by Pos Patani
Islam masuk ke Patani sekitar abad ke-10 M, melalui para pedagang dari jazirah Arab. Para pedagang tersebut menyebarkan Islam di kalangan rakyat Melayu Patani, dari penduduk dipersisiran pantai hingga kependalaman telah mendapat sambutan yang luar biasa. Rakyat Patani memelok Islam secara sembunyi-sembunyi seorang demi seorang, kerana kerajaan Melayu Patani pada waktu itu beragama Hindu Brahma. Walau pun kerjaan dan raja mereka nun Muslim, numun mereka bersyukur kehadrat Allah SWT, kerana membuka hidayat untuk keluar dari kegelapan jahilyah kepada sinaran nikmat iman dan Islam sehinga hampir seluruh rakyat Patani memelok Islam. Terdapat disetiap kampung dan bandar ada masjid, tapi tidak seperti bangunan masjid dihari ini, hanya bangunan seperti bangsar sahaja. Rakyat Melayu Patani telah memelok Islam sebelum raja mereka memelok Islam kurang lebih 300 tahun.
Menurut sejarah zaman awal kerajaan Melayu Langkasuaka beragama Hindu Brahma dari abad 1-13 M, berikutnya zaman pertengahannya kerajaan Melayu Patani beragama Hindau dan Budha abad 13-14M, berikutnya zaman kegemilangan kerajaan Melayu Patani abad 14-17 M, beragama Islam, sehingga zaman kejatuhan (naungan Siam) abad 17-19 M, dan akhirny zaman Patani dibawah penjajahan Siam abad 19 M, hingga sekarang beragama Islam.
Penubuhan negara Melayu Patani dari kerajaan jahiliah kepada kerajaan Melayu Islamiah adalah suatu tuntutan dalam Islam, ia adalah Fardu Kifayah. Bila kerajaan Melayu Islam Patani berada dalam keadaan diserang atau dijajah oleh bangsa asing, maka rakyat Melayu Islam Patani pada waktu itu, ia adalah fardu Ain. Perjalanan sejarah telah menunjukkan bahawa raja Phaya Tu Nakpa menerima seruan Islam telah berjanji kepada Syaik Said Pasai yang mengubati penyakit kronik yang dihidapi oleh beginda raja bertahun-tahun itu. Bila penyakitnya sembuh beginda berjanji akan memelok Islam. Akhirnya setelah dua kali penyakit kronik yang dihidapinya sembuh di inkari janjinya berturut-turut. Fakta sejarah pada kali ketiaga penyakit beginda raja Patani kebali seperti biasa dan beginda minta Syaik dari Pasai itu mengiubatinya sebagai kali terakhir, berkat doa Syaik Said sekali lagi telah dimakbulkan Allah SWT, sembuh dan beginda raja Melayu Patani menunaikan janjinya . Berkat usaha dahwah ulama dari Samudra Pasai itu, pada hari ini dalam sejarah 15 Jun 1457. Dengan secara suka rela beginda raja Phaya Tu Nakpa memelok Islam dengan mengucap dua kalimah syahadah yang di dipimpin oleh Syaik Said sendiri, kemudian di ikuti seluruh keluarganya dan pembesar-pembesar istana kerjaan Melayu Patani memelok Islam. Setelah itu, beginda menukarkan namanya kepada nama Islam ialah Sultan Ismail Shah.
Setelah selesai upacara gilang gemilag tersebut, pada sebelah petang hari yang sama juga begenda meresmikan peristiharan PATANI sebagai sebuah NEGARA ISLAM pada 15 Jun 1457 M, dimasyhorkan sebagai Negara Patani Darussalam.
.
Rakyat Melayu Islam Patani menyambut peristiharan tersebut dengan besar-besaran sebagai tanda kesyukuran kehadrat Allah SWT, dengan kurniaan nikmat Islam dan iman untuk mewarnai nilai-nilai Islam dalam budaya bangsa Melayu Patani yang tercinta.
Dengan pengislaman Negara Patani itu, Islam terus berkembang pesat dan maju, kerana ditunjangi oleh undang-undang Maqasid Syariah serta kemudahan-kemudahan asas yang lainnya. Rakyat Patani bersatu padu benar-benar berbudaya Melayu bersendikan Islam.
Dengan itu untuk memenuhi tuntutan pentadbiran Islam di Patani, sultan Ismail Shah, melantik Syaik Said menjabatkan jawatan penasihat kerajaan Melayu Islam Patani, sebagai ulama Istana. Dan kemudiannya kerajaan Melayu Islam Patani mendirikan Masjid Pintu Gerbang ( Masjid Kersik) didalam kawasan Istana sebagai lambang negara Islam Patani dan dapat kita lihat kesannya sehingga dihari ini.
Disamping itu juga dengan perkenan sulthan, Syaik Said memperkenalkan sistem pendidikan pondok di Patani . Kejayaan sistem tersebut Patani berjaya melahirkan ramai para alim ulama dan cerdik pandai Melayu Islam Patani yang tersyohor mengajar diseluruh masjid dan madrasah di Patani. Dan ramai juga yang menjdi pemenulis atau pengarang kitab-kitab agama dalam berbagai bidang masing-masing, dalam bahasa Melayu tulisan Jawi, seperti Syaik Daud Patani yang dikenali sebagai penulis kitab dan risalah tulisannya dikatakan melebihi karya yang dihasilkan oleh mana-mana ulama di dunia Melayu dizamannya (1769-1846).
Patani selain menjadi pusat pendidikan Islam dan pusat perdagangan yang terkemuka di Asia Tenggara pada zaman kegemilangannya. Kerajaan Melayu Islam Patani telah berdiri (merdeka dan berdaulat) selama tiga (3) abad. Akibat dasar teradisi raja yang kuat menyerang raja yang lemah (negara raja) dengan itu juga Patani diserang, ditaklok dan dinaungi oleh kerajaan Siam pada 1786, kerana Patani kalah perang. Sejak empat (4) kali berturut serang Siam dapat dipatahkan oleh Patani. Pada kali kelima (5) 1786 Patani kalah, kerana rahsia kekuatan Patani dibucurkan oleh pembesar Istana yang bernama Nai Chan Tung (Siam Legor yang pura-pura memelok Islam) disampaikan kepada panglima Siam secara senyap-senyap keluar dari istana kelaut. Fakta sejarah kekalahan ini, dapat dilihat kesannya Masjid Pintu Gerbang yang siap berdiri megah menjadi simbol kerajaan Islam Patani, telah dibakar oleh tentera Siam termasuk istana dan seluruh perumahan rakyat menajadi padang jarak padang terkukur hangus menjadi habu. Seramai 4,000 orang Melayu Islam Patani telah dijadikan tawanan, harta benda negara dan Mariam Besar Seri Patani dibawa ke Bangkok sebagai harta rampasan dan tawanan sebagai hamba tebusan.
Sejak 1786-1902 Patani dibawah naungan Kerajaan Siam disyaratkan kerajaan melayu Islam Patani membayar Ufti (bunga Emas) kepada Bangkok, sehingga Patani dijajah sepenuhnya dan kerajaan kesulthanan Melayu Islam Patani dihapuskan tahun 1902 hingga sekarang.
Walau pun Patani dijajah oleh rejim Siam, namun kewajipan Negara Islam Patani (rakyatnya lelaki dan perempuan) wajib (fardhu Ain) membela untuk melindungi lima (5) hukum Maqasid Syariah, iaitu (1) agama, (2) nyawa, (3) akal, (4) nasab (meruah keturunan) dan (5) harta benda.
Dengan fakta sejarah diatas, kami anak Patani diperantauan ingin menyatakan rasa sedih dan kesal atas tindakan penjajah Siam itu, kerana tindakan tersebut bercanggah dengan Peri Kemanusiaan dan peri Keadilan bangsa-bangsa sejagat.
Dengan putaran sejarah tersebut kami memanjakkan kesyukuran kehadrat Allah SWT atas kurnia nikmat Islam dan Iman kepada bangsa dan kerajaan kami Patani. Dengan rasa penuh kasih sayang kami kepada sesama warga bangsa seibu pertiwi dan senasib, marilah kita sama-sama menyambut hari ulang tahun Negara Islam Patani pada tahun ini, Ahad 15 Jun 2014, sebagai tanda kesyukuran rakyat Patani dimana saja anda berada. Semoga anak Patani yang membaca sejarah ini dapat bersatu berbersama-sama menyambut hari negara bangsa kita ini. Sama-sama kita mulakan kesyukuran dengan sembahyang sunat hajat, baca surah Yasin, tahlil dan berdoa kepada Allah SWT, agar semoga seluruh rakyat Patani sehat dan selamat bekerja kuat demi mewujudkan kembali Kerajaan Melayu Islam Patani yang merdeka dan berdaulat baut selama-lamanya dibumi ibu pertewi yang tercinta ini. Dengan tikad dan niat kerana Allah, kita bangga menjadi anak Patani!.
JEMPUTAN:
Dengan segala rendah hati Kami Panitia Majlis Peringatan Hari Ulang Tahun Negara Islam Patani pada tahun 2014, menjemput seluruh ahli keluarga Patani di Eropa hadir kemajlis Peringatan Hari NEGARA ISLAM PATANI, pada hari Sabtu 14 Jun 2014, jam 10.00 – 24.00. Bertempat di Dewan Perhimpunan Warga Patani di Hamburg German. Diharap anda sekeluarga tidak berhalangan. Atas perhatian dan kerjasama anda, Sebelum dan sesudahnya kami ucapkan Terima Kasih.
MATLAMAT SAMBUTAN:
Adalah untuk menjadikan hari perpaduan kebangsaan, bagi memupuk semangat patriotik yang cintakan negara bangsa sendiri. Sentiasa hidup didalam jati diri anak bangsa Melayu Patani diperantauan.
OBJEKTIF SAMBUTAN:
1) Untuk mensyukuri nikmat dan makna kemerdekaan, sedar diantara hidup mulia dan hina.
2) Mengenal perjuangan bangsa terjajah. Berdasarkan keutuhan, kemuliaan dan hak asasi yang samarata tidak terpisah bagi seluruh bangsa-bangsa manusia sebagai asas kebebasan, keadilan dan perdamaian dunia.
3) Untuk memesyarakatkan Hari Negara Islam Patani, sebagai entiti, satu bangsa, agama, bahasa dan budaya.
4) Untuk mengenang dan menghargai jasa-jasa tokoh kebangsaan yang telah gugur mempertahankan meruah bangsa dan negara Patani Darussalam.
5) Untuk tidak terlepas pandang putaran sejarah bangsa sendiri.
6) Untuk menghayati sikap berdrawisme ”berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing”.
Oleh itu, kita warga Patani, dimana sahaja berada beramai-ramailah menuju kemajlis sambutan hari ulang tahun Negara Islam Patani, pada tahun ini ditempat masing-masing. Kerana nasib bangsa Melayu Patani berada ditangan kita bersama untuk menyelamatkannya. Bangunlah dan cintailah bangsa sendiri sebab cinta yang tulus adalah cinta tidak berbelah bahagi, mencintai bangsa sendiri, harus berani menempa sejahah baru. ”Jangan takut kecil disangka Semut dan malu basar disangka Gajah, tapi kita harus takut dan malu kerana mengabaikan sejarah bangsa sendiri”. Selamat Menyambut Hari Negara Islam Patani.
http://www.deepsouthwatch.org/node/5777
Tiada ulasan:
Catat Ulasan