Ahad, 25 Mei 2014

Apa makna demokrasi di Thailand?

Oleh Muhammad Afifi Abdul Razak
KEMELUT politik di Thailand yang berlaku sejak enam bulan lalu semakin buruk. Semua bentuk penyelesaian politik termasuk menerusi mekanisme diplomasi masih gagal memperbaiki keadaan di dalam negara 'gajah putih' itu.
Di luar pejabat kerajaan dan di kawasan jalanan di Bangkok, ribuan penunjuk perasaan, sama ada penyokong pro-kerajaan atau pro-pembangkang, masih tidak berganjak daripada tempat mereka, menunjuk perasaan, memberontak, menuntut satu perubahan politik yang terbaik bagi mereka.
Sementara itu, di dalam pejabat kerajaan, pemimpin politik kerajaan dan pembangkang pula masih ingin mempertahankan kepentingan masing-masing. Sebagaimana yang dijangka, tentera Thailand yang dipimpin Jeneral Prayuth Chan-ocha mengumumkan rampasan kuasa kelmarin bagi memulihkan kestabilan di negara itu. Tindakan ini disusuli dengan penggantungan perlembagaan negara beberapa jam kemudian.

 SEORANG wanita Thailand memegang kad yang menggesa agar Thailand dibebaskan ketika menyertai bantahan rampasan kuasa di hadapan Monumen Victory di Bangkok, kelmarin. - AGENSI
 
Rampasan kuasa ini berlaku hanya dua hari selepas pihak tentera menguatkuasakan undang-undang tentera di seluruh negara bagi membuka laluan kepada pihak terlibat untuk berunding dalam usaha menamatkan konflik politik di Thailand. Walaubagaimanapun, rundingan itu gagal mencapai kata sepakat terhadap konflik itu. Semua wakil politik yang menghadiri rundingan tersebut pula ditahan oleh tentera Thailand.
Sudah pasti, tindakan rampasan kuasa oleh tentera Thailand ini bakal menerima pelbagai kritikan dan cemuhan daripada pelbagai pihak, sama ada di dalam negara, di peringkat serantau, dan antarabangsa. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan negara-negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat (AS) pernah menyatakan rasa bimbangnya terhadap perkembangan mutakhir yang sedang berlaku di Thailand yang mungkin akan menjurus kepada berlaku sekali lagi peristiwa rampasan kuasa oleh tentera yang kelak bakal menjejaskan proses demokrasi di negara tersebut.
Ini bukanlah kali pertama tentera Thailand bertindak merampas kuasa. Menurut sejarah Thailand, rampasan kuasa tentera buat pertama kalinya pernah berlaku pada 1933 apabila Kolonel Phraya Phahol Pholphayuhasena bertindak merampas kuasa kerajaan Thailand daripada bekas Perdana Menteri, Phraya Manopakorn Nititada. Enam tahun kemudian, iaitu pada 1939, satu lagi peristiwa rampasan kuasa tentera berlaku diketuai ketua tentera Thailand pada ketika itu, Luang Pibulsonggram. Peristiwa rampasan kuasa tentera di Thailand turut berlaku pada 1947, 1951, 1957, 1958, 1971, 1976, 1977, dan 1991.
Sebelum berlaku peristiwa rampasan kuasa tentera kelmarin, tentera Thailand yang diketuai oleh Jeneral Sonthi Boonyaratglin, pernah melancarkan rampasan kuasa dan menguatkuasakan undang-undang tentera selepas kejayaan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra dalam pilihan raya umum di negara tersebut yang telah mendapat bantahan keras serta boikot oleh parti pembangkang.
Peristiwa rampasan kuasa tentera di Thailand ini juga contoh 'negara gagal' (failed state) di zaman moden. Dalam konteks demokrasi, negara biasanya ditadbir oleh pemimpin yang dilantik daripada kalangan rakyat di negara tersebut. Walaupun negara itu mengamalkan kombinasi sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen, rakyat masih lagi merupakan ketua kerajaan yang bertanggungjawab sepenuhnya mengenai hal ehwal urusan negara.
Tentera, pada hakikatnya, hanya bertanggungjawab mempertahankan negara daripada serangan oleh pihak luar, dan pada ketika aman, tentera mesti bertindak menyokong kerajaan sedia ada yang dipilih rakyat menerusi proses demokrasi. Inilah yang sepatut berlaku, tetapi di Thailand, ia tidak berlaku demikian.
Dari satu aspek lain, kita juga boleh berhujah bahawa tentera sememangnya tidak boleh dipersalahkan. Ini kerana, menjadi tanggungjawab tentera mempertahankan negara daripada serangan musuh. Malah sebarang usaha atau cubaan yang mampu menjejaskan keamanan negara termasuk ancaman daripada dalam juga boleh menjadi keutamaan tentera yang mesti diteliti dan diperhati. Justeru, tindakan rampasan kuasa tentera di Thailand ini boleh dijustifikasikan sebagai tindakan bersifat untuk menyelamat dan menstabilkan keadaan.
Ancaman di Thailand pada ketika ini, bukan sahaja boleh datang daripada luar, malah boleh datang daripada pelbagai aspek termasuk kegagalan sistem politik demokrasi di negara itu.
Sememangnya proses politik demokrasi di Thailand yang menyaksikan pembentukan kerajaan menerusi pilihan raya bebas yang disulami dengan beberapa insiden kekacauan dan tunjuk perasaan oleh rakyat serta sikap pentingkan diri sendiri oleh pemimpin tertinggi parti politik mampu menjatuh dan melumpuhkan Thailand daripada dalam.
Ini dinamakan sebagai proses perubahan politik secara senyap di mana ada 'tangan ghaib' yang berfungsi di sebalik tabir demokrasi di negara tersebut sedang berusaha untuk merencanakan satu sistem politik baru di Thailand yang bakal menjejaskan bukan sahaja masa depan rakyatnya, malah sistem pemerintahan beraja di negara itu. Dan dalam hal ini, tentera Thailand sebenarnya ialah 'the last bastion' bagi mempertahankan kestabilan dan kedaulatan Thailand.
Sistem demokrasi ialah satu sistem yang pemerintahan negara yang baik untuk diamal dan dilaksanakan. Tetapi dalam konteks politik terkini di Thailand, malah di kebanyakan negara bukan Barat, ia seringkali menemui kegagalan. Di Thailand, sistem demokrasi gagal bukan disebabkan oleh rakyatnya, tetapi disebabkan percaturan politik di peringkat atasan khasnya dalam kalangan pemimpin tertinggi parti politik yang masih ingin mengembangkan pengaruh dan mengekalkan kepentingan politik masing-masing.
Bekas Presiden AS, Abraham Lincoln yang pernah mempopularkan istilah bahawa demokrasi adalah 'kerajaan rakyat, dari rakyat dan untuk rakyat' mungkin akan terkejut melihat bagaimana kata-kata beliau mengenai demokrasi ini sebenarnya sangat jauh daripada realitinya.
Demokrasi memang datang daripada rakyat apabila pemimpin yang dilantik untuk memerintah negara itu dipilih oleh rakyat jelata. Tetapi sistem demokrasi lama kelamaan mempunyai satu kecenderungan untuk membentuk sekumpulan 'elit politik' dan 'elit ekonomi' yang sebenarnya paling berkuasa dalam mana-mana pentadbiran negara berteraskan demokrasi di seluruh dunia.
Seorang sarjana politik Barat, Robert Michels, dalam tulisannya yang bertajuk The Iron Law of Oligarchy pernah mengatakan bahawa dalam aspek pemerintahan negara, khasnya yang berteraskan sistem demokrasi, rakyat sebenarnya tidak pernah mendapat apa-apa manfaat pun daripada sistem tersebut, kecuali sedikit. Yang sebenarnya menguasai pemerintahan negara, menurut Michels, ialah sekumpulan manusia yang disebut sebagai 'elit politik' dan 'elit ekonomi'.
Demikianlah bagaimana demokrasi boleh membawa kebaikan dan keburukan kepada rakyat dan negara. Semuanya bergantung kepada sejauhmana kefahaman rakyat mengenai fungsi dan peranan demokrasi sebagai sistem politik.
Kita menerima sistem demokrasi bukan kerana namanya demokrasi tetapi kerana ia boleh memberikan kebaikan dan manfaat kepada kita. Tetapi sekiranya sistem demokrasi ini tidak memberi manfaat kepada rakyat dan negara, malah menyusahkan kehidupan seharian mereka, maka sesuatu mesti dilakukan oleh rakyat di negara tersebut supaya kehidupan, nasib serta masa depan mereka akan bertambah baik.
Sebagai sebuah negara yang berjiran dengan Thailand, Malaysia sudah pasti amat berharap konflik di negara itu dapat diselesaikan tanpa perlu insiden pertumpahan darah. Thailand juga sudah pasti tidak mahu keadaan dalam negaranya diheret menjadi isu serantau ASEAN, apatah lagi mendapat campurtangan daripada PBB dan AS.

PENULIS ialah Pensyarah Sains Politik dan Hubungan Antarabangsa di Pusat Pengajian Antarabangsa, Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140526/re_01/Apa-makna-demokrasi-di-Thailand#ixzz32n8N4gXr
© Utusan Melayu (M) Bhd

Selasa, 13 Mei 2014

BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI

BANGSA MELAYU PATANI adalah bangsa yang merdeka dan berdaulat. Bangsa yang mempunyai sejarah bahasa dan budayanya yang tersendiri. Bangsa yang dikenali sebagai Bangsa PERTUANAN Melayu Patani. Bangsa yang menegak kebenaran dan menetang penjajahan. Bangsa yang cinta damai, tapi lebeh mencintai kemerdekaan. Bangsa yang menyeru kepada Amar Makrup dan Nahi Mungkar. Bangsa yang bersangka baik atas usaha-usaha kebaikan yang dianjurkan oleh bangsanya sendiri. Bukan itu sahaja, bangsa melayu Patani juga dituntut untuk saling menghormati perbezaan pandangan dan pendapat didalam bingkai Amanah Rakyat Patani Terjajah (Fardhu Ain). 

Pos Patani's pictureAsas palsapah ”BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI” yang ber-etika ini telah diamalkan sejak turun temurun lagi, bukannya kerana usaha seseorang itu lebeh baik daripada usaha orang lain, tetapi kerana Islam mewarnai budaya Melayu Patani hidup secara sederhana sebagai etika bermasyarakat, berbangsa dan bernegara. bila ada, dua orang atau lebeh yang bersuara dan mengeluarkan pendapat dan pendaangan, secara bersama dianggap satu kemajuan berfikir dalam bingkai bangsa terjajah. Kerana semuanya berfikir kearah yang satu untuk membangun meruah bangsa sendiri. Perbezaan hanya cara pendekatan untuk mencapai targetnya sahaja, namun dalam masa yang sama semua pihak memiliki jati diri kebangsaan yang satu. Peranan dan tanggungjawab rakyat Patani masing-masing wajib bangkit menentang penjajahan bangsa asing dibumi Patani. Atas persefahaman dan pendekatan ini, rakyat Patani rela mengurbankan harta benda, jiwa dan raga mereka kepada perjuangan pembebasan Patani, tanpa ragu-ragu lagi. 
Namun begitu, apa yang berlaku dalam masyarakat bangsa kita dihari ini disebaliknya. Untuk memahami palsapah ini, kita harus bijak membezakan antara perbezaan pendapat (ikhtilaf) dengan berpecah belah (tafarruq). Perbezaan pendapat adalah perbezaan pendangan dalam bingkai membangun bangsa yang satu. Namun perbezaan tersebut adalah untuk mencari resolusi terbaik, seperti yang di tuntut oleh Islam, iaitu perbezaan pada hal-hal yang bersifat furuk sahaja (cabang), bukan ushul (pokok). Sementara berpecah belah pula adalah perbezaan pendapat dan pandangan untuk kepentingan diri sendiri diluar bingkai amanah rakyat Patan terjajah, menghalalkan segala cara untuk memecah belahkan rakyat Patani dengan argumen yang dibawanya.
Firman Allah SWT, yang bermaksud: ”Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak di-ingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan.” (QS: al-Hujuraat, ayat 6)
Seruan untuk bersatu padu yang diusahakan oleh bangsa sendiri, jangan dianggap remeh. Baik secara lansung atau tidak lansung, kerana sikap tidak menghargai usaha sebangsa itu adalah dianggap menghina usaha bangsa sendiri. Sikap ini secara tidak lansung telah mengkhianati amanah rakyat terjajah dan dengan secara lansung membantu polisi penjajah ”Pecah dan perintah” (Divide and Rule). Sampai bilakah kita mau menipu diri sendiri, hidup dibawah pertunjuk penjajah di negara sendiri?
”Amanah rakyat Patani terjajah”, tidaklah semata-mata bersangka baik terhadap usaha anggota ormas dan ropol pihak-pihak tertentu sahaja, tetapi lebih mendalam lagi ialah usaha rakyat Patani seluruhnya, atau dalam perkataan lain ialah kasih kepada bangsa sendiri, kerana Allah SWT.
Menyedari hakikat itu, tentu sekali kita masti menghargai usaha dan jasa yang dibuat oleh bangsa sendiri, terutama terhadap hak rakyat terjajah untuk menentukan nasib sendiri. Kitalah perlu bersatu mengubah nasib kita untuk hidup mulia di negara sendiri. Dengan demian bersedialah kita membuka mata, telinga, hati dan fikiran untuk berfikir secara tulus, adil dan bertanggungjawab, untuk berubah menjadi bangsa yang bersatu, berjuang dan merdeka. Pada waktu yang sama pengaruh individu, ormas dan orpol yang pro penjajah akan tersisih dengan sendirinya dari rakyat Patani. Rakyat Patani Bersatu bukan atas paksaan yang didalangi pengapu penjajah yang ingin mencari kekayaan, pangkat, kedudukan dan kemuliaan keturunan.
Kesimpulan
Pertama. Rakyat Patani wajib membuang sifat-sifat yang negatif yang dilarang oleh Islam. kedua. Rakyat Patani harus bersifat positif, penting untuk menunjang keberhasilan usaha sendiri . Ketiga. Rakyat Patani hurus dapat membezakan antara perbezaan pendapat dengan berpecah belah. Ke-empat. Rakyat Patani harus dapat mengenal yang mana individu, ormas dan orpol yang pro kemerdekaan Patani dan yang mana individu, ormas dan orpol yang pro penjajah. Kelima. Rakyat Patani harus menghayati palsapah BERSANGKA BAIK USAHA BANGSA SENDIRI sebagai etika budaya kebangsaan ”Berat sama dipikul dan ringan sama di jinjing”. Dan ke-enam. Rakyat Patani harus mengubah nasibnya sendiri, kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum, hingga kaum itu mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui, (QS. Al-Anfal: 53)

DARI: http://www.deepsouthwatch.org/node/5683
 

Rabu, 30 April 2014

BANGSA BERILMU

BY: Pos Patani |

Bangsa yang bersatu, kuat, merdeka dan maju adalah bangsa yang berilmu dan beriman sebagai jati diri yang menghargai sejarah bangsanya sendiri. Bangsa Melayu Patani dahulunya adalah bangsa yang berilmu, bersatu, merdeka dan maju. Telah dicatat didalam limpatan sejarah ulama Patani hingga kehari ini. Ulama Patani dahulu menjadikan hidup mereka sebagai hamba kepada Allah SWT, dan penyuluh hidup bermasyarakat, berbangsa dan bernegara, buat yang disuruh dan tinggal yang dilarang untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan di akhirat. Hidup mereka tidak pernah menjadi hamba kepada manusia. Mereka tidak pernah menjadi pengapu penjajah Siam/Thailand setelah Patani dijajah 1902. Mereka tidak pernah menjadikan ilmu dan kebijakan sebagai tujuan mengejar pangkat dan harta benda di dunia. Sepenuh jiwa raga mereka berbakti kepada bangsa dan agamanya kerana Allah. Semua ini telah terbukti dalam tarbiah ulama Patani kepada masyarakat bangsanya dan sehingga kini kitab-kitab tulisan mereka telah tersohor diseluruh dunia Melayu Nusantara. .

Pos Patani's pictureFirman Allah tentang orang yang berilmu yang bermaksud: …Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan Allah meninggikan orang-orang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) dengan beberapa darjat. Dan ingatlah, Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa yang kamu lakukan ( QS. al-Mujadalah: 11).
Perbezaan seseorang itu adalah dengan ilmu dan keimanannya, bukan pangkat atau keturunannya. Ungkapan ini disokong oleh tokoh bukan Islam, Aristotle berkata: “Yang meninggikan darjat seseorang itu ialah akal dan adabnya bukan asal keturunannya.”
Bangsa-bangsa yang berilmu dizaman Globalisasi ini dapat mengubahkan bangsa mereka menjadi merdeka yang kuat dan maju. Akibatnya sebahagian anggota masyarakat bangsa-bangsa yang terjajah di dunia yang berilmu takut untuk menempa sejarah baru, berpecah dan ketinggalan. Para ilmuan melayu Islam Patani yang terjajah tidak terpisah dari masyarakat bangsa-bangsa Global ini. Bangsa yang berpecah belah tidak mampu untuk meningkatkan semangat melawan penjajah, kemungkaran, semakin didepan mata, mudah menyerah, mudah kecewa dan kalah sebelum berjuang. Kerana ilmu dan iman bangsa terjajah telah berjaya dipisahkan oleh penjajah dari jati diri dan sejarah bangsanya, malas untuk memikir dan memimpin organisasi rakyat bangsa sendiri kearah bangsa yang berilmu, bersatu dan merdeka. Berfikir dualisme bercanggah dengan keadilan ilmu dan imannya. Hidup memilih gaya bangsa penjajah, rela menjadi hamba bangsa asing dinegara sendiri.
Kata seorang ulama Islam dalam kitabnya Al-Hikam Ibnu Ataillah: “Barang siapa yang mencintai sesuatu maka ia akan menjadi hamba kepada yang dicintainya itu.”
Semua peranan dalam sektur hidup bangsa melaya Patani harus dipimpin oleh para ilmuan yang beriman yang memiliki jati diri dan celek sejarah bangsa sendiri yang bertanggungjawab untuk menerima dan menolak ancaman globalisasi disatu sisi yang lain. Pertembungan dasar ”Pecah dan perintah” yang dibawa masuk oleh bangsa penjajah kedalam masyarakat bangsa melayu Patani bukan sekadar untuk membezakan baik dan buruk sahaja, tatapi mampu menegor dengan iman, dengan perkataan dan dengan amalan.
Cuba kita bayangkan akibat para ilmuan melayu Patani bisu dan berpeluk tubuh, apa telah terjadi dalam masa 10 tahun (2004-2014). Hanya pembunuhan dan kekejaman yang dilindungi oleh dikri darurat Siam kepada tentera bersenjatanya di Patani. Lebeh 6,000 nyawa orang awam terkorban akibat kekerasan bersenjata yang berpunca dari dasar tidak menghomati hak-hak bangsa, bahasa dan budya yang berlainan jati diri di Patani.
Kami Komuniti Masyarakat Melayu Patani di luar negeri atau Patani Overseas Society (POS) mengutuk dan mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan orang awam oleh pihak-pihak dayus tanpa agama, telah mengambil kesempatan atas undang-undang dikri darurat (UU. perang) itu. Sesungguhnya pembunuhan orang awam yang tidak berdosa dan tidak bersenjata terutama kanak-kanak, wanita dan orang-orang tua yang berluasa kini, adalah satu kesalahan jenayah kemanusiaan atas niat membunuh. Menurut undang-undang awam dan undang-undang konflik bersenjata dalam keadaan perang, Law of Armed Conflict (LOAC), baik pihak tentera Siam maupun pejuang rakyat Patani adalah sama disisi undang-undang.
Marilah kita berfikir sejenak untuk merenung masa depan generasi bangsa kita, dengan bersuara dan menyatakan pandangan, diruangan maya ini adalah tempat yang baik dan berkesan untuk kita meluahkan pandangan dan perbincangan untuk satu tujuan ”menentu nasib sendiri”. Dalam masa yang sama marilah kita berkongsi panglaman dan fikiran untuk mencari formula yang boleh menjadi benteng percambahan ilmu, iman dan amalan sebagai jati diri yang celek sejarah bangsa sendiri untuk generasi kita sekarang, akan datang dan selama-lamanya.

 http://www.deepsouthwatch.org/ms/node/5653

Isnin, 21 April 2014

Kemarin dan hari ini di ACEH untuk hari ini dan esok di PATANI

Tuandanial Tuanismail

Salah satu faktor besar yang menggagalkan kemerdekaan di ACEH adalah kesatuan di dalam kepemimpinan untuk membimbin kesedaran mau merdeka dari rakyat jumlah sejuta lebih pada tahun 1999 dalam aksi tuntutan referendum di banda ACEH itu tidak siap oleh GAM<Gerakan Aceh Merdeka> dan para aktivist untuk mengambil kesempatan meneruskan runda aksi rakyat kearah panji kemerdekaan.

Kerana di tengah-tengahan situasi dan condisi GAM dan rakyat Aceh itu bersemangat tinggi dalam beraksi meningkat perlawanan rakyat menentang penjajah Jakarta menuju kearah dapat menentu nasib diri sendiri<Right to self determination>padatahun 1999 melalui aksi menuntut referendum yang anggapnya Kemerdekaan Timur-Timur melalui referendum dan kejatuhan Suharto dari penggerakan rakyat dan mahasiswa seIndonesia pada tahun 1998 menjadi momentum kepada GAM dan Rakayat Aceh.Tiba tiba perkara yang tak pernah di sangka akan berlaku kepada kedudukan GAM akhirnya berlaku juga iaitu Hasan tiro yang menjadi selaku symbol kekuatan dan kesatuan GAM pada tahun 2000 beliau itu jatuh sakit dan berhenti berfikir lagi tak berkaitan dengan tindakan-tindakan dari GAM.

Nasib PATANI's pictureOleh kerana Hasan tiro sudah berhenti berfikir kedudukan secara tidak langsong tapi bermandat iaitu anak kandung hasan tiro yang berpengaruh dalam kesemuaan keanggotaan GAM di waktu itu mengabil sikap dan mandat dalam menentu langkah-langkah menuju kearah kemerdekaan Aceh secara tidak sama dengan cara yang bimbin oleh Hasan tiro iaitu di kenali dengan setrategi perang rakyat semasta.
Pucuk pimpinan yang berganti sikap pemandu GAM yang sebelumnya adalah sikap Hasan tiro pula menentu sikap untuk dapat merdeka Aceh secara tidak selorong dengan sertategi perang rakyat semasta iaitu mereka bersikap untuk mau berunding pada tahun 2000 dengan bertujuannya supaya GAM dapat diakui oleh JAKARTA dan dapat di perhati oleh antara bangsa melalui NGO yang bernama Henry dunang Center<HDC> selaku facilitator.Perundingan ini di kenali dengan nama “JEDA Kemanusiaan” di Jeniva tapi perundingan ini gagal dan masa yang sama pula mereka memboycott SIRA<Sentral Informasi Referendum Aceh> yang mana SIRA mau membimbin rakyat kearah dapat refenrendum mengakibatkan SIRA ahkirnya tak active dan tak mampu membimbin gerakan aksi rakyat Aceh menutut referendum lagi.
Tahun 2002 ada perundingan pula di Japan yang di urus kan sebagai facilitator adalah HDC dengan tajuk acaranya “Cessation of Hostility Agreement”atau dikenali dengan “COHA” yang focus kepada isinya adalah “bersepakat untuk menhentikan permusuhan” ataupun diatur meletakan senjata tetapi akhirnya gagal juga.setelah gagal GAM dan para Aktivist diaksi oleh Jakarta yang dipimpin oleh Megawati secara keras dan keras.
Tahun 2003 Jakarta buat Operasi Melitir terhadap GAM dan Aktivist secara besar besaran.
Tahun 2004 akibat dari Operasi Melitir besar besaran dalam masa setahun lebih GAM jatuh dalam 3 keadaan
1.Melitir dah tak kuat
2.Pemimpin dah lemah
3.Musuh ingin damai
Dari 3 fator keadaan berikut melahirkan issuenya GAM dalam keadaan mustahilnya Merdeka.
Akihir tahun 2004 berlakunya tragedy sunami yang akibatkan orang Aceh mati dalam masa sehari jumlahnya lebih kurang 300,000 ribu
Tahun 2005 Jakarta ditekan dari International kalau tak selesai dengan GAM International tak memberi lucut hutang.akhirnya GAM dan Jakarta bersetuju merunding untuk selesai perang dengan masa 6 bulan hasilnya GAM dapat diberikan Autonomy dari Jakarta yang melahirkan keistimewaan kepada rakyat ACEH melalui kelimah “Damai itu Indah” tapi kenyataannya sekarang banyak soalan terhadap kelimah ini iaitu “Siapakah yang merasa Indah itu!!!”
Impact yang di pimpin oleh pucuk pimpinan yang berlainan pendirian dengan Hasan tiro waktu beliau tidak mampu dalam mengawal kesatuan dalam bertindak kerana dia sakit dan tua berlakulah sikap dari GAM tidak menyokong SIRA atau aktivist muda bentuk berperan aksi rakyat pada tahun 1999 secara terus meneruskan aksi tuntut refendum sampai ketahap International akui dan lahir riaksi dari reginal kerana orang GAM kelompok yang berlainan dari Hasan tiro itu pendirian mereka bukan berjuang untuk mengubah nasib rakyat tapi mereka berjuang untuk merebut kuasa.dari hari itu sampai kehari ini mereka itu masih lagi bersungguh dalam merebut kuasa sesama orang GAM dan orang Aceh sendiri.
SIRA itu adalah pusat sepakatan sementara waktu saja.Peran mereka selaku kesepakatan khos untuk beraksi dan menyedari rakyat kearah menuntut referendum.Tetapi kerana GAM kelompok yang berlainan dengan pendirian Hasan tiro itu tak menyokong SIRA untuk meneruskan kepanji referendum SIRApun di tekan dan di hancur oleh Jakarta.
SIRA itu terdiri oleh mahasiswa dan aktivist muda umur 20-25 dan kebanyakan mereka ada semangat penuh untuk melahir referendum bagai mana di timur-timur berjaya melahirkan dan dapat Merdeka.
Tetapi kenyataannya mereka diwaktu itu masih kurang dengan keilmuan politik Democracy Human Right dan Humanitarian yang cukup mantang dalam setrategi dan lagi bila di boycott oleh GAM yang pro kemerdekaan melalui autonomy terjadinya SIRApun di perkecilkan dan di perkecil kan hingga akhirnya hancur.
Pada tahun2006 GAM jenerasi tua jadi pemerentahan di sokong oleh rakyat 2 wilayah dari 17 wilayah, 15 wilayah lagi sokong GAM muda.
Pada tahun 2009 lahir PEMILU. GAM muda mau jadi pemerathan tapi GAM tua tak sudi.Akibatnya mereka bergaduh sampai melahirkan perang saudara bunuh membunuh sesama sendiri.
PEMILU 2014 pula waktu sebelum sampai hari memilih pada tanggal 9 aprildah mati 3 orang mangsa dari bergaduhan perang saudara di antara GAM tua dengan GAM muda.Satu pendapatan dari seorang activist yang pernah terlibat dengan SIRA waktu beraksi menuntut referendum padatahun 1999 atas issue yang menghairankan iaitu kenapa aksi tuntutan referendum pada waktu itu menuntut dengan JAKARATA? kenapa tidak menuntut dengan internatinal atau UN? beliau jawab“waktu itu kami tidak pandai cara-cara nak beraksi untuk sampai ketahap merdeka dan kami terkejut di atas jumlah rakyat yang datang menuntut hak menentu nasib diri sendiri melalui referendum terlalu banyak sampai sejuta lebih.Kami anggap hanya puluhan ribu saja.”
Human Righ+Humanitarian+Demokracy dalam erti referendum adalah senjata bagi Civil Society Organizetion<CSO> setelah rakyat di menyedari dengan kefahaman berpolotik yang lojik romantika dynamika radika dan rivolusinir dengan melalui lagi kesokongan dari rakyat jumlah yang selorong dengan di katakan inilah hasrat rakyat.Pasti hari kedamaian yang hakiki akan berlaku dan tak mustahil rakyat dapat menang.
Dua keadaan yang GAM dan Rakyat ACEH ada iaitu kesatuan didalam persatuan rakyat dengan keadaan musuh itu dalam kelemahan akibat dari ribut politik Nasional tahun 1998 dan dua keadaan yang GAM dan Rakyat  ACEH tidak sempat mengadakan iaitu kesatuan di dalam persatuan GAM dan kesokongan dari Internasional dan Rigional akhirnya menakibatkan GAM dan Rakyat ACEH gagal dalam kemerdekaan dan sampai kesaat inipun GAM dan Rakyat ACEH tak lagi menuntut KEMERDEKAAN.
Kemarin dan hari ini dari ACEH yang gagal itu mengajar hari ini dan esok di PATANI jangan sama sekali orang pejuang kemerdekaan selaku bimbingan gerakan rakyat merasai curiga kepada Rakyat mereka sendiri.

http://www.deepsouthwatch.org/node/5592

Selasa, 8 April 2014

Damai di patani ialah ucapan dari ustaz Abdul Rahman Dewani

Damai di patani ialah ucapan dari ustaz Abdul Rahman Dewani di penal Wawasan Patani 2020 : Damai di Patani (อนาคตปาตานี 2020) yang di menganjurkan oleh People’s College (วิทยาลัยประชาชน) pada tanggal 1 March 2014 di PSU Patani

 
………………
 
DAMAI DI PATANI
1 Maret 2014  Hari penganugerahan ijazah\mahasiswa people college
 
 
 
Oleh Hj Abd Rahman ismail  Dewani
 Assalamualaiku wr wt. Salam sejahtera.
Kepada yang berhormat2 yang berada dalam ruangan  dewan musyawarat agung hari ini yang saya muliakan,saya ucapkan terima kasih kepada semua para hadirin yang datang dari berbagai penjuru bumi bertuah ini, kecil besar tua muda,yang kecil saya tak sebut nama ,apalagi yang besar kami tak himbau gelarannya.
Dengan limpah rahmat semesta
Dengan kurniamu  kami meminta
Kami mohon restu berkat darimu
Hasrat kami terbenam kukuh berpadu
Kita sedang mencari damai yang hilang
Karena damai itu indah damai itu bertuah
Mari kita tegakkan damai dibumi Patani
Kita letakkan dipundak tunas muda yang sedang menguntum ini.\
Saudara2 yang mulia
Adanya hari ini tentu ada hari2 kelmarin iaitu adanya hari pencetusan adanya theses ada pula antithesesnya ,perguncingan itu melahirkan sentetheser iaitu aktivitas2 untuk mencari damai yang hilang dengan adanya suatu arah yang terarah,dari sendi dan sendah,dari denyut nadi dan jantung yang bergerak untuk merialisasikan sebuah masyarakat yang dimamis dan perogresif,kerana kita adalah sebuah bangsa yang didominasikan oleh suatu bangsa dalam setiap sector kehidupan.Sudah menyedari dan mengenal diri untuk hidup tegak  sebagai sebuah bangsa berupaya memperestasikan kalau yang berat sama dipikul,kalau ringan sama dijinjing.Sebagai sebuah bangsa  tentu saja untuk tegak melestarikan dan dikembangkan.;SUATU BANGSA YANG TIDAK MEMILIKI  KEBUDAYAAN BANGSANYA,MAKA KEBERADAAN BANGSA TERSEBUT AKAN LENYAP DARI MUKA BUMI INI’
Oleh kerana itu saya menyeru pada hadirin terutama penghuni bumi bertuah ini,demikian juga kami pohonkan kepada bangsa2 diNusantara terutama bangsa2 serumpon,yang dulunya kita berasam garam,bermandi dalam sebuah muara,berlagu dalam sebuah irama.Pun persaudaraan itu hampir2 hilang,relakah persaudaraan itu kita lenyapkan? Kita hilangkan?Tidakkah kita  boleh diumpamakan sebuah pohon yang besar,relakah dahan  dan cabang yang patah yang hilang tidak sanggup kita sama2  mencari dan pertautkan kembali?.
Saudara2
KEJATUHAN SUATU TAMADUN/BANGSA ,BUKAN KERANA KUATNYA MUSUH,TETAPI KERANA LEMAHNYA IDENTITI  BANGSA TERSEBUT.    Sekarang sedarlah kita  bahawa rumpon kita dipecah,diperintah,rakyat dan masyarakat kita buduh dan diperbuduh,bagai mana jiwa kita?perasaan kita dalam menghadapi tahun 2020? Seandainya setiap sektor  belum kita persiapkan,baik dibidang politik,bidang ekunomi ,pendidikan dan kebudayaan.
Sudah lebih dari dua (2) abad yang lalu kedamaian kita sudah hilang,hidup masyarakat kita dalam ketakutan,kemanusiaan tidak ada,baik wanita dan kanak2  tidak dapat perlindungan dari mana2 pehak,kurban berjatuhan,banyak sudah kehilangan nyawa.
Saudara2 yang dihomati
Ahli politik kita  sejak 10 tahun yang lalu ,bolehlah diibaratkan sebagai sebuah bahtera  yang menjadi harapan dari masyarakat untuk menjadi tempat pergantungan dan perlindungan tapi ternyata hampa  bagai patamorgana.,harapan hampa menimpa,kering keruntang tandus menandus.Situasi politik terus menerus  bertambah keruh,itu sebuah fakta bahawa masyarakaat Patani berada dalam sauna perang,sedangkan bumi setiap jengkal dipenuhi dengan anggota tentara dan anggota keamanan,rakyat kita digelidah,diseret,dimasukkan dalam peti yang berhawa dingin,dianiaya dan sebagainya.Rakyat kita bersuara dengan ahli politik tidak bisa berbuat apa2,apa lagi suaranya dalam parlimen tidak laku,tidak diindahakan,masyarakat hilang pedoman,yang pereh,yang pedih,yang sengsara baik jiwanya  dan raganya  memilih jalan sendiri untuk membela diri.
Saudara2 sekalian
Masa terus berputar  dari generasi kegenerasi berikutnya,silih berganti,tentu saja pergantian masa  dan waktu itu membuat cara berpikir dan cara hidup manusia mengalami perubahan,apa yang haru s dipersiapkan  generasi ini dalam menghadapi wawasan 2020 untuk damai di Patani? Persiaapan ahli politik yang bagai mana yang sesuai dengan cita2 masa depan kita?  Siapa yang bertanggung jawab untuk mempersiapkan personalia ini?
Oleh kerana bumi Patani dikenal dengan serambi Makkah,tentu assosiasi kita adalah ulama  sebagai tempat pergantungan,kerana ulama pewaris para nabi;ketahuilah  bahawa kemuliaan anda adalah kemulaiaan islam kalau anda mau kemuliaan dan kekuatan,maka bekerjalah dan berjuanglah untuk islam,bila disebut ulama assosiasi kita islam ,bagai kunyit dengan  kapur,bagain kuku dengan isinya.
Wahai para ulama anda tidak pernah menjadi hina dan terhina,kerana anda berani berkata benar  dihadapan pemimpin yang zalim.
……………………..
Maksudnya;Dan mereka mengutamaakan(orang2 muhajirin) atas diri mereka sendiri,sekali pun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan) dan siapa yang dipelihara  dari kekeliruan dirinya , mereka itu orang2 yang beruntung (Al-hasyar 9)
Saudara2 sekalian
Sekali lagi saya menyeru kepada para ulama dan intelektual,anda tidak semata2 digalakkan untuk mengejar masjid sini masjid sana,dalam arti bersifat rhetotika (bercakap kosong) tanpa tindakan yang nyata ,ulama dan intelektual harus secara murni melibatkan diri dalam kancah masyarakat dengan persiapan yang ampuh,oleh kerana umat sepenuhnya  bergantung kepada bimbingan ulama dana intelekt.
 
 
Melihat kepada beban para ulama dan intelek bertanggung jawab terlalu besar,secara tulus dan ikhlas mereka harus bangkit  dengan kesedaran yanag baru,untuk melakukan perubahan raksaksa dalam setiap sector baik sector pendidikan,sector budaya,sector politik dan sector ekonumi,semua ini menjadi harapann kemuncak dari masyarakat dan sepenuhnya pula diletakkan kepundak para ulama  dan intelektual sadara2.
Saudara2
Melihat kepada perubahan dunia yang sangaat ketara ,terjadinya perang dunia I ,1914_-1918 ,juga adanya  suara2 lantang menyuarakan perubahan raksaksa ,dibidang social dan politik,sehingga datang lagi peristiwa perang dunia II  1939-1945.Indonesia dalam perang menghadapi penjajahan Belanda.Malaya dijajah oleh Inggeris.Asia Tenggara  dibahagi2 oleh kuasa dunia sebagai tempat mencari hidup mereka ,Sebelum perang Indocina dijajah oleh Perancis,Pilipina dijajah oleh Sepanyol dan Amerika dan lain sebagaainya.
Bangsa yang kuat  sempat membela diri;Indonesia dapat melepaskan diri dari Belanda, Malaya dapat merdeka dari inggeris,Indocina  melepaskan dirinya dari perancis, pilipina dari sepanyol dan setelah itu dari Amereka. Begitulah seterusnya.          
Saudara2
Bagi negara2 yang lemah tidak kecuali diAsia  mau pun di Afrika tetap berada dibawah jajahan begitulah kedudukan pasang naik dan pasang turunnya sesebuah Negara dan sesebuah kuasa,dibumi ciptaan Allah ini,saya mengajak kepada semua yang sedar,bahawa hidup ini adalah gerak dan perubahan,diatas pondamen atau dasar  apa kita akan tegak dengan wawasan dan gagasan  2020  harus kita persiapkan.
Firman Allah dlm surah Alkahfi 13 ………………………………..…………………
Maksudnya; Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya,sesungguhnya mereka itu  adalah pemuda2 yang beriman kepada Tuhan mereka ,dan kami tambah kepada mereka pertunjuk.
Bagaimana pula dengan  sector ekonumi?
Sudah menjadi fakta bahawa terjadinya pergaduhan,pertelingkahan,pertarungan,peperangan antara kelumpak dengan kelompak,anatara atnik dengan atnik, antara bangsa dengan bangsa antara Negara dengan Negara adalah karena sebahagian besar  adalah berpunca dari beberapa factor;1
1.Kerana kerakusan berhasrat untuk menguasai sumber daya alam.
2.Karena pangkat dan kuasa atau dengan istilah lainnya gilakuasa,ini juga menjadi punca untuk menguasai dan mendapat kepentingan.
3.Karena wanita punca utama dalam melekakan/melalaikan manusia,keindahan,kecantikan mempesonakan serta memesongkan pikiran pemimpin2 masyarakat.Dapatlah dilihat pada sejarah pertarungan antara Habil dan Qabil tidakkah karena wanita?
Sebagai.langkah maju untuk mengembalikan DAMAI YANG HILANG DIBUMI PATANI .Sesuai wawasan dan gagasan 2020 kita harus membangun umat kita seutuhnya,dengan membentuk komuniti-komuniti dalam masyarakat kita,setiap komuniti harus membina WIRA USAHA sesuai dengan komuniti masing2 ,yang boleh mencipta suasana ekonumi berdikari dan dapat melahirkan berbagai jenis produk dimasing2 komuniti untuk disalurkan diantara mereka.
Seandainya KEWIRAAN ini benar2 lahir dan dinikmati oleh warga masyarakat kita maka disitulah ubor kedamaian,keselesaan dan kesejehteraan akan berlaku dibumi ini,apa yang akan kita harapkan damai di Patani akan menjadi mercu suar dimuara 2020.
Seterusnya dibidang pelajaran dan budaya
Tidak siapa pun menyangkal dan menyanggah bahawa pendidikan adalah nadi utama dan pertama dalam menuleh,memandang cakrawala ini positif dan negative,dulu kita bebas, kita dapat mengekspresikan teradisi dan budaya  kita dengan leluasa melaluai pendidikan dan pengajaran,dapat member kemudahan atau fasiliti  dan kebebsan  kepada anak bangsa kita,sesuai dengan identitas kita,Negara kita pernah maju,pada suatu ketika yang lalu yang dapat membangun berbagai kemajuan,terutama dibidang pertahanan dan keamanan,apa lagi dibidang pendidikan,yang melaahirkan toko0h ulama  yang begitu banyak  yang dikenali oleh kawan dan lawan,ulama kita bertaburan  diseluruh rantau Asia dqaan Afrika ,Negara kita dikenali dengan SERAMBI MAKKAH.
Kecemerlangan,kemajuan yang di nimati oleh rakyat hancur,karena dicerobuhi dan dikuasai oleh suatu system,sehingga segala bentuk yang sudah ada dibumi hanguskan seluruhnya.Segala hak-hak asasi manusia dan kebebasan manusia dihapuskan maka lahirlah berbagai bentuk eksploitasi terhadap yang lemah;……………
Yang maksudnya:-Kenapa anda memperhambakan manusia!!!!!? Kerana bahawa sesungguhnya  mereka dilahirkan oleh ibu-ibu mereka  dalam keadaaan bebas merdeka.(Saiyidina Umar  bin Khattab)
Sistem pendidikan sudah mulai berubah dari pendidikan tradisi dan budaya masyarakat melayu muslim dikawasan ini dan segala kemudahan  dan kebebasaan dibatasi dan diketatkan,ditukar menjadi  pendidikan teradisi dan budaya masyarakat  Thai muslim yang sekuler dan atheis,masyarakat melayu yang mampu membaca  dan menulis  dalam bahasa melayu  yang bertulisan jawi beransur-ansur hilang bagai matahari jatuh diwaktu senja.
Diakhir perjalanan hidup masyarakat  dituduh pula,orang melayu tidak pandai membaca  dan menulis  oleh pehak2 yang sengaja  untuk melecehkan bangsa melayu,pada hal semua ini direncana  dan diatur  oleh pehak2 yang tidak berniat baik kepada bangsa melayu inilah suatu bentuk  untuk mendegradasikan .
Saudara2 yang dihormati.
Saya berseru kepada sadaura2   dan kepada genderasi muda sekalian! Mari kita bangaunkan,kita tegakkan,kita ekspresikan kembali system pendidikan dan pengajaran  teradisi dan bujdaaya  masyarakat melayu muslim dikawasan ini,dan kita singkirkan system pendidkan yang bersifat sekuler dan atheis,perpaduan dalam kata  dan kuta,perpaduan dalam segala kerja ,perpaduan dalam tindak dan tanduk –kita ubah hidup ini-kita reformasi cara berpikir kita  jangan jadi seperti kata pepatah;-Bagai melungkup ditepi gantang,yang datang tak bertambah,yang pergi tak berkurang.Mari kita kembali kepada ajaran Allah subhanahu wataala dalam suah al-alaq ayat 1-4……………
Saudara2 sekalian   ingatlah !!!!!!!
Bahawa generasi tua matanya sudah kabur dan samar,tapi mereka masih beroptimis  karena bidang tanah  masih ada untuk kita berpijak, ingatlah setiap kau ingin berbuat,harus kau melalui perosedur ,jangan gopoh gapah,harus melalui  anak tangga ,karena itu merupakan satu angkatan ,dalam salah satu catatan ;Jamaluddin Alafghany berpesan;-
Tidak dapat bersatu kaum yang tidak berlidah
Tidak ada lidah  bagi kaum yang tidak ada sasteranya
Tidak ada kemuliaan bagi kaum yang tidak mempunyai sejarah,
Tidaak ada sejaaaarah bagi kaum yang tidak mempunyai penulis2 yang sanggup
Menulis dan mencaatatkan jasa2 pahlawannya
Sehingga menjadi contoh teladan bagi yang datang kemudian
Terima kasih wassalam /
PSU .1 Mach 2014.                
 
- See more at: http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5557#sthash.5GHzNkcl.dpuf
http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5557

Ahad, 30 Mac 2014

Jangan lupa procese damai di selatan Thai

Tidak ada yang dapat memberi jawapan, berapa lamakah akan mengambil masa dan cara manakah yang akan dapat melantikan sebuah kerajaan baru yang berkelayakan. Dan pada 7 Fenruari yang telah lalu, pihak pejuang telah memasangkan kain rentang sebanyak 77 helai di seluruh kawasan tiga wilayah sempadan selatan, menulis kata-kata yang menyindirkan dengan bahasa Melayu “Siam memerintah negeri sendiri tidak mampu, apakah lagi untuk memerintah negeri Patani?”.
 
Trajedi penimbakan 3 kanak lelaki di kampong Belukar Perak, Dairah Bachok, Wilayah Naratiwhat pada 13  Februari 2014 yang lalu, yang menggemparkan masyarakat yang selama ini kaku dengan segala kejadian yang berlaku kembali menyentuh perasaan semula. Trajedi yang amat sedih ini juga, sebagai amaran kepada semua pihak bahawa, kekerasan yang sedang berkecamuk di selatan Thai selama sepuluh tahun ini, masih menjadi masalah kritikal.
Kini procese damai yang berada dalam keadaan yang tidak ada ketentuan, lantaran kekerasan yang yang berlaku de selatan Thai juga, seolah-olah dibelakangi oleh berita pergolokan politik di Bangkok yang berlarutan.
Cikmu’ Ma’man, iterinya yang masih mengandung dan tiga anak lelaki yang berusia enam, sembilan dan sebelas tahun, ditembak oleh penjahat ketika mereka melangkah masuk kerumah setelah pulang dari solat Isya’ di musolla.
Tiga kanak lelaki ditembak mati, manakala ayah dan ibunya terselamat.
Gerakan perjuangan Barisan Revolosi National; BRN, yang dipecayai bahawa, selaku gerakan yang berperanan penting dalam berjuang memlalui bersenjata yang bangkit melawan kerajaan Thai, telah menafikan bahawa, kejadian tersebut bukan dari mereka. Salah seorang perwakilan BRN menjelaskan kepada media Thai bahawa, sebagai mana telah dimaklumkan bahawa, saudara Cikmu’ Ma’man itu, pernah ditahan atas kes membunuh pegawai kerajaan itu, dia bersimpati dengan kami. BRN juga berkata, mereka yang berada dalam belakang tabir kejadian yang kejam ini, mungkin ada berkaitan dengan pihak yang berkuasa, dan begitu juga dari pihak unit keselamatan dalam negeri berkata, kejadian ini adalah dari pihak pejuang.
Walau pun belum jelas siapakah pelakunya yang sebenar, tetapi seolah-olah kejadian ini adalah satu tindakan balas, yang memberi natijah yang menyedihkan bagi konflik yang berlarutan ini, yang amat menyedihkan lagi ialah tiga kanak kecil pun tak terkecuali juga.
Badan-badan masyarakat sipil telah mengutuk melalui surat , termasuk UNICEF, badan Hak Asasi Manusia dan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan SBPAC.
Walau siapa pun yang melakukan perkara ini, cukup jelas bahawa, tindakan sedemikian adalah melanggarkan undang-undang kemanusiaan antara bangsa, yang dikenali sebagai undang-undang dalam keadaan perang, section 3 yang dikuat kuasa untuk mengatasi keadaan perang didalam negeri (non-international armed conflikt) seperti kes di dalam kawasan selatan Thai, yang menyatakan bahawa, dilarang melakukan kekerasan terhadap jiwa-raga bagi mereka yang tidak terlibat dengan peperangan.
 
Semenjak tahun 2004, kekerasan di selatan Thai telah menelan nyawa manusia hampir 6,000 orang dan cedera kurang lebih 10,700 orang, dalam sekitar sepuluh tahun yang lalu.
Sepanjamg masa yang telah lalu, kerajaan Thai enggan utuk berunding damai dengan gerakan perjuangan bersenjata secara rasmi, walau pun kajian yang telah menunjukan bahawa, procese damai adalah cara yang lebih baik dan berkesan dari pada menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan konflik.
Mengikut lapuran mengenai procese damai tahun 2013, yang dianjurkan oleh Institute Kebudayaan Untuk Kedamaian yang berpusat di Bacelona negara Span, menggambarkan bahawa, 41 dari 50 tempat kawasan yang berkonflik, dalam tempuh masa 30 tahun, hampir semua diselesaikan melalui procese damai, hanya 9 kawasan sahaja yang selasai dengan kemenangan melalui bersenjata oleh mana-mana pihak.
Walau pun kerajaan Yingluk Cinawatera, kini berjawatan Perdana menteri sementara, yang penuh dengan pelbagai kritik terhadap dasar-dasar beberapahal yang kekurangan , tetapi kerajaan ini dapat pujian dalam satu hal aitu selaku pelopor  dailok damai dengan gerakan perjuangan BRN secara terbuka pada 28 Februri tahun lalu.
Tidak buleh dinafikan bahawa, dailok damai yang masih berjalan ini mempunyai banyak kelemahan, salah satunya dibuat secara tergesa-gesa tidak mempunyai cadangan yang baik terlebih dahulu dan sokongan dari dari pihak tentera terhadap procese ini masih belum jelas.
Walau bagai mana pun, dailok damai secara rasmi ini  juga berperanan besar yang dapat memperkenalkan BRN kepada masyarakat luar sebagai kali yang pertama dan sanggup untuk berunding bersama dengan perwakilan kerajaan Thai yang dianggap sebagai “Penjajah Siam”
Wakil kedua pihak dapat bersua muka secara rasmi sebanyak tiga kali di Kualalumpur.
Dan pihak pejuang telah pun mengemukakan 5 tuntutan awal aitu
1. Rundingan ini adalah di antara pejuang Patani yang dipimpin oleh BRN dengan kerajaan Thai.
2. BRN bersetuju melantik Kerajaan Malaysia sebagai Mediator yang terlibat secara langsung dalam rundingan ini.
3. Proses rundingan hendaklah disaksikan oleh wakil-wakil dari negara Asean, OIC dan NGO yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
4. Kerajaan Thai mesti mengakui wujudnya HAK PERTUANAN BANGSA MELAYU PATANI atas bumi Patani.
5. Pihak BRN menuntut supaya Kerajaan Thai membebaskan semua tahanan atas kes politik dan menghapuskan semua waran tangkap keatas pejuang Patani tanpa syarat.
Untuk mengelakan dari ketidak tentuan, pihak pejuang menuntut supaya tuntutan awal tersebut diiktirafkan oleh parlimen negara Thai, sudah tentu menjadi suatu kesulitan bagi pihak Thai.
Pada bulan Desember yang lepas, BRN telah mengirimkan ‘Draf Sulit’ kepada kerajaan Thai melalui mediator Malaysia, aitu sebagai langkah bagi procese yang akan menuju perjanjian damai secara tahap demi tahap.
BRN berkata, kami berharap pihak kerajaan Thai akan menerima tuntutan awal secara prinsip, adapun kandungan secara ditil akan dibahaskan pada lain kali.
Seolah-olah pihak BRN pun bersikap bertolak ansur terhadap perkara yang penting ini, seperti mana yang tertulis dalam suratan bahawa, BRN tidak akan menuntut pemisahan, hanya bertujuan untuk pentadbiran yang istimewa di kawasan sempadan selatan yang majoritinya adalah Melayu Muslim.\
Pada akhir bulan oktuber, kerajaan Thai menghantar jawapan balas berkata “sedia untuk berdailok” mengenai isu tersebut, setelah perundingan damai ditangguhkan beberapa bulan kerana gagal dalam persetujuan beberapa hal, dan perundingan kali keempat telah ditetapkan pada awal bulan Disember, tetapi sayangnya apabila perundingan tersebut ditangguhkan lagi dengan sebab keadaan polotik di Bangkok.
Pembubaran parlimen menyebabkan perundingan damai tak dapat diteruskan, walau pun majlis keselaman negara Thai menegaskan bahawa, perundingan damai sudah menjadi dasar agenda negara dan pasti diteruskan, tetapi seolah-olah procese damai di masa depan berada di atas tali yang amat rapuh.
Tidak ada yang dapat memberi jawapan, berapa lamakah akan mengambil masa dan cara manakah yang akan dapat melantikan sebuah kerajaan baru yang berkelayakan. Dan pada 7 Fenruari yang telah lalu, pihak pejuang telah memasangkan kain rentang sebanyak 77 helai di seluruh kawasan tiga wilayah sempadan selatan, menulis kata-kata yang menyindirkan dengan bahasa Melayu “Siam memerintah negeri sendiri tidak mampu, apakah lagi untuk memerintah negeri Patani?”.
Ini menggambarkan bahawa, BRN masih mempunyai susunan struktur yang rapi lagi kuat, walau pun pihak tentera telah melancarkan tindakan untuk mengatasi keadaan kekacauan lebih sepuluh tahun yang lepas.
Jika tanpa procese damai yang bersungguhan dan berterusan, nampaknya kemungkinan tidak akan dapat melihat cahaya di hujungan gua.
 
- Artikel ini telah diubah suai dari naskhah asal yang siarkan dalam akhbar Bangkok post pada 12 Februari 2014.
- See more at: http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5528#sthash.N0Gib553.dpuf
- http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5528

Selasa, 25 Mac 2014

Damai Setengah Hati di Patani Darussalan

JUMAT, 28 Februari lalu berlangsung Festival Hari Media Damai 2014 di Universitas Songkhla Nakharin atau Prince of Songkhla University (PSU) kampus Pattani, Thailand bagian selatan. Festival itu untuk mengingati satu tahun Proses Dialog Damai Kuala Lumpur antara Pemerintah Thailand dengan pejuang pembebasan Patani dan Dato Ahmad Zamzamin Hashim dari Kantor Perdana Menteri Malaysia sebagai fasilitator.
Pada tanggal itu setahun lalu, bermula era baru dalam sejarah pergolakan dan konflik bersenjata di  Thai selatan, yang meliputi wilayah-wilayah (provinces) Pattani, Narathiwat, Yala dan sebahagian dari wilayah Songkhla. Sebuah daerah mayoritas Melayu penganut agama Islam yang sebelumnya dikenali sebagai Kerajaan Melayu Patani. Sejak tahun 1902 - negeri yang terkenal sebagai ‘ladang subur’, tempat lahirnya ulama-ulama besar Tanah Melayu – ini jatuh di bawah takluk Siam (kini Thailand).
Konflik bersenjata di Patani fasa terakhir mulai marak sejak sepuluh tahun lalu. Dalam rentang waktu tersebut hampir tidak ada hari terlewatkan tanpa ledakan bom atau salakan senjata api lainnya. Seperti dilaporkan Deep South Watch yang bermarkas di Universitas Songkhla Nakharin kampus Pattani di antara 1 Januari sehingga 22 Desember 2013 tercatat insiden pengeboman sebanyak 320 kali.  Masing-masing di wilayah Pattani 105 kali, Narathiwat 129, Yala 69 dan wilayah Songkhla 17 kali. Itu belum termasuk insiden baku tembak dengan senjata api. Dalam satu dekade ini, sejak Januari 2004, sudah mengorbankan sekitar 5.000 nyawa dari kedua pihak, Muslim dan Buddha.
 Abu Hafez Al Hakim, wakil para pejuang pembebasan Patani yang berbicara lewat klip video pada peringatan satu tahun Proses Dialog Damai KL mengatakan, konflik politik, sejarah, budaya dan sosial di Patani bukan baru terjadi sejak 10 tahun belakangan ini. Tapi ianya merupakan mata rantai dari suatu proses perseteruan entik yang panjang, sudah lebih dari 200 tahun.
Konsensus umum Proses Dialog Damai KL itu ditandatangani Sekjen Dewan Keamanan Nasional Thailand yang mewakili pemerintahan pimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawatra dan kelompok penjuang pembebasan Patani diwakili BRN (Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani). Ini merupakan titik perubahan penting dalam sejarah penyelesaian gejolak politik di Thailand bagian selatan. Perubahan itu terjadi pada momentum yang tepat, saat Malaysia sedang di ambang Pemilu ke-13. Setidaknya, pemerintah Barisan Nasional pimpinan Najib Razak mendapat sedikit untung untuk mengaut suara Melayu konon pemerintah peduli terhadap penderitaan kaum Melayu di seberang perbatasan.
Upacara penandatangan Konsensus Umum Proses Dialog Damai dirasakan sangat terburu-buru, yakni hanya beberapa minggu setelah mantan Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra berkunjung ke Kuala Lumpur untuk menemui wakil pejuang pembebasan Patani. Pada kesempatan itu, Thaksin yang kini bermukim di Dubai menyampaikan permohonan maaf kepada ummat Islam di Thailand selatan di atas kesalahan yang dilakukan aparat keamanan selama dalam pemerintahannya. Termasuk kesalahan paling fatal, yakni pembunuhan kejam yang terkenal dengan Tragedi Tak Bai di Narathiwat dan Tragedi Masjid Krisek di Pattani.
Dalam tragedi Tak Bai seratus orang lebih para demonstran yang menuntut dibebaskan guru agama yang ditahan di Kantor Kepolisian Tak Bai, dibrondong dengan peluru hidup dan ditangkap setelah diperlakukan secara sangat biadab. Sebagian langsung meninggal di tempat. Selebihnya diringkus dan disumbat di belakang truk tentara dengan menyusun tubuh-tubuh tak bermaya itu layaknya seperti ikan sardin. Puluhan orang meninggal karena sesak nafas tertindih tubuh sesama tahanan. Menempuh jarak perjalanan hampir 200 kilometer untuk membawa tahanan ke tempat interogasi di kem tentara Telaga Bakung di Pattani. Kejadian buruk dalam bulan Ramadan 2004 itu sebagai penyulut bara api yang bahang panasnya telah dan sedang dirasakan semua pihak yang terlibat dalam kemelut politik di Thai selatan.
Proses Dialog Damai KL tidak hanya diikuti secara cermat oleh masyarakat regional tapi juga dipantau pengamat hak-hak asasi manusia internasional. Seperti diceritakan Abu Hafez, sejak ditandatangani konsensus umum antar pemerintah Thai dan wakil para pejuang (BRN), kedua pihak duduk di meja rundingan sebanyak 3 kali (Maret, April dan Juli 2013). Di luar pertemuan formal itu, kedua pihak beberapa kali bertemu dengan fasilitator, Dato Zamzamin. Delegasi Thai dipimpin Sekjen Dewan Keamanan Nasional, Paradorn Pattanatabut sementara delegasi BRN diketuai Ustaz Hassan Taib.

Damai Setengah Hati
Sejak awal-awal lagi media massa Thailand secara tidak etis menyiarkan berita Proses Dialog Damai KL dengan maksud tidak baik. Melontarkan kritik-kritik liar, membuat spekulasi tanpa fakta jelas dan menurunkan komentar-komentar bias. Sangat sedikit yang menanggapi proses damai di antara dua musuh yang telah menelan ribuan nyawa itu secara positif. Dan sudah tentu yang kuat menantang adalah orang-orang dari Partai Demokrat, musuh ketat Partai Peua Thai pimpinan PM Yingluck Shinawatra.
Partai Demokrat merasakan benar-benar terpukul karena selama puluhan tahun mereka memerintah, hanya sengsara yang dirasakan masyarakat Melayu di bagian selatan negara itu. Dan, yang lebih dikhawatirkan seandainya dialog damai itu benar-benar membuahkan hasil positif seperti yang diharapkan, Demokrat akan kehilangan suara yang sangat besar di rantau yang sedang bergolak itu.
Proses Dialog Damai KL mulai tampak ada sedikit keraguan setelah kedua pihak tidak bisa mematuhi kesepakatan untuk mengurangi kekerasan selama 40 hari bermula pada awal Ramadan 2013, yang dikenali dengan Inisiatif Damai Ramadan (Ramadhan Peace Initiative). Pada tahap awal, inisiatif yang dibuat sepihak oleh fasilitator ini dinilai cukup baik, tetapi akhirnya berantakan di tengah jalan.
Sebab dalam inisiatif yang diumumkan pada 12 Juli 2013 itu disebutkan bahwa masing-masing pihak – para pejuang bersenjata pembebasan Patani dan tentara Thai – harus menahan diri dengan mengurangi tindak kekerasan. Menanggapi hasrat baik tersebut, BRN spontan menyambut dengan menyatakan, mereka tidak hanya akan mengurangi kekerasan bahkan akan berhenti sama sekali tembak menembak selama bulan Ramadan. Tentu saja dengan syarat, tentara pemerintah harus ditarik balik ke kamp masing-masing. Selama tempo tersebut tentara Thai tidak boleh lagi berkeliaran di tengah-tengah masyarakat Melayu.
Namanya saja inisiatif yang dibuat secara terburu-buru dan pra-matang, dalam minggu pertama saja aparat keamanan sudah menembak mati beberapa pemuda aktivis perjuangan. Itu tidak hairan, kerana terdapat beberapa kelemahan dalam inisiatif tersebut. Di antaranya tidak disebutkan secara jelas siapa yang akan memantau keadaan di lapangan selama ‘gencatan senjata’ tersebut. Masyarakat juga tidak menerima informasi yang tepat tentang terma yang disepakati. Seperti kalau ada pelanggaran harus diadukan ke pihak mana. Karena tidak tahan diserang sepihak, akhirnya pejuang bersenjata membalas dengan menyerang anggota keamanan Thai. Inisiatif Damai Ramadan pun bubar dengan masing-masing pihak saling menyalahkan.
Bagaimana pun kesepakatan untuk duduk semeja masih menjadi hasrat bersama. Agar pembicaraan lebih terarah, melalui pesan YouTube, pada 6 Agustus 2013, pihak BRN mengajukan Tuntutan Awal 5 Perkara untuk dijadikan agenda perbahasan. Untuk lebih jelas tentang isi tuntutan itu, panel pejuang menghuraikannya dalam 25 halaman. Yang dirasakan berat bagi pihak Thai untuk menerima tuntutan awal itu di antaranya disebutkan bahwa Bangkok harus mengakui ketuanan bangsa Melayu di atas bumi Patani yang dijajah secara mutlak sejak 1902.
Yang tidak kalah penting, proses dialog damai mesti mendapat perkenan (endorse) dari parlemen Thai dan ianya menjadi salah satu agenda nasional. Juga harus mengangkat status Malaysia sebagai mediator, bukan hanya sekadar fasilitator. Wakil-wakil badan atau organisasi seperti Asean, OIC dan LSM asing harus dilibatkan sebagai observer. Semua yang diminta BRN itu ditolak mentah-mentah oleh Bangkok. Seperti dikatakan Paradorn, kerana yang akan dibicarakan dalam pertemuan itu masalah internal negeri Thai, tidak harus dilibatkan pihak luar.
Tak jelas apakah dialog damai KL akan diteruskan atau dihentikan di tengah jalan, tergantung keadaan. Sebab sejak beberapa bulan lalu pemerintahan pimpinan Yingluck sedang digoyang kelompok oposisi. Untuk mengatasi kekalutan itu, pemerintahan Yingluck sempat pula menggelar pemilu, Februari lalu, yang diboikot oposisi dengan restu istana. Padahal sebelum itu, Yingluck terlanjur membubarkan kabinet bahkan kini dia hanya sebagai penjabat perdana menteri.
Gelombang demonstrasi menuntut Yingluck (sebagai pimpinan kelompok baju merah) supaya menyerahkan tampuk kekuasaan kepada apa yang dikenali sebagai PDRC  (People’s Democratic Reform Committee). Gerakan ini bisa juga ditafsirkan sebagai kekhawatiran berlebihan oposisi, juga pihak istana, tentang masa depan institusi monarki di Negeri Gajah Putih itu. Suthep Tuaghsuban, dalang pengunjuk rasa ‘kelompok baju kuning’ sangat berambisi untuk mengusir Yingluck dari Government House. Selain untuk merebut kuasa politik, pengerahan massa berbulan-bulan yang melumpuhkan sebagian kota Bangkok itu dilihat lebih sebagai upaya untuk menjaga survival sistem monarki berparleman, serta mengelak kemungkinan Thailand akan berubah menjadi negara republik setelah Raja Bhumipol Adulyadej meninggal kelak.
Selain masalah bangsa Melayu Patani yang menuntut kemerdekaan di bagian selatan, isu yang cukup hangat sejak akhir-akhir ini adalah tentang kemungkinan etnik minoriti di Thailand bagian utara juga akan menuntut kemerdekaan. Menurut sejarah, pernah wujud Kerajaan Lanna dengan pusat pemerintahan di Chiang Mai, yang kini dijajah oleh Bangkok. Itulah di antara faktor yang membuat situasi politik di Thailand hari ini kacau-bilau. Ini dapat juga dilihat sebagai karma terhadap dosa masa lalu Thai yang suka ‘merampok’ hak milik orang lain, termasuk ‘mengangkangi’ bumi bangsa Melayu Patani.
Apakah Proses Dialog Damai KL akan diteruskan ataupun dihentikan, tergantung sejauh mana nawaitu dan keikhlasan pihak Thai untuk menyelesaikan hutang sejarah dengan bangsa Melayu Patani. Seperti dikatakan  Abu Hafez, para pejuang Patani sudah beberapa kali terlibat dalam perbicaraan damai non-formal dengan pihak-pihak yang mengaku sebagai wakil pemerintah Thai dan sejumlah LSM asing. Pertemuan pernah berlangsung di Pulau Langkawi, Bogor, Geneva dan sebagainya. Tapi semuanya tak lebih dari muslihat Thai belaka, untuk sekadar mengetahui sejauh mana kekuatan persenjataan para pejuang kemerdekaan Patani.
Menurut Abu Hafez, sekiranya kini pejuang pembebasan Patani memilih perlawanan bersenjata, itu tidak lain kerana pada masa lalu pemerintah Thai tidak mau mendengar rintihan rakyat. Pemimpin masa lalu Patani sudah cukup lama berjuang lewat petisi di parlemen dan badan hak-hak asasi manusia, yang sering berakhir dengan ditahan atau dipenjarakan. Sebagian dibunuh atau terpaksa meminta suaka di luar negeri. Bahkan keadaan seperti itu masih tetap berlangsung sampai saat ini.
Sama halnya dengan Proses Dialog Damai KL yang berusia setahun itu, boleh jadi akan meninggalkan kenangan dalam lembaran sejarah sekiranya pihak Thai masuk gelanggang dialog hanya  karena terpaksa atau dengan setengah hati. Sebab seperti diketahui, dialog damai itu sendiri merupakan salah satu target Bangkok untuk menghentikan sebarang perlawanan bersenjata di bagian selatan sebelum masuk 1 Januari 2015, saat bermulanya  Asean Economic Community.
Kalau itulah yang diinginkan pihak Thai, berarti proses dialog damai itu hanyalah sekadar untuk menghentikan perlawanan bersenjata di Patani, tidak untuk mengembalikan hak-hak dan kedaulatan pribumi yang dijajah sekian dekade lamanya.[]

Penulis: Ahmad Latif (Kelantan, Malaysia)
- See more at:1-  http://atjehpost.com/articles/read/1602/Damai-Setengah-Hati#sthash.H7Vy49e6.dpuf
2- http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5483 (thai)