Selasa, 5 November 2013

Perjuangan bahasa Melayu 70 tahun di Patani

Perjuangan untuk memartabatkan semula bahasas Melayu berterusan selama 70 tahun di Patani semenjak zaman Tuan Guru Haji Sulong Abdul Kadir, tokoh yang mengemukakan tuntutan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Bumi Patani, sehingga zaman pra-Komuniti ASEAN pada masa ini.

 “Usaha untuk memartabatkan bahasa Melayu semula di Patani dimulakan pada 70 tahun yang lalu oleh Tuan Guru Haji Sulong Abdul Kadir, pemimpin agama pada zaman itu yang mengemukakan tuntutan 7 perkara kepada kerajaan Thai berkenaan dengan penyelesaian konflik di Patani, tetapi tidak diendahkan oleh pihak kerajaan. 
 
Antara 7 perkara itu, terdapat 2 perkara yang berkaitan dengan isu bahasa Melayu, iaitu tuntan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan, dan satu lagi tuntutan ialah untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi bersama di samping bahasa Thai untuk kawasan Patani. 
 
Kini, penggunaan bahasa Melayu di Patani berada pada tahap yang sangat teruk, sehingga kanak-kanak dan remaja tidak dapat mengerti bacaan khutbah dalam bahasa Melayu. Persoalannya, apakah yang telah terjadi dengan bahasa Melayu di Patani selama ini?” 
 
Ini salah satu persoalan besar yang dikemukakan oleh Tengku Arifin Bin Tengku Cik, Ketua Lembaga Pengarah Stesyen Televisyen dan Radio Bahasa Melayu dalam ucapannya sempena pembukaan forum ilmiah yang bertajuk “Bahasa Melayu dalam Era Proses Damai” pada 24 September 2013 di Hotel CS Patani anjuran Madrasah Kewartawanan Sempadan Selatan (Deep South Journalism School, DSJ), yang dihadiri oleh kira-kira 100 orang peserta.
 
 
Walau bagaimana pun, menurut Tengku Arifin, sekarang sudah mula kelihatan semakin banyak usaha untuk memulihkan bahasa Melayu di Patani. Sebagai contoh, media bahasa Melayu di Patani semakin bertambah termasuk radio, akhbar dan majalah berbahasa Melayu.
 
Dasar kerajaan berkenaan dengan bahasa Melayu.
 
Sebenarnya, pengiktirafan kerajaan Thai terhadap bahasa Melayu, bukan hanya terhad kepada penumbuhan badan bahasa tersebut sahaja, malahan jika ditinjau perkembangan baru-baru ini, didapati bahawa kerajaan sudah mengambil dasar untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu di Patani.
 
Misalnya, dalam Dasar Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah Sempadan Selatan 2012-2013, menyatakan dengan jelas bahawa salah satu tujuan dasar berkenaan adalah kerajaan mesti membantu rakyat tempatan  mempelajari bahasa Thai, bahasa Melayu baku, bahasa Melayu dialek Patani serta bahasa asing dalam bidang pendidikan dan media serta perhubungan awam.
 
Apabila sudah ada dasar yang jelas, maka kegiatan serta rancangan oleh pihak kerajaan untuk mengembangkan bahasa Melayu juga turut diadakan, di bawah naungan Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan(SBPAC). 
 
Usaha yang telah dilakukan oleh pihak SBPAC merangkumi pelbaga-bagai perkara, termasuk penubuhan televisyen bahasa Melayu 24 jam dan penggunaan bahasa Melayu dalam papan-papan nama agensi kerajaan dan papan-papan jalan raya. Adajuga cadangan untuk mengubah nama-nama kampung kepada nama yang asli dalam bahasa Melayu, bukan nama yang diberikan oleh pihak berkuasa.
 
Selain itu, SBPAC juga telah mengadakan pelbagai kursus untuk meningkatkan kualiti bahasa Melayu, terutamanya untuk guru-guru bahasa Melayu dan para pengamal media.
 
Walau bagaimana pun, banyak rancangan radio bahasa Melayu yang dikendalikan oleh pihak kerajaan kerap kali dikritik tentang penggunaan bahasa Melayu yang kurang berkualiti. 
 
 
Kecetusan asian
         
           Kerajaan Thai juga harus mengiktiraf bahasa Melayu sebagai jati diri orang Melayu tempatan atas dua sebab berikut. 
 
Pertama, kerana pada tahun 2015 Komuniti Ekonomi ASEAN yang mebolehkan perpindahan tenaga kerja dan barangan secara bebas akan menjadi kenyataan. Antara penduduk komuniti tersebut, seramai 300 juta orang bertutur bahasa Melayu. Tentunya penguasaan bahasa Melayu dengan baik akan memanfaatkan negara.
 
Kedua, walaupun sebelum tercetusnya pergolakan pada tahun 2004, masyarakat tempatan beranggapan bahawa kemunduran bahasa Melayu di Patani disebabkan oleh sikap kerajaan sendiri yang enggan mengiktiraf bahasa Melayu, sebaliknya memaksa orang tempatan menggunakan bahasa Thai sahaja. Keadaan sedemikian telah menjadi salah satu faktor dalam perjuangan bangsa Melayu Patani menentang kerjaan Thai. Dengan demikian, kerajaan Thai seharusnya mengiktiraf bahasa Melayu sebagai salah satu langkah penyelsaian pergolakan di Patani.
 
Usaha untuk meningkatkan bahasa Melayu di Patani sudah pun dimulakan terutamanya oleh pertubuhan masyarakat madani (civil society organization) dan juga media.
 
Masalah dalam Pemulihan Bahasa Melayu
 
Namun usaha untuk menegakkan bahasa Melayu di Patani akan mengambil masa yang lama, kerana pada masa ini penggunaan bahasa Melayu di Patani terpaksa menghadapi banyak masalah. Salah satu sebabnya adalah ketiadaan media bahasa Melayu. Sebaliknya, orang Melayu Patani sentiasa didedahkan kepada media bahasa Thai sahaja.
 
Oleh sebab itu, terdapat penggunaan bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan generasi muda. Mereka sering mencampuradukkan kata-kata bahasa Melayu, kerana tidak lagi mengenali istilah bahasa Melayu. Jika diperhatikan struktur ayatnya, walaupun mereka menggunakan kata-kata Melayu, tetapi susunan ayatnya mengikuti susunan ayat bahasa Thai, bukan lagi bahasa Melayu.
 
Bukan itu sahaja, dalam bahasa tulisan juga terdapat banyak masalah. Misalnya, terdapat papan tanda bertulisan Jawi yang berbunyi ‘kamakan’. Tentunya perkataan ini boleh difahami oleh orang Melayu Patani sahaja, kerana istilah ini diambil daripada bahasa Thai yang bermaksud ‘jawatankuasa’.
 
Contoh yang disebut di atas ini hanya merupakan salah satu contoh penggunaan bahasa Melayu Patani yang kualitinya semakin hari semakin menurun. Untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai jati diri orang Melayu Patani yang sejati dan juga sebagai alat komunikasi yang berkesan dalam dunia ASEAN, semua pihak hendaklah menggembleng tenaga untuk meningkatkan penggunaan bahasa Melayu yang berkualiti.  
 
Contohan tersebut, salah satu masalah yang berlaku , yang menjadi persoalan bagi setiap pihak dalam kawasan yang pasti mencari jalan untuk menghadapi perkara ini seterusnya, supaya bahasa melayu di sini menjadi simbul jati diri yang kekal, disamping itu dapat menimbul kekuatan media dalam dunia asian seterusnya.
 
dari:  http://www.deepsouthwatch.org/dsj/4870
 
อ่านข่าวที่เกี่ยวข้อง
 
              Media bahasa Melayu pemangkin kedamaian
มลายูปาตานีภาษาที่อ่อนกำลังเวทีวิชาการแนะเติมเต็ม พลวัตรที่ขาดหาย

Tiada ulasan:

Catat Ulasan