BY: Pos Patani |
Bangsa yang bersatu, kuat, merdeka dan maju adalah bangsa yang berilmu dan beriman sebagai jati diri yang menghargai sejarah bangsanya sendiri. Bangsa Melayu Patani dahulunya adalah bangsa yang berilmu, bersatu, merdeka dan maju. Telah dicatat didalam limpatan sejarah ulama Patani hingga kehari ini. Ulama Patani dahulu menjadikan hidup mereka sebagai hamba kepada Allah SWT, dan penyuluh hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Hidup mereka tidak pernah menjadi hamba kepada manusia. Mereka tidak pernah menjadi pengapu penjajah Siam/Thailand setelah Patani dijajah 1902. Mereka tidak pernah menjadikan ilmu dan kebijakan sebagai tujuan mengejar pangkat dan harta benda di dunia. Sepenuh jiwa raga mereka berbakti kepada bangsa dan agamanya kerana Allah. Semua ini telah terbukti dalam tarbiah ulama Patani kepada masyarakat bangsanya dan sehingga kini kitab-kitab tulisan mereka telah tersohor diseluruh dunia Melayu Nusantara. .
Firman Allah tentang orang yang berilmu yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan ( QS. al-Mujadalah: 11).
Perbezaan seseorang itu adalah dengan ilmu dan keimanannya, bukan pangkat atau keturunannya. Ungkapan ini disokong oleh tokoh bukan Islam, Aristotle berkata: “Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya.”
Bangsa-bangsa yang berilmu dizaman Globalisasi ini dapat mengubahkan bangsa mereka menjadi merdeka yang kuat dan maju. Akibatnya sebahagian anggota masyarakat bangsa-bangsa yang terjajah di dunia yang berilmu takut untuk menempa sejarah baru, berpecah dan ketinggalan. Para ilmuan melayu Islam Patani yang terjajah tidak terpisah dari masyarakat bangsa-bangsa Global ini. Bangsa yang berpecah belah tidak mampu untuk meningkatkan semangat melawan penjajah, kemungkaran, semakin didepan mata, mudah menyerah, mudah kecewa dan kalah sebelum berjuang. Kerana ilmu dan iman bangsa terjajah telah berjaya dipisahkan oleh penjajah dari jati diri dan sejarah bangsanya, malas untuk memikir dan memimpin organisasi rakyat bangsa sendiri kearah bangsa yang berilmu, bersatu dan merdeka. Berfikir dualisme bercanggah dengan keadilan ilmu dan imannya. Hidup memilih gaya bangsa penjajah, rela menjadi hamba bangsa asing dinegara sendiri.
Kata seorang ulama Islam dalam kitabnya Al-Hikam Ibnu Ataillah: “Barang siapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya itu.”
Semua peranan dalam sektur hidup bangsa melaya Patani harus dipimpin oleh para ilmuan yang beriman yang memiliki jati diri dan celek sejarah bangsa sendiri yang bertanggungjawab untuk menerima dan menolak ancaman globalisasi disatu sisi yang lain. Pertembungan dasar ”Pecah dan perintah” yang dibawa masuk oleh bangsa penjajah kedalam masyarakat bangsa melayu Patani bukan sekadar untuk membezakan baik dan buruk sahaja, tatapi mampu menegor dengan iman, dengan perkataan dan dengan amalan.
Cuba kita bayangkan akibat para ilmuan melayu Patani bisu dan berpeluk tubuh, apa telah terjadi dalam masa 10 tahun (2004-2014). Hanya pembunuhan dan kekejaman yang dilindungi oleh dikri darurat Siam kepada tentera bersenjatanya di Patani. Lebeh 6,000 nyawa orang awam terkorban akibat kekerasan bersenjata yang berpunca dari dasar tidak menghomati hak-hak bangsa, bahasa dan budya yang berlainan jati diri di Patani.
Kami Komuniti Masyarakat Melayu Patani di luar negeri atau Patani Overseas Society (POS) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam oleh pihak-pihak dayus tanpa agama, telah mengambil kesempatan atas undang-undang dikri darurat (UU. perang) itu. Sesungguhnya pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersenjata terutama kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang berluasa kini, adalah satu kesalahan jenayah kemanusiaan atas niat membunuh. Menurut undang-undang awam dan undang-undang konflik bersenjata dalam keadaan perang, Law of Armed Conflict (LOAC), baik pihak tentera Siam maupun pejuang rakyat Patani adalah sama disisi undang-undang.
Marilah kita berfikir sejenak untuk merenung masa depan generasi bangsa kita, dengan bersuara dan menyatakan pandangan, diruangan maya ini adalah tempat yang baik dan berkesan untuk kita meluahkan pandangan dan perbincangan untuk satu tujuan ”menentu nasib sendiri”. Dalam masa yang sama marilah kita berkongsi panglaman dan fikiran untuk mencari formula yang boleh menjadi benteng percambahan ilmu, iman dan amalan sebagai jati diri yang celek sejarah bangsa sendiri untuk generasi kita sekarang, akan datang dan selama-lamanya.
http://www.deepsouthwatch.org/ms/node/5653