Selasa, 27 Januari 2015

TENGKU MAHMUD MAHYUDDIN; Perjuangan belum selesai

Abdulloh Wanahmad; awanbook

Konflik di Patani tidak siapa tahu bilkah akan selesai dengan secepat mungkin, atau akan berterusan berpanjangan tanpa kesudahan.
Perjuangan Patani sudah berlarutan, memakan masa tidak kurang dari dua abad, setelah pertarungan antara Kerajaan Bangsa Melayu Patani dengan Bangsa Kerajaan Siam, setelah menemui titik perakhiran dengan kekalahan Patani.
Setelah perpuluhan kali kedua-dua kerajaan telah berperang, bertungkus lumus dalam mempertahankan tanah air masing-masing, dengan menahan diri di kala diserang, dan memburu kembali dikala berpeluang.
Dalam sejarah kita akan didapati bahawa, peperangan antara Patani dengan Siam, kebanyakan Patani diserangi daripada Patani Menyerang, akibat dari pencerubuhan oleh Bangsa Siam, yang berwawasan di dalam memperluaskan tanah jajahan mereka.
Namaun setelah berkali-kali Patani diserang, hatta pihak musuh dapat memasukki kekawasan Bandar hingga dapat menawan kawasan persekitaran dalam kawalannya, sambil menahan rakyat Patani pada waktu itu, dan mereka membuat sewenang-wenang kehendaknya, setelah Patani terjatuh ke tangan mereka, kota raja dibakar, alat perang dijadikan harta rampasan, mereka membawa semua barangan tersebut ke kota Bangkok bersama sejumlah tawanan perang, yang tak sempat menyelamatkan diri.
Kata qil, mereka yang ditawan dan bawa ke Bangkok oleh pihak Siam pada waktu itu, adalah terdiri pada mereka yang berkepandaian dalam bidang pekerjaan, seperti tukang rumah, dsg.
Walau bagaimanapun, setelah Patani kalah kepada Siam pada tahun 1975, bukan bererti semua hak-hak, dan cara pemerintahan Patani digubar dengan serta merta, namun orang Melayu Patani pada waktu itu, masih lagi diberi jawatan, diberi kuasa mengikut tugas yang disusun oleh mereka.

Patani sebelum timbulnya perjanjian haram 1909, antara kerajaan British dengan kerajaan Siam di Bangkok, atau yang dikenali dengan perjanjian Anglo, Patani masih lagi mempunyai ruang dan peluang yang amat cukup dalam  memperjuangkan untuk menuntut kemerdekaan dari jajahan Siam dengan secara diplomatik, namun malangnya, apabila usaha murni yang diusahakan oleh Tengkku Mahmud Mahyuddin, terelai di muara empangan penipuan colonial British, yang berjanji kepada Tengku Mahmud Mahyuddin bahawa, jika beliau menulungnya dan berjaya dalam mengusirkan tentera Jepun keluar dari tanah Malaya, ia akan bantu dan mendokong sepenuh-penunyah untuk melepaskan Patani dari belenggui Siam.

Namun, setelah beliau sedar bahawa, kata-kata janji manis colonial British itu, hanya hampa dan tipuan saja,ini adalah suatu titisan hitam yang terlekat dendam di dalam jiwa beliau selama hidupnya sehingga akhir hayat.
 Kemudian beliau mengumumkan kepada masyarakat luar bahawa, beliau sudah memecatkan gelaran Tengku pada saat ini, pengumuman tersebut tersebar dengan  begitu cepat dan mengejutkan masyarakat, beliau merasa cukup sedih dengan apa yang dibuat oleh colonial British pembohong itu.
Dan beliau juga, setelah mengisytihar memecatkan gelaran Tengku, beliau terus menjalani hidup seperti rakyat biasa, sebelum beliau jatuh sakit, kerana kedugaan citanya yang dibuat oleh British, kerana itu adalah sebuah harapan yang emas dan sangat berpeluang besar, dalam memperjuangkan demi kemerdekaan Patani dari Siam.
Dan dengan lama kelamaan, perasaan tersebut semakin mencekamkan kesihatannya, sehingga beliau menghabus nafas dengan tenang di tempat kediamannya, dengan usia yang masih muda 40 tahun, ada setengah yang mengatakan sebab yang memperburukkan lagi keuzurannya itu, adalah kerana kehilangan teman perjuangannya Hj. Sulung Tuan Minal, yang dicolek di tengah jalan bersama pengikut dan anaknya ketika dalam perjalanan di kawasan Senggo, dan ada yang mengatakankan juga, asbab diracuni, oleh musuh politiknya.
Perjuang Patani setelah kematian beliau, berada dalam keadaan yang memerlukan kepada seorang tokoh untuk menjaga persatuan dan kesatuan dalam bergerak, namun kenyataannya setelah pemergian beliau, telah mengguncangkan kesatuan perjuangan Patani, dan itulah yang sebagai titik permulaan yang memecahkan terelai menjadi beberapa Parti dan Kelompak hingga kedewasa ini.
Begitulah secebis tulisan ini, yang sudi mengingati jasa-jasa beliau, yang memperjuangkan untuk melepaskan bumi Patani dari belenggui Siam, betapa getir dan sukarnya perjuangan beliau, demi cita-cita yang suci, apatah lagi, demi keredhaan yang hakiki.
Dan kini runda-runda perjuangan untuk membebaskan Patani, masih diteruskan oleh jenerasi baru, yang sedar bahawa mereka adalah anak Melayu Patani. Seolah-olah beliau belum mati! Dan perjuangan beliau belum selesai.

http://www.deepsouthwatch.org/node/6607

Khamis, 15 Januari 2015

PENGISYTIHARAN SIDANG PEJUANG-PEJUANG PATANI

By Abu Hafez Al-Hakim

Sementara kita menunggu jadi tak jadi atau bilakah akan bergerak semula Proses Dialog Damai antara Kerajaan Thai dengan wakil-wakil Pejuang Patani, ada baiknya kita imbau kembali satu PENGISYTIHARAN SIDANG PEJUANG-PEJUANG  PATANI  yang dibuat 25 tahun  lalu.
Pengisytiharan yang dibuat di luar Patani itu merupakan hasil daripada satu  persidangan - Sidang Pejuang-pejuang Patani ( Conference of Patani Freedom Fighters)  pada tanggal 31 Ogos 1989 yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan dan  dihadiri oleh sebahgian besar pimpinan tertinggi utama gerakan perjuangan Patani yang turut menandatangani dokumen bersejarah itu. Mereka ialah:
1. Ketua BRN (Barisan Revolusi Nasional)-Kongres,
2. Ketua BIPP (Barisan Islam Pembebasan Patani),
3. Ketua GMP (Gerakan Mujahidin  Patani) dan
4. Pemimpin Kanan PULO (Patani United Liberation Organisation).

Antara lain kandungan pengisytiharan itu berbunyi :
"Dengan ini kami mengisytiharkan bahawa :
1. Perjuangan pembebasan Patani adalah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan mutlak demi mewujudkan sebuah negara Melayu Islam yang berdaulat;
2. Perjuangan kami adalah perjuang JIHAD bersenjata yang diwajibkan oleh Islam dan didukung oleh Rakyat Melayu Patani;
3. Kami menentang segala dasar polisi dan  penjajah Thai yang sentiasa berusaha menghapuskan aqidah, bangsa, bahasa dan kebudayaan Melayu Patani;
4. Kami menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan pencabulan hak-hak asasi manusia sama ada dalam bentuk pembunuhan, penahanan tanpa perbicaraan, penganiyaan dan diskriminasi;
5. Kami menentang segala bentuk kerjasama oleh mana-mana pihak dengan penjajah Thai dalam mengambil faedah dan menikmati sumber-sumber ekonomi dan kekayaan bumi Patani;
6. Kami akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang bekerjasama dengan penjajah Thai yang dianggap mengkhianati perjuangan rakyat Patani;
7. Kami menggesa semua umat Islam membantu perjuangan suci kami;
8. Kami menyeru negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan yang cintakan kebebasan, keadilan, dan kedamaian supaya memberi sokongan moral dan material terhadap perjuangan rakyat Patani;
9. Kami akan bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembebasan dan pencinta kedamaian seluruh dunia terutamanya gerakan-gerakan Islam .

Teks asal dokumen  pengisytiharan itu adalah dalam bahasa Melayu. Kemudian ia dibukukan semula dan disiarkan dalam  3 bahasa, iaitu Bahasa Melayu (Rumi dan Jawi), Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Perlu diingatkan di sini bahawa pergerakan  BRN yang menyertai persidangan ini adalah dari BRN Kongres(sayap tentera dari BRN asal) dan bukannya BRN-Kordinasi. Begitu juga dengan PULO pada ketika itu masih lagi satu dan bukan tiga pecahan seperti yang ada pada hari ini.
Difahamkan ekoran pengisytiharan ini beberapa bulan kemudian tertubuhnya sebuah organisasi payung yang diberi nama: Barisan Bersatu Kemerdekaan Patani atau lebih dikenali sebagai BERSATU. Ia didokong oleh keempat-empat pertubuhan pembebasan yang tersebut di atas.Oleh itu boleh dirumuskan bahawa pengisytiharan di atas didokong sepenuhnya oleh BERSATU.
Banyak peristiwa telah berlaku sejak dari tarikh pengisytiharan itu. Walaupun penubuhan BERSATU tidak membawa kepada wujudnya penyatuan sebenar dari segi organisasi pertubuhan perjuangan  dan gerakan militir, namun ianya telah membawa satu impak politik yang bermakna kepada perjuangan Patani. Keupayaan pimpinan, kesepakatan dan semangat toleransi sesama mereka dalam mewujudkan satu barisan menyuarakan tuntutan telah sedikit sebanyak menggusarkan pihak penjajah.
 Penjajah Thai yang sudah dikenali dengan polisi pecah dan perintah (divide and rule) tentu sekali tidak senang apabila pejuang Patani bersatu menghadapi mereka. Penjajah lebih suka jika pihak pejuang berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri, yang sudah tentu akan menyebabkan suara dan upaya mereka menjadi lemah. Sampai hari ini BERSATU masih lagi menjadi satu igauan bagi pihak penjajah walaupun ia sudah tidak lagi berperanan.
Sejarah penubuhan BERSATU, perjalannya dalam memikul tanggungjawab membela nasib bangsa, permasalahan dalamannya dan akhir berkesudahannya dengan kelesuan. Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan dengan panjang lebar mengenai perkara itu melainkan terserah kepada para pengkaji politik yang berminat untuk mendalaminya. Apa yang lebih penting di sini ialah SEMANGAT dan CITA-CITA yang terkandung di dalam Pengisytiharan itu sendiri.
Perkara 1 dan 2 adalah satu pernyataan yang tegas dan jitu bahawa perjuangan ini bermatlamatkan sebuah Negara Patani Merdeka dan berdaulat melalui perjuangan politik bersenjata oleh rakyat keturunan Patani sendiri. Kesemua pertubuhan perjuangan Patani mendukung perinsip ini saat awal penubuhannya sehingga hari ini. Meskipun kecenderungan hari ini sesetengahnya telah mengambil pendekatan perundingan atau dialog damai, para pejuang hanyalah cuba meneroka jaluran sampingan yang boleh membawa kepada cita-cita itu dan tidak sama sekali meninggalkan perjuangan bersenjata.
Perakara 3,4 dan 5 menonjolkan sikap penentangan pejuang Patani terhadap SEMUA polisi, tindakan, eksploitasi, penindasan dan pencabulan Hak Asasi Manusia oleh pihak Penjajah yang bertujuan  untuk terus mengekalkan cengkaman kuku besinya ke atas rakyat Patani dan sumber buminya. Kita lihat betapa hari ini orang Melayu Patani sudah hilang jati diri sebagai suatu bangsa yang bermaruah, hidup merempat di bumi sendiri, bahasa dan budayanya sudah hampir pupus. Mereka ditangkap,dihilangkan atau dibunuh sewenang-wenangnya tanpa pengadilan yang telus dan saksama.
Penentangan juga adalah terhadap sebarang usaha dari mana-mana pihak yang bersekongkol untuk mencuri kekayaan hasil bumi Patani , sehingga bersedia untuk bertindak secara tegas terhadap para "penyangak" dan mereka yang mengkhianati perjuangan seperti yang terkandung dalam perkara 6.
Perkara 7 dan 8 menyeru dan memohon sokongan dan dokongan dari individu, pertubuhan, serta menghulurkan tangan untuk saling berkerjasama dengan semua yang cintakan keadilan, kebebasan dan kedamaian seperti yang terkandung di dalam perkara 9.
Meskipun 25 tahun sudah berlalu pengistiharan 9 perkara itu masih lagi relevan pada hari ini kerana konflik politik masih berterusan. Para pemimpin perjuangan datang dan pergi. Organisasi kuat dan lemah silih berganti. Para pejuang di lapangan ada yang sudah syahid, yang sudah  berumur dan yang sunyi menyepi.Yang masih kekal ialah rakyat jelata dengan cita-cita perjuangan yang tak pernah padam. Maka seharusnya amanah ini akan terus dipikul oleh generasi seterusnya dan dipertingkatkan keupayaannya untuk mengahasilkan KEADILAN, KEDAMAIAN dan KEBEBASAN hakiki di bumi Patani Darussalam.
 Adapun berhubung dengan pendirian rasmi pertubuhan-pertubuhan perjungan Patani mengenai proses dialog damai terkini masih dalam perbincangan. Adalah dijangkakan satu  sidang rasmi akan diadakan sedikit masa lagi disusuli dengan pengumuman rasmi  dari pihak pejuang samada mereka akan menyertai dialog akan datang atau sebaliknya.
Sama sama kita tunggu....

Abu Hafez Al-Hakim
Cuka dan Madu - Dari Luar Pagar Patani
17 Rabi'ul Awal 1436 H/ 8 Januari  2015 M