Isnin, 18 April 2016

Dengan sebab di JAJAH KAFIR...Manila, kota yang murtad!

MUHAMAD MAT YAKIM

BARU-baru ini, penulis menjejakkan kaki buat kali pertama di Manila untuk menghadiri persidangan Publish Asia 2016, acara tahunan Persatuan Penerbit Akhbar dan Berita Seluruh Dunia (WAN-Ifra) Asia Pasifik.

Pertama kali ke Manila dan tanpa sebarang nasihat atau pedoman, penulis berhadapan dengan pengalaman sukar hendak mendapatkan makanan halal di ibu kota Filipina itu terutama pada hari pertama. Hotel Manila, penginapan kami yang juga venue persidangan berlokasi di Teluk Manila, agak terpinggir dari pusat kota.

Untuk itu, kami terpaksa keluar ke Makati dengan teksi bertambang 200 Pesos (RM17) sehala pada waktu biasa. Pada waktu jalan sesak teruk – kesesakan paling teruk di Kuala Lumpur adalah biasa bagi Manila – tambang diminta 400 Pesos (RM34). Ada pemandu yang minta 700 Pesos (RM60) untuk perjalanan sehala sedangkan kalau hendak dikira jarak tidaklah begitu jauh.

Itu hanya untuk mendapatkan makanan halal sedangkan sepanjang waktu siang, kami terperangkap di dalam dewan persidangan dengan makanan yang disediakan oleh penganjur amat dicurigakan status halalnya. Pihak hotel pula hanya menyediakan makanan halal yang boleh dikira meyakinkan pada waktu sarapan.

Itulah situasi di Manila, kota metropolitan yang tidak ramai orang tahu bahawa suatu ketika dahulu adalah sebuah kota Islam. Raja Islam yang terakhir memerintah Manila ialah Raja Soliman @ Sulaiman.  Sebelum itu, Manila diperintah oleh bapa saudaranya yang bernama Raja Matanda dan Lakandula.  

Apabila disebut Islam di Filipina, fikiran kebanyakan kita tertumpu di selatan negara itu, Mindanao dan kepulauan sekitarnya. Tidak ramai yang tahu bahawa sebelum penjajahan Sepanyol, 98 peratus daripada penduduk wilayah kepulauan itu beragama Islam.

Manila, pernah diusahakan untuk jadi ibu kota Islam di Nusantara. Malangnya, penjajahan Sepanyol yang begitu berdendam terhadap orang Islam susulan apa yang berlaku di tanah air mereka, telah ‘memurtadkan’ terus Manila malah seluruh Filipina hingga hari ini.

Yang tinggal Islam daripada 94 juta populasinya sekarang hanya lima peratus!
Bagaimana hilangnya Islam di Andalusia, begitulah juga hilangnya Islam di Filipina.

Manila, kota yang murtad!
Sungai Pasig yang menyimpan seribu satu sejarah Kota Manila.

Arab

Manila, nama asalnya Kota Seludong mendapat nama  daripada  perkataan Arab,  ‘Amanillah’ ataupun ‘Fi amanillah’ yang bermaksud ‘Kota Aman Lindungan ALLAH’.

Raja Sulaiman memerintah di delta Sungai Pasig, bersemayan di tapak asal bandar Manila, tidak jauh dari Hotel Manila sekarang. Selain beliau, bapa saudaranya, Lakandula memerintah kerajaan Tondo yang menguasai muara Sungai Pasig. Meskipun wilayah mereka tidak seluas mana, kedua-duanya memerintah dengan makmur.   
    
Lakandula yang menguasai pelabuhan, membeli semua barangan yang dibawa oleh pedagang terutama dari China dan beliau membayar terus separuh harga untuk setiap barangan itu sebelum menjual semula kepada mereka yang mahu membelinya di wilayah pedalaman dan kepualuan sekitar. Separuh lagi harga dibayar kepada pedagang terbabit apabila mereka datang semula ke Manila setahun kemudiannya.

Raja Sulaiman pula mengambil alih pemerintahan daripada bapa saudaranya, Raja Matanda. Raja Sulaiman adalah raja Islam yang terakhir di Manila. Anak Lakandula, Magat Salamat yang juga putera mahkota, tidak sempat naik takhta ekoran kemasukan Sepanyol.

Wakil Hispanik yang pertama kali menjejak kaki ke Filipina (ketika itu, belum ada nama Filipina) ialah Ferdinand Magellan yang mendarat di Pulau Cebu pada 16 Mac 1521. Cebu ketika itu diperintah oleh Raja Humabon. Pembantu Magellan ketika di Cebu ialah Panglima Awang, seorang anak muda Melayu yang ditawannya di Melaka. Magellan berasal dari Portugal namun dalam misinya di Nusantara, beliau mewakili Sepanyol.

Disebabkan bahasa Melayu hampir sama dengan bahasa tempatan, Awang diminta jadi penterjemah kepada Magellan.

Dengan pengaruh Magellan, Raja Humabon bersama pengikutnya bersetuju untuk tukar agama. Mereka jadi kumpulan yang pertama murtad di Filipina lalu digelar oleh Magellan sebagai ‘Warga Tuhan Sepanyol’. Persetujuan Raja Humabon adalah disebabkan janji Magellan untuk membantunya memerangi pemberontak Mactan yang diketuai Lapu Lapu.

Buluh

Magellan bersama 60 anggota delegasinya menyerang Lapu Lapu dengan senapang, meriam dan segala jenis senjata besi. Lapu Lapu bersama 1,500 pahlawan Mactan pula hanya bersenjata buluh runcing dan panah beracun. Magellan terkena panah beracun dan temui ajalnya di situ manakala pengikutnya lari lintang pukang balik ke kapal. Panglima Awang juga turut tercedera.

Usaha Sepanyol dalam misi Gold, Glory and Gospel diketuai oleh Magellan tidak begitu berjaya. Bagaimanapun mereka telah dapat menanam benih Kristianisasi dengan murtadnya Raja Humabon dan pengikutnya.

Sejak itu, beberapa lagi misi dihantar ke Filipina hinggalah ia mula memberi kesan melalui pertapakan Miguel Lopez de Legazpi di Cebu pada 1565. Cebu yang telah dikristiankan menerusi pemurtadan Raja Humabon yang sudah pun mempunyai nama baharu, Carlos (bersempena dengan nama Raja Sepanyol) menyambut baik kehadiran de Legazpi.

Sejak itu, Cebu menjadi pusat pemerintahan penjajah Sepanyol. Nama Filipina juga mula digunakan, iaitu ‘Islas de las Felipina’ yang mengambil nama raja muda Sepanyol, Felipe.

de Legazpi bagaimanapun tetap tidak berpuas hati kerana belum menguasai Manila yang didengarinya lebih strategik untuk dijadikan pusat pemerintahan.  Beliau mengatur rancangan untuk menyerang Manila dan menghantar Martin de Goiti dan Juan de Salcedo sebagai utusan untuk rundingan ‘persahabatan’ dengan Raja Sulaiman. Pada mulanya, mereka disambut baik, namun apabila menyedari muslihat Sepanyol, Raja Sulaiman enggan menyerah kalah lalu berlaku pertempuran pada 1570.

Pertempuran demi pertempuran terus meletus hingga 1574, yang akhirnya menyaksikan ketewasan di pihak Raja Sulaiman yang dibantu oleh bapa saudaranya, Lakandula. Raja Sulaiman juga dibantu oleh seorang lagi pemerintah Islam bernama Tarik Sulaiman dari Macabebe dalam Perang Bangkusay.

Bagaimanapun kecanggihan senjata Sepanyol tidak dapat ditandingi.

Setelah kekalahan Raja Sulaiman, penjajah Sepanyol terus memperlihatkan dendam kesumat mereka yang begitu membara. Mereka meruntuhkan tapak kerajaan Raja Sulaiman di bandar Manila lalu mendirikan kota di sekeliling ibu pejabat mereka yang diberi nama Fort Santiago.

Kawasan di dalam kota itu dikenali sebagai Intramuros yang jadi tumpuan pelancong hingga hari ini.

Ada riwayat menyebut, Lakandula selepas itu mengambil tindakan berkompromi dengan penjajah, dan telah murtad bersama keluarganya. Beliau menukar nama kepada Don Carlos Lacandola. Dalam rekod sejarah Sepanyol, Lakandula dianggap seorang pemerintah yang bijak kerana memilih untuk berdamai dan keluarga serta keturunannya diberikan beberapa keistimewaan oleh penjajah.

Ada disebutkan bahawa beberapa nama besar Filipina hari ini termasuk bekas Presiden Diosdado Macapagal dan anaknya yang juga bekas Presiden, Gloria Macapagal Arroyo adalah daripada keturunan Lakandula. Keturunannya yang lain termasuk dua bekas presiden Senat, Jovito Salonga dan Gil Puyat; selebriti antarabangsa, Lea Salonga dan tokoh perniagaan, Gonzalo Puyat.

Sementara Raja Matanda pula ketika terlantar sakit dikatakan telah minta untuk dibaptiskan. Yang kekal Islam hingga menemui syahid dalam peperangan menentang penjajah, adalah Raja Sulaiman, seorang penganut Islam yang taat daripada aliran Ahlul Sunnah Wal Jamaah.

Sama ada cerita kemurtadan raja-raja Manila ini benar ataupun sekadar propaganda penjajah, tidak dapat dipastikan. Apa yang pasti lebih 90 peratus penduduk Filipina hari ini beragama Katholik, agama yang dibawa oleh Sepanyol dan mereka adalah daripada keturunan nenek moyang yang beragama Islam.

Keadaan telah berubah begitu drastik hingga untuk mendapat makanan halal pun begitu sukar di Manila!

Bukanlah tidak ada orang Islam di Manila, masjid pun ada namun bilangan mereka adalah sangat sedikit berbanding keseluruhan populasi. Kebanyakannya bertumpu di Quiapo District, dan apa yang menyedihkan ialah dari sudut sejarahnya. Hilangnya Islam di Manila (dan hampir seluruh Filipina) adalah kerana pemurtadan nenek moyang mereka!

Sejak era Christopher Columbus yang tersesat ke Amerika dalam pelayaran ke India, setiap orang tempatan yang ditemui digelar Indian. Di Filipina, penjajah Sepanyol menggelar penduduk tempatan yang telah dikristiankan sebagai Indios manakala penduduk di kepulauan selatan (Mindanao dan lain-lain) yang beragama Islam sebagai Moro. Ini adalah berkaitan dengan pengalaman mereka di Sepanyol yang mana orang Islam digelar ‘Moor’ sebagai gelaran penghinaan.

Sulu

Selepas menguasai Manila dan sebahagian besar wilayah Filipina, Sepanyol cuba untuk mara ke selatan. Bagaimanapun mereka menghadapi tentangan sengit daripada penduduk di sana. Sepanyol tidak pernah berjaya menjajah wilayah selatan Filipina.  Orang Suluk atau Tausug di selatan Filipina sejak abad ke 14 lagi sudah mempunyai empayar kesultanan yang kuat.

Dengan sejarah gemilang sebagai pemilik empayar Sulu, sukar bagi Sepanyol untuk  menewaskan mereka, tidak seperti di utara. Bagaimanapun Sepanyol menggunakan jalan selamat untuk tidak menggunakan orangnya sendiri di barisan hadapan sebaliknya menghantar penduduk Filipina sendiri yang telah dikristiankan untuk memerangi saudara mereka yang masih Islam.

Ini terus berlaku hinggalah kekuasaan bertukar tangan. Pada 1898, pengakhiran Perang Sepanyol – Amerika Syarikat telah membawa Amerika sebagai penjajah baharu Filipina.

Penduduk selatan Filipina cuba untuk mendapatkan kemerdekaan bagi wilayah mereka yang tidak pernah dijajah oleh Sepanyol namun tidak diendahkan oleh Amerika Syarikat.

Ternyata Amerika mendapat kekuasaan ke atas wilayah itu dengan muslihat. Ini kerana berdasarkan rekod yang ia tidak pernah dijajah oleh Sepanyol, mana mungkin Sepanyol menyerahkan begitu sahaja wilayah tersebut kepada Amerika Syarikat sedangkan Sepanyol sendiri tidak mempunyai kuasa di situ.

Bagaimanapun, keadaan sudah tidak berupaya untuk diperbaiki lagi. Kekallah wilayah selatan Filipina di bawah pentadbiran Amerika Syarikat melalui ‘penjajahan di atas kertas’ hingga 1946 (tahun Filipina mendapat kemerdekaan) yang kemudian disambung dengan pemerintahan kerajaan Pusat oleh anak watan dari Manila.

Apa pun, nasib penduduk selatan terutama di Mindanao tidak pernah berubah. Mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dengan persengketaan yang berterusan, yang bermula sejak zaman penjajahan Sepanyol yang telah mencetuskan konflik agama antara selatan dengan utara.

Mengikut rekod, penjajah sememangnya pernah cuba mengkristiankan selatan Filipina hingga seorang Sultan Sulu, Sultan Azimuddin @ Alimuddin I pernah dibaptiskan di Manila pada 1750. Beliau menukar nama kepada Don Fernando de Alimuddin, The Christian Sultan of Jolo.
 
Berdasarkan undang-undang kesultanan Sulu yang ketat, hak beliau dan keturunannya gugur secara automatik apabila meninggalkan Islam. Sultan yang murtad itu malah telahpun memberikan kebenaran kepada mubaligh Kristian untuk menyebarkan agama mereka di wilayahnya.  

Lantaran itu, berlaku perbalahan antara beliau dengan kerabat diraja yang lain hingga akhirnya, Raja Muda Bantilan dilantik menggantikan Sultan Alimuddin I dengan gelaran Sultan Bantilan Muizuddin.

Dengan itu, gagallah usaha untuk mengkristiankan selatan Filipina sebagaimana yang telah dilakukan dengan jayanya oleh penjajah Sepanyol di kepulauan utara.

Sultan yang terbuang akibat murtad itu bersama keluarga dan pengikutnya berhijrah ke Zamboanga, kemudian ke Manila dan diberi sambutan mesra oleh Sepanyol.

Ada maklumat mengatakan, beliau kemudiannya kembali semula ke Sulu dan bertaubat, namun kesahihan maklumat itu tidak dapat dipastikan.

Ganas

Ironinya, kedudukan umat Islam di Filipina hari ini amat menyedihkan. Mereka bukan sahaja telah bertukar daripada majoriti menjadi minoriti malahan diperangi dan dianggap pengganas oleh dunia.

Memang benar ada segelintir daripada mereka yang beraksi sebagai pengganas namun siapakah yang meletakkan mereka dalam kancah ketidakadilan hingga terpaksa jadi begitu?

Meskipun negara telah mencapai kemerdekaan, hak mereka sebagai pribumi terus menerus dipinggirkan. Ruang untuk mereka berekonomi secara selesa dinafikan sehingga mencetus berbagai-bagai masalah sosial.

Setelah keluarnya penjajah asing, mereka tetap juga diberi kan Layanan yang tidak adil dalam pemerintahan oleh anak bangsa. Ini dilakukan atas dasar perbezaan agama.
Itulah dilemanya!

Penduduk selatan yang digelar Bangsamoro ini boleh dianggap mangsa keadaan setelah nenek moyang mereka memilih untuk kekal dalam Islam dan beriman, tidak sebagaimana saudara mereka di Cebu, Luzon atau di mana-mana wilayah Filipina yang lain.
 
Mereka boleh sahaja memilih untuk hidup senang, aman dan kaya raya dalam arus perdana negara jika sanggup untuk murtad dan bersekongkol dengan penjajah yang telah merampas negara, hasil mahsyul malah agama nenek moyang mereka.   Siapa yang sebenarnya mencetuskan keganasan?
 
Itulah ceritanya 'keadilan' dunia yang berlaku di Filipina!

RENUNG2 LAH WAHAI MUSLIMIN.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/manila-kota-yang-murtad-1.511052

Jumaat, 8 April 2016

Jihad Menjadi Fardu Ain

Jihad Menjadi Fardu Ain
ULASAN DAN UBAH SUAI OLEH UMMAH PATANI.

Sabda Rasulullah SAW:

مَنْ فَصَلَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمَاتَ أَوْ قُتِلَ ، فَإِنَّهُ شَهِيدٌ ، وَمَنْ وَقَصَهُ فَرَسُهُ أَوْ بَعِيرُهُ ، أَوْ لَدَغَتْهُ هَامَةٌ ، أَوْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ بِأَيِّ حَتْفٍ شَاءَ اللَّهُ ، فَإِنَّهُ شَهِيدٌ وَإِنَّ لَهُ الْجَنَّةَ

"Barangsiapa yang keluar pada jalan Allah lalu dia mati atau dibunuh maka dia mati syahid. Barangsiapa yang mati dipijak kuda atau untanya atau disengat binatang, atau mati di atas hamparannya dengan apa cara sekalipun yang dikehendaki oleh Allah, maka dia adalah syahid dan baginya syurga."
[HR Abu Daud, Baihaki, al-Hakim]

Hadis ini menunjukkan perjuangan menegakkan agama Allah, memenangkan agama Allah dan meninggikan agama Allah membawa maksud yang luas. Apa yang sesetengah orang faham, jihad ini hanya dengan perang sahaja. Sedangkan perang adalah cara terakhir untuk menegakkan Islam setelah semua cara yang lain.

Oleh itu perlunya orang Islam mempelajari ilmu feqah. Feqah ini luas merangkumi semua cabang kehidupan. Malangnya di sisi orang Melayu, yang dia tahu cuma bab sembahyang, bersuci, haid dan nifas sahaja.

Di sana masih terdapat fiqh muamalat, fiqh dakwah, fiqh jihad, fiqh akidah dan sebagainya
Fiqh dengan makna al-fahmu, iaitu untuk memahami agama ajaran agama dengan betul mengikut al-Quran, dengan huraiannya oleh Hadis-hadis Nabi SAW dan para ulama yang memahami al-Quran dan Hadis.

Kalau kita sembahyang tak ikut cara yang betul akan ditolak. Begitu juga puasa, kalau tak kena rukunnya, tidak akan diterima Allah. Haji, jihad dan apa saja juga sama, kalau tak ikut caranya, akan ditolak amalan-amalan tersebut.

Jihad bermaksud memuliakan agama Islam mengatasi segala ajaran dan ideologi yang lain. Matlamatnya supaya orang menerima Islam, bukan benci kepada Islam. Apa yang berlaku hari ini pula, orang berjihad tetapi menyebabkan orang jadi benci terhadap Islam. Ini menunjukkan ada silap padanya.

Zaman Nabi SAW berjihad menyebabkan orang masuk Islam. Apabila tentera Islam masuk ke kota-kota Parsi Rom dan sebagainya, penduduknya memeluk Islam. Ini kehebatan Islam. Hari ini berjihad, makin orang benci kepada Islam, makin hodoh Islam. Puncanya kerana tidak feqah, tidak memahami cara-cara perjuangan menegakkan agama Allah.

Antaranya fiqh jihad disebut dalam suatu hadis. Ketika Nabi ingin memerangi Khaibar, Nabi berpesan kepada Saidina Ali sebelum memerangi mereka, ajak mereka dulu kepada Islam. Beritahu hak-hak mereka yang sebenarnya. Nabi menyatakan sesungguhnya mengajak seorang kepada hidayah Allah lebih bernilai daripada berperang dan mendapat unta merah sebagai harta rampasan perang.

Dalam hadis yang lain, Nabi berpesan kepasa Saidina Ali yang diutus ke Yaman supaya ajak mereka kepada Islam. Kalau mereka tak mahu terima, jangan perangi mereka sehingga mereka perangi kamu.

Jika mereka perangi kamu, jangan perangi mereka sehingga mereka bunuh orang kamu. Jika mereka bunuh, bawa mayat itu dihadapan mereka dan tanya, adakah ini yang kita mahu.

Kalau mereka terima Islam pada waktu itu, terima mereka. Kalau mereka masih ingin berperang juga, maka perangi mereka dengan bismillah wa ala barakatillah. Ini cara yang diajar oleh Nabi SAW.

Apaila berperang, Nabi mengajar adab-adabnya agar tidak boleh bunuh kanak-kanak, wanita-wanita, orang-orang tua, sami-sami dan ahli ibadat yang berada di tempat ibadat mereka. Ini kerana mereka semua tidak terlibat dalam peperangan. Jua tidak boleh musnahkan harta mereka dan cincang mayat-mayat mereka.

Hari ini, berjihad tapi bom masjid. Sunni bom masjid syiah, syiah bom masjid sunni dan berbagai lagi. Jihad apa macam ni? Jangan sampai kepada timbul fitnah, sebagaimana yang Nabi sebut:

القاتل والمقتول في النار

"Pembunuh dan orang dibunuh kedua-duanya masuk neraka."

Jihad juga perlu niat ikhlas kerana Allah, jangan niat yang selainnya.

Jihad menghadapi musuh-musuh yang bukan Islam berlainan dengan jihad menghadapi orang-orang Islam sendiri. Melawan orang Islam yang zalim, yang jahil dan jahat berbeza caranya dengan menghadapi musuh yang menyerang negeri Islam.

Nabi menyuruh kita berdepan dengan orang zalim. Dalam satu hadis

سَيِّدُ الشُّهَدَاءِ حَمْزَةُ بْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ ، وَرَجُلٌ قَامَ إِلَى إِمَامٍ جَائِرٍ فَأَمَرَهُ وَنَهَاهُ فَقَتَلَهُ

"Penghulu para syuhada ialah Hamzah bin Abdul Muttalib dan lelaki yang berdiri di hadapan pemimpin zalim, dia menyuruhnya dan melarangnya sehingga dia dibunuh"



Menghadapi umat Islam yang zalim, Nabi menyuruh kita berani menyatakan kebenaran di hadapannya, sehingga apabila dibunuh kerana itu, kita mati syahid. Ini caranya. Tetapi apabila menghadapi musuh Islam yang menyerang negara umat Islam, maka ketika itu jihad menjadi fardu ain kepada seluruh umat Islam.


Petikan kuliah Jumaat Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila pada 23 Jumadal Akhirah 1437 bersamaan 1 April 2016 ini disusun oleh Alang Ibn Shukrimun .

Rabu, 6 April 2016

Wajib Taat dan Patuh Kepimpinan dalam Organesasi Perjuagan Revolusi Patani Darussalam

ULASAN DAN UBAH SUAI OLEH UMMAH PATANI.

Bumi dan langit ini penuh dengan rahsia. Penciptaannya oleh Penciptanya adalah begitu luar biasa. Manusia yang jangka hayatnya hanya 70 tahun terlalu mustahil untuk menguasai rahsia dan ilmu perihal dunia yang telah berjuta-juta tahun umurnya ini.

Maka ketika manusia berjalan di bumi, dek kerana jahilnya dia, dunia ini akan mudah menipu dayanya. Ketika dia menipu manusia lain, dia tidak sedar dia sedang ditipu dunia. Dia tidak pun tahu dia sebenarnya sedang menipu dirinya sendiri. Manusia yang mengerti hakikat ini akhirnya rebah melutut, mengakuri bahawa dia pasti akan hidup dalam tipu daya dan dia terlalu berhajat kepada satu kekuatan yang membantu dan menyelamatkannya.
Tuan guru abdurahman pombing


Di sini kita akan menemui hikmat mengapa Islam menanamkan doktrin ketaatan kepada Allah dan al Rasul. Allah maha mengetahui segala sesuatu yang diciptaNya. RasulNya pula memiliki pengetahuan melalui sumber wahyu yang tidak dimiliki manusia yang lain.

Apabila Allah atau RasulNya menyuruh dan melarang manusia, maka ia adalah dengan ilmuNya yang maha luas. Mentaati arahan dan laranganNya adalah keselamatan dan keamanan untuk manusia yang begitu lemah untuk bergantung pada pengetahuan mereka sendiri.

Apabila Allah menyuruh kita solat fardhu lima waktu sehari, maka ia mesti ditaati. Bolehkah manusia mengetahui rahsia apa lima waktu itu? Tentunya sukar. Bayangkan, jika Allah menyuruh manusia sendiri yang menentukan jumlah solat fardhunya, sudah pasti akan berpecah belahlah dan bersimpang siurlah pandangan manusia.

Akan ada yang menambah jumlahnya sehingga sepuluh kali sehari atau lebih. Bahkan akan ada pula yang berkata, cukuplah kita solat sekali seminggu! Ertinya manusia ternyata akan berada dalam kehairanan dan kejahilan yang nyata, bagaimanakah dia mahu menyembah tuhannya?

Allah menyeru kepada perkahwinan. Allah mengharamkan zina. Lelaki berhak mengahwini sehingga empat wanita, manakala wanita berhak satu suami. Hak mencerai dimiliki lelaki manakala wanita diberi hak menuntut perceraian. Di atas ketetapan ini, umat Islam mentaati arahan Allah.
Tuan guru abdul hamid perigi


Adakah anda menjangkakan bahawa jika manusia dibenar untuk tidak mentaati arahan Allah itu, maka manusia akan menemui penyelesaian yang lebih baik? Tidak bukan? Manusia terus terjun ke lembah kehancuran disebabkan hubungan yang buruk di antara lelaki dan wanita walaupun mereka telah hidup bersama sejak beribu-ribu tahun.

Manusia dalam segala sudut adalah begitu lemah untuk memahami rahsia langit bumi ini sehinggalah mereka bersedia bergantung kepada kekuatan yang pasti. Kekuatan itu adalah dengar dan patuh kepada arahan dan larangan Allah yang menjamin keselamatannya daripada ditipu oleh dunia yang menipu daya sifatnya.

Tetapi arahan Allah dan rasulNya adalah sedikit sahaja dibanding isu-isu kehidupan manusia yang banyak dan sentiasa berkembang. Allah melalui wahyuNya hanyalah memberikan panduan-panduan umum bagaimana harus manusia mencapai kejayaan dan keselamatan dalam hidup. Allah sejelasnya mahu manusia berfikir dan menggunakan segala kelebihannya untuk menentukan pilihannya selepas diberikan panduan-panduan oleh al Quran dan islam.

Ternyata manusia mampu berfikir dengan baik. Dia dengan panduan al Quran dan al sunnah mengerahkan akalnya untuk memilih kebaikan dan menolak kejahatan.

Tuan garu haji haron jala

Tetapi mampukah setiap individu menjawab dan memilih yang terbaik daripada setiap isu dan masalah yang menimpa di hadapannya? Tidak. Manusia gagal menguasai semua. Dia hanya mahir di dalam ilmu dan maklumat yang dimilikinya. Alangkah sedikit bukan?

Mari kita ambil beberapa contoh. Adakah setiap kita memahami cuaca panas? Begitu juga harga getah murah, transaksi bank dan lain2 yang hangat diperkatakan?

Hari ini ahli akademik daripada tokoh-tokoh bahasa dan budaya mula mendesak kerajaan menguna Bahasa melayu juga di sekolah-sekolah kerajaan. Adakah setiap kita mudah memahaminya?

Tidak bukan. manusia terus berpecah kepada beberapa pandangan. Semua mengikut ilmu atau kecenderungan masing-masing. Yang menang akan melaksanakan apa yang dipilih mereka. Di situlah keselamatan atau kehancuran manusia akan tergadai.

Ustaz Hasan tiab wakil BRN terpaksa melancarkan perjanjian damai dengan kerajaan thailand bagi pahak pejuang patani Darussalam pada 28/3/2013.

Tiba-tiba anda melihat ada berbagai2 perubahan berlaku dalam arina perjuagan perang rakyat semasta yang dicetuas oleh BRN pada awal tahun 2004 di patani. Anda akan bertanya kehairanan, mengapa jadi begitu? Sudah pasti mereka akan memberi jawaban yang pastinya berbeza dengan pandangan melihat sebaliknya.
Datuk tiqiyudin hasan (SU PAS)
 adik kepada u.abdul karim hasan


Maksud di sini, walaupun kita memiliki kekuatan akal, kemudian kita sempurnakannya dengan panduan-panduan wahyu Allah, kita kadang-kadang tetap gagal memilih yang betul daripada yang salah. Dunia ini sungguh penuh rahsia yang tak tergapai oleh kita manusia.

Di sinilah kita menemui hikmat berpanjangan daripada Allah untuk kita selamat daripada tipu daya dunia yang ganas ini.


Allah, sebagaimana Dia menyuruh kita taat kepadaNya dan rasulNya, Dia juga menyuruh kita untuk taat kepada kepemimpinan dan kepimpinan yang memimpin dalam sebuah organisasi revolusinir perjuagan kita dan dalam kehidupan. Tiada kehidupan kecuali dipimpin oleh kekuatan manusia dan keputusan myuswarat bersama yang menjadi arahan,ketaatan dan kesetiaan.

Dalam urusan ramai, satu ketetapan mestilah dipilih. setiap individu mempunyai hak untuk berfikir dan berpendapat. Tetapi apabila pandangan majoriti diperolehi melalui kepimpinan, maka ia hendaklah ditaati. Ketaatan itu sudah menjadi ketaatan kepada arahan Allah.

Ertinya, apabila kepimpinan telah membuat ketetapan, maka ia diberkati Allah kerana Dia menyuruh manusia bermesyuarat dan mentaati keputusan yang diputuskan itu. Syarat kepimpinan hanyalah satu iaitu mereka adalah kepimpinan yang mentaati Allah dan al Rasul.

Justeru di dalam ugama, antara ciri-ciri kekuatan umat ialah ketaatan manusia kepada Allah, al Rasul dan para pemimpin yang mentaati Allah dan al Rasul. Ketaatan menyatu padukan umat. Jika kita perhatikan, adalah jelas umat Islam berpecah belah hari ini adalah kerana mereka tidak menghadamkan kewajiban taat kepada Allah, al Rasul dan ulil amri. Untuk ulil amri pula, umat sendiri telah memilih pemimpin mereka yang enggan tunduk kepada perintah Allah. Apabila mereka taat di dalam perkara maksiat, maka ia menjadi seburuk-buruk taat yang dilarang Allah.

raja patani-haji sulong-muhyidin-u.amin-u.mad bong-u.abdul karim
Begitulah yang perlu kita fahami. Isu-isu politik dan perjuangan kemerdekaan adalah banyak, bersimpang siur dan begitu mengelirukan bagi kebanyakan kita. Tiada yang lebih menyelamatkan mereka selain dengar, faham dan patuh kepada arahan pemimpinan. Begitulah "ORGANISASI PERJUANGAN REVOLUSINER" menanam budaya taat dan wala' di dalam Organisasinya. Semoga Allah memberkati.