Selepas
9 tahun tercetusnya pergolakan di selatan Thai/ Patani, kita sedang
memasuki satu era yang penting dalam sebuah konflik politik yang
berlanjutan sejak beberapa ratus tahun yang lalu apabila wakil-wakil
kumpulanutama dalam konflik tersebut telah muncul secara buka dan telah
menanda tangani dalam soal-soal asas untuk membincangkan perdamaian
yang dianggap sebagai langkah awal dalam proses damai di Patani yang
mana ia mungkin akan menempuhidengan pelbagai cabaran yang sedang
menanti.
yang mana tugas pertamanya ialah perlu yakin bahawa semua peserta dalam perbincangan itu merangkumi semua pihak yang membolehkan proses itu dapat diteruskan. Kemudian baru beralih kepada perkara yang seterusnya iaitu mencari persetujuan bersama terhadap dasar-dasar dan langkah-langkah dalam proses perbincangan, serta fikir secara bersama terhadap kegiatan-kegiatan yang positif yang boleh melahirkan keyakinan (confidence building) dan rasa aman diantara satu sama lain. Semua ini mungkin dijalankan secara beransur-ansur yang mana semua pihak dapat menerimanya. Contohnya menggalakan penggunaan bahasa melayu, menggalakan pendidikan yang selari dengan kebudayaan tempatan, menyelesaikan masalah dadah, menggunakan undang-undang keamanan tahun 2008 ganti daripada undang-undang darurat tahun 2005, menukarkan angkatan tentera pusat dengan tentera tempatan, menghapuskan blake list terhadap suspek-suspek, mengurangkan keganasan dalam beberapa kawasan dan seumpamanya.
http://www.deepsouthwatch.org/dsj/4172
Pada hari khamis 28 Febuari 2013 bertempat di Kuala Lumpur
Malaysia,wakil pihak kerajaan Thai yang dipimpin oleh Lt.Jen. Pharadorn
Phatthanatabutr Setiausaha Agong Majlis keselamatan Thailand dan wakil
kumpulan Barisan Revolusi Nasional Melayu Patani (BRN) dipimpin oleh
Ustaz Hassan Taib Ketua Perhubungan Barisan Revolusi Nasional (BRN)
Telah menanda tangani persetujuan umum dalam soal proses perbincangan
damai (General Consensus on Peace Dialogue). Yang mana kerajaan
Malaysia dijemput sebagai pengurus menyediakan kemudahan, mengatur
perhubungan dan menyediakan tempat (Facilitator) dengan disaksikan oleh
Datuk Mohamed Thajudeen Bin Abdul Wahab Setiausaha Majlis Keselamatan
Negara Malaysia.
Isi penting dalam persetujuan tersebut ialah, kerajaan Thai telah
melantik Majlis keselamatan kebangsaan Thai sebagai ketua kerja untuk
memberi sokongan dan melahirkan suasana yang membolehkan proses damai
dapat dijalankan dengan baik yang akan membawa kepada penyelesaian
konflik yang berpanjangan di Patani. Kerajaan Thai sangat komitmen
untuk berbincang dengan kumpulan yang mempunyai pegangan dan pandangan
yang berbeza dengan kerajaan dibawah skop perlembagaan Thai bagi
menyelesaikan pergolakan di Patani. Sementara Malaysia, akan menjadi
fasilatator serta setiap pihak yang ikut serta dalam proses tersebut
dijamin keselamatannya sepanjang proses ini berlangsung.
Selepas majlis menanda tangani tersebut, ternyata masih lagi berlaku
kejadian keganasan dibeberapa tempat dan pada masa yang sama lahir
beberapa reaksi dan perdebatan dalam kalangan masyarakat samada yang
mengkritik da nada pula yang menyokong terhadap proses tersebut secara
meluas dalam ruang media massa. Penetapan perjumpaan kali seterusnya di
Malaysia pada 28 Mac 2013 ini dinyatakan secara terbuka, selepasproses
persediaan yang dijalankan oleh pelbagai pihak sebelum ini dijadikan
rahsia dalam tempoh masa tertentu.
Tulisan ini bertujuan untuk menilai situasi berkenaan dengan proses
menanda tangani persetujuan dengan berusaha mempertimbangkan segala
keadaan yang wujud sebagai sebahagian daripada proses damai ini. Serta
memberi pemerhatian dan menjelaskan tentang cabaran-cabaran yang
mungkin akan dihadapi sepanjang proses damai ini berlangsung. Selain
itu, tulisan ini akan cuba memberi cadangan kepada pelbagai pihak yang
terlibat dalam pergolakan ini dalam pelbagai sudut semaksimum mungkin.
Situasi baru untuk sebuah perdamaian
Majlis
menanda tangani yang telah lepas merupakan satu petanda yang baik
terhadap usaha-usaha dalam mencari consensus dan jalan keluar bagi satu
konflik yang menggunakan kekerasan kepada proses dialog secara aman,
bukan dengan cara ketenteraan seperti mana yang digunakan oleh
kedua-dua pihak sebelum ini. Pada masa yang sama, selepas majlis
menanda tangani tesebut, reaksi orang ramai dalam masyarakat tidaklah
memandang terlalu negative. Walaupun wujud sebahagiannya merasakan
ragu-ragu akan kebenarannya, hasil dan proses yang telah dilakukan atau
yang akan datang, tetapi boleh dikatakan usaha terhadap membina
perdamaian kali ini banyak pihak telah memberi peluang kepada
proses-proses pendekatan politik yang akan menjadi titik penting
terhadap penyelesaian konflik di Patani supaya terus maju lagi.
Selain itu, persetujuan yang dicapai pada kali ini dilihat sebagai kali
pertama dalam sejarah pergolakan di Patani yang ditanda tangani secara
rasmi dan terbuka kepada umum diantara wakil kerajaan Thai dengan
kumpulan BRN dan kerajaan Malaysia sebagai penyedia segala kemudahan.
Ini bererti semua pihak telah memberi pengiktirafan kewujudan kumpulan
BRN sebagai salah satu peace partnersyang terdiri daripada tiga
factor dalam soal yang dianggap sebagai perjanjian rasmi. Iaitu
pertama: diwartakan kepada umum, kedua: mengiktiraf kewujudan BRN dan
ketiga: keterlibatan Malaysia sebagai penyediaan kemudahan. hal ini
adalah sangat penting terhadap langkah-langkah awal kepada proses damai
yang lagi akan dating. Walau pun ia masih belum jelas dalam proses
perbincangan selepas ini dan ia juga masih perlu kepada
kumpulan-kumpulan lain yang harus ikut serta dalam proses damai pada
kali ini sekalipun.
Adapun peranan Malaysia dalam proses damai kali ini sangat jelas iaitu
sebagai orang tengah yang akan menyediakan segala kemudahan terhadap
kedua-dua pihak yang bertelagah supaya berpeluang membincang bersama
atau dengan kata lain sebagai fasilitator, bukan orang tengah sebagai
pendamai (mediator) yang mana pada dasarnya kedudukan
fasilitator hanya berfungsi sebagai menyediakan kemudahan supaya proses
ini dapat berlangsung diatas asas sukarela dan bebas daripada sebarang
tekanan. Kedua-dua pihak bebas dalam menentukan tajuk-tajuk
perbincangan, kaedah dan hasil daripada perbincangan tersebut.Ini
sangat berbeza dengan tugas mediator, yang mana peranannya lebih
menonjol dan lebih bertanggungjawab. Oleh yang demikian, secara umumnya
proses perbincangan kali ini ia dianggap sebagai soal antara kerajaan
Thai dengan BRN bukan kerajaan Malaysia.
Sebenarnya, pembangunan perdamaian (Peace Building) atau peralihan konflik (Conflict Transformation) atau kadang-kadang diguna juga sebagai proses damai (Peace Process)
ia masih dianggap perkara baru dan tidak begitu familiar dalam
masyarakat Thai dan orang ramai yang ada kaitan dengan konflik ini.
Terutama sekali dalam konflik politik yang berpanjangan serta telah
menggunakan kekerasan pada tahap yang tinggi seperti di Patani. Oleh
kerana itu, adalah menjadi perkara penting yang perlu membuat pemahaman
kepada orang ramai terhadap proses tersebut. Seterusnya perkara-perkara
yang mencabar yang akan dihadapi oleh mereka yang akan menentukan
polisi-polisi atau arah tujuan pihak masing-masing serta kepada orang
ramai dalam masyarakat Thai umumnya dan masyarakat Patanu khususnya
yang akan mereka hadapi selepas ini.
Apabila diperhatikan maksud proses damai yang diperkatakan diatas,
secara ringkasnya ia adalah perkara yang berkaitan dengan tingkatan
masa, langkah-langkah dan kegiatan politik dan masyarakat dalam
beberapa peringkat, yang mana ia dapat digambarkan melalui peranan
pelaku utama serta strategi yang berbeza dalam setiap peringkat. Hal
ini mungkin boleh dipanggil sebagai trak pertama (peringkat pembuat
keputusan), trak kedua (peringkat pertubuhan yang ada dalam masyarakat
yang berperanan menyambung antara pembuat keputusan dengan rakyat atau
komuniti) dan trak ketiga (peringkat rakyat bawahan yang berada dalam
kawasan) yang bergiat secara berterusan bagi menghentikan kekerasan
fizik atau dalam erti lain dipanggil “keamanan negative” dan berusaha
untuk mengubah keadaan konflik yang berpanjangan menuju kepada
perdamaian yang adil dan kekal atau dipanggil “keamanan positif” (Sila
lihat rajah 1).
Rajah 1. Roadmap, actor terlibat dan langkah-langkah proses damai diperingkat masing-masing
Melalui
pengajaran daripada pergolakan-pergolakan ditempat-tempat lain, proses
damai yang berlangsung untuk peralihan konflik yang menggunakan
kekerasan menuju kepada cara politik yang digunakan oleh setiap pihak
itu mungkin caranya berbeza, tetapi ia dapat disimpulkan bahawa peranan
berdialog dan rundingan damai itu harus dijalankan bersama-sama dengan
membina kuasa pembantu daripada masyarakat awam atau dipanggil membina
“jaringan pembantu proses damai” (Safety Net) atau dengan makna,
bekerja untuk perdamaian oleh setiap golongan dalam peringkat
masing-masing untuk memupuk supaya proses damai dapat terus berjalan
secara berkekalan (Sila Lihat Rajah: 2 ). Tetapi walau bagai manapun,
plan perjalanan tersebut bukanlah bererti ia dapat berjalan terus tanpa
gangguan atau membuahkan hasil dalam setiap peringkat perangcangan.
Bahkan mungkin pelbagai cabaran dan halangan akan menempuhi kita
sehingga kita terpaksa berundur dan mengulangi semula pada tempat yang
sama dalam beberapa kali. Oleh itu, peranan setiap orang yang ada dalam
setiap lapisan samada pertubuhan masyarakat, rakyat awam seterusnya
sokongan daripada masyarakat awam merupakan syarat utama dan terpenting
dalam membina perdamaian itu sendiri.
RAJAH 2. Peranan proses dialog dan perundingan dalam peta perjalanan kearah perdamaian
Situasi pergolakan di Patani sedang menuju kearah perubahan daripada
beberapa tahun yang lepas, apabila proses damai yang ditonjolkan kepada
masyarakat awam makin jelas bentuknya. Walau bagaimanapun perjanjian
dan proses perbincanganantara pembuat keputusan politik oleh kedua-dua
pihak, ia dianggap hanya sebahagian daripada proses damai yang masih di
peringkat permulaan sahaja.
Pemerhatian Kepada Dokumen Perjanjian Umum
Apabila
diperiksa melalui dokumen persetujuan antara kedua belah pihak, disana
didapati ada beberapa perkara yang harus diperhatikan antaranya seperti
berikut :
Perkara Pertama:
kedua-dua belah pihak bersetuju untuk menggunakan proses perbincangan
bagi mencari jalan keluar daripada pergolakan secara bersama, yang mana
ini adalah satu permulaan yang baik terhadap usaha-usaha dalam
menyelesaikan masalah, hal ini menggambarkan satu isyarat bahawa
kedua-dua pihak telah mempertimbangkan cara lain dalam mencapai
cita-cita perjuangannya selain daripada menggunakan cara angkatan
bersenjata. Selain itu, segala usaha oleh kerajaan dalam memulakan
perbincangan ini ia masih dianggap bertindak mengikut polisi
pentadbiran dan pembangunan wilayah selatan tahun 2012-2014 bagi
Majlis keselamatan Negara Thailand.
Perkara Kedua:
isi kandungan yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak ini
menggambarkan bahawa kedua-dua pihak telah mengubah dan menyesuaikan
diri masing-masing yang mana ia adalah satu petenda baik dalam
bekerjasama pada masa akan datang. Iaitu pihak kerajaan Thai telah
mengiktiraf kewujudan pihak BRN serta menerima peranan Malaysia sebagai
fasilitator dalam perbincangan ini. Pada masa yang sama pihak BRN pula
tidak menolak untuk berbincang dibawah skop perlembagaan kerajaan Thai.
Perkara ketiga:
kedua-dua pihak menyedari bahawa perdamaian di Patani akan wujud
sebahagiannya mesti mendapat sokongan dan pertolongan dari pihak
Malaysia. Ini mungkin kerana disebabkan factor geografi, persamaan dari
sudut bentuk kebudayaan masyarakat antara Malaysia dengan Patani serta
kemampuan Malaysia dalam soal perhubungan dengan kumpulan-kumpulan yang
berbeza pandangan dengan kerajaan Thai.
Perkara Keempat:
oleh kerana persetujuan awal yang dicapai oleh kedua-dua pihak, ia
hanyalah sekadar menunjukan komitmen bagi mencari jalan penyelesaian
dengan melalui perbincangan sahaja. Oleh itu, mungkin belum lagi ada
apa-apa isi kandungan yang dapat menjelaskan terhadap bagai mana cara
prosesnya dan skop masa perbincangan secara jelas. Hal ini mungkin
banyak lagi akan timbul soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan
tajuk perbincangan seterusnya.
Perkara Kelima: kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk menggunakan perkataan “perbincangan” (dialogue) daripada perkataan “perundingan” (negotiation).
Hal ini mungkin membuatkan setiap pihak merasakan masing-masing ada
ruang dan senang hati untuk meninjau hal-hal yang mungkin dapat
bekerjasama secara dasarnya, dengan tidak perlu wujud ikatan-ikatan
yang terlalu keras. Disini dari sudut maknanya kedua-dua perkataan
tersebut ada perbezaannya yakni perbincangan (dialogue) berbeza dengan
perundingan (negotiation) iaitu dialog lebih menekankan membuat
pemahaman terhadap pemikiran dan cita rasa masing-masing tanpa perlu
adanya perjanjian secara rasmi atau pun mana-mana ikatan diantara
kedua-dua pihak. Sedangkan perundingan (negotiation) mengutamakan soal perjanjian yang dapat dipersetujui bersama.
Cabaran-cabaran Dalam Proses Damai
Perkara Pertama:
melaui pengalaman proses damai diseluruh dunia, secara umumnya selepas
diadakan perjanjian damai diperingkat pertama, telah dijangkakan bahawa
kejadian keganasan harian masih tetap berlaku, sehinggalah proses
perbincangan berlangsung dalam masa tertentu serta melahirkan kemajuan
yang agak jelas dan berkesan, maka bentuk keganasan yang wujud daripada
pertempuran oleh kedua-dua belah pihak akan mula reda dan berkurangan.
Perkara Kedua:
persetujuan yang dicapai pada kali ini dilihat berlaku dalam keadaan
yang begitu cepat, sehingga menimbulkan persoalan bahawa setiap pihak
yang terlibat adakah sudah benar-benar bersedia terhadap proses damai
tersebut sebelum ditanda tangani. Hal ini telah melahikan kebimbangan
terhadap kerelaan dan persediaan semua pihak, demikian juga terhadap
kelicinan dalam proses selepas ini.
Perkara Ketiga:
proses terhadap penyampaian dan membuat pemahaman kepada pihak
masing-masing seperti mana yang telah dipersetujui bersama oleh wakil
kedua pihak dianggap sangat penting dalam membina kesatuan bagi
mendapatkan sokongan daripada mereka yang terlibat dan penyokong
daripada tiap-tiap pihak. Hal ini adalah factor terpenting bagi
menentukan perbincangan dapat berjalan dengan lancer atau pun tidak,
perkara-perkara yang boleh menimbulkan kebimbangan, keraguan,
teragak-agak serta tidak yakin terhadap masa depan yang akan berlaku
selepas ini akan memberi kesan yang boleh membawa terbantutnya proses
damai itu sendiri.
Perkara Keempat:
samada kerajaan Thai, BRN dan kerajaan Malaysia adakah dapat
menyelaraskan dalam memahami maksud dan cara dalam proses damai itu
dengan baik atau pun tidak. Ini juga salah satu factor yang terpenting
yang akan menentukan kejayaan terhadap proses damai yang akan berlaku
pada masa yang akan datang.
Perkara Kelima:
walau pun pada pandangan ramai mengatakan bahawa kumpulan BRN adalah
kumpulan yang berperanan dalam kawasan pergolakan, namun begitu masih
wujud kumpulan-kumpulan lain yang tidak mengambil bahagian dalam
perjanjian kali ini, samada kumpulan dipihak yang berbeza pandangan
dengan kerajaan atau kumpulan-kumpulan dalam masyarakat sivil. Oleh
itu, wakil perbincangan perlu mendengar dan sedia membuka ruang
seluas-luasnya supaya semua bahagian dalam masyarakat dapat ikut serta
dalam proses damai ini melalui jalan-jalan dan mekanisma tertentu serta
mencakupi semua bahagian samada secara inklusif dan juga konprohensif.
Saranan dan Cadangan Terhadap Mereka yang Terlibat
Perkara Pertama:
mereka yang ikut serta dalam proses damai ini harus mengikuti diatas
asas sukarela dan rasa aman tanpa ada unsur paksa daripada mana-mana
pihak. Perkara ini adalah menjadi satu jaminan kepada keikhlasan dan
rasa hormat kepada semua pihak dalam mencari jalan keluar yang dapat
diterima oleh semua pihak. Lebih-lebih lagi ia adalah sebahagian dalam
membina perasaan ketuanan bagi proses itusendiri (co-owning of the process) ini adalah factor terpenting terhadap kejayaan proses damai yang lebih kekal.
Perkara Kedua:
pada tahap pertama ini, semua pihak baik pihak kerajaan Thai, BRN dan
kerajaan Malaysia seharusnya memberi penekanan terhadap “Proses”
(Process Oriented) lebih daripada memberi penekanan kepada “topik dan
isi”. Hal ini mungkin dapat dilaksanakan dengan membentuk jawatan kuasa
kerja bersama diperingkat pelaksana untuk memajukan road map menuju
perdamain mengikut langkah-langkah tertentu (a step by step peace road
map)
[1]yang mana tugas pertamanya ialah perlu yakin bahawa semua peserta dalam perbincangan itu merangkumi semua pihak yang membolehkan proses itu dapat diteruskan. Kemudian baru beralih kepada perkara yang seterusnya iaitu mencari persetujuan bersama terhadap dasar-dasar dan langkah-langkah dalam proses perbincangan, serta fikir secara bersama terhadap kegiatan-kegiatan yang positif yang boleh melahirkan keyakinan (confidence building) dan rasa aman diantara satu sama lain. Semua ini mungkin dijalankan secara beransur-ansur yang mana semua pihak dapat menerimanya. Contohnya menggalakan penggunaan bahasa melayu, menggalakan pendidikan yang selari dengan kebudayaan tempatan, menyelesaikan masalah dadah, menggunakan undang-undang keamanan tahun 2008 ganti daripada undang-undang darurat tahun 2005, menukarkan angkatan tentera pusat dengan tentera tempatan, menghapuskan blake list terhadap suspek-suspek, mengurangkan keganasan dalam beberapa kawasan dan seumpamanya.
Perkara Ketiga:
setiap pihak yang terlibat dengan proses perbincangan seharusnya
mengadakan perbincangan dan menukar pandangan dengan mereka yang kurang
yakin, ragu-ragu atau menunjukan sikap tidak setuju dengan proses yang
sedang berlangsung didalam kumpulan masing-masing. Pada masa yang sama
tidak mengabaikan atau cuba menyekat mana-mana kumpulan daripada proses
tersebut.
Perkara Keempat: pihak kerajaan Thai dan BRN perlu mewujudkan saluran komunikasi diperingkat yang tidak rasmi atau “pintu belakang” (Back Channel) yang berfungsi sebagai jaringan pembantu proses damai (safety net)
disatu pihak. Hal ini adalah sebagai persediaan dan sokongan dalam
perbincangan diantara kedua belah pihak yang telah diberi tugas secara
rasmi daripada pihak masing-masing. Jaringan perbincangan yang tidak
rasmi ini merupakan perbincangan antara dua kumpulan yang mempunyai
hubungan yang rapat dan mampu berhubung langsung dengan wakil
masing-masing seandainya perbincangan secara rasmi ini terbantut dan
menemui jalan buntu, maka jaringan inilah berperanan untuk mengumpulkan
segala pandangan bagi untuk keluar daripada jalan buntu tersebut, serta
mencari jalan yang diinginkan oleh kedua pihak, serta membina keyakinan
diantara satu sama lain dan menjaga komunikasi antara kedua pihak tidak
terpus dan dapat berlangsung secara berterusan.
Perkara Kelima:
proses damai selepas ini perlu mendapatkan sokongan, samada daripada
masyarakat Thai dan juga masyarakat tempatan di Patani. Komunikasi bagi
membina kesefahaman terhadap proses-proses yang dibina oleh semua pihak
pada masa kini adalah dianggap sangat penting. Kedua pihak perlu
mewujudkan saluran komunikasi kepada umum dari semasa ke semasa, dan
pada masa yang sama perlu membuka ruang untuk mendengar pandangan
daripada umum terhadap apa yang akan terjadi pada masa depanya. Kerana
setiap butir perjanjian yang dicapai melalui proses tersebut ia
merupaka satu keabsahan dan dapat tahan lama ia harus mendapat
persetujuan daripada orang ramai.
Perkara Keenam:
kerajaan Thai dan BRN perlu membuka ruang serta menyokong supaya
pertubuhan-pertubuhan masyarakat, samada didalam kawasan atau diluar
kawasan dapat bergabung atau dipanggil “jaringan penyokong proses
damai” (safety net) diperingkat rakyat dan diperingkat kerajaan Thai
dan BRN, yang terdiri daipada kumpulan-kumpulan NGO, pertubuhan
masyarakat dan rakyat awam yang tidak mewakili mana-mana pihak secara
rasmi, tetapi semata-mata untuk melihat proses damai dan ingin
berpatisipasi dalam menentukan isu-isu perbincangan yang penting serta
mencadangkan jalan yang memberi faedah kepada rakyat dan menyokong
penuh proses damai yang rasmi.Hal ini mungkin dapat dilaksanakan dalam
bentuk jawatankuasa (soud board of peace infrastructure) atau flatform
yang mana setiap pihak berpeluang “menyuara” dan benar-benar dapat
berpatisipasi dalam penyelesaian masalah.
[2]
Perkara Terakhir: satu saranan kepada organisasi-organisasi dan
jaringan pertubuhan masyarakat patut menggunakan peluang yang mana
medan politik yang sedang terbuka luas ini supaya menjadi faedah kepada
rakyat dalam kawasan pergolakan sebanyak mungkin iaitu dengan
mempercepatkan membina flatform atau “kawasan tengah” dalam
perbincangan dengan semua orang yang mempunyai pengalaman atau latar
belakang dan pandangan politik yang berbeza terhadap isu-isu yang
berhubung dengan masa depan masyarakat selatan/Patani yang sepatutnya.
Hal ini merangkumi perkara-perkara yang dibimbangi, yang penarik
perhatian dan kehendak rakyat dalam pelbagai sudut serta membangkitkan
suara-suara ini untuk menarikan perhatian dan dijadikan isu yang harus
dipertimbangkan oleh pihak yang sedang berbincang. Selain itu, perlu
sama-sama mengikuti proses dialog antara kedua-dua pihak ini secara
lebih dekat.
Sesungguhnya proses damai yang terikat dengan patisipasi rakyat akan
menjadi asas yang kukuh dan melahirkan perjanjian damai yang tahan lama
dan kekal. Seterusnya ia mempunyai jaminan serta sokongan yang dapat
menuju kea lam yang nyata. Oleh yang demikian, membuka ruang diatas
bukan hanya semata-mata untuk mendapatkan sokongan proses perbincangan
yang telah ditetapkan oleh pembuat dasar kedua belah pihak sahaja,
tetapi ia adalah membuka ruang politik untuk semua orang yang ada
kaitan dengan konflik tersebut merasakan keterikatan dan
bertanggungjawab terhadap perdamaian yang akan wujud pada masa akan
datang.
-----------------------------------------------------------------------------------------------------
[1]
Peta perdamain (roadmap for peace) ialah satu alat bagi merancang perjalanan kea rah pembangunan perdamaian yang lebih berkesan. Proses damai mungkin akan gagal jika ia tidak jelas atau tidak ada persefahaman dalam dasar, langkah-langkah dan persetujuan terhadap individu yang mengikuti perbincangan dan yang paling penting, proses damai tidak dengan cara tergesa-gesa sebab akan melahirkan ketidak jelasan dalam topic-topik perbincangan. Selain itu, ia akan membawa kepada kurang persedian yang baik bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat umum samada yang berada didalam kawasan pergolakan atau masyarakat Thai secara umum.
หมายเหตุ รายงานชิ้นนี้แปลจาก : ริเริ่มพูดคุย: บทประเมินกระบวนการสันติภาพชายแดนใต้/ปาตานีหลังการลงนามในฉันทามติทั่วไปฯPeta perdamain (roadmap for peace) ialah satu alat bagi merancang perjalanan kea rah pembangunan perdamaian yang lebih berkesan. Proses damai mungkin akan gagal jika ia tidak jelas atau tidak ada persefahaman dalam dasar, langkah-langkah dan persetujuan terhadap individu yang mengikuti perbincangan dan yang paling penting, proses damai tidak dengan cara tergesa-gesa sebab akan melahirkan ketidak jelasan dalam topic-topik perbincangan. Selain itu, ia akan membawa kepada kurang persedian yang baik bagi mendapatkan sokongan daripada rakyat umum samada yang berada didalam kawasan pergolakan atau masyarakat Thai secara umum.
http://www.deepsouthwatch.org/dsj/4172
Kaji sejarah sebenar dan jangan percaya catatan sejarah versi kafir....
BalasPadamwww.tabutjawi.blogspot.com
Siam tidak akan membebaskan Patani melalui perundingan.Ini terbukti menerusi catatan sejarah.Siam bukan tidak pernah terjajah dimana Burma pernah menjajahnya.
sejarah membuktika dlm kebanyakn peperangandengan Siam telah dimenangi oleh Patani.
Astora Jabat adalah insan yang pembelot.Masa cari makan di Malaysia beliau sanggup menjadi anjing peliharan pemimpin rasuah.
BalasPadamDinamika Jihad Global
BalasPadamPerlawanan yang dilakukan mujahidin global banyak menginspirasi dunia Islam. Para pemuda bergairah membaca kisah-kisah kepahlawanan mereka. Suatu uswah hasanah yang bagus untuk membesarkan anak-anak kita.
Kini mereka telah memiliki kantong-kantong aman. Pusatnya di lembah-lembah tak bertuan di perbatasan Pakistan-Afghanistan. Kemudian di gurun Iraq, dan Somalia yang gersang. Ibukota tauhid ada di sana. Al-Qur’an dan As-Sunnah dijunjung tinggi di sana. Tak ada tangan-tangan kafir yang mampu menjamahnya. Bahkan mereka telah memproklamirkan khilafah dalam lingkup yang mereka kuasai. Tinggal menunggu dukungan para pengusung term khilafah di belahan dunia yang lain.
Mereka memproduksi mujahid yang siap diekspor ke seluruh dunia. Dan memang begitulah sunnatullah kemenangan Islam pada zaman Rasulullah saw. Bermula dari kantong yang kecil tapi tauhid merdeka di situ –Madinah. Kemudian menyebar dan menaklukkan wilayah sekelilingnya sedikit demi sedikit, yang pada zaman Umar bin Khattab sudah menjelma menjadi imperium raksasa yang kuat. Beginilah sunnatullah tegaknya khilafah. Bukan dengan menjual terminologinya, tapi menyimpan tauhidnya. Menawarkan kosa katanya, tapi mengabaikan jihadnya.
Ketika Amerika si penguasa dunia sudah di ambang kehancuran dikalahkan oleh mujahidin global, padahal dari sana Demokrasi dikendalikan, atas alasan apa kita sebagai umat Islam masih menggunakan Demokrasi? Masih butakah terhadap realitas dinamika jihad global yang demikian cepat berlari? Masih asyik bermain-main dengan Demokrasi, untuk apa?
Demokrasi hanya menawarkan fatamorgana. Permainannya bersifat la’ibun wa lahwun. Permainan anak-anak kecil yang sama sekali belum dewasa. Usia memang sudah tua, tapi tingkahnya tak berbeda dengan anak-anak yang rebutan mainan.
Tak lama lagi kita akan menyaksikan pria-pria dengan topi khas Afghan, dengan baju khas Afghan, lalu lalang di jalan-jalan kota Roma dengan menenteng senapan AK 47 yang legendaris itu. Mereka sedang berpatroli mengamankan kota setelah menaklukkannya. Ya, jangan salah baca; menaklukkannya. Ini adalah salah satu nubuwat akhir zaman, yang jalan ke arah sana sudah makin terbuka.
Hari gene,masih sibuk dengan Demokrasi? Fatamorgana !
Hari gene,masih sibuk menjajakan Khilafah tanpa menenteng AK 47 ? Omong kosong ! .
Abu abdullah