Isnin, 18 Oktober 2010

Hakikat Patani

                      
Hakikat Patani
Disusun oleh: Azrulshah Shah

Konflik di negeri Fathoni jika dihitung sudah mencecah 224 tahun semenjak dijajah pada tahun 1786. Dalam usia yang begitu lama ini pastinya pelbagai rintangan dan peristiwa yang dilalui oleh orang Melayu di Selatan Thailand.

Sukar untuk digambarkan difikiran akan keseksaan yang dilalui oleh umat Patani. Ribuan malahan jutaan nyawa yang tidak berdosa telah terkorban akibat sifat tamak dan holaba kerajaan Siam yang menjajah negeri Fathoni. Bermula zaman pemerintahan Chulalongkorn yang menjarah serta memecah negeri Fathoni kepada wilayah-wilayah kecil dalam usaha melemahkan orang Melayu serta menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Begitu juga dengan Phibul Songkhram yang terang-terang menghapuskan identiti Melayu sehinggalah Sarit Thanarat yang sagat benci kepada agama Islam sehingga menyerang sekolah-sekolah pondok. begitu juga dengan Tinasulanonde yang hanya bermuka-muka dalam menjalankan dasar penghapusan komunis tetapi dalam masa yang sama menghapuskan gerakan pemisah. pembangunan langsung tiada di Patani.

Hakikatnya, pada hari ini sukar untuk mencari perdamaian kerana kerajaan Thailand masih lagi menggunakan pendakatan penjajahan di tiga wilayah. Dasar-dasar yang dibentuk adalah tidak adil umpama layanan majikan dengan hamba. Bayangkan dari dahulu hingga sekarang masih belum ada pembangunan yang benar-benar membantu orang Melayu di Patani.

Kebanyakan ladang-ladang getah dan kelapa sawit adalah milik Thai dan Cina. Begitu juga kolam-kolam udang yang luas sehingga merosakkan sistem aliran sungai di Patani juga hak milik bangsa lain. manakala orang Melayu hanya menerima tempiasnya sahaja untuk hidup seperti kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Saya pernah menemui seorang berbangsa Cina yang cukup berjaya di tiga wilayah dalam dunia perniagaan dan politiknya. beliau terus terang menyatakan bahawa orang Melayu adalah pemalas dan suka mengambil hak orang. Pada saya, itu telaah yang tidak benar sama sekali. Sebenarnya hak orang Melayu diambil oleh orang Siam dan mereka tidak diberi peluang dalam sektor ekonomi. Bagaimana boleh dikatakan orang Melayu pemalas sedang sejarah telah menunjukkan bahawa bangsa Melayu sebuah bangsa yang agong dalam dunia perdagangan. Kalau bukan disebabkan itu, masakan Siam yang tamak sanggup menjajah Patani.

Logiknya, sesebuah kerajaan yang membuat keputusan untuk menjajah negeri lain adalah disebabkan ada sesuatu yang memberi keuntungan kepadanya. Kalau negeri Patani kering kontang dan tiada apa-apa, masakan orang Siam mahu menaklukinya. Justeru, Patani dahulunya terkenal dengan perlabuhan yang termaju di seantero dunia. Malahan kerajaan Langkasuka yang diagongkan oleh dunia Melayu adalah wujud di Patani. Namun, semua ini tinggal kenangan sekiranya orang Melayu tidak bersatu dan sama-sama bangkit menentang kezaliman dan penjajahan. Dunia sekarang tidak lagi boleh mengikut logik akal kerana apa-apa yang mustahil apasti akan berlaku. Contohnya, israel sebuah negara yang dahulunya tiada boleh membunuh dan menyerang bangsa lain. Kalau ikutkan logik akal masakan benda ini berlaku kerana bangsa mereka adalah jumlah yang kecail dan berbentuk diaspora (bertaburan dalam dunia). Jadi, harapan kepada orang Melayu bersatulah dan bergerak atas jalan agama Islam. Jadikan tauhid sebagai titik persamaan untuk semua pihak.

Kalau nak cakap atas jalan Islam agak sukar diterima kerana sekarang dalam Islam sudah ada pelbagai pegangan dan pendapat. Jadi, ambillah tauhid atau beriman kepada Allah sebagai titik semua pihak untuk bersatu. Di Selatan Thailand sekarang memang diketahui bahawa banyak pertelagahan berlaku di kalangan umat Patani sendiri. Tetapi sampai bila hendak bertelagah sama sendiri sedangkan perlu menghadapi halangan yang cukup perit di hadapan. Bergabunglah dan berjuanglah secara baik yang mana difikirkan mempunyai cahaya untuk mencapai kejayaan.

Sekian dan wasalam



Sumbur: Patani Fakta Dan Opini
http://www.facebook.com/home.php?#!/note.php?note_id=144003535623035

Tiada ulasan:

Catat Ulasan