Ahad, 30 Mac 2014

Jangan lupa procese damai di selatan Thai

Tidak ada yang dapat memberi jawapan, berapa lamakah akan mengambil masa dan cara manakah yang akan dapat melantikan sebuah kerajaan baru yang berkelayakan. Dan pada 7 Fenruari yang telah lalu, pihak pejuang telah memasangkan kain rentang sebanyak 77 helai di seluruh kawasan tiga wilayah sempadan selatan, menulis kata-kata yang menyindirkan dengan bahasa Melayu “Siam memerintah negeri sendiri tidak mampu, apakah lagi untuk memerintah negeri Patani?”.
 
Trajedi penimbakan 3 kanak lelaki di kampong Belukar Perak, Dairah Bachok, Wilayah Naratiwhat pada 13  Februari 2014 yang lalu, yang menggemparkan masyarakat yang selama ini kaku dengan segala kejadian yang berlaku kembali menyentuh perasaan semula. Trajedi yang amat sedih ini juga, sebagai amaran kepada semua pihak bahawa, kekerasan yang sedang berkecamuk di selatan Thai selama sepuluh tahun ini, masih menjadi masalah kritikal.
Kini procese damai yang berada dalam keadaan yang tidak ada ketentuan, lantaran kekerasan yang yang berlaku de selatan Thai juga, seolah-olah dibelakangi oleh berita pergolokan politik di Bangkok yang berlarutan.
Cikmu’ Ma’man, iterinya yang masih mengandung dan tiga anak lelaki yang berusia enam, sembilan dan sebelas tahun, ditembak oleh penjahat ketika mereka melangkah masuk kerumah setelah pulang dari solat Isya’ di musolla.
Tiga kanak lelaki ditembak mati, manakala ayah dan ibunya terselamat.
Gerakan perjuangan Barisan Revolosi National; BRN, yang dipecayai bahawa, selaku gerakan yang berperanan penting dalam berjuang memlalui bersenjata yang bangkit melawan kerajaan Thai, telah menafikan bahawa, kejadian tersebut bukan dari mereka. Salah seorang perwakilan BRN menjelaskan kepada media Thai bahawa, sebagai mana telah dimaklumkan bahawa, saudara Cikmu’ Ma’man itu, pernah ditahan atas kes membunuh pegawai kerajaan itu, dia bersimpati dengan kami. BRN juga berkata, mereka yang berada dalam belakang tabir kejadian yang kejam ini, mungkin ada berkaitan dengan pihak yang berkuasa, dan begitu juga dari pihak unit keselamatan dalam negeri berkata, kejadian ini adalah dari pihak pejuang.
Walau pun belum jelas siapakah pelakunya yang sebenar, tetapi seolah-olah kejadian ini adalah satu tindakan balas, yang memberi natijah yang menyedihkan bagi konflik yang berlarutan ini, yang amat menyedihkan lagi ialah tiga kanak kecil pun tak terkecuali juga.
Badan-badan masyarakat sipil telah mengutuk melalui surat , termasuk UNICEF, badan Hak Asasi Manusia dan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan SBPAC.
Walau siapa pun yang melakukan perkara ini, cukup jelas bahawa, tindakan sedemikian adalah melanggarkan undang-undang kemanusiaan antara bangsa, yang dikenali sebagai undang-undang dalam keadaan perang, section 3 yang dikuat kuasa untuk mengatasi keadaan perang didalam negeri (non-international armed conflikt) seperti kes di dalam kawasan selatan Thai, yang menyatakan bahawa, dilarang melakukan kekerasan terhadap jiwa-raga bagi mereka yang tidak terlibat dengan peperangan.
 
Semenjak tahun 2004, kekerasan di selatan Thai telah menelan nyawa manusia hampir 6,000 orang dan cedera kurang lebih 10,700 orang, dalam sekitar sepuluh tahun yang lalu.
Sepanjamg masa yang telah lalu, kerajaan Thai enggan utuk berunding damai dengan gerakan perjuangan bersenjata secara rasmi, walau pun kajian yang telah menunjukan bahawa, procese damai adalah cara yang lebih baik dan berkesan dari pada menggunakan kekerasan dalam menyelesaikan konflik.
Mengikut lapuran mengenai procese damai tahun 2013, yang dianjurkan oleh Institute Kebudayaan Untuk Kedamaian yang berpusat di Bacelona negara Span, menggambarkan bahawa, 41 dari 50 tempat kawasan yang berkonflik, dalam tempuh masa 30 tahun, hampir semua diselesaikan melalui procese damai, hanya 9 kawasan sahaja yang selasai dengan kemenangan melalui bersenjata oleh mana-mana pihak.
Walau pun kerajaan Yingluk Cinawatera, kini berjawatan Perdana menteri sementara, yang penuh dengan pelbagai kritik terhadap dasar-dasar beberapahal yang kekurangan , tetapi kerajaan ini dapat pujian dalam satu hal aitu selaku pelopor  dailok damai dengan gerakan perjuangan BRN secara terbuka pada 28 Februri tahun lalu.
Tidak buleh dinafikan bahawa, dailok damai yang masih berjalan ini mempunyai banyak kelemahan, salah satunya dibuat secara tergesa-gesa tidak mempunyai cadangan yang baik terlebih dahulu dan sokongan dari dari pihak tentera terhadap procese ini masih belum jelas.
Walau bagai mana pun, dailok damai secara rasmi ini  juga berperanan besar yang dapat memperkenalkan BRN kepada masyarakat luar sebagai kali yang pertama dan sanggup untuk berunding bersama dengan perwakilan kerajaan Thai yang dianggap sebagai “Penjajah Siam”
Wakil kedua pihak dapat bersua muka secara rasmi sebanyak tiga kali di Kualalumpur.
Dan pihak pejuang telah pun mengemukakan 5 tuntutan awal aitu
1. Rundingan ini adalah di antara pejuang Patani yang dipimpin oleh BRN dengan kerajaan Thai.
2. BRN bersetuju melantik Kerajaan Malaysia sebagai Mediator yang terlibat secara langsung dalam rundingan ini.
3. Proses rundingan hendaklah disaksikan oleh wakil-wakil dari negara Asean, OIC dan NGO yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.
4. Kerajaan Thai mesti mengakui wujudnya HAK PERTUANAN BANGSA MELAYU PATANI atas bumi Patani.
5. Pihak BRN menuntut supaya Kerajaan Thai membebaskan semua tahanan atas kes politik dan menghapuskan semua waran tangkap keatas pejuang Patani tanpa syarat.
Untuk mengelakan dari ketidak tentuan, pihak pejuang menuntut supaya tuntutan awal tersebut diiktirafkan oleh parlimen negara Thai, sudah tentu menjadi suatu kesulitan bagi pihak Thai.
Pada bulan Desember yang lepas, BRN telah mengirimkan ‘Draf Sulit’ kepada kerajaan Thai melalui mediator Malaysia, aitu sebagai langkah bagi procese yang akan menuju perjanjian damai secara tahap demi tahap.
BRN berkata, kami berharap pihak kerajaan Thai akan menerima tuntutan awal secara prinsip, adapun kandungan secara ditil akan dibahaskan pada lain kali.
Seolah-olah pihak BRN pun bersikap bertolak ansur terhadap perkara yang penting ini, seperti mana yang tertulis dalam suratan bahawa, BRN tidak akan menuntut pemisahan, hanya bertujuan untuk pentadbiran yang istimewa di kawasan sempadan selatan yang majoritinya adalah Melayu Muslim.\
Pada akhir bulan oktuber, kerajaan Thai menghantar jawapan balas berkata “sedia untuk berdailok” mengenai isu tersebut, setelah perundingan damai ditangguhkan beberapa bulan kerana gagal dalam persetujuan beberapa hal, dan perundingan kali keempat telah ditetapkan pada awal bulan Disember, tetapi sayangnya apabila perundingan tersebut ditangguhkan lagi dengan sebab keadaan polotik di Bangkok.
Pembubaran parlimen menyebabkan perundingan damai tak dapat diteruskan, walau pun majlis keselaman negara Thai menegaskan bahawa, perundingan damai sudah menjadi dasar agenda negara dan pasti diteruskan, tetapi seolah-olah procese damai di masa depan berada di atas tali yang amat rapuh.
Tidak ada yang dapat memberi jawapan, berapa lamakah akan mengambil masa dan cara manakah yang akan dapat melantikan sebuah kerajaan baru yang berkelayakan. Dan pada 7 Fenruari yang telah lalu, pihak pejuang telah memasangkan kain rentang sebanyak 77 helai di seluruh kawasan tiga wilayah sempadan selatan, menulis kata-kata yang menyindirkan dengan bahasa Melayu “Siam memerintah negeri sendiri tidak mampu, apakah lagi untuk memerintah negeri Patani?”.
Ini menggambarkan bahawa, BRN masih mempunyai susunan struktur yang rapi lagi kuat, walau pun pihak tentera telah melancarkan tindakan untuk mengatasi keadaan kekacauan lebih sepuluh tahun yang lepas.
Jika tanpa procese damai yang bersungguhan dan berterusan, nampaknya kemungkinan tidak akan dapat melihat cahaya di hujungan gua.
 
- Artikel ini telah diubah suai dari naskhah asal yang siarkan dalam akhbar Bangkok post pada 12 Februari 2014.
- See more at: http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5528#sthash.N0Gib553.dpuf
- http://www.deepsouthwatch.org/dsj/5528

Tiada ulasan:

Catat Ulasan