Rabu, 26 Februari 2014

Teks ucapan - PEACE MEDIA DAY FESTIVAL (PPP-101) - 28 Feb 2014

 By Abu Hafez Al-Hakim
Bismillah Al Rahman Al Rahim
Tuan Pengerusi
Para pembicara dan tetamu terhormat
Hadirin sekalian
Asslamualaikum , Salam sejahtera
 
Terlebih dahulu dirakamkan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur kerana memberi peluang dan ruang kepada kami, Pejuang Patani,untuk mengutarakan pandangan di dalam Peace Media Day Festival ( PPP-101) pada hari dan tempat yang mulia ini.
Adalah tidak lengkap sekiranya dalam perhimpunan penting sebegini suara dan pandangan daripada pihak Pejuang Patani tidak didengari , sedangkan sudah sekian lama kami gigih berusaha membela nasib Bangsa Melayu Patani, menitiskan keringat dan bermandi darah, membela maruah agama,bangsa dan tanah air.
Sebelum berbicara lebih lanjut  perlu diingatkan kepada hadhirin semua bahawa isu pergolakan di Patani ini bukanlah  sekadar berusia 10 tahun kebelakangan. Malah ia sebenarnya adalah suatu konflik politik, sejarah dan sosial yang telah berlanjutan lebih 200 tahun. Ini juga berarti bahawa penderitaan dan keperitan hidup yang dirasai oleh Bangsa Melayu Patani di bawah penjajahan adalah jauh lebih lama dan lebih pedih daripada apa yang dideritai oleh etnik-etnik lain di Patani, terutamanya  etnik Thai-Buza, sejak  tahun 2004 sehingga sekarang. Kami sebenarnya memusuhi kerajaan penjajah Thai, bukan rakyatnya.
 
Perlu ditegaskan juga bahawa pihak Pejuang memilih perjuangan bersenjata untuk membela nasib Bangsa Melayu Patani kerana pada masa lampau mana-mana pemimpin kami yang berjuang secara parlimentari atau tuntutan Hak Asasi Manusia, seringkali menghadapi tindakan keras daripada pihak kerajaan yang tidak mahu mendengar rintihan rakyat. Mereka ditangkap dan dipenjarakan. Ada yang dibunuh dan ramai pula yang terpaksa berlindung di luar negara. Keadaan sedemikian, malangnya, masih lagi berlaku hingga saat ini.
 
Hadirin sekalian
Penglibatan pejuang Patani dalam proses damai dengan kerajaan Thai sebenarnya bukanlah perkara baru. Sebelum  Proses Damai Kuala Lumpur yang terkini ,kedua belah pihak sudah lama bersemuka ,secara tidak rasmi, dalam beberapa proses yang diusahakan oleh beberapa kerajaan dan badan bukan kerajaan(NGO) . Namun boleh dikatakan bahawa kesemua menemui jalan buntu sebaik sahaja ia bermula.  Sekadar menyebut beberapa nama seperti Geneva, Bogor, Langkawi dan seumpamaya, untuk mengingatkan kita bahawa sebarang proses yang tidak diuruskan dengan baik, cermat dan bijaksana akan menemui kegagalan. Nasib yang sama mungkin akan menimpa Proses Damai Kuala Lumpur sekiranya semua pihak terlibat dalam proses ini tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada kelemahan dan masaalah yang dihadapi oleh proses-proses lalu.
Pengendalian proses-proses  damai yang telah lepas adalah secara sulit dan melibatkan perwakilan yang tidak begitu jelas bidang kuasa atau sesahihannya. Kedua pihak datang ke meja dengan agenda yang berbeza. Pihak Pejuang datang untuk mengukur sejauh mana keikhlasan dan kesungguhan kerajaan Thai dalam usaha menyelesaikan konflik , manakala pihak Thai pula datang untuk,selain merisik rahsia, menilai sejauh mana kemampuan pihak pejuang dapat menguasai gerakan militan di lapangan,dengan matlamat sebenar ialah menghapuskan keganasan. Pengiktirafan  bagi pejuang sebagai pihak yang berkepentingan dalam konflik ini tidak ada. Ertinya  pejuang masih dianggap sebagai pengganas.
Lain sedikit dengan Proses Damai Kuala Lumpur. Apa pun kontroversi yang berkisar sekitar pemulaannya , ia adalah terbuka, didahului oleh pengumuman secara rasmi oleh kerajaan Thai dibawah pimpinan (bekas) Perdana Menteri Ying Luck Shinawatra, dengan perwakilan peringkat tinggi (Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Thai) bersama pihak Malaysia sebagai Pemudahcara (Facilitator) . Pihak pejuang pula diberi pengiktirafan sebagai " mereka yang mempunyai pandangan dan ideologi berbeza daripada kerajaan " dengan Ustaz Hassan Taib dari BRN(Barisan Revolusi Nasional )sebagai wakil pejuang. Inilah pertama kali sebuah proses Damai Patani dianggap rasmi dan diterima baik oleh semua pihak sama ada serantau atau antarabangsa.
Walaupun pihak Pejuang " diikat" dengan kerangka Perlembagaan Thai dalam "PERSETUJUAN UMUM MENGENAI PROSES DIALOG "( The General Consensus on Dialogue Process) pada upacara tanda tangan (28/2/13)  kami tetap datang ke meja dialog untuk  mencari jalan alternatif, selain penggunaan senjata, satu penyelesaian yang ADIL ,MENYELURUH dan BERKEKALAN bagi konflik Patani. Kami beranggapan bahawa pengurangan, malah pemberhentian langsung, kekerasan dari kedua belah pihak  boleh dicapai melalui dialog dan perundingan, seterusnya penentuan status sebenar Patani pada masa hadapan.
Memang  pada awalnya sebahgian daripada pejuang masih ragu-ragu tentang proses ini terutamanya apabila ia dikatakan melibatkan  seorang bekas Perdana Menteri Thai yang telah banyak mengguris hati orang Patani dalam Teragidi Krisek dan Tak Bai. Tetapi kami tetap menyahut  seruan itu kerana Islam telah mengajar kita supaya meyambut tawaran perdamaian apabila dihulurkan oleh musuh . Satu petikan daripada Al-Quran berbunyi :" Dan sekiranya musuh cenderung kepada perdamaian, maka hendaklah kamu juga menyambutnya, dan bertawakkal kepada Allah " ayat  61 dari Surah Al-Anfaal . Oleh itu kami terus melangkah masuk, sementara mereka yang masih ragu-ragu itu akan tunggu dan lihat.
Apabila proses bermula dengan pertemuan pertama (28/3/13)  dan kedua (29/4/13)       perbincangan hanya berkisar mengenai perkara-perkara  asas dalam proses dialog damai. Tidak ada tawar menawar  dan jauh sekali rundingan seperti tanggapan sesetengah pihak. Seharusnya permulaan sebegini didahului dengan proses membina keyakinan (confidence building) antara dua pihak, secara sulit. Tapi apa yang berlaku pada peringkat seawal ini pihak media ,terutama media Thai,sudah menggembar-gemburkan dengan pelbagai berita yang lebih kepada andaian, kritikan , tomahan dan pemberitaan yang tidak membina dan berat sebelah. Pihak deligasi Thai juga sering mengeluarkan kenyataan-kenyatan yang "terlajak" sebelum dan selepas setiap kali perjumpaan. Sesetengah pemimpin Thai  juga tidak sekata dalam memberi kenyataan hingga jelas benar tiada pendirian dan kesatuan yang kukuh di kalangan mereka. Keadaan ini bukan sahaja tidak membantu menolak proses ini ke hadapan malah meletakan proses ini dalam keadaan tidak menentu.
Memandangkan tidak nampak "peta jalan"( Road Map) yang jelas dalam proses ini pihak pejuang  pula telah mula bersuara melalui  "You-Tube" pada 27/4/13, mengutarakan Tuntutan Awal 5 perkara dengan tujuan meletakan proses ini pada landasan yang betul. Ianya kemudian dikemukan secara rasmi ke meja dialog pada perjumpaan ke dua pada 29/4/13.
Pihak Thai juga dilihat hanya berminat untuk mencari jalan supaya pihak pejuang berhenti  atau mengurangkan kekerasan. Ini jelas pada mesyuarat kali ke 3 (13/6/2013)    pihak Thai telah mencadangkan langkah pengurangan operasi kekerasan bagi kedua pihak,atau gencatan senjata terhad, sepanjang bulan Ramadhan, dikenali sebagai "Initiatif Damai Ramadhan". Pihak pejuang pula secara spontan menyahut cabaran itu dengan penambahan beberapa syarat.
 
Hadirin sekalian
 Kita semua sedia maklum apa kesudahan dengan "Initiatif Damai Ramadhan" itu. Ia mengajar kita bahawa sesuatu perkara yang amat penting jika hendak dilaksanakan perlu dirancang, dibincang, diperhalusi, dipersetujui dan diperakui secara bersama terlebih dahulu sebelum ia dilaksanakan.
Pada penelitian kami, ada beberapa kelemahan ketara dalam Initiatif Damai Ramadhan ini . Antaranya ia diadakan secara tergesa-gesa ,pra-matang  tanpa melepasi tempuh "confidence-building" terlebih dahulu. Tiada perbincangan,penyusunan dan perancangan yang teliti sebagaimana lazimnya suatu usaha gencatan senjata yang lain antara kedua pihak. Pengumumannya pula hanya oleh satu pihak (fasilitator) tanpa persetujuan penuh kedua-dua pihak terhadap terma dan syarat yang terkandung di dalam  " Terma Initiatif Damai Ramadhan 2103 " setebal  7 muka surat. Tidak ada Perjanjian Rasmi , tiada tanda tangan mana mana pihak,ertinya pihak bertelagah boleh sahaja mematuhi atau melanggari  terma dan syaratnya. Tidak ada pengadil   dan tiada pemerhati  yang tidak berpihak(neutral) mahu pun pasukan pemantau (monitoring team) di medan untuk mengenalpasti pihak mana yang melanggari peraturan. Dan akhir sekali tiada meyampaian maklumat secara am kepada rakyat umum akan beberapa perkara dalam terma dan syarat berhubung dengan hak perlindungan kepada mereka dan tempat aduan sekiranya hak itu dicabuli mana-mana pihak.
Yang paling malang ialah berlakunya pembunuhan "extrajudicial killing" terhadap beberapa aktivis atau bekas tertuduh dalam kes keselamatan,yang tidak bersenjata, pada minggu pertama Ramadhan . Ia mendorong  pihak pejuang, diwakili anggota angkatan bersenjata BRN, membuat pengistiharan sekali lagi melalui You-Tube pada 6 Ogos 2013, membawa mesej tegas dari Majlis Syura. Kegagalan pihak Thai mematuhi terma dan syarat yang terkandung dalam dokumen Initiatif Damai Ramadhan yang mereka sendiri mengusulkannya  telah membawa kepada PENGGANTUNGAN kesemua penglibatan pihak pejuang dalam perbincangan rasmi(terbuka)  sehinggalah pihak Thai melangsaikan Tuntuan Awal 5 perkara yang dikemukan sedikit masa dahulu.
Pada penghujung bulan Ogos 2013 pihak Thai  meminta penjelasan terperinci mengenai Tuntutan Awal 5 perkara dan pihak pejuang telah menghantar huraian setebal 38 muka melalui pihak Fasilitator. Sekali lagi,malangnya, pihak Thai mengambil masa terlalu lama untuk memberi  jawapan balas sedangkan suasana di Selatan sendiri tidak menentu dan konflik politik nasional di Bangkok mula berkocak. Surat jawapan Ketua Deligasi Thai bertarikh 25 Oktober 2013 menegaskan bahawa "Tuntutan Awal 5 perkara itu diterima untuk perbincangan selanjutnya".
Jawapan itu TIDAK menepati kehendak pihak pejuang kerana tidak disebut secara khusus bahawa Tuntutan Awal 5 perkara itu diterima secara "perinsip", dan ia pula tidak disahkan sebagai "Agenda Nasional" oleh badan perundangan tertinggi negara,iaitu parlimen Thai sendiri. Kami kuatiri jika Tuntutan Awal 5 perkara itu tidak diterima secara "perinsip" untuk dibincangkan, maka ia mungkin tertolak satu persatu oleh pihak Thai. Ketiadaan pengesahan parlimen juga akan menjadi masaalah sekiranya berlaku pertukaran kerajaan berlainan kemudian hari.
 
Hadirin sekalian
Kini Proses Damai KL dimomokan oleh banyak pihak sebagai sudah gagal dan berkubur. Ia ditelah berdasarkan konflik politik Thailand yang belum berkesudahan, dan juga "pengunduran" Ketua Deligasi  BRN, Ustaz Hassan Taib dalam pengistaharan melalui You-Tube pada malam 1 Disember 2013.
Perlu diingat bahawa proses ini bermula secara rasmi. Setakat ini tiada sebarang pihak,sama ada pihak Thai, Pejuang (BRN) atau pun Malaysia,  telah menyatakan secara rasmi mahu menarik diri. Oleh itu ia boleh dianggap sebagai "tergantung" atas sebab-sebab yang sudah sedia maklum, dan akan digerakan semula apabila semua halangan di semua pihak dapat diatasi.
Pihak pejuang amat komited dengan proses damai ini dan konsisten dengan penyertaan perwakilan yang sedia ada. Pada masa akan datang perwakilan daripada pihak pejuang akan lebih dimantapkan lagi dari masa kesemasa melibatkan semua pihak yang berkepentingan di Patani sebagai mewakili  rakyat Patani dengan panggilan Komuniti Bangsa Melayu Patani.
Kita ingin melihat penyampaian maklumat , perbincangan dan penyertaan aktif rakyat dari segenap lapisan ,pekerjaan ,latar belakang, etnik dan agama di Patani memahami dan yakin bahawa kedamain itu baik bagi SEMUA penduduk dan rakyat Patani. Kita mahu segala aktiviti NGO dan CSO yang menjurus kearah menyokong proses damai tidak disekat atau diganggu gugat oleh mana-mana pihak .
 Kita menyeru supaya kerajaan Thai mengamalkan demokrasi tulen dengan membuka peluang dan ruang bagi rakyat semua menyatakan hasrat dan keinginan sebenar mereka tentang apa sahaja, selagi tidak menggunakan kekerasan, yang mereka inginkan untuk kebaikan mereka mengenai cara hidup mereka,mengenai  masa hadapan mereka, hatta mengenai keinginan mereka untuk mendapatkan hak menentukan nasib sendiri ( Right to Self-Determination) atau merdeka sekali pun. Adalah lebih baik dan waras bagi sebuah kerajaan itu menghadapi rakyatnya dan berhujjah dengan kata-kata dan pemikiran daripada bermusuhan dengan peluru dan bom. Adalah lebih munasabah kita mula berbicara mengenai perdamaian pada hari ini sehingga 10-15 tahun lagi daripada terus berperang  20-30 lagi baru hendak mula berdamai.
Kita juga menyeru supaya  " pihak yang mempunyai pandangan dan ideologi berbeza daripada kerajaan " khususnya pejuang ,diberi peluang dan ruang untuk datang ke Patani bertemu dan berbicara dengan rakyat Patani khasnya dan dengan rakyat Thai amnya. Kita menunggu suatu hari dimana pihak pejuang akan diberi penghurmatan untuk berucap di parlimen Thai kepada seluruh rakyat Thai bahawa kami sebenarnya mencari KEADILAN, KEBEBASAN dan KEDAMAIAN.
 
 Abu Hafez Al-Hakim's picture
Kami mengakhiri ucapan hari ini dengan petikan di akhir ucapan oleh bekas Pengerusi Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO) Allahyarham Yasser Arafat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) pada 13 November 1974 :
"Hari ini saya datang membawa ranting Zaitun dan selaras pistol pejuang. Jangan biarkan ranting Zaitun ini terjatuh dari genggaman saya "
dan diakhiri dengan kata-kata " Perang tercetus di Palestin, dan di Palestin juga akan lahir kedamaian ".
 
Dengan nada yang serupa pada hari ini kami berkata :
"Hari ini kami datang membawa BUNGA RAYA sebagai simbol kedamaian, tanpa membawa senjata . Perang juga telah meletus di Patani , dan di Patani  juga akan lahir kedamaian sesuai dengan gelarannya PATANI DARUSSALAM "
 
 
Sekian,Wassalamualaikum , Salam sejahtera
Terima Kasih
 
ABU HAFEZ  AL HAKIM
 
( Dari Luar Pagar Patani - wakil Pejuang Patani di meja dialog )
28 Feb 2014.

Ahad, 23 Februari 2014

BAGAI MANAKAH SIKAP BRN, MENUJU JALAN DAMAI YANG AMAT MENCABAR.

Oleh: Abdulloh wanahmad

 Setelah procese dailog damai Patani yang sudah menjalani hampir setahun (28/02/2013), telah menemui jalan buntu dalam tempuh waktu yang singkat, apabila dibandingkan dengan procese damai yang dialami dari seluruh dunia.

Walau bagai manapun, perjuangan secara damai harus diteruskan, bukan hanya mengutamakan dengan cara bersenjata, justeru itu, peperangan tidak akan selesai jika diketepikan cara yang lebih baik dan amat berkesan, terutama desegi langkah-langkah politik.

Bagai manakah, perjuangan kemerdekaan Patani yang telah berlayar lebih dari setengah abad, yang sudah banyak menelan nyawa penduduk tempatan baik Melayu, budha dan Cina. Dan sudahpun banyak para mujahid yang telah gugur dalam medan perjuangan demi membela marwah agama, bangsa dan negara, namun bilakah konflik di Patani akan selesai dengan mengutamakan procese damai atau secara berpolitik.

Banyak yang menganggapkan bahawa, jalan damai seperti yang dikendalikan oleh sayap politik bagi kedua-dua pihak, baik BRN dan Thailand adalah jalan yang tidak menguntungkan bagi pejuang Patani, kerana mereka menganggapkan bahawa, procese damai secara demakian, mungkin akan digubar oleh pihak Thai, bila keadaan yang agak akan menguntungkan pihak pejuang Patani.

Suatu cabaran yang besar bagi kedua-dua pihak, taklain dan takbukan adalah mengubahkan cara berfikir terhadap rakyat kedua pihak , baik pihak Thai sendiri yang harus dan pasti membaharui fahaman atau idologi kesiaman mereka, yang telah menjerap masuk kedalam fikiran mereka secara berbuta tuli, yang menganggap negara Thai adalah satu, takdapat dipisahkan! sedangkan jika dikaji dari sejarah akan didapati bahawa, Siam itu adalah satu kaum kecil, yang mana mereka mengada-ngadakan sendiri hingga kehari ini. Dengan merampas kan negeri-negeri jiran menjadi tanah jajahan mereka secara beransur-ansur, dengan menggunakan tipuhillah politik, serta mengadakan sejarah baru, yang direka-rekakan secara besar-besaran.

Dan bagi pihak pejuang kemerdekaan Patani pula, harus memperbaharui jijak langkah perjuang untuk memudahkan dan selaras dengan perkembangan undang-undang antara bangsa, yang harus membawa issu National sebagai bendera Revolosi!, bukan lagi membawa issu agama, walau pun perjuang yang ditubuhkan digariskan dan berpandu kepada dalil yang telah dinyatakan dalam Al-quran dan sejarah rasullullahh(S.A.W.)

Jika kedua pihak takdapat mengatasi perkara tersebut, penyelesaian konflik di Patani memang akan menemui jalan yang agak rumit dan penuh kesulitan, terutama pemahaman yang agak susah diterima oleh akal yang kurang waras dan kurang lojik.

Di sini, bukan bererti mengubahkan idologi atau memindahkan panji kemerdekaan kepada otonomi dan sebagainya, tetapi berubah cara bertindak dalam politik supaya untuk menyelaraskan dengan piugam-piugam antara bangsa, mudah-mudahan jalan untuk capai kepada kejayaan, akan mempercepatkan matlamat yang di cita-citakan.

 Abdulloh Wanahmad
20/02/2014
 
Photo: BAGAI MANAKAH SIKAP BRN, MENUJU JALAN DAMAI YANG AMAT MENCABAR.

Setelah procese dailog damai Patani yang sudah menjalani hampir setahun (28/02/2013), telah menemui jalan buntu dalam tempuh waktu yang singkat, apabila dibandingkan dengan procese damai yang dialami dari seluruh dunia.

Walau bagai manapun, perjuangan secara damai harus diteruskan, bukan hanya mengutamakan dengan cara bersenjata, justeru itu, peperangan tidak akan selesai jika diketepikan cara yang lebih baik dan amat berkesan, terutama desegi langkah-langkah politik.

Bagai manakah, perjuangan kemerdekaan Patani yang telah berlayar lebih dari setengah abad, yang sudah banyak menelan nyawa penduduk tempatan baik Melayu, budha dan Cina. Dan sudahpun banyak para mujahid yang telah gugur dalam medan perjuangan demi membela marwah agama, bangsa dan negara, namun bilakah konflik di Patani akan selesai dengan mengutamakan procese damai atau secara berpolitik.

Banyak yang menganggapkan bahawa, jalan damai seperti yang dikendalikan oleh sayap politik bagi kedua-dua pihak, baik BRN dan Thailand adalah jalan yang tidak menguntungkan bagi pejuang Patani, kerana mereka menganggapkan bahawa, procese damai secara demakian, mungkin akan digubar oleh pihak Thai, bila keadaan yang agak akan menguntungkan pihak pejuang Patani.

Suatu cabaran yang besar bagi kedua-dua pihak, taklain dan takbukan adalah mengubahkan cara berfikir terhadap rakyat kedua pihak , baik pihak Thai sendiri yang harus dan pasti membaharui fahaman atau idologi kesiaman mereka, yang telah menjerap masuk kedalam fikiran mereka secara berbuta tuli, yang menganggap negara Thai adalah satu, takdapat dipisahkan! sedangkan jika dikaji dari sejarah akan didapati bahawa, Siam itu adalah satu kaum kecil, yang mana mereka mengada-ngadakan sendiri hingga kehari ini. Dengan merampas kan negeri-negeri jiran menjadi tanah jajahan mereka secara beransur-ansur, dengan menggunakan tipuhillah politik, serta mengadakan sejarah baru, yang direka-rekakan secara besar-besaran.

Dan bagi pihak pejuang kemerdekaan Patani pula, harus memperbaharui jijak langkah perjuang untuk memudahkan dan selaras dengan perkembangan undang-undang antara bangsa, yang harus membawa issu National sebagai bendera Revolosi!, bukan lagi membawa issu agama, walau pun perjuang yang ditubuhkan digariskan dan berpandu kepada dalil yang telah dinyatakan dalam Al-quran dan sejarah rasullullahh(S.A.W.)

Jika kedua pihak takdapat mengatasi perkara tersebut, penyelesaian konflik di Patani memang akan menemui jalan yang agak rumit dan penuh kesulitan, terutama pemahaman yang agak susah diterima oleh akal yang kurang waras dan kurang lojik.

Di sini, bukan bererti mengubahkan idologi atau memindahkan panji kemerdekaan kepada otonomi dan sebagainya, tetapi berubah cara bertindak dalam politik supaya untuk menyelaraskan dengan piugam-piugam antara bangsa, mudah-mudahan jalan untuk capai kepada kejayaan, akan mempercepatkan matlamat yang di cita-citakan.

abdulloh wanahmad
20/02/2014
BRN Pencetus dan pengerak revolusi rakyat patani dan pembangkit rakyat patani dengan secara totel untuk
bangkit menuntut hak kemerdekaan atas bumi sendiri hinga hari ini.
 
 
 
 

Selasa, 11 Februari 2014

Mengingati syahidnya Hassan al-Banna

DARI: HARAKAHDAILY  
Pada hari ini 12 Feb 2014, genaplah 65 tahun syahidnya Imam Hassan al-Banna dalam perjuangan menegakkan Islam di bumi Mesir khususnya dan seluruh dunia amnya. Beliau meninggal dunia pada 12 Februari 1949.

Beliau merupakan pengasas gerakan Islam Ikhwan Muslimin yang ditubuhkan pada Mac 1928 di bandar Ismailiyyah.

Latar belakang

Nama sebenarnya ialah Hassan Ahmad Abdul Rahman Muhammed al-Banna dilahirkan pada Oktober 1906 di desa al-Mahmudiyyah di daerah al-Bahriyyah, Iskandariah, Mesir (barat laut Kaherah).

Hassan al-Banna merupakan anak sulung daripada lima beradik. Ayahnya, Syeikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna ialah seorang ulama, imam, guru dan pengarang beberapa buah kitab hadis dan fiqah perundangan Islam yang berkelulusan Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau dikenali sebagai seorang yang bersopan santun,pemurah,merendah diri dan tingkah laku yang menarik. Namun beliau hanya bekerja sebagai tukang jam di desa al-Mahmudiya untuk menyara keluarganya. Masa yang selebihnya digunakan untuk mengkaji, menyelidik dan mengajar ilmu-ilmu agama seperti tafsir al-Quran dan hadis kepada penduduk tempatan.

Sebagai seorang ulama. Sheikh Ahmad Ibn Abdul Rahman al-Banna mempunyai perpustakaan yang agak besar di rumahnya. Beliau menghabiskan sebahagian masanya mempelajari sunnah Rasulullah dan membincangkannya dengan rakan-rakan di kedai dan di rumah. Hassan al-Banna juga sering menghadiri dan mengambil bahagian dalam perbincangan tersebut. Pertemuan ini memberi kesan yang mendalam kepada pemikiran, wawasan dan yang penting perwatakannya. Ketokohan, keilmuan dan keperibadian Syeikh Ahmad al-Banna diwarisi oleh Hassan al-Banna.

Kepimpinan Hassan al-Banna

Sifat kepimpinan Hassan al-Banna terserlah sejak beliau masih di sekolah rendah. Beliau menjadi pemimpin Badan Latihan Akhlak dan Jemaah al-Suluka al-Akhlaqi yang dikelolakan oleh gurunya di sekolah. Pada peringkat ini beliau telah meghadiri majlis-majlis zikir yang diadakan oleh sebuah pertubuhan sufi, al-Ikhwan al-Hasafiyah. Melalui pertubuhan ini beliau berkenalan dengan Ahmad al-Sakri yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam penubuhan Ikhwanul-Muslimin.

Keluarga Hassan al-Banna begitu tegas dalam mendidik anak-anak berdasarkan ajaran Islam. Hal ini menyebabkan beliau telah menghafaz al-Quran dalam usia yang begitu muda dan telah memasuki Pusat Latihan Perguruan. Beliau telah memasuki Darul Ulum di Kaherah pada awal usia 16 tahun kerana kebijaksanaan dan ilmu pengetahuannya yang luas.

Semasa di Kaherah, Hassan al-Banna terdedah dengan pergolakan parti politik dan aliran-aliran menentang Islam yang dicetuskan oleh gerakan Kamal Attartuk. Parti-parti politik, kumpulan-kumpulan sasterawan dan pertubuhan-pertubuhan sosial sekular kebanyakannya bertujuan melemahkan pengaruh Islam. Beliau kemudian mengangotai pertubuhan Jamait al-Makram al-Akhlaq yang giat mengadakan ceramah-ceramah Islam. Melalui pertubuhan ini, Hassan al-Banna dan rakan-rakannya menjalankan dakwah ke serata pelosok tempat, di kedai-kedai kopi dan tempat perhimpunan orang ramai.

Pada peringkat inilah beliau bertemu dan mengadakan hubungan dengan tokoh-tokoh Islam terkenal seperti Muhibbuddin al-Khatib,Muhammad Rashid Reda, Farid Wajdi dan lain-lain.

Menubuhkan Ikhwan Al-Muslimin

Pada Mac 1928, dalam usia 23 tahun, Hassan al-Banna beserta adik dan lima orang sahabatnya

Setelah berkhidmat selam 19 tahun dalam bidang perguruan, beliau meletakkan jawatan pada tahun 1946 untuk menyusum kegiatan dakwah yang berkesan dalam masyarakat bandar. Pengalaman ahli jemaah yag dikumpulkan sekian lama menjadikan Ikhwanul Muslimin sebuah gerakan yang berpengaruh.

Pengharaman Ikhwanul Muslimin dan Pembunuhan Hassan al-Banna

Pengaruh Ikhwanul Muslimin yang kuat amat dikhuatiri oleh Kerajaan Mesir di bawah Noqrashi Pasha daripada Parti al-Safdi. Pada 8 November 1948, beliau telah mengharamkan Ikhwanul Muslimin atas tuduhan merancang satu pemberontakan untuk menjatuhkan kerajaan. Sumbangan Ikhwanul Muslimin menghantar beribu-ribu orang pejuang dalam perang menghadapi Isreal seolah-olah dinafikan. Kesemua cawangannya yang berjumlah lebih 3000 diarahkan supaya dibubarkan.

Dengan alasan untuk mengendurkan ketegangan antara Ikhwanul Muslimin dan kerajaan, pihak kerajaan menjemput Hassan al-Banna untuk berunding bertempat di Pejabat Jam’iyyah al-Syubban al-Muslimin. Sebenarnya jemputan itu hanyalah sebagai helah untuk membunuh beliau.

Pada 12 Februari 1949 jam 5 petang, Hassan al-Banna bersama iparnya Abdul Karim Mansur, seorang peguam, suami kepada adik perempuannya berada di pejabat tersebut. Mereka menunggu Menteri Zaki Ali Basya yang dikatakan mewakili kerajaan untuk berunding, tetapi malangnya Zaki Ali Basya tidak kunjung tiba.

Akhirnya setelah selesai menunaikan solat Isyak mereka memanggil teksi untuk pulang. Ketika baru sahaja menaiki teksi yang dipanggil, dua orang yang tidak dikenali menerpa ke arah teksi dan salah seorang daripada mereka terus melepaskan tembakan pistol. Mereka berdua terkena tembakan itu. Iparnya itu tidak dapat bergerak akibat terkena tembakan tersebut. Walaupun terkena tujuh tembakan, Hassan al-Banna masih mampu berjalan masuk semula ke pejabat Jam’iyyah al Syubban al-Muslimin memanggil ambulans untuk membawa mereka ke hospital.

Setibanya di hospital Qasral ‘Aini, mereka dikawal rapi oleh Jeneral Muhammad al-Jazzar dan tidak membenarkan sebarang rawatan diberikan kepada Hassan al-Banna. Pada pukul 12.50 tengah malam, Hassan al-Banna menghembuskan nafas yang terakhir akibat tumpahan darah yang banyak.

Peristiwa itu berlaku pada tanggal 12 Februari 1949 dan ia telah meninggalkan sejarah hitam serta pilu bagi masyarakat Islam khususnya pejuang-pejuang agama. Pada tarikh itulah, dunia Islam kehilangan seorang ulama dan mujahid yang menjadi pelopor dalam mengembalikan kegemilangan Islam ke kemuncaknya. Pemergiannya yang tidak diduga merupakan suatu pembunuhan kejam hasil konspirasi musuh-musuh Islam yang berselindung di sebalik Raja Farok, pemerintah Mesir pada ketika itu.

 
berkumpul di rumahnya dan bersumpah untuk hidup dan mati kerana Islam. Di rumah itu Jemaah Ikhwan Muslimin telah ditubuhkan. Pada ketika itu beliau baru mendapat ijazah dari Darul Ulum serta berkhidmat sebagai guru bahasa Arab di salah sebuah sekolah di bandar Ismailiyah.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/25626-mengingati-syahidnya-hassan-al-banna

Isnin, 10 Februari 2014

Komitmen Malaysia di selatan Thailand

Oleh SAIFULIZAM MOHAMAD
rencana@utusan.com.my

KETUA Setiausaha Majlis Keselamatan Negara, Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab (tengah) menyaksikan Ketua Perhubungan Barisan Revolusi Nasional (BRN) di Malaysia, Hassan Taib (kanan) dan Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Thailand, Lt. Jeneral Pharadorn Phatthanatabutr menandatangani dokumen persetujuan bagi melancarkan proses dialog keamanan di wilayah sempadan selatan Thailand di Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur, pada 2013. - BERNAMA
PADA 28 Februari ini, genap setahun kerajaan Malaysia diberi amanah oleh kerajaan Thailand di bawah pemerintahan Perdana Menteri sementara, Yingluck Shinawatra sebagai pemudah cara bagi mendamaikan pihak kerajaannya dengan pejuang pembebasan di selatan negara berkenaan.
Sebagai sebuah negara jiran paling hampir kedudukannya dengan selatan Thailand, Malaysia mengambil tanggungjawab tersebut dengan harapan konflik yang telah mengorbankan banyak nyawa termasuk mereka yang tidak berdosa melalui pelbagai bentuk serangan pengeboman dapat dihentikan segera.

 
Walaupun di peringkat ini pertelagahan antara dua pihak masih belum reda sepenuhnya, namun pembabitan Malaysia hampir setahun lalu sebagai pemudah cara atau fasilitator dalam konflik tersebut sedikit-sebanyak telah berjaya membuahkan hasil.
Sehingga hari ini, Fasilitator Kerajaan Malaysia Kumpulan Kerja Bersama Proses Dialog Damai Selatan Thailand diketuai oleh Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim telah mengadakan empat siri dialog melibatkan kerajaan Thailand dengan kumpulan pejuang pembebasan yang terdiri daripada Barisan Revolusi Nasional (BRN) dan Pertubuhan Pembebasan Patani Bersatu (PULO).
Meskipun sekadar dialog antara wakil-wakil kerajaan Thailand dan wakil-wakil pejuang pembebasan, namun usaha keras Malaysia menemukan kumpulan yang bertelagah itu boleh disifatkan sebagai satu kemenangan moral memandangkan selama ini pihak terbabit langsung tidak mahu mengadakan sebarang perjumpaan.
Bukan itu sahaja, hasil daripada empat dialog tersebut, pihak yang mewakili selatan Thailand tidak lagi dipanggil sebagai pengganas atau pemberontak tetapi sebagai pejuang pembebasan.Kejayaan mempertemukan dua pihak yang bertelagah itu juga boleh dianggap sebagai perintis kepada usaha yang lebih besar lagi pada masa akan datang termasuk mengadakan gencatan senjata bagi mengembalikan semula kedamaian hakiki di kawasan bergolak tersebut.
Menurut fakta, pertelagahan yang melibatkan kedua-dua pihak itu telah berlanjutan selama 105 tahun (bermula 1909).
Cuma usaha itu memerlukan komitmen yang lebih tinggi serta penglibatan lebih luas iaitu bukan sahaja membabitkan BRN dan PULO malah perlu melibatkan juga pelbagai pihak yang berkepentingan di selatan Thailand termasuk pejuang pembebasan berskala kecil.
Isu PULO juga menarik untuk disentuh di dalam tulisan ini kerana wakilnya dalam empat siri dialog sebelum ini tidak mewakili PULO secara keseluruhan. Di selatan Thailand, PULO bukan satu tetapi tiga kumpulan berlainan dan masing-masing mempunyai presiden antaranya Kasturi Mahkota yang kini tinggal di Sweden.
Buat masa ini, hanya Kasturi lebih dikenali kerana kebijaksanaannya menggunakan media untuk mempromosi diri berbanding dua presiden lain dan lebih mencabar lagi, ketiga-tiga pertubuhan PULO itu berpatah arang antara satu sama lain.
Sehubungan itu, cabaran yang dihadapi oleh Ahmad Zamzamin selaku fasilitator kerajaan Malaysia ialah mendamaikan ketiga-tiga PULO itu agar proses perundingan damai berjalan lancar serta tanpa gangguan.
Alhamdulillah, Ahmad Zamzamin, seorang yang amat berpengalaman dalam isu berkaitan selatan Thailand berjaya mendamaikan ketiga-tiga PULO tersebut dalam satu misi khas, baru-baru ini. Melalui misi tersebut, ketiga-tiga presiden PULO berkenaan bersetuju bekerjasama bagi membolehkan keamanan dikembalikan di selatan Thailand dan usaha itu juga dikenali sebagai Deklarasi Muharram.
Berbalik kepada empat sesi dialog yang telah diadakan sebelum ini, kebanyakan topik yang dibincangkan ialah mengenai ketidakpuasan hati kumpulan pejuang pembebasan terhadap tindakan kerajaan Thailand yang selama ini didakwa tidak adil dan melakukan penindasan terhadap penduduk di kawasan itu khususnya orang Melayu.
Persoalan sama ada isu agama menjadi sebab utama berlakunya ketegangan antara kedua-dua pihak, faktor tersebut bukan penyumbang terbesar sebaliknya lebih kepada soal keadilan khususnya dalam bidang ekonomi dan pendidikan kepada penduduk-penduduk Melayu di selatan Thailand.
Walau apa pun, sepanjang empat dialog yang telah diadakan sebelum ini, masing-masing bersedia mendengar setiap luahan daripada kedua-dua belah pihak terutamanya di pihak kerajaan Thailand, menurut Ahmad Zamzamin dalam satu pertemuan baru-baru ini.
''Saya perhatikan wakil kerajaan Thailand duduk, diam dan mendengar setiap luahan hati pejuang-pejuang pembebasan dan bagi saya ini satu petanda yang baik," katanya yang dilantik sebagai fasilitator oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 1 Mac 2013.
Bagaimanapun untuk siri dialog akan datang, Ahmad Zamzamin amat berharap kedua-dua pihak dapat membincangkan sesuatu yang lebih besar dan bukan hanya meluahkan perasaan yang terbuku selama ini.
Kata beliau, dialog kali kelima kelak perlu ada anjakan dari segi intipati perbincangan supaya usaha mengembalikan kedamaian di selatan Thailand mengikut rangka kerja yang telah ditetapkan. Cuma beliau belum dapat tetapkan tarikh dialog akan datang memandangkan keadaan politik negara itu yang masih bergelora.
Berdasarkan perkembangan terkini, keadaan di Thailand amat kritikal. Terbaru, ribuan penunjuk perasaan antikerajaan menghalang penyerahan kertas undi ke pusat-pusat pengundian, mengakibatkan pilihan raya terpaksa dibatalkan di hampir 10 peratus daripada 90,000 pusat pengundian di seluruh negara tersebut.
Pada dialog akan datang, Ahmad Zamzamin mahu wakil dari selatan Thailand bukan setakat pejuang pembebasan bahkan diwakili pelbagai lapisan masyarakat seperti ulama, imam, ahli akademik, belia dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Beliau berhasrat melihat perbincangan di dalam dialog tersebut lebih menyeluruh, konkrit selain bersifat ilmiah bagi memastikan ia benar-benar mencapai matlamat sekali gus membuka ruang ke arah satu usaha lebih besar selepas ini seperti gencatan senjata.
Secara jujurnya beliau yakin kedua-dua pihak sebenarnya mempunyai komitmen yang cukup tinggi untuk berunding dan seterusnya berdamai demi kesejahteraan penduduk di selatan Thailand.
''Apa yang perlu kita lakukan ialah menemukan mereka pada satu titik persamaan dan inilah yang sedang kita usahakan secara bersungguh-sungguh. Saya optimis detiknya akan tiba satu hari nanti," katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau mengakui pihak sekretariat terpaksa mengubah suai rangka kerja misi perdamaian tersebut ekoran perkembangan semasa di Thailand ketika ini.
''Namun begitu secara peribadi saya sebenarnya percaya sesiapa sahaja yang memerintah Thailand akan komited dengan usaha perdamaian di selatan negara itu seperti yang berlaku antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).
''Inilah sumbangan kerajaan Malaysia dalam usaha mengembalikan kedamaian di kawasan tersebut," ujarnya lagi.
Terdapat empat kawasan utama yang diduduki oleh majoriti kaum Melayu di selatan Thailand iaitu Yala, Narathiwat, Songkhla dan Pattani.
Ditanya sekiranya timbul isu tuntutan kemerdekaan di selatan Thailand, beliau menegaskan, misi kerajaan Malaysia adalah memudah cara proses dialog bagi menyelesaikan konflik di selatan Thailand dan tidak lebih daripada itu.
''Kita perlu menghormati kedua-dua pihak sama ada pejuang kebebasan mahupun kerajaan Thailand. Thailand adalah negara berdaulat dan kita perlu menghormati kedudukan itu. Tambahan pula Thailand adalah tetangga kita paling hampir. Mereka memilih kita atas dasar kepercayaan dan atas faktor geografi," ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, perkara tersebut tidak seharusnya timbul dan jika berlaku juga Malaysia akan menarik diri daripada menjalankan tanggungjawab sebagai fasilitator.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140211/re_01/Komitmen-Malaysia-di-selatan-Thai#ixzz2szp7dVjj