Abdulloh Wanahmad; awanbook
Konflik di Patani tidak siapa tahu bilkah akan selesai dengan secepat mungkin, atau akan berterusan berpanjangan tanpa kesudahan.
Perjuangan Patani sudah berlarutan, memakan masa tidak kurang dari dua abad, setelah pertarungan antara Kerajaan Bangsa Melayu Patani dengan Bangsa Kerajaan Siam, setelah menemui titik perakhiran dengan kekalahan Patani.
Setelah perpuluhan kali kedua-dua kerajaan telah berperang, bertungkus lumus dalam mempertahankan tanah air masing-masing, dengan menahan diri di kala diserang, dan memburu kembali dikala berpeluang.
Dalam sejarah kita akan didapati bahawa, peperangan antara Patani dengan Siam, kebanyakan Patani diserangi daripada Patani Menyerang, akibat dari pencerubuhan oleh Bangsa Siam, yang berwawasan di dalam memperluaskan tanah jajahan mereka.
Namaun setelah berkali-kali Patani diserang, hatta pihak musuh dapat memasukki kekawasan Bandar hingga dapat menawan kawasan persekitaran dalam kawalannya, sambil menahan rakyat Patani pada waktu itu, dan mereka membuat sewenang-wenang kehendaknya, setelah Patani terjatuh ke tangan mereka, kota raja dibakar, alat perang dijadikan harta rampasan, mereka membawa semua barangan tersebut ke kota Bangkok bersama sejumlah tawanan perang, yang tak sempat menyelamatkan diri.
Kata qil, mereka yang ditawan dan bawa ke Bangkok oleh pihak Siam pada waktu itu, adalah terdiri pada mereka yang berkepandaian dalam bidang pekerjaan, seperti tukang rumah, dsg.
Walau bagaimanapun, setelah Patani kalah kepada Siam pada tahun 1975, bukan bererti semua hak-hak, dan cara pemerintahan Patani digubar dengan serta merta, namun orang Melayu Patani pada waktu itu, masih lagi diberi jawatan, diberi kuasa mengikut tugas yang disusun oleh mereka.
Patani sebelum timbulnya perjanjian haram 1909, antara kerajaan British dengan kerajaan Siam di Bangkok, atau yang dikenali dengan perjanjian Anglo, Patani masih lagi mempunyai ruang dan peluang yang amat cukup dalam memperjuangkan untuk menuntut kemerdekaan dari jajahan Siam dengan secara diplomatik, namun malangnya, apabila usaha murni yang diusahakan oleh Tengkku Mahmud Mahyuddin, terelai di muara empangan penipuan colonial British, yang berjanji kepada Tengku Mahmud Mahyuddin bahawa, jika beliau menulungnya dan berjaya dalam mengusirkan tentera Jepun keluar dari tanah Malaya, ia akan bantu dan mendokong sepenuh-penunyah untuk melepaskan Patani dari belenggui Siam.
Namun, setelah beliau sedar bahawa, kata-kata janji manis colonial British itu, hanya hampa dan tipuan saja,ini adalah suatu titisan hitam yang terlekat dendam di dalam jiwa beliau selama hidupnya sehingga akhir hayat.
Kemudian beliau mengumumkan kepada masyarakat luar bahawa, beliau sudah memecatkan gelaran Tengku pada saat ini, pengumuman tersebut tersebar dengan begitu cepat dan mengejutkan masyarakat, beliau merasa cukup sedih dengan apa yang dibuat oleh colonial British pembohong itu.
Dan beliau juga, setelah mengisytihar memecatkan gelaran Tengku, beliau terus menjalani hidup seperti rakyat biasa, sebelum beliau jatuh sakit, kerana kedugaan citanya yang dibuat oleh British, kerana itu adalah sebuah harapan yang emas dan sangat berpeluang besar, dalam memperjuangkan demi kemerdekaan Patani dari Siam.
Dan dengan lama kelamaan, perasaan tersebut semakin mencekamkan kesihatannya, sehingga beliau menghabus nafas dengan tenang di tempat kediamannya, dengan usia yang masih muda 40 tahun, ada setengah yang mengatakan sebab yang memperburukkan lagi keuzurannya itu, adalah kerana kehilangan teman perjuangannya Hj. Sulung Tuan Minal, yang dicolek di tengah jalan bersama pengikut dan anaknya ketika dalam perjalanan di kawasan Senggo, dan ada yang mengatakankan juga, asbab diracuni, oleh musuh politiknya.
Perjuang Patani setelah kematian beliau, berada dalam keadaan yang memerlukan kepada seorang tokoh untuk menjaga persatuan dan kesatuan dalam bergerak, namun kenyataannya setelah pemergian beliau, telah mengguncangkan kesatuan perjuangan Patani, dan itulah yang sebagai titik permulaan yang memecahkan terelai menjadi beberapa Parti dan Kelompak hingga kedewasa ini.
Begitulah secebis tulisan ini, yang sudi mengingati jasa-jasa beliau, yang memperjuangkan untuk melepaskan bumi Patani dari belenggui Siam, betapa getir dan sukarnya perjuangan beliau, demi cita-cita yang suci, apatah lagi, demi keredhaan yang hakiki.
Dan kini runda-runda perjuangan untuk membebaskan Patani, masih diteruskan oleh jenerasi baru, yang sedar bahawa mereka adalah anak Melayu Patani. Seolah-olah beliau belum mati! Dan perjuangan beliau belum selesai.
http://www.deepsouthwatch.org/node/6607
SAYA SEKELUARGA INGIN MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH KEPADA AKI NAWE BERKAT BANTUANNNYA SEMUA HUTANG HUTANG SAYA SUDAH PADA LUNAS SEMUA BAHKAN SEKARAN SAYA SUDAH BISA BUKA TOKO SENDIRI,ITU SEMUA ATAS BANTUAN AKI YG TELAH MEMBERIKAN ANKA JITUNYA KEPADA SAYA DAN ALHAMDULILLAH ITU BENER2 TERBUKTI TEMBUS..BAGI ANDA YG INGIN SEPERTI SAYA DAN YANG SANGAT MEMERLUKAN ANGKA RITUAL 2D 3D 4D YANG DIJAMIN 100% TEMBUS SILAHKAN HUBUNGI AKI NAWE DI 085-218-379-259
BalasPadam