Isnin, 2 Julai 2012

مغنلي سلطان محمد الفاتح فمبوكا دان فمبيباس




SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Uthmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary R.A. telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Uthmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.



PENGENALAN

Baginda dilahirkan pada 26 Rejab 835 Hijriah (29 Mac 1432 ) di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (855 – 886H / 451 – 1481M). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada hari Khamis, 4 Rabiul Awal 886 bersamaan dengan 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda diracun.  

PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq R.A. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Mempunyai kepakaran dalam bidang ketenteraan, sains, matematik. Di dalam bidang Ilmu politik pula, ayahandanya, Sultan Murad II, ketika memencilkan diri di Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Ia bertujuan untuk mendidik bagina dalam usia yang sebitu muda. Walaupun begitu baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN
Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Baginda seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis.
Baginda sentiasa bersifat tawaduk dan rendah diri. Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom seberat 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit.
Selat Bosphorus dari Satelit
Benteng Rumali Hisari
Peta di dalam benteng Rumali Hisari
Bosphorus adalah sebuah selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan bahagian Asia, menghubungkan Laut Marmara dengan Laut Hitam. Selat ini sepanjang 30 kilometer, dan lebar maksimum 3.7 kilometer pada bagian utara, dan minimum 750 meter antara Anadoluhisar? dan Rumelihisar?. Kedalamannya antara 36 hingga 124 meter.
Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Byzantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
MENARA BERGERAK
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

BANTUAN DARI POPE VATICAN
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Byzantin.
Rantai direntang sepanjang Teluk Golden Horn
Rantai yang digunakan oleh tentera Byzantin untuk menghalang armada al-Fateh

PERANG DARI PUNCAK GUNUNG
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
                                           
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Uthmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

MEMANJAT DAN MELASTIK DINDING
Keesokan paginya tentera Uthmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

KARISMA SEORANG PEMIMPIN
                                         
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

PENAWANAN CONTANTINOPLE
Pada 20 Jumadil Awwal 857 / 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawaduknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

INGATAN
Memikirkan tentang kehebatan al-Fateh dan tenteranya... suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.
Mampukah tentera kita menyaingi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh

برفيكير كايا دان جارا سلطان محمد الفاتح

Oleh : Muhamad Syaari Ab. Rahman, Penulis Buku “Kuasa Kepemimpinan

Sabda Rasulullah S.A.W. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”  (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” – Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di Universiti Galatasaray


Seorang guru pengurusan dan kepimpinan terkenal di dunia pernah ditanya :

Penyoal : “Tuan, hampir mustahil untuk saya mengubah tabiat lama saya. Adakah modul 7 Habit tuan realistik untuk orang seperti saya ? Atau adakah saya ini seorang yang unik ?”

Stephen R. Covey : “Anda tidak keseorangan. Anda bukan orang pertama merasainya. Biar saya terangkan mengapa.

Pernahkah anda melihat penerbangan kapal angkasa Apollo 11 atau menonton video klip atau filem mengenainya ?

Soalan saya kepada anda, waktu bilakah kapal angkasa itu menggunakan tenaga dan kuasa terbanyak untuk berlepas ke angkasa lepas ?



Adakah ketika ia terbang sejauh suku juta batu ke bulan ? Ketika balik ke Bumi ? Ketika mengelilingi bulan ? Ketika pemisahan dan penyambungan semula modul-modul lunar dan kawalan ? Ketika berlepas ke bulan ? Tidak sama sekali. Malah bukan gabungan dari semua itu.


Ia adalah saat ketika Apollo 11 berlepas dari bumi, dan ia berlaku hanya dalam beberapa minit sahaja. Lebih banyak tenaga bahan api digunakan di dalam beberapa minit pertama untuk berlepas dari bumi. Dalam perkataan lain, bahan api dan tenaga dilepaskan paling banyak ketika beberapa batu pertama pengembaraan daripada apa yang telah digunakan di dalam setengah juta batu untuk beberapa hari seterusnya. 

Kenapa ia terjadi sedemikian pada pandangan anda?

Tarikan graviti beberapa batu pertama adalah sungguh kuat. Lantas ia memerlukan tolakan dalaman yang lebih kuat dari tarikan graviti dan rintangan atmosfera untuk menerjah ke dalam orbit. Namun, setelah berjaya mencecah keluar, ia hampir tidak lagi memerlukan sebarang tenaga untuk melakukan semua perkara-perkara lain itu. Malah, salah seorang dari angkasawan itu pernah ditanya mengenai berapa banyak tenaga yang telah digunakan apabila modul lunar tersebut telah berpisah dari modul kawalan untuk mendarat dan menerokai permukaan bulan. Maka dia menjawab. “Kurang dari pernafasan seorang bayi.”

(Sumber : Tabiat ke 8 Daripada Keberkesanan Kepada Keagungan, Stephen R. Covey, terjemahan Mohamad Radzi Zainal, mukasurat 386-387)

Pengembaraan Apollo 11 tersebut memberikan satu metafora yang jelas dan kuat untuk menerangkan pada kita apakah yang diperlukan untuk berpecah dan berpisah dari tabiat-tabiat lama dan mencipta tabiat-tabiat baru. Tarikan graviti bumi yang kuat boleh dibandingkan dengan budaya-budaya masyarakat dan budaya organisasi yang meluas yang mana kita adalah sebahagian darinya. Ini adalah dua daya yang amat kuat, dan anda mestilah mempunyai tekad dalam diri yang lebih kuat daripada kedua-dua daya tersebut untuk menjadikan proses pelepasan itu berlaku.


Islam dan Ops Sikap

Di dalam tradisi kesufian Islam, proses pelepasan dari sikap negatif dan budaya lama itu dipanggil juga sebagai “takhalli”. Ia bermaksud pengosongan dan pembersihan dari sebarang kekotoran dan pengisian. Ia adalah peringkat pertama dari tiga peringkat untuk mendapat darjat kerohanian yang tinggi. Hati, sebagai langkah pertama, harus dikosongkan. Ia mesti dikosongkan dari kecintaan terhadap dunia dan segala keinginan duniawi yang membinasakan. Hati yang sibuk pada dunia, saat ditinggalkannya, sudah pasti akan dihinggapi kesedihan, kekecewaan, kepedihan dan penderitaan. Justeru ia memerlukan satu keupayaan yang dinamakan “mujahadah”. Kemudian, barulah proses “tahalli” atau ‘installation’ iaitu pengisian hati dengan sikap baru dan budaya baru yang lebih diredhai oleh Tuhan dimulakan.


Proses ‘buang tebiat’ atau ‘OPS SIKAP’ sememangnya sukar, namun ketahuilah saudara, kesukaran dan kesusahan itu hanyalah di ‘beberapa minit’ yang pertama sahaja. Ia bukanlah kesukaran sepanjang masa. Apollo 11 mengajar kita hakikat kehidupan. Kesusahan hanyalah ketika mengendalikan secara ‘manual’ di peringkat permulaan, kemudian anda akan saksikan kenderaan diri anda akan selesa bergerak secara ‘auto’ tanpa perlu anda menggelabah lagi. Tekanan yang anda hadapi di peringkat permulaan kini bertukar menjadi kebiasaan, kebiasaan bertukar menjadi hobi, hobi bertukar menjadi karakter (attitude), dan akhirnya penerbangan diri anda yang ‘baru’ menjadi stabil hingga ke akhirnya. Bahan api yang diperlukan pada permulaan itu hanyalah bahan bakar bernama ‘mujahadah’.


Tuhan yang sama mencipta peraturan untuk Apollo 11 melepasi tarikan graviti dan atmosfera bumi, Tuhan yang sama mencipta peraturan untuk manusia melepasi tarikan graviti nafsu yang sangat kuat dan atmosfera kejahatan yang sering mendatangi diri yang mahu melakukan proses perubahan dan pelepasan.


Pernahkah anda mengetahui pengertian “Ramadhan” yang bermaksud panas membakar ? Mungkin soalan berikut akan memberikan kefahaman kepada kita bagaimana indahnya nama sebuah bulan yang dipilih Tuhan untuk disebut di dalam kitab suci Al-Quran dan seterusnya dijadikan bulan latihan berpuasa.


Masihkah anda ingat ketika anda berpuasa pada 1 Ramadhan lepas ? Bagaimanakah perasaan anda ketika jam menunjukkan 1 petang dan anda pula sudah kepenatan akibat separuh hari anda di pejabat tanpa seteguk air pun mahupun sepinggan nasi menjamah perut anda. Bandingkan pula ketika anda berada di penghujung Ramadhan. Pernahkah anda mengunci jam loceng anda agar berbunyi pada jam 5 pagi, namun jam tidak berbunyi dan anda ketinggalan sahur ? Samakah tahap kekecewaan anda tidak mampu bangun bersahur antara hari-hari pertama Ramadhan dengan hari-hari pertengahan dan akhiran Ramadhan ? Anda tetap dapat meneruskan puasa seperti biasa meskipun anda kekadang tertinggal ibadah sahur. 
Bandingkan pula anda baru pulang dari solat sunat ‘Idulfitri pada pagi 1 Syawal tersebut, ibu anda menjemput untuk menjamah kuih tat nenas yang dibuanya di atas meja. Bukankah timbul rasa bersalah dan kekok seketika untuk anda membuka mulut dan menghulurkan kuih tat nenas itu ke pintu gerbang perut anda ? Inilah impak 30 hari anda melatih diri untuk berlapar dan berlapar.


Selama 30 hari anda menghadapi tekanan untuk melawan fitrah anda terhadap makan dan minum, kini anda menyaksikan hasilnya. Bukan setakat itu sahaja medan latihan Ramadhan. Selama 30 malam anda menunaikan solat sunat tarawih di masjid dan surau. Tidakkah anda rasa bersalah untuk meninggalkan solat Isya berjamaah di masjid sebaik sahaja memasuki bulan Syawal dan bulan-bulan seterusnya? Inilah impak maksima latihan pengulangan aktiviti yang sama (the law of repetition of action) yang anda telah lakukan di sebalik kemeriahan moreh dan laungan takbir semasa bertarawih.


Bukan sekadar itu sahaja. Allah Maha Bijaksana, programnya juga sudah pasti Maha Bijaksana dan penuh dengan rahsia yang tidak mampu dibongkar dengan akal saintifik manusia yang terbatas. Selama 30 malam anda terpaksa untuk mengubah rutin harian anda dengan bangun di waktu menjelang Subuh. Anda terpaksa bangun untuk bersahur kerana anda tahu bahawa anda terpaksa makan dan minum secukupnya bagi menahan diri dari makan dan minum selama 13-14 jam di siang hari nanti. Tanpa sahur, anda tidak akan bertenaga di siang hari nanti. Anda tahu hakikat itu. Maka anda terpaksa ‘buang tebiat’ bangun selama 30 malam berturut-turut. Sedar atau tidak, bukankah dengan bangun untuk sahur itu, anda punyai lebih banyak masa dan tenaga untuk menunaikan solat malam dan tahajjud yang cukup sukar dilakukan di selain bulan puasa? Bukankah pada solat malam dan tahajjud itu tersembunyi kelebihan yang dahsyat sehingga Nabi yang dijamin Syurga sekalipun sanggup terbengkakkan kakinya akibat solat tahajjud yang diwajibkan ke atas dirinya sama seperti solat fardhu ?


Dan bangunlah pada sebahagian dari malam serta kerjakanlah solat tahajud pada waktu itu sebagai solat tambahan bagimu semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkan kamu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.” (Surah al-Israa’: 79)


Puasa paling utama selepas puasa Ramadan adalah puasa (sunat) pada bulan Allah, iaitu Muharam, sedangkan solat paling utama selepas solat wajib adalah solat malam (tahajud).” Hadis direkodkan oleh Imam Muslim di dalam Sahihnya, nombor 1163.


Apabila memasuki bulan Syawal dan seterusnya, tidakkah timbul rasa bersalah untuk anda meninggalkan rutin anda yang baru iaitu bangun malam untuk bertahajjud meskipun anda sudah tidak perlu bersahur dan berpuasa. Demikianlah sahur itu dinaikkan martabatnya oleh Nabi sebagai ibadah berpahala besar, kerana ia hanyalah sebuah ‘proses’ untuk mencapai ‘objektif’ dan 'big picture' Ramadhan itu sendiri iaitu bangun malam dan bertahajjud di sepertiga malam.

Sabda Rasulullah S.A.W : “Barangsiapa bangun untuk menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan diampunkan dosa, nescaya Allah akan menghapuskan seluruh dosa-dosanya yang lepas.” (hadis direkodkan Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)


Tidak cukup sekadar impak maksima Ramadhan pada pembukaan hariannya dengan sahur dan pengakhiran hariannya dengan tarawih. Impak sebenar Ramadhan adalah ketika proses berlapar dan berdahaga itu sendiri. Bayangkan ketika anda berwudhuk untuk solat Zuhur dan Asar pada bulan Ramadhan, atau anda mandi pada waktu tengahari atau petang ketika anda sedang berada di ‘kemuncak’ kelaparan dan kedahagaan, kenapakah tidak anda teguk sahaja air wudhuk atau air mandi tersebut, sekurang-kurangnya untuk menghilangkan dahaga ? Bukankah tidak ada orang melihat anda ketika di bilik mandi, hanya anda dengan diri anda sahaja. Dari manakah kekuatan untuk anda mengatakan “tidak” kepada air wudhuk dan air mandi itu ketika anda mampu melakukannya secara rahsia ? Tiada suara yang menguatkan anda untuk melakukan “learn how to say no” itu melainkan suara hati anda sendiri. Itulah suara hati yang sedang melalui proses fitrah iaitulah pembersihan dari gangguan suara nafsu yang sedang ditambat kuat oleh proses berlapar dan berdahaga.


Justeru, tidakkah selepas meninggalkan Ramadhan, anda punyai suara hati yang fitrah dan kini benar-benar anda ‘merdeka’ dari terus menjadi ‘tahanan’ dan ‘hamba abdi’ kepada suara nafsu ? Bukankah kini “remote controller” iaitu hati anda ‘merdeka’ dari pengarahan demi pengarahan dari suara nafsu ke atas fikiran, mata, lidah, telinga, kaki dan tangan anda ? Bukankah kini anda benar-benar “kembali pada fitrah” (‘idulfitri), anda punyai kekuatan melakukan perkara yang dihalalkan meskipun nampak pahit laluannya dan meninggalkan perkara yang diharamkan meskipun nampak manis jika dapat menikmatinya. Maka inilah taqwa, maqasid (objektif) sebenar dari pelbagai proses latihan “the law of repetition” perbuatan-perbuatan yang sama selama 30 hari berturut-turut dalam bulan Ramadhan.


Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa” (Surah Al Baqarah, Ayat : 183)


Umar pernah bertanya pada Ubai bin Kaab, ‘Apakah itu takwa?’ Ubai menjawab, ‘Wahai Amir Al-Mukminin, tidakkah engkau pernah memasuki jalan yang penuh berduri?’ Umar menjawab, ‘Ya.’ Ubai berkata, ‘Apakah yang engkau lakukan?’ Umar menjawab, ‘Aku menyingsingkan seluarku dan memerhatikan kakiku. Aku meletak satu langkah demi satu langkah dengan cermat kerana takut terkena duri.’ Ubai berkata, ‘Itulah takwa!’


Sabda Rasulullah S.A.W : “Siapa yang tidak meninggalkan kata-kata keji dan perbuatan keji, Allah tidak mengendahkan amalannya meninggalkan makanan dan minuman.”

Begitulah hebatnya proses latihan dan pendidikan dalam madrasah Ramadhan. Inilah “IPT” Ramadhan, Institut Penjanaan Taqwa! 30 hari itu tidak lama berbanding 365 hari iaitu setahun. Namun, tempoh 1 bulan latihan penuh ‘tekanan’ itulah yang menjana momentum ketaqwaan 11 bulan selepas Ramadhan. Sebab itulah Ramadhan itu sendiri membawa maksud “bahan api yang panas membakar”, seperti kisah Apollo 11 tadi.

Maka benar dan bijaklah sabda Rasulullah S.A.W yang menyebut :

“Sebaik-baik amalan adalah yang berterusan meskipun sedikit.” (hadis direkodkan oleh Al-Bukhari dan Muslim).


Maknanya, Rasulullah S.A.W sama sekali tidak menyarankan sikap melakukan sesuatu amalan yang banyak tetapi akhirnya tidak konsisten dari sudut penerusannya.


Berfikirlah Positif Pada Setiap Tekanan dan Ketentuan Tuhan
Proses perubahan sikap telah dimaklumi bukan suatu proses yang mudah dan menyenangkan, bahkan ia satu ujian yang getir yang seringkali cuba dielakkan oleh manusia yang lemah semangat dari menghadapinya. Stephen R. Covey pernah memperkenalkan satu prinsip untuk berfikir positif pada setiap tekanan, ujian dan ketentuan Tuhan ke atas kita dalam kehidupan seharian. Ia dinamakan prinsip “90 : 10”. Prinsip ini menurutnya mampu mengubah hidup kita atau sekurang-kurangnya, cara kita memberikan reaksi kepada sesuatu situasi luar jangka yang berlaku seharian ke atas kita. Prinsip ini menyatakan bahawa :


10% dari kehidupan anda adalah sesuatu yang sememangnya telah ditaqdirkan berlaku kepada anda, anda tidak mampu mengelaknya dengan apa cara sekalipun. Manakala 90% dari kehidupan seharian anda hakikatnya ditentukan oleh bagaimana cara anda memberikan reaksi kepada taqdir yang berlaku tersebut.


Apakah maksud prinsip ini ? Marilah kita ambil apa yang baik dari guru pengurusan dan kepimpinan terkenal di Barat ini. Ia membawa maksud kita tidak mampu mengawal sedikitpun 10 % apa yang ditaqdirkan berlaku pada kita. Contohnya, kita tidak mampu mengelakkan kereta kita daripada rosak tiba-tiba di tepi jalan. Kita tidak mampu mengelakkan kapal terbang kita yang lewat sampai hingga jadual kita tergendala. Kita juga tidak mampu mengawal keadaan kita yang terperangkap dalam kesesakan lalulintas. Kita tidak mampu mengawal kesemua 10 % itu tadi. Tetapi, baki 90 % lagi adalah berbeza sama sekali. Kita mampu menentukan keadaan 90 % tersebut. Bagaimana ? Jawapannya, dengan menguasai reaksi anda.


Sebagai contoh, anda tidak mampu mengawal lampu isyarat. Tetapi anda mampu mengawal reaksi anda ke atas situasi ini. Jangan biarkan orang lain memperbodoh anda. Anda mampu mengawal reaksi anda kepadanya. Mari lihat contoh berikut pula.


Anda sedang mengambil sarapan pagi bersama keluarga. Tiba-tiba anak perempuan anda berusia 6 tahun menumpahkan kopi ke atas baju kemeja anda. Anda sememangnya tidak mampu mengawal apa yang baru sahaja terjadi. Tetapi, apa yang berlaku kemudiannya, ditentukan sendiri oleh cara reaksi anda. Anda mungkin marah. Anda dengan suara keras memarahi anak anda tersebut kerana menumpahkan kopi hitam pekat ke kemeja rasmi anda. Kemudian, anak anda menangis teresak-esak. Selepas memarahinya, anda pula pergi mengkritik isteri anda kerana meletakkan cawan kopi tersebut terlalu hampir dengan tepian meja. ‘Perang mulut’ akhirnya berlaku. Kemudian anda pun naik ke bilik anda untuk menukar pakaian. Selepas menukarnya, anda kembali ke bawah dan mendapati anak anda terus menangis dan tidak mampu menghabiskan sarapannya. Anak anda ketinggalan bas sekolah kerana lewat menghabiskan sarapannya.


Isteri anda pula telah bergegas ke pejabatnya kerana masanya juga telah terlewat. Anda meluru ke kereta dan membawa anak anda ke sekolah. Disebabkan kelewatan anda,anda memandu 140km sejam dan melebihi had laju yang dibenarkan. Selepas 15 minit terlewat dan menerima surat saman polis RM 150, anda pun tiba di sekolah. Anak anda terus meluru ke kelas tanpa sempat mengucup tangan anda. Selepas tiba di pejabat 20 minit lewat, baru anda sedari anda tertinggal beg pejabat anda.


Hari anda hari ini bermula dengan sangat malang. Nampaknya, keadaan di pejabat juga akan terus menjadi lebih buruk. Anda hanya mampu mengharapkan supaya dapat balik ke rumah segera. Setibanya anda ke rumah, anda mendapati hubungan anda dengan isteri dan anak anda telah sedikit terjejas dan renggang. Kenapa terjadi kesemua ini ?


Jawapannya, kerana reaksi yang telah anda lakukan pada hanya beberapa minit sahaja pada pagi tadi. Sekarang anda menyaksikan buat kesekian kalinya bagaimana benarnya kata-kata pepatah bahawa “permulaan seringkali menentukan pengakhiran”. Kenapa anda memilih untuk memulakan hari anda dengan begitu buruk? Anda tidak dapat mengawal apa yang telah dilakukan oleh anak anda dan air kopi itu. Tetapi reaksi anda yang tidak sampai 5 saat itu telah menyebabkan seluruh hari anda sangat malang.


Berikut adalah apa yang sepatutnya berlaku pada anda.


Kopi tumpah ke baju anda. Anak anda mula menangis teresak-esak ketakutan. Dengan penuh kasih sayang anda berkata :


Tak mengapa sayang. Kamu hanya perlu lebih berhati-hati pada masa akan datang.”


Anda mengelap tumpahan itu dengan tuala dan kemudian anda pergi menukar baju dengan tenang. Kemudian anda mengambil beg pejabat anda, anda turun ke bawah semula lantas mendapati anak anda kembali tenang dan selamat menaiki bas sekolahnya. Isteri anda juga pergi ke pejabat pada masanya tanpa menyedari anda sudah menyalin baju lain. Anda pula tiba 10 minit lebih awal ke pejabat dan menyapa dengan penuh keceriaan staff di pejabat anda. Dapatkan anda melihat perbezaannya?


Dua senario berbeza. Kedua-duanya bermula dengan kemalangan yang sama. Tapi kesudahan kedua-duanya berbeza. Kenapa? Kerana reaksi andalah penentunya.


Justeru, hadapilah kehidupan ini dengan manfaat dari prinsip “90 : 10” ini. Apa yang disarankan oleh Stephen R. Covey ini sudah dipintas oleh formula agung dari Tuhan sendiri. Cukup tenang seorang Muslim yang berpegang teguh kepada piagam hidup dari ayat dan hadis berikut.


Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Sungguh menghairankan perihal orang mukmin itu. Sesungguhnya seluruh perkara baginya adalah baik baginya. Dan hal itu tidak dimiliki oleh siapapun kecuali orang mukmin. Jika dia diberi sesuatu yang menggembirakan dia bersyukur, maka ia menjadi baik baginya. Dan apabila ia ditimpa suatu madharat, ia bersikap sabar, maka itu menjadi baik baginya.”(Hadis direkodkan oleh Imam Muslim)


Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, sekiranya mereka bersangka baik pada-Ku, maka akan ditunaikan (sangkaan itu). Jika mereka bersangka buruk, maka turut akan ditunaikan (sangkaan itu).” (Hadis direkodkan oleh Imam Ahmad dan Ibn Hibban)

Justeru saudara, jika seseorang berkata sesuatu yang negatif pada anda, janganlah cepat melatah dan panas baran. Biarkan bidasan itu berlalu bagaikan membuang air dari gelas. Jangan biarkan komen negatif itu mula menguasai reaksi anda. Berikan reaksi sewajarnya supaya kehidupan anda tidak terjejas keseluruhannya. Ingat, perkataan yang dilafazkan adalah doa, ia punyai kuasa yang tersendiri sama ada baik mahupun buruk.

"Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berbicara yang baik atau diam sahaja” (Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari)


Ingatlah saudara, reaksi yang silap memungkinkan anda kehilangan kawan baik, atau anda dipecat atau anda sendiri yang tertekan (stress) berpanjangan. Islam adalah agama yang mengajar umatnya kepercayaan dan keimanan kepada qadha’ dan qadar, menyerahkan segala urusan dan ikhtiar kembali pada Allah dengan penuh redha selepas segenap ikhtiar terbaik dilakukan. Hentikan melatah dan menyalahkan orang lain apabila anda mendapati apa yang dirancang pada awalnya tidak berlaku sebaik yang diharapkan di pertengahan jalan.


“Terima Kasih Rotan!” – Muhammad Al-Fatih

Muhammad Al-Fatih melakar sejarah bukan kerana beliau sememangnya punyai kelebihan atau karamah tertentu dari Tuhan yang tidak dianugerahkan kepada orang lain. Kebarangkalian untuk beliau memiliki karamah tertentu itu tidak menjadi fokus penulisan sejarah mengenai beliau dan sejarawan pada zaman beliau. Muhammad Al-Fatih bukanlah ‘Superman’ yang muncul secara tiba-tiba dari langit untuk menjadi penyelamat kepada umat Islam Othmaniyyah dari gangguan demi gangguan kerajaan Rome Byzantine. Al-Fatih adalah manusia biasa yang punyai ‘zaman gelap’ ketika kanak-kanak sehingga belasan guru-guru spiritual dan para pensyarah yang diamanahkan oleh ayahnya, Sultan Murad untuk mendidiknya namun gagal akibat kedegilannya.


Telah direkodkan bahawa Sultan (Murad) telah memberikan rotan kepada guru puteranya (Sultan Muhammad al-Fateh) dan membenarkannya untuk merotaninya jika diperlukan.” - Lord Kinross ( The Ottoman Centuries, 1977) -


Remaja mana yang suka untuk dirotan. Ia cukup menyakitkan fizikal dan mental apatah lagi jika dirotan di khalayak ramai. Namun akhirnya Al-Fatih terpaksa mengakui hakikat bahawa beliau adalah anak seorang seorang Sultan yang memerintah sebuah empayar yang besar di era kemuncak kegemilangan. Beliau mula memahami bahawa di bahunya diletakkan harapan setinggi gunung untuk menebus harapan jutaan ummat dan titisan darah puluhan ribu syuhada’ dan panglima-panglima Islam zaman berzaman yang mahu membuka kota kebanggaan Hercules itu. Di hadapan matanya, beliau mula menyaksikan bagaimana dirinya benar-benar telah dipersiapkan sebaiknya oleh ayahnya untuk menjadi pembuka kota Konstantinopel yang dimaksudkan Rasulullah S.A.W.


Menyedari hakikat ini, Al-Fatih mengambil keputusan untuk membuat perubahan ke atas dirinya dan berhenti dari meneruskan sikap negatif dan tabiat lama beliau. Inilah saat dan detik terpenting dalam hidup beliau, sebatang rotan yang telah mengejutkan paradigma selesanya dan lenanya yang panjang dari tanggungjawab untuk merealisasikan hadis Nubuwwah. Ternyata Al-Fatih tidak bersikap mengubah ayah atau ibunya, mahupun mengubah sekolah atau tuan gurunya yang menghadapkan sesuatu keinginan yang tidak menjadi keinginannya pada awalnya. Ketentuan ke atasnya telah diterima dengan positif, lantas dia mengubah sikapnya sendiri.


Kuasa Perkataan “Boleh Jadi”
Tuhan menyebutkan bahawa : “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


Dalam kehidupan seharian, kita sering didatangi dengan pelbagai lintasan di hati apabila melihat seseorang atau sesuatu keadaan sekeliling. Seringkali yang menjadi lintasan pertama (1st impression) adalah lintasan yang negatif kerana manusia seringkali mendahulukan pandangan nafsu yang seringkali muncul lebih awal dari pandangan matahati. Benarlah pepatah yang menyebutkan “people always judge a book by its cover.” Hanya dengan menyebut perkataan-perkataan yang positif di bibir sendiri atau diperdengarkan dari orang lain akan mampu membantu seseorang melihat dengan pandangan matahati.
Kerapkali terjadi suatu dialog antara saya dan isteri ketika berada di dalam kereta setiap kali kami terperangkap dalam lebih 3 lampu isyarat di hadapan stesen minyak Shell Greenwood. Saya cukup marah dengan mereka yang selalu mengambil laluan mudah di sebelah kiri bahu jalan. Jalan raya di situ hanya mempunyai dua laluan dan kebiasaannya mudah sesak kerana kereta dari pelbagai penjuru perumahan dan menjadi pertemuan lebuhraya utama PLUS-DUKE-MRR2. Keadaan menjadi lebih teruk apabila setiap kali waktu pagi dan selepas waktu pejabat.

Saya : "Kau ingat ni jalan bapak engkau ke, ikut suka hati je mamat ni!" (nada penuh kemarahan)

Isteri : "Abang, bertenang. Boleh jadi dia baru lepas bubuh minyak. Mana ada laluan lain lagi dia boleh keluar melainkan laluan bahu kiri jalan. Boleh jadi dia baru selesaikan anak kecilnya nak ke tandas di stesen minyak itu."

Sungguh berubah saya seketika. Dari keadaan marah bertukar menjadi tenang seketika.

"Ada benarnya juga apa yang dikatakan isteriku itu.", bisik hati saya. Kini, saya mula belajar betapa penting kuasa perkataan "boleh jadi", khususnya apabila saya sendiri yang sudah lebih tiga kali terpaksa melalui bahu kiri jalan itu sendiri dan mengharapkan orang lain pula bersangka baik dengan saya.

Inilah kuasa perkataan “boleh jadi”. Hanya dengan dua patah perkataan ini ia mampu menyelamatkan hari anda dari terjadi sebaliknya.


Sebab itu hidup seorang Muslim jika benar-benar mengikut sunnah Rasulullah, dia akan mendapati hidupnya sepanjang 24 jam penuh dengan ungkapan doa, dari mula membuka mata bangun dari tidur hinggalah ketika mahu menutup mata untuk tidur semula. Inilah ejen kawalan dari langit untuk manusia sentiasa berada dalam kebaikan dan menarik kebaikan-kebaikan itu datang kepadanya.


Perkataan adalah doa. Setiap kali ditimpa ujian, keluarkanlah perkataan-perkataan yang positif kerana ia adalah doa yang sedang didengari oleh Yang Maha Mendengar. Allah memerintahkan hamba-hambanya menyebut doa dengan jelas dan yakin ia akan dimakbulkan, dan bukan sebaliknya berdoa dalam hati.


Pernah terjadi satu dialog antara saya dan anak saudara saya, Jazmi :

Jazmi : “Pakcik, bukankah Allah Maha Mendengar, jadi kalau kita hadapi masalah dan kemudian berdoa dalam hati pun tak mengapa kan Pak Cik ?

 Saya : “Allah menyuruh kita berdoa dengan menyebut dengan jelas bukan kerana Allah itu tidak boleh mendengar jika kita memperlahankan suara. Doa yang diungkapkan itu kembali pada Jazmi sebenarnya, bukan untuk Allah."

Jazmi : “Apa maksudnya Pak Cik ?

Saya : “Dengan mengangkat tangan, menyebut dengan jelas dan terang sehingga didengari oleh telinga Jazmi sendiri, kemudian memahami setiap lafaz-lafaz doa yang disebutkan, sesungguhnya perkataan positif yang diungkapkan dalam doa itu adalah sebahagian dari penyelesaian masalah yang Jazmi hadapkan pada Tuhan.”


Muhammad Al-Fatih adalah pemuda yang menorah tinta emas dalam sejarah Islam membuka Kota Konstantinopel bukan dengan kekuatan kebijaksanaan fikiran dan teknologi persenjataan sahaja, tetapi dengan kekuatan spiritual dan doa yang tidak putus-putus kepada Allah bersama dengan guru besarnya, Shekh Aq Syamsuddin. Solat fardhu dan solat tahajjud yang tidak pernah ditinggalkan oleh Al-Fatih sejak dari aqil baligh adalah bukti bagaimana anak muda itu mengaplikasikan kuasa doa dalam menjana pemikiran positif. Tanpa doa di celahan rakaat solat fardhu dan tahajjud yang kerap kali dikerjakan, sudah pasti anda akan menyaksikan episod demi episod Al-Fatih berputus asa untuk membuka kota Konstantinopel itu berkesudahan dengan baginda mengundurkan diri dari meneruskan asakan 53 hari ke atas benteng terkebal di dunia itu.


Sesungguhnya Barat memanggilnya sebagai “the law of attraction” atau hukum tarikan, Islam memanggilnya sebagai “doa”, dan saya memanggilnya sebagai “the law of pressure” atau hukum tekanan. Berfikirlah positif, anda mampu mengubahnya !


Terima Kasih Konstantinopel

Pembukaan Konstantinopel pada 1453 Masihi ternyata membenarkan sabda Tuhan bahawa pada setiap kesulitan itu ada kesenangan. Kesulitan 53 hari kepungan itu ternyata tidak lama jika dibandingkan dengan 27 tahun kepungan demi kepungan seterusnya dalam puluhan misi ketenteraan dan pembukaan Muhammad Al-Fatih ke atas tanah-tanah Eropah dan Balkan. Namun, pengalaman menguruskan perang ke atas kota yang mempunyai tembok terkebal dunia dan pelbagai lagi kenangan pahit manis sepanjang 2 bulan menggempur Konstantinopel itulah menyebabkan Al-Fatih melihat cabaran seterusnya sudah pasti lebih mudah untuk dilakukan.


Jika proses membuka Konstantinopel melalui jalan mudah, sudah pasti Al-Fatih akan kekok dengan pengalaman-pengalaman baru dan lebih menyulitkan di masa-masa mendatang, dan sudah pasti kekalahan demi kekalahan pasukan beliau akan dirakamkan oleh sejarah lebih dari kejayaan membuka Konstantinopel. Namun hakikatnya yang berlaku selepas 29 Mei 1453 Masihi adalah berbeza. Al-Fatih cuma tumpas sekali sahaja di Belgrade, namun beliau ternyata sukses dalam majoriti misi pembukaan dan peperangan jihad beliau di jalan Allah untuk membuka Eropah dan Balkan.


Kenyataan berikut membenarkan hakikat bahawa pada setiap kesulitan itu ada kesenangan. Ia hanyalah soal bagaimana anda berfikir kerana apa yang anda lihat menentukan apa anda akan perolehi.


Between 1461 and 1463, the conquest of the Balkans was accomplished in a similar manner. It is not easy to communicate to a large readership what this conquest entailed and to show how Albania and Bosnia were incorporated into the empire. This difficulty is, in fact, only to be expected, an appreciation of history cannot come from reading and listening alone, as one also needs to have knowledge of the geography of an area being studied. For this reason, my advice to young people today is to try to visit the locations in questions. And when they look at the rugged land of Ioannina, Shkoder and Bosnia, they will really come to recognise the masterfulness and sophistication of the military and diplomatic strategies used by Mehmed in this conquest.” (Ilber Ortayli, “Discovering The Ottomans”, halaman 64)


Terjemahan petikan utama :
 
Sepanjang tahun 1461 dan 1463, penawanan negara-negara Balkan telah disempurnakan oleh Muhammad Al-Fatih dengan cara yang hampir sama dengan cara penawanan Konstantinopel. Sesungguhnya bukan suatu kerja yang mudah untuk memberitahu kepada sidang pembaca bagaimana peristiwa pembukaan Balkan ini dilakukan dan bagaimana hebatnya Albania dan Bosnia mampu diserapkan masuk ke dalam empayar Othmaniyah. Untuk menghargai sejarah, fakta ini tidak boleh hanya diketahui dengan pembacaan dan pendengaran sahaja. Seseorang mestilah mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai geografi negara-negara Balkan itu. Ketika anda menyaksikan tanah kasar Ioannina, Shkoder and Bosnia, anda pasti akan benar-benar mengenali betapa dahsyatnya ketelitian dan kecanggihan strategi ketenteraan dan usaha diplomatik (Sultan Muhammad) untuk membuka Balkan.” – Profesor Ilber Ortayli, Pengarah Muzium Diraja Topkapi dan Profesor Sejarah di Universiti Galatasaray

Sesungguhnya peluang melakar sejarah dalam hidup anda mungkin hanya datang sekali seumur hidup. Kekadang ia memerlukan sedikit kerja keras dan menanggung sedikit malu hanya untuk menorah sejarah yang tidak akan dilupakan oleh anda sendiri buat selamanya. Yakinlah, sejarah emas itu tidak dinukilkan dengan mudah sebagaimana kota Rom tidak terbina dalam masa sehari.


Sumber : Buku "Berfikir Gaya Al-Fatih", akan diterbitkan tidak lama lagi.
http://www.iskandarfateh.com/

مغنلي سلطان محمد الفاتح فمبيباس كوت كونستن تينوفل فد 1453 م


Oleh : Muhamad Syaari Ab. Rahman, Penulis Buku “Kuasa Kepemimpinan Al-Fatih”
29 Mei 2012, genaplah 559 tahun pembukaan Kota Konstantinopel di tangan sultan ketujuh kerajaan Turki Osmaniah, Muhammad bin Murad Al-Fatih. Kejayaan umat Islam pada tahun 1453 ini sangatlah besar maknanya. Ia berlaku selepas hampir 200 tahun umat Islam meratapi pembantaian bangsa ganas Tartar ke atas Baghdad, ibu kota Khilafah Islam Abbasiah. Profesor Halil Inalchik dari Turki menyatakan kejayaan menamatkan riwayat Empayar Rom Byzantin ini hadir selepas 12 percubaan dilakukan umat Islam untuk menawan kota itu menemui kegagalan. Siapa sangka sebuah bangsa yang jauh dari Rasulullah S.A.W sama ada dari segi zamannya mahupun jasadnya di Madinah, namun akhirnya merekalah yang merealisasikan ramalan Rasulullah S.A.W di medan Khandaq. 
Tiada yang mustahil dan ajaib bagi mana-mana bangsa untuk memerintah dunia apabila mereka berpegang teguh dengan nilai-nilai Islam sebagai cara hidup. Secara ringkas, saya rumuskan 10 strategi kemenangan Sultan Muhammad Al-Fatih sebagaimana dianalisis para sejarawan terkemuka seperti Profesor Halil Inalchik, Profesor Maksudoglu, Profesor Ilber Ortayli dan Shekh Ali Muhammad As-Sollabi. Kesemua strategi ini dihasilkan Sultan Muhammad sebaik sahaja beliau dibaiahkan sebagai Sultan Osmaniah pada tahun 1451. 
Ada 3 fakta penting yang mesti diambilkira sebelum kita membincangkan faktor-faktor strategik kejayaan Sultan Muhammad Al-Fatih : 
1. Empayar Rom Byzantin ketika misi Abu Ayyub Al-Ansari dan bangsa Arab tidak seluas empayar Rom Byzantin ketika misi bangsa Turki dan Sultan Muhammad. Terima kasih kepada generasi sebelum Sultan Muhammad yang bertanggungjawab menyempitkan kuasa Kristian Orthodoks itu sehingga ia menjadi sebuah kerajaan yang kerdil dan kecil yang memudahkan Sultan Muhammad untuk memberikan fokus sepenuhnya. 
2. Sultan Muhammad mewarisi takhta kerajaan Osmaniah yang telah stabil tanpa perpecahan dalam istana, kaya sehingga mampu menaikkan gaji tentera, kental semangat jihad hasil dari kegigihan usaha ayahnya mendatangkan para ulama terbaik dari seluruh dunia untuk berada di Edirne. 
3. Sultan Muhammad melalui proses pendidikan yang kemas dan teratur, kurikulum yang seimbang dan menyeluruh mencakupi pendidikan spiritual dan intelektual, serta hubungannya yang sangat erat dengan Syekh Aq Syamsuddin, Mullah Qurani dan beberapa ulama tersohor yang lain. 
Sekiranya Sultan Muhammad menaiki takhta pada usia 19 tahun itu tanpa empayar Byzantin yang sudah disempitkan, tanpa kerajaan yang stabil kedudukan politik dan ekonominya, tanpa pula wujud pendidikan yang seimbang ke atas beliau sendiri, belum tentu kemenangan ke atas Konstantinopel akan memihak kepada beliau. 
 
Berikut 10 strategi mencakupi aspek dalaman dan aspek luaran dilakukan Sultan Muhammad Al-Fatih ketika mentadbir Pulau Manissa selepas beliau mengamati sedalam-dalamnya punca-punca kegagalan percubaan terdahulu. 
1. Memastikan sokongan dan kesatuan sepenuhnya umat Islam terhadap hasrat Sultan Muhammad membuka Konstantinopel melalui peranan Candarli Halil Pasya, ahli politik paling berpengaruh ke atas institusi tentera Janissaries dan Syekh Aq Syamsuddin, ulama paling berpengaruh di kalangan rakyat Turki. 2. Melakukan penstrukturan semula sistem birokrasi dan pentadbiran negara dengan perhatian khusus kepada sektor ekonomi dan kos perbelanjaaan yang diperlukan untuk menuju Konstantinopel 3. Membuat penyamaran dan menghantar perisikan untuk menyelidik kekuatan dan kelemahan dalaman Konstantinopel, dari ketebalan tembok dua lapis dan kelemahan Greek Fire, hinggalah pada isu-isu semasa politik yang tidak memihak kepada Maharaja Konstantinopel. 
4. Membangun dan memodenkan 140 buah kapal perang, 320 buah perahu, angkatan tentera berjumlah seramai 150,000 orang, termasuk dua belas ribu tentera Janisari yang terlatih. Kesemua ini sebagai persiapan mengepung dengan berkesan Konstantinopel dari segenap arah, memenatkan mereka dan melumpuhkan senjata mereka melalui serangan bertali arus ke atas tembok tanpa henti. 
5. Menunggu justifikasi syariah untuk menghukum Konstantinopel di samping menunggu masa, suasana, dan cuaca sebaiknya sebelum memutuskan tarikh sebenar kepungan ke atas Konstantinopel, supaya tidak akan berlaku sedikitpun kesilapan teknikal yang memungkinkan pengunduran semula ke Edirne 
6. Menyemak semula hubungan sedia ada antara kerajaan Turki dengan negara-negara Eropah dan Balkan serta menawarkan hubungan dagangan yang lebih baik dari tawaran pemimpin Osmaniah sebelumnya. Perhatian khusus diberikan pada negara-negara jiran dan negara-negara yang bersekutu dengan Konstantinopel agar mereka memihak kepada Turki atau bersikap sekurang-kurangnya bersikap neutral apabila Konstantinopel diserang. 
7. Memastikan Konstantinopel dipinggir dan dipencilkan dari sebarang ‘talian hayat’ melalui selat Bhosporus. Tentera Sultan Muhammad telah membina Rumeli Hissari di bahagia Eropah bertentangan dengan Anadolu Hissari di bahagian Asia dalam hanya 149 hari. Ia dibina untuk Sultan Muhammad menguasai secara sempurna satu-satunya laluan berpotensi sekutu Konstantinopel seperti empayar Trebizon. 
8. Memberikan perhatian khusus pada bukit Galata dan memastikan Galata bersikap neutral sepanjang tempoh perang. Akhirnya kawasan bukit menghadap Bhosporus ini menjadi saksi tentera Sultan Muhammad melayarkan 70 buah kapal-kapalnya di atas bukit pada jarak hampir 5 kilometer menuju untuk berlabuh di Tanduk Emas tanpa melalui sekatan rantai
9. Mencipta meriam gergasi dan mortar untuk meremukkan tembok tebal 10 dan 15 meter Konstantinopel. Meriam Basilica ini seberat 1400 paun, pelurunya seberat 300 kilogram, memerlukan 2 jam untuk memasukkan satu peluru, mampu menembak 10 das tembakan dalam sehari, jarak capaian bom sekitar 2-3 kilometer dengan bunyinya sahaja boleh didengari pada jarak 20 kilometer. Meriam ini dibina oleh seorang non-Muslim, namanya Orban. 
10. Memastikan spiritual tentera sentiasa berada pada tahap tertinggi. Peranan para ulama sangat besar dalam setiap battalion. Peristiwa pemindahan kapal di atas bukit selepas serangan sabotaj 4 kapal gergasi dari Genoa, pembakaran khemah-khemah tentera Islam, tentera berani mati yang menggali terowong bawah tanah Konstantinopel adalah antara gambaran-gambaran menakutkan musuh akibat dari kentalnya didikan keimanan dan cintakan mati kalangan tentera Islam. 
Sehinggalah kemuncaknya lahirnya para pemuda yang cintakan mati lebih dari hidup, rindukan syurga lebih dari kemenangan di dunia hingga Hassan Ulubate yang syahid di atas panji Islam yang dipacakkan di atas menara tembok. Namun demikian, filem 17 juta Dollar “Fetih 1453” yang dihasilkan menonjolkan watak utamanya iaitu imej Hassan dengan imej kesatria yang ‘tidak Islamik’ di sebalik sempurnanya aksi-aksi perang 53 hari itu menerusi teknologi kesan visual khas (CGI). 
http://www.iskandarfateh.com/2012/06/29-mei-1453-memakna-559-tahun-pembukaan.html

Rabu, 6 Jun 2012

العلاَّمة الشيخ توان كورو إسماعيل سفنجغ الفطاني دان كتاب باكورة الأماني لإشارة عوام أهل الفطاني

Al-Alamah Baba Ismail Sepanjang al-fathani

Kelahiran, Keluarga dan Pendidikan.

Nama asal beliau ialah Ismail bin Omar atau lebih dikenali sebagai Baba Eil Spanjang iaitu panggilan bagi seorang Tuan Guru. Dilahirkan di Kampung Dusun Spanjang Daerah Penarik, Patani kira-kira 20 km dari Bandar Patani. Merupakan anak lelaki tunggal dalam keluarga sebanyak 3 beradik.

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kampung Dusun Spanjang. Kemudian menyambung pendidikan di pondok berdekatan rumahnya (200 meter) pada ketika usia 14 tahun. Beliau dihantar belajar agama oleh keluarganya dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Latif. Selain itu, beliau juga berguru dengan Almarhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman dengan mendalami pelbagai ilmu antaranya Tafser, Hadis, Feqah, Nahu dan lain-lain. Manakala tiba musim cuti semester Baba Eil pergi belajar di pondok lain pula bagi mengisi masa lapang.

 Ketika umur beliau mencapai 21 tahun, beliau berpindah ke Pondok Haji Abdul Qader Sekam (Baba Der) yang terkenal dengan ilmu tauhid untuk belajar di sana sehinggalah umur beliau 30 tahun. Ketika di sana beliau bukan setakat mengajar kepada pelajar tetapi mula menerima undangan mengajar masyarakat sekitar. Antara tempat yang beliau masih mengajar hingga ke hari ini ialah Masjid Yala (21 tahun) dan Masjid Patani (22 tahun).

Ketika umur beliau 29 tahun, beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Hajah Sabariah Binti Tuan Guru Haji Abdul Aziz (Pengarang Kitab Misbahul Munir). Hasil perkahwinan tersebut, beliau dikurniakan 5 cahayamata ( 2 lelaki dan 3 perempuan ). Selepas itu ketika berumur 31 tahun, beliau telah pergi ke Makkah dan bermuqim di sana selama 7 bulan.

Pada tahun 1993, setelah kembali dari Makkah, barulah Baba Eil membuka pondok di Kampung Kubang Ikan Bandar, Narathiwat yang dikenali dengan nama Maahad Darul Muhajirin. Dalam tempoh tersebut, beliau juga selalu berulang-alik ke Kelantan untuk memenuhi jemputan mengajar. Akhirnya pada tahun 1998, pondok beliau telah berpindah ke kampung beliau sendiri di Kampung Dusun Spanjang hinggalah ke hari ini. Rutin harian beliau dipenuhi dengan mengajar agama kepada pelajar yang datang dari pelbagai pelusuk dalam dan luar negara seperti Kemboja, Malaysia,thailand dan Burma tanpa menerima bayaran.

Sehingga kini, terdapat lebih kurang 200 orang pelajar yang sedang menuntut di pondok beliau. Pengajian berlangsung sepanjang tahun melainkan pada waktu cuti iaitu 15 Sya’ban hingga 15 Syawal ( 2 bulan ), cuti Raya Haji ( seminggu ) dan bulan Rabiulawal ( 1 bulan ).
Selain itu, Baba Eil juga memberi khidmat masyarakat dengan mengajar pada setiap hari Sabtu di Masjid Patani dan setiap Ahad di Masjid Yala.. Kuliah Baba Eil sering disiarkan di radio tempatan. Selain mengajar, Baba Eil memenuhi masa lapang dengan mentelaah dan mengarang kitab.

Antara kitab karangan Baba Eil ialah “Mizan ad-Durari”, “Hikam Jawi”, “Mawaiz al-Iman”, dan karangan dalam bidang tafsir, hadis dan Qawaid. Selain itu, Baba Eil telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Persatuan Ulama’ Fathoni.
 


Judul: Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani
(باكورة الأماني لإشارة عوام أهل الفطاني)

Kategori: Tauhid/Aqidah

Pengarang: al-‘Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani (lahir pada 1300H/1882M di Bendang Daya, Fathani dan wafat di Mekah pada 3 November 1965M ketika berusia 83 tahun)

Tarikh selesai dikarang: 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M

Kitab Bakurah al-Amani atau nama lengkapnya Bakurah al-Amani li Irsyadi ‘Awami Ahlil Fathani (باكورة الأماني لاشارة عوام أهل الفطاني), merupakan antara kitab tauhid yang terkenal di Tanah Melayu sehingga kini. Ianya ditulis oleh al-’Alim al-’Allamah Syaikh Wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir bin Wan Musthafa, atau dikenali juga dengan nama Pak Da ‘El al-Fathani. Kitab ini merupakan sebuah kitab yang ringkas, hanya kurang lebih 10 halaman namun isinya padat. Kitab ini ditulis oleh Pak Da ‘El sewaktu beliau berziarah ke negeri Kedah atas permintaan murid-muridnya. Ianya ditulis secara spontan, berdasarkan ingatan beliau sahaja. Tarikh kitab ini selesai di tulis adalah pada tahun 1335H/1916M atau tepatnya pada hari Sabtu 14 Rajab 1335 bersamaan 15 Mei 1917M. Kitab ini pernah di cetak oleh Matba’ah al-Ikhwan, Singapura pada tahun 1918M.

Menurut ceritanya, sejarah penulisan kitab ini adalah dari permintaan muridnya yang bernama Haji Ahmad supaya Pak Da ‘El karangkan secara ringkas matan ilmu tauhid bagi memudahkan anaknya Mat Hasan yang masih memondok agar membantunya dalam memahami ilmu tauhid. Maka permintaan itu diperkenankan oleh Pak Da ‘El, dan terhasillah kitab yang terkenal ini.

Oleh kerana kitab ini ringkas dan padat isinya sehingga sesetengah orang kerana gagal dalam memahami ‘ibaratnya, bahkan dibangkang oleh sesetengah orang, maka Pak Da ‘El telah diminta pula supaya menulis syarah bagi kitab ini. Beliau kemudian menulisnya dan diberi judul Tabshirah al-Adani bi Alhan Bakurah al-Amani (تبصرة الأداني باءلحان باكورة الأماني), selesai ditulis pada 25 Muharram 1358H / 16 Mac 1936.

Kitab Bakurah al-Amani, sehingga kini diajarkan dipondok-pondok. Bahkan merupakan sebuah teks utama di dalam ilmu tauhid. Antara tuan guru yang mengajar kitab Bakurah: Tuan Guru Haji Ismail Spanjang, Tuan Guru Haji Salleh Sik, Tuan Guru Haji Zakaria dan ramai lagi.
 
 


 

Selasa, 3 April 2012

فيليغ...!! برمولا كقواتن تنترا كولونيل فنجاجه تايلاند مولا رونتوه دباوه أوبور ريبولوسي برسنجات دان كبغكيتن رعيت

"Kolonial Thailand yang selama ini menganggap bahwa merekalah yang paling kuat dan paling hebat di kawasan Asia Tenggara ini. Kini dapat lihat kekuatan tentara kolonial Thailand mula runtuh oleh kekuatan Pejuang Kemerdekaan Patani" 

Perjuangan masyarakat Melayu Patani dalam serbuan di Markas tentara Thailand di Narathiwat tahun 2004 membuahkan hasil yang gemilang. BBC London melaporkan, aksi 50 personel Tentara Pembebasan Patani itu mengejutkan angkatan bersenjata kolonial Thailand yang selama ini menganggap bahwa merekalah yang paling kuat dan paling hebat di kawasan Asia Tenggara ini. 

Serangan pejuang Melayu Patani di markas tentara Pileng (4/1/2004) di provinsi Narathiwat itu telah mencoreng wajah para jenderal Thailand yang angkuh, karena kelemahan mereka terbongkar. Maka runtuhlah mitos rakyat bahwa pejuang Patani tak akan bisa melumpuhkan kekuatan tentara Thailand yang kaya dengan berbagai senjata canggih.

Pileng 1 
Sebuah serangan Pejuang Melayu Patani yang dilancarkan ke sebuah markas militer Pileng awal tahun (4/1/2004) yang mengakibatkan tewasnya empat tentara dan dirampoknya 414 pucuk senjata di larikan. 

Serangan-serangan itu bisa dipandang serius dari segi keamanan pada umumnya di wilayah Thailand Selatan yang majoriti penduduknya adalah muslim. Luasnya pembakaran sekolah serta dalam serangan-serangan terhadap gudang militer memberi kesan bahwa hal itu dilakukan oleh kelompok terorganisir. Di samping itu, juga terdapat sejumlah bukti adanya latihan militer dalam aksi-aksi itu.  Apabila mengamati insiden yang terjadi dalam tahun-tahun belakangan, maka gelombang serangan terakhir ini bukanlah sesuatu yang benar-benar baru. Dari sisi itu, maka serangan terakhir ini tidaklah baru. Belum ada serangan besar lainnya di Asia Tenggara. Sejumlah kalangan mencoba menginternasionalisasikan masalah ini tanpa adanya bukti yang kuat. Memang serangan-serangan itu memiliki dimensi lokal dan internasional.

Pileng 2
  
Empat tentara tewas dan tujuh orang cedara parah akibat serangan puluhan orang bersenjata di Barak Militer Thailand di Provinsi Narathiwat pada khamis (01/01/11). 

Serangan kali ini menunjukkan tingkat koordinasi yang jauh lebih besar daripada serangan-serangan sebelumnya.
 
 

Dalam serangan ini sekira 50 anggota geriliya melakukan penyerangan ke sebuah markas militer. Insiden ini menyebabkan aksi baku tembak dengan pihak militer Thailand. 

Selain melakukan penyerangan, kelompak geriliya ini juga mengambil 50 senapan dan sekira lima ribu peluru. Mereka juga meledakan bom dan membakar dua rumah serta sebuah tenda di dalam pangkalan militer tersebut.
 
    

Angkatan Bersenjata Thailand mengatakan, dalam serangan kali ini para geriliya menyerang basis militer itu dari depan dan belakang. 

Mengantisipasi serangan itu, pihak Angkatan Darat Thailand telah mengerahkan 60.000 pasukan di Thailand Selatan untuk memerangi kelompak geriliya ini.
  
 

Sebagaimana dilansir BBC, kelompok-kelompok geriliya itu tidak banyak diketahui. Tetapi diperkirakan, mereka beroperasi dalam sel-sel mandiri yang terdiri dari beberapa orang tanpa hirarki kepemimpinan yang kuat.







































Pileng..!! Mitos Kekuatan Tentara Kolonial Thailand Mula Runtuh
http://dangerofpatani.blogspot.com/