku bahawa setiap permohonan dari orang asing untuk melombong, meniaga dan sebagainya di Siam Selatan rnestilah dirundingkan terlebih dahulu dengan Kerajaan British sebelum keputusan dibuat. Perlu ditegaskan di sini bahawa Salisbury hanya dapat persetujuan Siam bagi Perjanjian Rahsia itu setelah menjalankan beberapa muslihat, kerana Raja Chulalongkorn sangat enggan memberi peranan yang besar kepada Inggeris diwilayah Selatan. Pada penghujung rundingan Inggeris-Siam Salisbury telah mengugut Chulalongkorn dengan kemungkinan Inggeris tidak akan membantu Siam sekiranya serangan dari Perancis berlaku semula, Oleh yang demikian Siam dengan merasa sedikit keberatan terpaksa bersetuju dengan syarat dalam Perjanjian Rahsia 1897 itu.
Keadaan yang pada akhirnya menyebabkan Kerajaan Inggeris mengkaji semula kepentingannya dikawasan negeri Melayu Utara adalah berkaitan dengan beberapa tanda yang merbahaya yang telah wujud antara tahun 1899 dengan 1902 disekitar Empayarnya, khasnya dirantau Asia Tenggara. Kerajaan Inggeris mula rnerasa bimbang setelah tercetusnya Perang Afrika Selatan pada 1899 dimana penentangan gulungan Boers menjadi begitu hebat hingga sejumlah besar askar Inggeris dicurahkan kekawasan tersebut untuk membasmi pemberontakan itu. Tambahan pula negarawan British memang sedar bahawa selagi kekuatan tentera dan tenaga mereka tertumpu kepada Afrika Selatan, selama itulah kuasa Eropah lain yang sedang menyaingi pengaruh Inggeris diseluruh dunia akan cuba melakukan satu tindakan terhadap kawasan yang terpenhil dalam Empayar British supaya dapat memaksa Inggeris menyetujui kehendak mere­ka yang tertentu dibenua Eropah. Lebih kurang pada penghabisan abad kesembilanbelas juga kedudukan istimewa British di Empayar China telah menghadapi beberapa cabaran daripada kuasa Eropah seperti Rusia, Perancis dan Jerman. Disamping itu, setelah awal 1898 Jerman telah mula tampil ke Empayar China secara kekerasan dan banyak kemungkinan telah timbul bahawa negara lain juga akan berbuat demikian. Maka dengan kata lain kedudukan Inggeris di mana-mana sahaja dalam konteks Empayarnya pada awal kurun keduapuluh telah terancam. Namun begitu Foreign Office Inggeris sungguh khuatir akan Jerman mengambil peluangnya untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu Utara, terutama sekali kerana Tentera Laui Jerman sedang membangun dan mereka sangat memerlukan pelabuhan yang sesuai dimerata dunia untuk menyaingi kuasa lautan Inggeris yang sehingga itu tidak boleh di landing. Ramalan yang tersiar daripada rantau Asia Tenggara pada ketika itu membayangkan keadaan di negeri Melayu Utara sebagai terlalu kucar-kacir dan oleh itu boleh memberi kesempatan yang baik kepada sebuah kuasa asing se­perti Jerman untuk bergerak. Meskipun Kerajaan Inggeris telah menandatangani sebuah perjanjian sempadan dengan Siam pada 1899 yang menggariskan sempadan antara Negeri Melayu Bersekutu bagi satu pihak dan wilayah Siam bagi satu piliak yang lain. Foreign Office di London tidak dapat melupakan soal hubungan di antara Siam dengan negeri Melayu Utara. Mengikut Kerajaan Penjajah di Singapura Siam tidak dapat menakluki negeri Melayu tersebut dengan tegas dan raja-raja Melayu di utara dikatakan pula bersiap untuk memberontak, terutama sekali Raja Patani, Memang benar bahawa  pendapat yang wujud  dari  pihak Inggeris di Semenanjung Melayu bertujuan untuk memperkecil-kecilkan      pengaruh Siam dikawasan Melayu Utara, akan tetapi beberapa kebenaran telah pun membuktikan kepada Kerajaan London bahawa sikap Negeri Melayu Utara terhadap Siam adalah bermusuhan. dalam hal ini perlu  ditegaskan  bahawa Foreign Office Inggeris mengambil berat ter­hadap   tindak-tanduk  negeri Patani yang dianggap sebagai kuasa yang mempunyai  daya utama antara Negeri Melayu Utara.
Perkara yang menyebabkan Inggeris menjadi sungguh khuatir ter­hadap perkernbangan politik di Negeri Melayu Utara adalah kegagalan Perjanjian Ralisia 1897, Pada tahun yang berikutnya Inggeris dan Sian telah berkali berkelahi tentang pelaksanaan Perjanjian tersebut. Disamping itu menurut sumber tempatan semakin ramai orang asing menceburkan diri di dalam perdagangan dan perlombongan di Negeri Melayu Uta­ra secara bersendirian. Meskipun hanya separuh dari mereka itu sahaja yang terdiri dari warganegara Jerman, Kerajaan Inggeris memang mensyaki bahawa Jerman adalah bertanggungjawab atas penambahan perhatian orang asing yang tiba-tiba ditumpukan kepada Negeri Melayu Utara itu, khasnya  Kedah, Kelantan dan Trengganu. Pertelingkahan antara Inggeris dengan Siam timbul kerana kebanyakan orang asing itu telah memohon kebenaran untuk melombong dan sebagainya secara langsung kepada raja Melayu sendiri tanpa sebarang permintaan kepada Kerajaan Siam di Bangkok. Tambahan pula Kerajaan Inggeris merasa curiga bahawa Siam tidak setia kepada peraturan dalam Perjanjian Rahsia, malahan pihak Bangkok mungkin membuat persefahaman secara sulit dengan kuasa asing seumpama Jerman, Maka segala kemungkinan itu lalu menyebabkan Kerajaan Inggeris, terutamanya Foreign Officenya, berusaha mencari cara baharu untuk mengatasi keadaan yang tidak menyenangkan di Negeri Melayu Utara pada awal kurun keduapuloh.
Di sini harus diingat juga peranan seseorang individu seperti Setiausaha Luar Negeri baharu di London, Lord Lansdowne. Beliau telah mengambil alih jawatan tersebut setelah pilihan raya 1900. Dalam pilihan raya tersebut Parti Konservatif telah sekali lagi mencapai kejayaan yang besar dan Lord Salisbury telah pun mengundurkan dirinya daripada menjadi Setiausaha Luar Negeri semula walaupun terus memegang jawatan Perdana Menteri. Salisbury adalah lebih tenang dan sabar dalam usaha diplomasinya mungkin kerana beliau sangat berpengalaman. Malah Salisbury sebenarnya tidak begitu khuatir akan keadaan di Negeri Melayu Utara menjadi merbahaya atau meruncing. Akan tetapi Lansdowne tidak sanggup memerhatikan sahaja perjalanan dasar Jerman yang sangat memusuhi Inggeris disekitar dunia dan disamping itu penasihatnya di Foreign Office pula mensifatkan peranan Jerman dirantau Asia Tenggara sebagai nakal. Maka Lansdowne berniat hendak rnengindarkan sebarang tindakan Siam atau Jerman di Negeri Melayu Utara yang mengancam kedudukan dan kepentingan Inggeris.

Dalam usaha yang demikian Lansdowne berpendapat bahawa dasar Inggeris terhadap Siam  dikawasan utara Semenanjung Melayu adalah tidak wajar atau sesuai kerana kegagalan Perjanjian Rahsia 1897. Pada hakikatnya perjanjian tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil kepada kedua negara yang terlibat dan sebaliknya banyak masalah dalam pelaksanaannya sahaja yang timbul. Kedudukan Lansdowne sangat rumit memandangkan rahsianya Perjanjian 1897 yang tidak membolehkan Ingge­ris menafikannya supaya dasar mereka di Negeri Melayu Utara lebih bebas. Sementara itu Kerajaan Siam sendiri terikat kepada Perjanjian Rahsia itu kerana rnereka memang khuatir akan kuasa asing dapat tahu sejauh mana Siam telah memberi keistimewaan kepada Inggeris diwilayah Selatan. Lansdowne pertama sekali menitik beratkan  hubungan antara Inggeris dengan Perancis kerana beliau sedar bahawa peranan Inggeris di Negeri Melayu Utara itu tidak akan terbatas melainkan dengan satu persefahaman yang seluasnya dengan Kerajaan Perancis. Malahan pada awal kurun keduapuluh Lansdowne tidak. melihat sebarang peluang untuk memperbaiki hubungan antara Inggeris dengan Perancis yang agak tegang disebabkan oleh persaingan antara mereka di Mesir, Maghrabi dan Afrika. Pada ketika itu keadaan di Negeri Melayu Utara pula merosot dan menjadi makin buruk akibat tuntutan raja Melayu akan kebebasan mereka daripada kuasa Siam. Kerajaan Siam memang menghadapi banyak kesulitan dalam usahanya untuk memperkuatkuasakan pengaruhnya atas negeri Melayu tersebut dan pada 1902 satu peristiwa yang serius berlaku bilamana askar Siam menahan Raja Patani lalu membawanya ke Bangkok. Setelah Raja Patani digulingkan kempen-kempen kerajaan Penjajah Inggeris di Singapura yang didahului oleh Swettenham naik semangat dan kerajaan London dibanjiri oleh kian banyak desakan memintanya mengambil langkah yang tegas untuk rnempertahankan kepentingan Inggeris.
Secara kebetulan sahaja, pada akhir 1901 kerajaan Perancis telah berunding dengan Siam tentang beberapa masalah antara dua pihak itu di kawasan Siam Timur, Perkembangan tersebut lalu menggalakkan Lansdowne membangkitkan soal negeri Melayu Utara secara langsung dengan Kerajaan Siam. Beliau tidak sanggup menyokong rayuan Swettenham dan rakannya di Singapura supaya menakluki Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu kerana sekiranya Inggeris berbuat demikian sudah tentu Perancis pula akan membalas dengan merebut kawasan Siam Timur, Dari segi keperluan stratejik Inggeris, ibukota Bangkok dianggap amat penting dan dasar Inggeris menghendaki tempat itu bebas dari pengaruh Perancis. Oleh kerana matlamat Perancis dikawasan Battambang dan Siemreapo yang terlalu berhampiran dengan Bangkok maka Lansdowne tidak dapat memberi peluang kepada Perancis. Namun demikian Lans­downe menyedari bahawa setelah pergolakan antara Siam dengan Patani keadaan di Kelantan dan Trengganu mula menjadi tidak tenteram Beliau yakin bahawa sekiranya pentadbiran Siam didua-dua negeri Melayu itu dapat diperbaiki mungkin keadaan akan pulih. Menurut dasar baharu itu Lansdowne telah mengadakan rundinsan dengan wakil Keraiaan Siam di London pada akhir 1901 dengan tujuan memaksa Raja Chulalongkorn supaya melantik Penasihat Am (General Advisers) kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu. pada mulanya Siam cuba mengganggu rundingan itu akan tetapi setelah Lansdowne menunjukkan sikapnya yang begitu keras dengan lawatan Swettenham ke Kelantan dan Trengganu seolah-olah beliau akan membuat perjanjian secara langsung dengan negeri tersebut. maka Kerajaan Siarn kemudian menerima cadangan Inggeris. Hasil perundingan antara Inggeris dan Siam adalah satu perjanjian yang ditanda-tangani oleh Lansdowne dan Phya Sisahathep, Wakil Khas Siarn, di London pada 5hb Oktober 1902. Menurut perjanjian tersebut Siam bersetuju akan melantik Penasihat Am kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu akan tetapi perlantikan itu akan dikenakan syarat seperti berikut:
  1. Penasihat tersebut mestilah warganegara British yang sedang bertugas dengan kerajaan Siarn.
  2. Perlantikan mereka mesti dirundingkan dengan pihak Inggeris terlebih dahulu.
Syarat tersebut telah pun dirakamkan dalam balas-membalas nota rahsia diantara Inggeris dengan Siam dan kemudiannya perjanjian yang resmi mengenai soal Penasihat Am telah ditandatangani hanya antara Siam dengan Kelantan kerana Sultan Trengganu menolak perjanjian itu dengan Siam habis-habisan. Perlu ditegaskan disini bahawa Kerajaan Siam telah berusaha kuat melalui diplomasinya untuk mengelakkan syarat rahsia itu dan sebenarnya mereka telah mengadakan rundingan dengan Kerajaan Perancis sebagai satu cara untuk menghindari cita-cita Lansdowne.  Walau bagaimana pun pada akhirnya Landsdowne telah rnengatasi muslihat Siam itu dengan keputusannya untuk membincangkan masalah Siam itu secara langsung dengan Kerajaan Perancis. Maka langkah yang demikian itu menyebabkan Siam terpaksa menyetujui cadangan Inggeris mengenai Penasihat Am. Sesudah sahaja rundingan antara Inggeris dengan Siam pada akhir 1902 mengenai Kelantan dan Trengganu, Kerajaan Inggeris pun terus melangkah ke arah perpaduan dasar Inggeris dan Perancis terhadap Siam dan usaha itu tidak lama lagi berhasil sebagai Persetujuan Inggeris Perancis atau Entente Cordiale pada April 1904 yang meliputi bukan sahaja masalah Siam bahkan menyelesaikan juga masalah Mesir dan Maghrabi.
Dapat disimpulkan Perjanjian Inggeris-Siam 1909 bukannya hasil daripada persefahaman antara dua kuasa imperialis, iaitu Inggeris dan Perancis, pada 1904. Bahkan Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah untuk mempertahankan kepentingannya di Negeri Melayu Utara terlebih dahulu lagi iaitu pada 1897. Oleh kerana Perjanjian Rahsia telah gagal bagi memperlindungi keperluan Inggeris menjelang awal kurun keduapuluh, maka Kerajaan Inggeris dengan rancak bergerak terhadap kelemahan Siam di Negeri Melayu Utara, terutamanya di Kelantan dan Trengganu. Satu soal pokok bagi sejarah Malaysia dalam semua pergerakan ini adalah mengapa Inggeris tidak mempunyai niat untuk mara keseluruh kawasan Melayu di Utara itu hinggalah ke Genting Kra. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, pada amnya Kerajaan Inggeris memang  memerhatikan kawasan  di selatan Genting Kra sebagai kawasan pengaruhnya sejak tahun 1870an akan tetapi pada waktu itu mereka tidak berniat untuk menakluki kawasan tersebut   Kemudian, manakala masalah antarabangsa mula timbul pada penghujung kurun kesembilan belas, Kerajaan Inggeris memandang berat khasnya kepada Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu mungkin sebab negeri itulah yang berhampiran dengan Negeri Melayu Bersekutu. Pada awal kurun kedua puluh Kerajaan Inggeris telah dapat mengawasi kepentingannya di Perlis  dan Kedah dengan perlantikan seorang wakil(atau Consul) yang bertugas dengan melawat dua negeri tersebut serta membuat lapuran kepada Keraiaan. Sebaliknya keadaan di Pantai Timur pula merupakan satu masalah yang lebih serius sebab Raja Patani, Kelantan dan Trengganu dianggap  sebagai gagah dan bebas. Pendirian Inggeris terhadap negeri Pantai Timur telah pun dibuktikan sering kali kerana Raja Kelantan misalnya, telah memberi kemudahan untuk melombong dan berniaga yang seluasnya kepada seorang British, William Duff, tanpa sebarang persetujuan daripada pihak Siam. Alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada 1902 manakala mereka telah dapat menawan Raja Patani. Setelah peristiwa itu Inggeris memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam dan Kerajaan Penjajah di Tanah Melayu pada amnya menumpukan perhatiannya kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu sahaja. Selain daripada itu mengikut cara penetapan sempadan yang digunakan oleh kuasa imperialis pada masa yang lampau, terutama sekali cara Inggeris, adalah dengan menggariskan sempadan melalui puncak pergunungan. Di sini jelas sekali dapat diperlihatkan bahawa sempadan 1909 itu sangat sesuai bagi teori Inggeris itu sedangkan sekiranya Patani juga dimasukkan dalarn sempadan itu Inggeris tidak akan mencapai keperluan stratejiknya.