Jumaat, 15 Oktober 2010

Ikan Besar (Ikan Lele Gergasi) Tanda-Tanda Nasrun Mina Allah (Pertolongan Allah)

Ikan Besar (Ikan lele Gergasi) Tanda-Tanda Nasrun Mina Allah (Pertolongan Allah)  
Ditulis oleh Abu Nuaim

Satu peristiwa yang telah berlaku bagi membuktikan kesucian dan keikhlasan hamba Allah yang selama ini sanggup berjuang demi membela agamanya. Peristiwa ikan besar (ikan lele gergasi) telah berlaku di suatu desa (kampong) baru-baru ini. Penulis sendiri pergi ziarah di kampong itu dan sempat bersembang berbual dengan penduduk kampong tentang cerita anehdan ajaib  ini. Dalam tulisan ini, penulis ingin guna hanya nama gantian dari nama sebenar desa (kampong) dan beberapa tempat yang berkaitan. Kerana itu adalah permintaan dari orang desa (kampong) di situ supaya merahsiakan nama desa (kampong) dan nama tempat yang berkaitan. Di sini penulis harus tunai janji dari permintaan mereka. Dalam tajuk ini, semua nama desa (kampong) dan tempat yang berkaitan adalah letakan nama dari penulis sendiri supaya pembaca senang dibaca dan sedap didengar.
Pada satu ketika Pejuang Pembebasan Patani sedang beristirahat di tepi lubuk sungai, di situ ada Tako Ikan (gambar) yang sudah dibuat oleh penduduk yang berhampiran. Semasa mereka sedang tunggu ikan masuk ke dalam tako, mereka sama-sama meriah dengan rakan-rakan yang lain dengan bakar ikan yang sudah masuk tako sebelum ini.
Apabila tiba waktu petang, Pejuang Pembebasan Patani meninggal pesanannya kepada kawannya, “biarkan tinggal tako ini dan nanti kita mari angkat 2 hari nanti”, jawab rakan “yananti aku mari angkat 2 hari lagi. Setelah itu mereka sama-sama balik ke rumah masing-masing, malam itu semua tidur dengan nyenyak dan lena.
Esokan pagi, seorang Pejuang Pembebasan Patani meneliphon kepada kawannya yang berada di luar kawasan supaya datang ambil dan jemput dia keluar pada petang hari nanti, kerana dia ingin beristirahat sekejap di luar.
Jam 2 petang waktu tempatan, suatu peristiwa yang tidak diingini pun berlaku apabila pihak polis dan tentera Thailand beribu-ribu orang masuk kepong kampong yang Pejuang Pembebasan Patani bermalam itu. Pejuang Pembebasan Patani yang baru sehaja selesai dari makan dan solat zohor terperanjat degnan kedatangan pihak askar dan polis. Pejuang Pembebasan Patani dengan pantasnya bangun bersama seputong senjata pendek tersayang lari ke arah belakang rumah. Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!!! Pejuang Pembebasan Patani takbir dengan suara yang nyaring dan kuat, kerana ternyata di belakang rumah itu sudah penuh dengan manusia yang berpakaian hitam dan chokolat. Pejuang Pembebasan Patani mula ucap laung dengan takbir Allahu Akhbar. Namun, manusia yang berpakaian choklat dan hitam tadi terus jawab dengan terbangan peluru beratus-ratus ke arah Pejuang Pembebasan Patani. Namun sebelum Pejuang Pembebasan Patani menembus nafasnya kali terakhir dia juga sempat membalas peluru ke arah manusia yang berpakaian hitam dan chokolat tadi, 2 orang maut di tempat kejadian dan 2 cedera parah dikejar ke hospital tanpa diberitahu kepada orang awam.
Setelah Pejuang Pembebasan Patani hembus nafas kali terakhir, pihak polis dan askar dengan geramnya lepas tembakan berdas-das ke arah Pejuang Pembebasan Patani yang sudah tidak bernyawa sehingga keluar otak kepala, namun semua kekejaman jahat itu tidak pernah menakutkan kepada si Pejuang yang sanggup membela agama Allah.
Setelah Pejuang Pembebasan Patani ini syahid, khabar beliau sampailah kepada kawannya yang dia meneliphon untuk keluar rehat pagi tadi, “OO”, sebenarnya mu ingin keluar beristirahat selama-lamanya” kata rakan Pejuang itu.
Setelah  jinazah al-syahid keluar dari hospital, di rumahnya pada waktu 8 malam sudah penuh dengan beribu-ribu manusia yang sedang menunggu ketibaan al-syahid itu. diantaranya 4 orang pemuda yang sebelum ini ketagih daun ketong datang ke rumah al-syahid dan terus kucup jinazah sambil menangis kerana teringat dengan pesanan-pesanan yang diberi oleh al-syahid kepada mereka sebelum ini. Kayu api dan barang-barang untuk memasak di dapur bagi menjamu tetamu semuanya dicari dan diurus oleh 4 orang pemuda tadi. Kini kesemua 4 orang pemuda tadi mulai solat secara berjamaah tidak lagi tinggal, daun ketong yang diminum sebelum ini pun sudah ditinggalkan.
Allahu Akhbar, Allahu Akhbar, Allahu Akhbar!!! Suara takbir perarakan membawa jinazah ke kubur semenjak dari anak tangga rumah hinggalah sampai ke lubang kubur tidak pernah sepi sehingga sampai jinazah dikebumikan.
2 hari kemudian pada jam 2 petang iaitu waktu yang sama di mana Pejuang Pembebasan Patani di tembak oleh siam, rakannya yang dipesan oleh Pejuang suruh angkat tako ikan tadi pun pergi ke tempat tako di lubuk untuk tunai janji yang pernah berjanji dengan Pejuang yang syahid itu. Setelah tiba di tako, perlahan-lahan rakannya itu tarik tako naik, Adooh!!!kenapa tako ini berat begini ni??? mengeloh si rakan itu. Apabila tako ditarik naik, ternyata yang berat tadi adalah ikan besar. OOOOO!!!!!! Ikan besar, ikan besar, ikan besar!!!!!!! Terkejut si rakan itu dan lantas dia teringat pesanan yang diberi oleh Pejuang Pembebasan Patani sebelum ini bahwa nanti 2 hari lagi kita mari angkat tako ini, ternyata hari inilah yang dimaksud oleh Pejuang itu tadi, dan memang tanda-tanda pertolongan dari Allah kepada hamba yang sanggup berjuang untuk membela agamanya dan menghalau penjajah kafir siam dari bumi yang suci Patani Darussalam.
 Setelah tako (gambar) di tarik naik, rakan Pejuang itu pergi turut seorang lagi kawannya untuk angkat ikan itu naik dari tako, kerana dia seorang tidak mampu tarik. Setelah dari tarik naik ke darat, rakannya cuba letak ikan itu di atas kelo penimbang ternyata ikan itu berat 95 kelogram dan panjang 2 meter 20 sentimeter, daging ikan semua diagih kepada keluarga yang sahid untuk membuat jamuan untuk tetamu dan pelawat.
Kesah seperti ini sudah berlaku juga di kawasan yang hampir, di mana ikan itu berat 85 kelogram dan keadaan hampir sama juga iaitu ikan masuk dalam tako setelah Pejuang Pembebasan Patani sahid 2 hari sebelumnya apabila meraka bertempor dengan polis dan askar siam.             
Firman Allah yang bermaksud;
“ Sesungguh Allah telah menolong kamu pada peperangan Badar padahal kamu adalah orang-orang yang lemah” (Ali ‘Imrah :123)
Ayat al-Quraan di atas adalah satu dalil yang menegaskan bahwa pertolongan Allah itu bukan hanya pada perang Badar sehaja, ia bukan dikhususkan kepada Nabi SAW dan Sahabat-sahabatnya sehaja, bahkan ia untuk keseluruhan hambanya yang benar-benar yakin, tawakal, sabar dan istikamah apabila menghadapi peperangan.
Dalam perang Badar pada 17 Ramadhan tahun 2 hijrah, tentera Islam hanya 317 orang dan 70 unta yang dipimpin sendiri oleh Nabi saw. Manakala tentera musuh musrik pula jumlahnya lebih dari 1000 orang, 200 berkuda, 600 berbaju besi yang dipimpin oleh Abu Jahal. Dalam peperangan ini tentera Islam hanya gugur syahid 14 orang sehaja, manakala pihak musuh musrik maut 76 orang.
Dalam bilangan yang jauh berbeza jika dibandingkan dengan pihak musuh, tetapi kenapa pihak Islam dapat menang dengan gemilang? Ia tidak lain dan tidak bukan adalah kerana pertolongan dari pada Allah yang mengutus para Malaikat ikut serta dalam perang Badar itu.
Tidak hairanlah sehabat pernah berkata, ketika aku angkat pedang untuk memotong kepala musuh ternyata belum lagi aku angkat pedang musuh itu sudah terbaring dan sungkur, sahabat bertanya Rasulullah, apa kejadian yang berlaku itu? Rasulullah menjawab, “ itu adalah para Malaikat yang diutus oleh Allah untuk menyertai perang bersama2 dengan kita”. Allah menjanjikan pertolongan ini apabila hamba sanggup menepati segala syarat-syarat untuk mendapat pertolongan yang luar biasa ini.                                                                                                                  
Kejadian yang berlaku terhapda al-syahid dalam tajuk ikan Lele Gergasi di atas adalah petanda bahwa nasrun mina Allah sudah pun tiba dan tidak akan putus selama mana hamba merasa yakin dan penuh dengan keimanan.
Perjuangan diantara Patani-Thailand tidak ada istilah mustahil bagi orang Melayu Patani boleh menang, kerana sejarah telah bukti kepada kita pada perang Badar bahwa jumlah dan senjata yang canggih bukan suatu penentuan dalam kemenangan dalam perang. Perang Viatnam-Amerika juga sudah pun kita ketahui bagaimana mereka dapat mengalah penguasa besar dunia sebesar dan secanggih Amerika??!!
Rasulullah SAW pernah mengingati kepada kaum Muslimin bahawa kemenangan mereka bukan terletak kepada kekuatan fizikal, bilangan tentera dan persenjataan semata-mata, tetapi yang utamanya ialah kekuatan dari Allah swt.
Ingatlah, Doa itu adalah senjata bagi orang-orang yang beriman.

Tako Ikan
Sumbur: http://ambranews.com/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=55&Itemid=46

1 ulasan:

  1. berjuanglah umat melayu. kita akan menang.

    BalasPadam