Perebutan Mendepani Berpolitik
Situasi yang berlaku ketika ini merupakan
perebutan mendepani dalam berpolitik bagi Gerakan BRN iaitu dengan
mencadangkan perkara-perkara dalam “perundingan” yang bukan cara
perbincangan atau dalam bahasa Melayu disebut “bicara”, cadangan yang
menjadi halangan dalam perbincangan telah disentuh dan ditunjukkan serta
menjadi satu bentuk baru dalam isi “perundingan” di bawah syarat;
supaya Malaysia menjadi orang tengah untuk dijadikan mediator dalam
perundingan, mesti ada pihak pemerhati daripada Negara-negara ASEAN, OIC
dan NGO, mesti menerima “Kepimpinan” kumpulan BRN dalam setiap
perundingan, meminta supaya membebaskan semua tahanan dalam kes keamanan
tanpa syarat dan mesti menerima dan mengakui bahawa BRN bukan kumpulan
pemisah tetapi ia adalah kumpulan pembebasan.
2. Cabaran-cabaran Terhadap Peranan Malaysia
Dari satu sudut, cadangan-cadangan pada kali
ini mungkin dapat dilihat sebagai cadangan yang lebih bersifat simbolik
dalam usaha membuang tanggapan bahawa BRN sedang berada dalam tekanan
dan di bawah pengaruh Malaysia, kerana sebelum ini ada yang mendakwa
bahawa BRN dipaksa untuk menyertai perundingan, atas sebab itu, maka BRN
berani mendahului dalam menyuarakan cadangan-cadangan mereka terhadap
umum sebelum perundingan pada 29 April, yang mana jika diteliti daripada
TOR pada peringkat mulanya menetapkan bahawa (setiap cadangan) mesti
melalui Malaysia yang selaku Pengerusi Setia Usaha mesyuarat sahaja. Dan
dalam syarat-syarat tersebut menjadikan segala isi-isi dan cadangan
dalam perbincangan menjadi rahsia, tetapi tindakan (BRN) kali ini
dianggapkan sebagai tindakan proaktif dari sudut politik terhadap
kerajaan Thai dan juga kerajaan Malaysia.
3. Menunjukan Persediaan dan Lebih Professional
Isi-isi penting dalam cadangan menggambarkan
bahawa penyampaian pihak BRN lebih professional yang mana ia berusaha
mengangkatkan tahap perbincangan biasa (dialoque) atau tahap persediaan perundingan (pre-negotiation) supaya menjadi tahap “perundingan” (negotiation)
dengan menjadikan mereka sebagai penentu permaianan (dalam rundingan
damai) dan menampakan bahawa mereka terlebih dahulu mempunyai peta
perjalanan atau roadmap lebih baik berbanding dengan pihak
kerajaan Thai yang berjalan mengikut tahap-tahap dan menyelesaikan
masalah hanya dari semasa ke semasa sahaja dan seolah-olah dalam keadaan
celaru dan kadang-kadang menggambarkan tidak professional. Walaupun
tindakan masih dalam sasaran, namun pada saat ini ia merupakan saat yang
paling menentu, kerana ia adalah saat pertarungan dalam pentas
perundingan damai atau bicara damai yang memerlukan persediaan diri dan
perancangan yang lebih baik daripada sekarang. Pihak kerajaan Thai
mungkin perlu memperbaiki tektik supaya lebih bersedia dari sudut
keilmuan dan juga teknik.
4. Siapa Terperangkap Terdadap Proses Damai?
Satu kenyataan bahawa kemunculan pihak BRN dari
sudut politik pada kali ini ia seolah-olah sebagai tindakan proaktif
politik yang menggerunkan dan secara tidak terduga dengan melahirkan
kejutan politik (political surprise) yang proaktif. Namun dari
satu sudut, ia dianggap sudah “terperangkap” bagi proses damai kerana
BRN telah membawa dirinya memasuki ke satu ruang yang dipanggil “ruang
tengah” secara terbuka ke khalayak umum dengan mengisytiharkan diri
melalui youtube dengan susuk tubuh yang sebenar secara terbuka di atas
nama bicara damai. Hal ini bermaksud bahawa organisasi BRN telah
munculkan diri terhadap umum, ini bererti ia sudah sedia
bertanggungjawab terhadap proses damai secara terbuka dan sudah
meletakkan diri di dalam ruang atau platform tersebut.
5. Ruang Tengah (platporm) dalam Membina Perdamaian
Dalam hal tersebut, peranan “ruang tengah” dalam membina perdamaian daripada dalaman (Insider Peacebuilders Platform: IPP),
sangat besar erti dan maknanya. Dalam perkataan yang lain, kemunculan
diri bagi pihak BRN dikhalayak umum telah membuatkan pihak pergerakan
masyarakat dan mereka yang berada di flatporm tersebut akan lebih
berperanan lagi dari sudut strateginya. Persoalannya ialah, dalam
keadaan yang mencabar ini mereka yang berada di “ruang tengah” ini mampu
atau tidak untuk membina kekuatan bagi diri mereka?. Perhimpunan
tersebar pihak Dewan Pergerakan Masyarakat Wilayah Selatan dan
jaringannya di depan Pejabat Gebenor Wilayah Pattani pada 28 April 2556
baru ini memperlihatkan akan penyuburan kekuatan tersebut. Bagaimanakah
pihak pergerakan masyarakat dalam menjaga dan meluaskan kekuatan mereka
untuk menjadikan ia benar-benar kuat dalam “ruang tengah” tersebut.
Persoalan ini sungguh mencabar pada saat ini untuk mengimbangi dengan
kekerasan setiap pihak dan jaringan keselamatan (safety net) bagi proses damai yang masih rapuh ketika ini.
6. Penyertaan dalam Mekanisma/Sistem yang lebih Kompleks dan Menimbal balik
Ruang tengah dalam proses damai ini merupakan
satu mekanisma/sistem yang besar yang terdiri daripada unsur-unsur yang
lebih kompleks. Keberkesanan unsur-unsur kecil ini sangat bergantung
kepada keberkesanan bagi mekanisma/sistem yang besar secara
keseluruhannya. Oleh kerana itu, satu-satu kejadian yang berlaku dalam
unsur kecil ini ia tidak dapat difahami secara sendirinya, sebab itu ia
perlu melihat kepada kejadian dalam unsur-unsur yang lain secara
keseluruhanya. Untuk melahirkan proses tersebut, maka pentas perdamaian
perlu membuka “ruang tengah” ini dengan menjalinkan kerjasama dari
pelbagai pihak untuk membina mekanisma/sistem perdamaian yang berbentuk
campuran haibriditi dalam membuka ruang dalam masyarakat dan melalui
kaedah ini akan lahirlah apa yang dipanggil “persekitaran
inter-subjektif” (Inter-subjective milieu) kepada sesiapa sahaja
yang berada dalam “ruang tengah” ini. Oleh kerana itu, maka setiap
individu dan kumpulan akan berada dalam proses perubahan ini. Demikian
juga dengan organisasi pejuang untuk “pembebasan” Patani atau
kumpulan-kumpulan pergerakan politik lain, apabila mereka memasuki ruang
kawasan ini dengan sendirinya akan berada dalam proses tersebut juga.
7. Mengubah Pergolakan
Apa yang kita mengharapkan pada akhirnya ialah
perubahan konflik yang akan berlaku dan akan membawa kepada lahirnya
perhubungan dan intraksi secara kreatif yang mana mereka yang berada
dalam proses ini akan mengubah perasaan dalaman mereka untuk
menyesuaikan diri sesuai dengan peluang yang ada dalam mengubah
pemikiran, kepercayaan, tindakan dan mengadakan perhubungan
kemasyarakatan di dalam proses perdamaian itu. Yang paling penting,
proses ini pada peringkat awalnya mungkin berjalan tidaklah selurus
seperti yang diharapkan, mungkin akan menempuhi pelbagai cabaran semasa
perjalanannya. Tetapi pada akhirnya jika ia dapat bertahan dan terus
berjalan ia akan membawa kepada perubahan secara kreatif, tidak
memusnahkan di antara satu sama lain atau menggunakan kekerasan daripada
semua pihak. Dalam persekitaran dan syarat-syarat tersebut mereka yang
terlibat akan melalui satu tempoh tertentu untuk mengubah perasaan
masing-masing dan akan berpaling “memilih” cara yang lebih politik bukan
kekerasan dalam penyelesaian konflik yang ada.
8. Perbicaraan Sesama Sendiri dalam Organisasi (dan penyokong)
Selain daripada itu, kemunculan diri pemimpin
BRN di khalayak umum bagi menegaskan permintaan-permintaan politiknya
mungkin ini adalah sebahagian daripada proses perbincangan dalaman
sesama mereka sendiri. Kerana dalam kumpulan mereka mungkin timbul
perasaan curiga dan tidak persefahaman pemikiran dalam soal perbincangan
damai pada kali ini. Di antara kumpulan masing-masing juga mungkin
timbul pemikiran yang berbeza, namun setelah pemimpin BRN yang menyertai
perbincangan, mengisytiharkan diri dan menyatakan pendiriannya secara
terbuka, maka mungkin ini adalah satu bentuk komunikasi politik dalaman
sesama mereka sendiri. Untuk merungkaikan perasaan curiga dan menegaskan
tentang kepentingan dalam menyertai perdamaian secara rasmi kali ini.
Ini mungkin menggambarkan bahawa mereka sedang “berbicara” sesama
dalaman kumpulan dan para penyokong mereka sendiri. Jika hal ini benar,
maka makin jelaslah tentang kejayaan bagi proses perdamaian ini yang
mempunyai kuasa tarikan supaya semua pihak dapat memasuki ke ruang
tengah untuk mengubah diri dalaman masing-masing. Situasi yang agak
kompleks dan bercelaru tadi akan berunsur-ansur menjadi baik dan lebih
sistematik, yang akhirnya akan menjadi satu proses dalam mengubah
keadaan ke arah yang lebih baik.
Perkara
yang perlu dilakukannya ialah “berikan peluang terhadap perdamaian”
biarkan proses perdamaian ini mendapat peluang untuk menguruskan diri
sendiri sehingga proses ini benar-benar mempunyai tenaga dan kuasa serta
keabsahan yang secukupnya dalam membuat perubahan pergolakan dan
membawa kedamaian dan keadilan kembali kepada bumi Selatan/Patani ini.
http://www.deepsouthwatch.org/dsj/4285
Tiada ulasan:
Catat Ulasan