Oleh: J Chandran. UKM
Satu peristiwa yang merupakan tanda yang panting dalam perkembangan sejarah moden Malaysia adalah Perjanjian 1909 antara Siam dengan Inggeris yang memisahkan empat buah negeri Melayu di Utara Semenanjung daripada naungan Siam dan mengikatkan mereka dengan jajahan British, Mulai 1909 sempadan di antara Siam dengan Malaysia telah ditentukan dengan cara kebetulan sahaja dan sehingga ini sempadan itu merupakan suatu soal yang besar maknanya dalam sejarah moden Malaysia. Kajian ini tidak bertujuan untuk meneliti samada sempadan itu munasabah atau tidak. Sebaliknya perkara yang akan lebih dititik-beratkan adalah kedudukan dan kesan Perjanjian 1909 itu didalam konteks dasar imperialis British dirantau ini sebelum Perang Dunia Pertama.
Kebanyakan buku-buku sejarah yang menyebut tentang Perjanjian 1909 itu memperlihatkan perkembangan dasar penjajahan Inggeris di Semenanjung Melayu sebagai satu proses yang bersambungan mulai daripada 1874. Malah mengikut pentafsiran beberapa ahli-ahli sejarah perluasan jajahan Inggeris yang berlaku pada 1909 hanya merupakan puncak dari usaha-usaha Kerajaan Penjajahan di Tanah Melayu sejak 1874 untuk dapat menarnpung seberapa banyak negeri Melayu di dalam satu kawasan jajahan yang luas serta bersatu. Pentafsiran-pentafsiran yang demikian biasanya mengambil perhatian tentang betapa pentingnya peranan Siam di dalam hal ini semata-mata kerana pada masa itu setiap negeri Melayu yang terletak kesebelah Utara Negeri Melayu Bersatu itu adalah terkandung didalam kawasan-kawasan Siam. Seringkali terdapat juga di dalam perbincangan mengenai perkara tersebut sedikit-sebanyak yang menyentuh tentang hubungan diantara Inggeris dengan Perancis sebelum 1909 yang dikatakan memudahkan Perjanjian 1909 diantara Inggeris dengan Siam itu. Maka, memandang dari sudut keadaan antarabangsa, khasnya dari segi kedudukan hubungan diantara Inggeris dengan Perancis menjelang 1909, kesempatan untuk Inggeris mencapai matlamatnya di Utara Semenanjung Melayu adalah sangat baik. Namun demikian kajian ini akan menggambarkan bagaimana tujuan-tujuan dasar British di kawasan Negeri-negeri Melayu Utara itu telah pun diawasi serta dipelihara lebih awal lagi. Selain daripada itu kertas ini akan menegaskan bahawa sebenarnya Persetujuan di antara Inggeris dengan Perancis pada 1904 tidak merupakan punca bagi Perjanjian 1909 yang berikutan, malah kedua-dua kuasa imperialis itu memang telah bersetuju akan kepentingan masing-masing dikawasan-kawasan yang tertentu sejak 1896.
Sejak Inggeris menakluki Hulu Burma pada 1886 dan meluasnya jajahan Perancis di Annam dan Tongking, satu persaingan yang hebat diantara kedua-dua kuasa imperialis itu telah berlaku. Pertandingan peluasan pengaruh masing-masing mula tiba kepuncaknya pada 1893 manakala Perancis dapat mencapai matlamat-matlamatnya di Laos dan kawasan-kawasan sebelah timur Sungai Mekong dengan cara menggunakan kekerasan atas Kerajaan Siam, Pada masa itu kepentingan Inggeris dirantau Asia Tenggara, terutama sekali di T’anah Besarnya, tertumpu kepada dua kawasan: di sebelah timur laut Burma dan di Selatan China, khasnya diwilayah Yunnan; dan yang kedua, di Negeri Melayu Utara sehingga Genting Kra. Di kedua kawasan tersebut Kerajaan British mempunyai beberapa kepentingan seperti perdagangan dan stratejik. Sementara itu dasar jajahan Inggeris juga telah berubah akibat peluasan Empayarnya yang agak berselerak. Kerajaan British pada tahun 1890an enggan memperluaskan Empayar British kerana adanya banyak masalah yang berkaitan dengan peluasan itu, Maka seorang negarawan British pada masa itu, Lord Salisbury yang juga menjadi Perdana Menteri merangkap Setiausaha Luar Negeri, memegang kuat pada dasar liberal supaya dapat rnengatasi masalah diplomatik dengan mengadakan persetujuan dengan negeri-negeri asing, Berbanding dengan dasar Salisbury yang tidak agresif, Perancis masih lagi terlibat dalarn perjuangan jajahan dan hanya menunggu kesempatannya untuk menakluki lebih banyak lagi kawasan buru terutama sekali di Tanah Besar Asia Tenggara Matlamat pertama Perancis adalah penaklukan Kerajaan Siam supaya tanah jajahan Indochina Perancis dapat diperluaskaa. Dalam keadaan yang tidak menyenangkan itu Inggeris mula menjalankan rundingan dehgan Perancis pada 1895 untuk mengatasi masalah Siam itu tanpa sebarang pergolakan, Tujuan Inggeris di dalam rundingan tersebut semata-mata untuk menghindari Perancis daripada memansuhkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam, akan tetapi kedua kuasa imperialis itu memang sedar akan kepentingan masing-masing dikawasan Siam yang berhampiran dengan jajahan mereka. Maka dalam Pengisytiharan Inggeris-Perancis pada 15hb Januari, 1896 mereka dapat memelihara kepentingan masing-masing serta mengelakkan penghapusan Kerajaan Siam. Dalam Pengisytiharan 1896 itu dirakamkan beberapa fasal yang ayatnya tidak begitu jelas menerangkan perkaitannya dengan sejarah Negeri Melayu Utara.
Penyelidikan baru-baru ini yang berasaskan surnber Pejabat Luar Negeri Inggeris (Foreign Office), sumber persendirian beberapa orang menteri Inggeris, sumber Pejabat Jajahan India (India Office) dan arkib Kementerian Luar Negeri Perancis (Service des Archives, Ministere des Affaires Etrangeres, Quai d’Orsay, Paris) jelas membuktikan bahawa dua kuasa yang telah menandatangani Pengisytiharan 1896 itu memang memaksudkan persetujuan antara mereka itu supaya meliputi kepentingan masing-masing di Siam Timur dan Siam Selatan jua, Pada surat resminya Pengisytiharan itu hanya menggariskan sempadan kawasan negeri Siam yang akan dianggap sebagai bebas dan berdaulat dan yang tidak akan diresapi oleh kedua kuasa asing itu, Fasal yang lain tidak bersangkut paut dengan soal masadepan atau kebebasan Siam walaupun menyentuh beberapa perkara yang lain yang selama itu telah menjadi punca persaingan diantara Inggeris dengan Perancis, umpamanya, masalah Hulu Sungai Mekong, memang disentuh. Sebetulnya Salisbury bercita supaya perjanjian dengan Perancis itu mengekalkan kebebasan dan kedaulatan Kerajaan Siam keatas seluruh kawasan dan wilayahnya termasuk juga Negeri Melayu Utara. Malahan kerajaan Perancis yang sentiasa dipengaruhi oleh unsur-unsur kolonialnya tidak sanggup rnenyetujui chadangan Salisbury kerana mereka mengharap-harap akan kedudukan Perancis di Indochina meresapi kawasan Timur Siam pada satu masa kelak. Maka Pengisytiharan 1896, walau pun menetapkan kebebesan Kerajaan Siam di dalam kawasan Lembah Sungai Chao Phya, tidak menyentuh sama sekali kedudukan kawasan yang diluarnya. Hingga kini ahli-ahli sejarah tidak dapat menerangkan apakah sebenamya maksud kedua kuasa imperialis itu mengecualikan Siam Timur dan Siam Selatan dalam Pengisytiharan tersebut. Hanya setelah meneliti sumber-sumber baharu yang telah disebutkan tadi sahaja dapat dipastikan bahawa Inggeris dan Perancis “telah bersetuju bahawa kawasan yang tertentu itu dikecualikan daripada jaminan am yang telah pun mereka berikan keatas kebebasan Siam di Lembah Chao Phya Sebetulnya mulai 1896 Inggeris dan Perancis telah mernpraktikan teori baharu bagi kepentingan masing-masing yang bermakna bahawa dikawasan Timur Siam yang berhampiran dengan Indochina, Perancis akan memainkan peranan. sebagai kuasa utama sementara Inggeris pula akan menuntut hak keutamaannya diwilayah Siam Selatan. Oleh yang demikian tidak benar pula jikalau dikatakan hanya pada 1909 sahaja Inggeris dapat mempertahankan kepentingan mereka di Negeri Melayu Utara secara berkesan. Setelah 1896 asalkan Perancis diberi kebebasan pada dasarnya di Siam Timur, Inggeris dapat membuat apa sahaja di Siam Selatan.
Namun bagitu Salisbury yang telah menandatangani Pengisytiharan itu tidak merasa senang hati kerana beliau sangat memikirkan tentang betapa mudahnya sebuah kuasa asing selain daripada Perancis boleh campur tangan dalam hal negeri Melayu itu. Bagi mencapai sebahagian dari tujuannya untuk mententeramkan perasaan Kerajaan Siam terhadap Pengisytiharan 1896 itu dan mengelakkan kemungkinan kuasa asing bertapak di Siam Selatan, Salisbury lalu memulakan rundingan dengan Raja Chulalongkorn agar satu perjanjian terlaksana diantara mereka. Disini perlu ditegaskan bahawa Kerajaan Penjajah Inggeris di Tanah Melayu telah mendesak sejak tahun 1880an supaya kuasa Inggeris diperluaskan ke Negeri Melayu Utara. Sekali pun Foreign Office di London telah menentang rayuan itu. setelah Sir Frank Swettenham menjadi Resident-General yang pertama bagi Negeri Melayu Bersekutu pada 1896, kempen untuk menggabungkan kawasan utara itu dengan jajahan British menjadi semakin rancak. Disamping itu seorang tokoh faham jajahan, Joseph Chamberlain, telah pun dilantik sabagai Setiausaha Hal Tanah Jajahan dan Salisbury menghadapi desakan yang tegas mengenai dasar British di Siam Selatan. Pada akhirnya rundingan Inggeris-Siam menghasilkan sebuah Perjanjian Rahsia pada April 1897. Mengikut Perjanjian tersebut Siam memberi jaminan bahawa ia tidak akan menyerahkan sebarang tanah dikawasan Semenanjung Melayu atau membenarkan kuasa asing menampil kenegeri Melayu Utara. sementara kerajaan Inggeris pula berjanji akan menolong Siam menentang sebarang kuasa asing yang cuba menceburkan dirinya di kawasan tersebut secara kekerasan atau ketenteraan. Kerajaan Siam juga mengaku bahawa setiap permohonan dari orang asing untuk melombong, meniaga dan sebagainya di Siam Selatan rnestilah dirundingkan terlebih dahulu dengan Kerajaan British sebelum keputusan dibuat. Perlu ditegaskan di sini bahawa Salisbury hanya dapat persetujuan Siam bagi Perjanjian Rahsia itu setelah menjalankan beberapa muslihat, kerana Raja Chulalongkorn sangat enggan memberi peranan yang besar kepada Inggeris diwilayah Selatan. Pada penghujung rundingan Inggeris-Siam Salisbury telah mengugut Chulalongkorn dengan kemungkinan Inggeris tidak akan membantu Siam sekiranya serangan dari Perancis berlaku semula, Oleh yang demikian Siam dengan merasa sedikit keberatan terpaksa bersetuju dengan syarat dalam Perjanjian Rahsia 1897 itu.
Keadaan yang pada akhirnya menyebabkan Kerajaan Inggeris mengkaji semula kepentingannya dikawasan negeri Melayu Utara adalah berkaitan dengan beberapa tanda yang merbahaya yang telah wujud antara tahun 1899 dengan 1902 disekitar Empayarnya, khasnya dirantau Asia Tenggara. Kerajaan Inggeris mula rnerasa bimbang setelah tercetusnya Perang Afrika Selatan pada 1899 dimana penentangan gulungan Boers menjadi begitu hebat hingga sejumlah besar askar Inggeris dicurahkan kekawasan tersebut untuk membasmi pemberontakan itu. Tambahan pula negarawan British memang sedar bahawa selagi kekuatan tentera dan tenaga mereka tertumpu kepada Afrika Selatan, selama itulah kuasa Eropah lain yang sedang menyaingi pengaruh Inggeris diseluruh dunia akan cuba melakukan satu tindakan terhadap kawasan yang terpenhil dalam Empayar British supaya dapat memaksa Inggeris menyetujui kehendak mereka yang tertentu dibenua Eropah. Lebih kurang pada penghabisan abad kesembilanbelas juga kedudukan istimewa British di Empayar China telah menghadapi beberapa cabaran daripada kuasa Eropah seperti Rusia, Perancis dan Jerman. Disamping itu, setelah awal 1898 Jerman telah mula tampil ke Empayar China secara kekerasan dan banyak kemungkinan telah timbul bahawa negara lain juga akan berbuat demikian. Maka dengan kata lain kedudukan Inggeris di mana-mana sahaja dalam konteks Empayarnya pada awal kurun keduapuluh telah terancam. Namun begitu Foreign Office Inggeris sungguh khuatir akan Jerman mengambil peluangnya untuk campur tangan dalam hal ehwal negeri Melayu Utara, terutama sekali kerana Tentera Laui Jerman sedang membangun dan mereka sangat memerlukan pelabuhan yang sesuai dimerata dunia untuk menyaingi kuasa lautan Inggeris yang sehingga itu tidak boleh di landing. Ramalan yang tersiar daripada rantau Asia Tenggara pada ketika itu membayangkan keadaan di negeri Melayu Utara sebagai terlalu kucar-kacir dan oleh itu boleh memberi kesempatan yang baik kepada sebuah kuasa asing seperti Jerman untuk bergerak. Meskipun Kerajaan Inggeris telah menandatangani sebuah perjanjian sempadan dengan Siam pada 1899 yang menggariskan sempadan antara Negeri Melayu Bersekutu bagi satu pihak dan wilayah Siam bagi satu piliak yang lain. Foreign Office di London tidak dapat melupakan soal hubungan di antara Siam dengan negeri Melayu Utara. Mengikut Kerajaan Penjajah di Singapura Siam tidak dapat menakluki negeri Melayu tersebut dengan tegas dan raja-raja Melayu di utara dikatakan pula bersiap untuk memberontak, terutama sekali Raja Patani, Memang benar bahawa pendapat yang wujud dari pihak Inggeris di Semenanjung Melayu bertujuan untuk memperkecil-kecilkan pengaruh Siam dikawasan Melayu Utara, akan tetapi beberapa kebenaran telah pun membuktikan kepada Kerajaan London bahawa sikap Negeri Melayu Utara terhadap Siam adalah bermusuhan. dalam hal ini perlu ditegaskan bahawa Foreign Office Inggeris mengambil berat terhadap tindak-tanduk negeri Patani yang dianggap sebagai kuasa yang mempunyai daya utama antara Negeri Melayu Utara.
Perkara yang menyebabkan Inggeris menjadi sungguh khuatir terhadap perkernbangan politik di Negeri Melayu Utara adalah kegagalan Perjanjian Ralisia 1897, Pada tahun yang berikutnya Inggeris dan Sian telah berkali berkelahi tentang pelaksanaan Perjanjian tersebut. Disamping itu menurut sumber tempatan semakin ramai orang asing menceburkan diri di dalam perdagangan dan perlombongan di Negeri Melayu Utara secara bersendirian. Meskipun hanya separuh dari mereka itu sahaja yang terdiri dari warganegara Jerman, Kerajaan Inggeris memang mensyaki bahawa Jerman adalah bertanggungjawab atas penambahan perhatian orang asing yang tiba-tiba ditumpukan kepada Negeri Melayu Utara itu, khasnya Kedah, Kelantan dan Trengganu. Pertelingkahan antara Inggeris dengan Siam timbul kerana kebanyakan orang asing itu telah memohon kebenaran untuk melombong dan sebagainya secara langsung kepada raja Melayu sendiri tanpa sebarang permintaan kepada Kerajaan Siam di Bangkok. Tambahan pula Kerajaan Inggeris merasa curiga bahawa Siam tidak setia kepada peraturan dalam Perjanjian Rahsia, malahan pihak Bangkok mungkin membuat persefahaman secara sulit dengan kuasa asing seumpama Jerman, Maka segala kemungkinan itu lalu menyebabkan Kerajaan Inggeris, terutamanya Foreign Officenya, berusaha mencari cara baharu untuk mengatasi keadaan yang tidak menyenangkan di Negeri Melayu Utara pada awal kurun keduapuloh.
Di sini harus diingat juga peranan seseorang individu seperti Setiausaha Luar Negeri baharu di London, Lord Lansdowne. Beliau telah mengambil alih jawatan tersebut setelah pilihan raya 1900. Dalam pilihan raya tersebut Parti Konservatif telah sekali lagi mencapai kejayaan yang besar dan Lord Salisbury telah pun mengundurkan dirinya daripada menjadi Setiausaha Luar Negeri semula walaupun terus memegang jawatan Perdana Menteri. Salisbury adalah lebih tenang dan sabar dalam usaha diplomasinya mungkin kerana beliau sangat berpengalaman. Malah Salisbury sebenarnya tidak begitu khuatir akan keadaan di Negeri Melayu Utara menjadi merbahaya atau meruncing. Akan tetapi Lansdowne tidak sanggup memerhatikan sahaja perjalanan dasar Jerman yang sangat memusuhi Inggeris disekitar dunia dan disamping itu penasihatnya di Foreign Office pula mensifatkan peranan Jerman dirantau Asia Tenggara sebagai nakal. Maka Lansdowne berniat hendak rnengindarkan sebarang tindakan Siam atau Jerman di Negeri Melayu Utara yang mengancam kedudukan dan kepentingan Inggeris.
Dalam usaha yang demikian Lansdowne berpendapat bahawa dasar Inggeris terhadap Siam dikawasan utara Semenanjung Melayu adalah tidak wajar atau sesuai kerana kegagalan Perjanjian Rahsia 1897. Pada hakikatnya perjanjian tersebut tidak mendatangkan sebarang hasil kepada kedua negara yang terlibat dan sebaliknya banyak masalah dalam pelaksanaannya sahaja yang timbul. Kedudukan Lansdowne sangat rumit memandangkan rahsianya Perjanjian 1897 yang tidak membolehkan Inggeris menafikannya supaya dasar mereka di Negeri Melayu Utara lebih bebas. Sementara itu Kerajaan Siam sendiri terikat kepada Perjanjian Rahsia itu kerana rnereka memang khuatir akan kuasa asing dapat tahu sejauh mana Siam telah memberi keistimewaan kepada Inggeris diwilayah Selatan. Lansdowne pertama sekali menitik beratkan hubungan antara Inggeris dengan Perancis kerana beliau sedar bahawa peranan Inggeris di Negeri Melayu Utara itu tidak akan terbatas melainkan dengan satu persefahaman yang seluasnya dengan Kerajaan Perancis. Malahan pada awal kurun keduapuluh Lansdowne tidak. melihat sebarang peluang untuk memperbaiki hubungan antara Inggeris dengan Perancis yang agak tegang disebabkan oleh persaingan antara mereka di Mesir, Maghrabi dan Afrika. Pada ketika itu keadaan di Negeri Melayu Utara pula merosot dan menjadi makin buruk akibat tuntutan raja Melayu akan kebebasan mereka daripada kuasa Siam. Kerajaan Siam memang menghadapi banyak kesulitan dalam usahanya untuk memperkuatkuasakan pengaruhnya atas negeri Melayu tersebut dan pada 1902 satu peristiwa yang serius berlaku bilamana askar Siam menahan Raja Patani lalu membawanya ke Bangkok. Setelah Raja Patani digulingkan kempen-kempen kerajaan Penjajah Inggeris di Singapura yang didahului oleh Swettenham naik semangat dan kerajaan London dibanjiri oleh kian banyak desakan memintanya mengambil langkah yang tegas untuk rnempertahankan kepentingan Inggeris.
Secara kebetulan sahaja, pada akhir 1901 kerajaan Perancis telah berunding dengan Siam tentang beberapa masalah antara dua pihak itu di kawasan Siam Timur, Perkembangan tersebut lalu menggalakkan Lansdowne membangkitkan soal negeri Melayu Utara secara langsung dengan Kerajaan Siam. Beliau tidak sanggup menyokong rayuan Swettenham dan rakannya di Singapura supaya menakluki Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu kerana sekiranya Inggeris berbuat demikian sudah tentu Perancis pula akan membalas dengan merebut kawasan Siam Timur, Dari segi keperluan stratejik Inggeris, ibukota Bangkok dianggap amat penting dan dasar Inggeris menghendaki tempat itu bebas dari pengaruh Perancis. Oleh kerana matlamat Perancis dikawasan Battambang dan Siemreapo yang terlalu berhampiran dengan Bangkok maka Lansdowne tidak dapat memberi peluang kepada Perancis. Namun demikian Lansdowne menyedari bahawa setelah pergolakan antara Siam dengan Patani keadaan di Kelantan dan Trengganu mula menjadi tidak tenteram Beliau yakin bahawa sekiranya pentadbiran Siam didua-dua negeri Melayu itu dapat diperbaiki mungkin keadaan akan pulih. Menurut dasar baharu itu Lansdowne telah mengadakan rundinsan dengan wakil Keraiaan Siam di London pada akhir 1901 dengan tujuan memaksa Raja Chulalongkorn supaya melantik Penasihat Am (General Advisers) kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu. pada mulanya Siam cuba mengganggu rundingan itu akan tetapi setelah Lansdowne menunjukkan sikapnya yang begitu keras dengan lawatan Swettenham ke Kelantan dan Trengganu seolah-olah beliau akan membuat perjanjian secara langsung dengan negeri tersebut. maka Kerajaan Siarn kemudian menerima cadangan Inggeris. Hasil perundingan antara Inggeris dan Siam adalah satu perjanjian yang ditanda-tangani oleh Lansdowne dan Phya Sisahathep, Wakil Khas Siarn, di London pada 5hb Oktober 1902. Menurut perjanjian tersebut Siam bersetuju akan melantik Penasihat Am kepada Raja Kelantan dan Sultan Trengganu akan tetapi perlantikan itu akan dikenakan syarat seperti berikut:
- Penasihat tersebut mestilah warganegara British yang sedang bertugas dengan kerajaan Siarn.
- Perlantikan mereka mesti dirundingkan dengan pihak Inggeris terlebih dahulu.
Dapat disimpulkan Perjanjian Inggeris-Siam 1909 bukannya hasil daripada persefahaman antara dua kuasa imperialis, iaitu Inggeris dan Perancis, pada 1904. Bahkan Kerajaan Inggeris telah mengambil langkah untuk mempertahankan kepentingannya di Negeri Melayu Utara terlebih dahulu lagi iaitu pada 1897. Oleh kerana Perjanjian Rahsia telah gagal bagi memperlindungi keperluan Inggeris menjelang awal kurun keduapuluh, maka Kerajaan Inggeris dengan rancak bergerak terhadap kelemahan Siam di Negeri Melayu Utara, terutamanya di Kelantan dan Trengganu. Satu soal pokok bagi sejarah Malaysia dalam semua pergerakan ini adalah mengapa Inggeris tidak mempunyai niat untuk mara keseluruh kawasan Melayu di Utara itu hinggalah ke Genting Kra. Sebagaimana yang telah disebutkan tadi, pada amnya Kerajaan Inggeris memang memerhatikan kawasan di selatan Genting Kra sebagai kawasan pengaruhnya sejak tahun 1870an akan tetapi pada waktu itu mereka tidak berniat untuk menakluki kawasan tersebut Kemudian, manakala masalah antarabangsa mula timbul pada penghujung kurun kesembilan belas, Kerajaan Inggeris memandang berat khasnya kepada Perlis, Kedah, Patani, Kelantan dan Trengganu mungkin sebab negeri itulah yang berhampiran dengan Negeri Melayu Bersekutu. Pada awal kurun kedua puluh Kerajaan Inggeris telah dapat mengawasi kepentingannya di Perlis dan Kedah dengan perlantikan seorang wakil(atau Consul) yang bertugas dengan melawat dua negeri tersebut serta membuat lapuran kepada Keraiaan. Sebaliknya keadaan di Pantai Timur pula merupakan satu masalah yang lebih serius sebab Raja Patani, Kelantan dan Trengganu dianggap sebagai gagah dan bebas. Pendirian Inggeris terhadap negeri Pantai Timur telah pun dibuktikan sering kali kerana Raja Kelantan misalnya, telah memberi kemudahan untuk melombong dan berniaga yang seluasnya kepada seorang British, William Duff, tanpa sebarang persetujuan daripada pihak Siam. Alasan yang penting bagi ketinggalan Patani di dalam Perjanjian 1909 tidak boleh dinafikan adalah akibat kejayaan Siam pada 1902 manakala mereka telah dapat menawan Raja Patani. Setelah peristiwa itu Inggeris memang mengakui bahawa Patani lebih bergantung kepada Siam dan Kerajaan Penjajah di Tanah Melayu pada amnya menumpukan perhatiannya kepada Perlis, Kedah, Kelantan dan Trengganu sahaja. Selain daripada itu mengikut cara penetapan sempadan yang digunakan oleh kuasa imperialis pada masa yang lampau, terutama sekali cara Inggeris, adalah dengan menggariskan sempadan melalui puncak pergunungan. Di sini jelas sekali dapat diperlihatkan bahawa sempadan 1909 itu sangat sesuai bagi teori Inggeris itu sedangkan sekiranya Patani juga dimasukkan dalarn sempadan itu Inggeris tidak akan mencapai keperluan stratejiknya.