Jumaat, 4 Mac 2011

‘’Orang Tua Mu Bercerita’’

‘’Orang Tua Mu Bercerita’’
By: Patani Fakta Dan Opini
Zaman berzaman kita menderita.
Ditindas oleh manusia durjana.
Dibunuh berbagai-bagai cara
Dengan tak payah bicara

Tahun Sembilan Belas Empat Puluh
Ibu bapa mu di suruh
Pakai seluar buangkan sarung
Jangan berkopiah jangan berkelubung

Nama-nama di tukar Bahasa di musnah
Kepada berhala disuruh sembah
Sireh pinang disuruh tebang
Kerana tanda orang-orang terkebelakang

Tahun Sembilan Belas Empat Puluh Tujuh
Orang-orang ‘Beluka Semok’ dituduh
Harta mereka di musnah
Rumah mereka di bakar berpuluh buah

Bulan April Empat Puluh Lapan
Di ‘Dusun Nyo’ berlaku bertempuran
Beberapa rakyat dikorbankan
Termasuk kanak-kanak dan perampuan

Sebulan kemuadian ‘Kamnan Mat’ kena tangkap
Beliau di perbuat dengan sagat biadap
Beliau di bunuh oleh sedadu
Dengan tak ke mahkamah terlebih dahulu

Tiga Belas Ogos Lima Puluh Empat
Haji Sulong dan rakan-rakannya berempat
Dibunuh ditasik Senggora
Dengan tak berkubur tak berpusara

Tiga Belas March Lima Puluh Enam
Mayat Haji Abdul Somat di tanam
Beliau ditembak pada malam dua belas
Dengan peluru enam das

Tiga Belas Disember Tujuh Puluh Lima
Tiga belas syahid berpuluh cedera
Dibom waktu malam hujan
Mereka tembak orang sedang Azan

Berapa lelaki yang mati
Tapi mereka buat tak mengerti
Yang kita tuntut tak dipeduli
Mereka kata kita hendak Merdekakan Fathoni

Hai..!! mereka terlaupau khawatir
Mereka sangka yang kita tak pernah fikir
Kita cuma Tuntut Keadilan
Mereka saja kira yang bukan-bukan...

Kutipan tulisan ini dari buku dalam tulisan Jawi pada Judul ‘Patani Dahulu dan Sekarang’, Karangan Oleh Ayah Bangnara, Diterjemahkan dalam Bahasa Patani Oleh Ayah Patani dan Ayah Jala, Cetakan Pertama Zulqi’dah 1397 bersamaan Oktober 1977 Oleh Final Penyelidikan Angkatan al-Fathoni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan