Isnin, 3 Mac 2014

DI MANAKAH PERANAN BADAN AGAMA DALAM KONFLIK PATANI ?

oleh: Abdulloh Wanahmad 

Pergolokan di bumi Patani yang tercetus pada tahun 2004, sudah menelan ribuan nyawa umat Melayu dan juga Budha, dan sudah pun banyak umat Melayu Patani dipenjara dengan tuduhan menjadi ...pemberontak dan pengganas.

Kini masyarakat Patani berada dalam keadaan yang tertekan oleh undang-undang darurat melitir, yang dikuat kuasa oleh kerajaan di pusat Bangkok, untuk mengatasi keadaan yang semakin marak membara.

Namun semakin lama keadaan semakin menakutkan bagi kedua-dua pihak, iaitu orang Melayu takut kepada pihak kuasa yang menggunakan kuasa sewenang-wenang tanpa peduli hakasasi manusia, yang mana mereka menjadikan undang-undang darurat sebagai alat untuk menahan dan memanggil periksa mereka yang disengka bahawa, ada terlibat dengan kekacauan di bumi Patani.

Bagi pihak pemerintah pula, mereka juga terasa takut dan bimbang di atas keselamatan mereka, yang mana sudah menjadi kenyataan bahawa, semenjak cetusnya bunga-bunga api perjuangan Revolosi yang telah dimulakan pada tahun 2004 menurut setengah pendapat yang ia mempercayai bahawa, itu adalah hari permulaan bagi pejuang Patani mengisytihar perang secara gerila secara rasmi.

Namun apakah yang kita alami setelah cetusnya perang gerila, yang di bawa oleh sebuah parti perjuangan untuk kemerdekaan Patani, iaitu kedaan yang aman dan damai sudah pun hilang, diganti dengan keadaan yang serba takut, seluruh kawasan dipenuhi dengan para melitir yang datang dari pusat Bangkok, Utara dan sebagainya, ini menunjukan bahawa, keadaan di Patani tidak seperti keadaan dulu lagi.

Semakin hari semakin membara, walau pun pihak pemerintah berusaha sedaya upaya mereka, untuk memadamkan api konflik yang tidak tahu bilakah keadaan separuh perang rakyat ini akan tamat?.

Sudah banyak modal yang di taburi oleh kerajaan pusat, berbagai corak dan cara, itu takdapat dihitungkan. Sehingga projek yang tidak pernah ada selama ini pun ada, seperti membawa orang Melayu pergi menunalkan ibadah Haji di Makkah, dan sebagainya.

Jumlah pegawai keselamatan yang bertugas dalam kawasan ini hampir 100,000 orang, itu sudah pun luar biasa bagi sebuah negara yang menghadapi dengan masalah konflik yang berpunca dari politik antara masyarakat menuriti dengan kerajaan.

Dalam keadaanyang berkonflik takdapat dinafikan lagi bahawa, mangsa yang gugur kebanyakan adalah masyarakat tempatan. Walau bagai manapun, badan-badan yang mengambil tempat dan tugas sebagai tempat rayuan dan harapan bagi masyarakat harus mengambil peranan dengan sedaya upaya yang ada.

Semenjak tahun 2004 hingga kedewasa ini, banyak gulungan masyarakat yang menjadi mangsa, ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, seperti gulungan pelajar, tokoh-tokoh masyarat, tuan guru, ustaz, peniaga dan sebagainya.

Tetapi apakah kenyataan pada hiri ini, setelah mana berlaku musibah terhadap gulungan agama seperti Imam,Khatib dan Bilal, adakah pihak yang berkenaan mengambillangkah sebaik mungkin? atau mendiam diri saja sebagai tunggul katu, yang menunggu kehancuran dibakar mentari? atau seperti seorang pembisu yang berpakaian bersih, hebat?

Adakah mereka itu sedar apa yang mereka terjadi, adakah badan agama tidak dapat bergerak hal-hal yang sedemekian, adakah salah dengan perinsip Islam?

Agama bukan hanya mengurus pernikahan, perceraian dan memungut zakat sahaja, tetapi termasuk juga mempeduli hal-hal kemasyarakatan sejagat.

Cara untuk mengambil langkah bukan satu jalan dan bukan sempit, ia dapat mengambil peluang dan ruang yang sedia ada.

Itu teserah lah kepada pihak yang berkenaan untuk berfikir dan memperbaiki, tulisan ini hanya satu luahan dan pendapat dari seorang yang serba kecil dan kerdil sahaja, maka terserah lah kepada pihak yang bertanggungjawab yang memikiul bebanan yang berat, untuk melangkah kaki kedepan bukan mundur kebelakang, itu terserah kepada kepandaian yang ada pada diri masing-masing.

Jika badan-badan agama tidak mengambil tempat dan langkah yang wajar untuk menulung masyarakat yang serba lemah dan kurang, di manakah lagi masyarakat akan mengambil sebuah payung untuk teduhan buat sementara waktu.

wassalam
Abdulloh Wanahmad
21/02/2014

Photo: DI MANAKAH PERANAN BADAN AGAMA DALAM KONFLIK PATANI ?

Pergolokan di bumi Patani yang tercetus pada tahun 2004, sudah menelan ribuan nyawa umat Melayu dan juga Budha, dan sudah pun banyak umat Melayu Patani dipenjara dengan tuduhan menjadi pemberontak dan pengganas.

sumber: https://www.facebook.com/ummahpatani.darussalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan