Rabu, 9 September 2015

Deklarasi JABATAN PENERANGAN B.R.N

Assalamualaikum Wr.Wb.

Deklarasi JABATAN PENERANGAN B.R.N

Alhamdulillahiwahdah. Kepada umatku Bangsaku Melayu PATANI yang tercinta, jadilah kita umat yang satu bangsa yang satu, bersatulah kita pantang menyerah.

Kondisi Realitas masyarakat Melayu Patani selama lebih dari 2 abad sejak tahun 1786 telah menyatakan kepada publik bahwa ada dampak fatal di setiap sudut baik di bidang politik ekonomi sosial maupun budaya. Akibat ini dari kolonialisasi oleh Siam secara sistematis melalui policy "pecah dan perintah" (divide and rule) serta menyatukan jadi sebagian dari negara Siam tanpa hak yang benar.

Sejak dari hari pertama dijajah oleh kolonialis Siam sampai sekarang ini, Bangsa Melayu Patani tidak pernah berhenti menentang dan melawan demi pembebasan sesuai dengan konteks dan kondisi zaman. Demikian itu, kondisi perlawanan Bangsa Melayu Patani sekarang adalah pertandingan Revolusi raktyat, oleh rakyat, untuk rakyat yang sedang menghadapi imprialisme, kolonialisme yang monopoli kapitalisme ortodoks.

Dalam kondisi tindas-menindas di bawah kolonialis Siam di atas, menyebabkan lahirnya alternatif perlawanan bangsa dalam bentuk revolusi rakyat untuk pembebasan yang di pelopori oleh Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang memiliki tujuan tertinggi adalah kemerdekaan demi untuk mempertahankan hak Bangsa Melayu Patani, di atas kedaulatan teritorial yang sesuai dengan piagam Perserikatan Bangsa Bangsa (PBB) 1514 (XV).

Demikian juga kondisi politik imprialis dan kolonialis Siam sekarang sedang tertantang dengan permasalahan dalam istana, tentang perencanaan berebut untuk mendapatkan kekuasaan kerajaan ke 10. Sedangkan untuk menciptakan pemerintahan demokratis yang menghormati keinginan politik rakyat merupakan jalan keluar solusi konfik belum juga dapat dilaksanakan. Bahkan sebaliknya memperalat rakyat dalam perebutan kekuasaan.

Negara-negara antara bangsa sudah mengidentifikasi bahwa penjajah siam tidak menghormati marwah manusia dan hak untuk menentu nasib sendiri setiap bangsa di bawah jajahannya, khususnya BANGSA MELAYU PATANI. Apalagi dengan perundingan damai yang tidak mungkin dapat di percaya bahwa penjajah Siam tidak akan menipu terhadap Patani lagi seperti yang telah lalu, karena penjajah Siam terkenal dengan penipulator dan terorisme. Sejak zaman dahulu penjajah Siam menggunakan teori asal sampai tujuan segala cara halal. Berdasarkan fakta yang ada, kami Bangsa Melayu Patani tidak dapat menaruh kepercayaan kepada penjajah Siam yang tak bermoral lagi pengkhianat yang selalu sungsang dengan bangsa lain yang ada di dunia.

Selagi ideology politik penjajah Siam tidak berubah dan mengakui hak untuk menentu nasib sendiri bagi Bangsa Melayu Patani sesuai dengan piagam Perserikatan Bangsa Bangsa (PBB) 1514 (XV). SELAMA ITU REVOLUSI RAKYAT MELAYU PATANI TETAP DITERUSKAN HINGGA NASIB BANGSA MELAYU PATANI MENCAPAI KEBEBASAN.

Diakhir ini kami nyatakan bahwa deklarasi ini sebagai pengtahuan umat kita dan bangsa kita bahwa pendirian dan sikap kami adalah satu, satu bangsa, satu bahasa dan satu negara.

Pantang kiri, pantang kanan.
MERDEKA ATAU SYAHID.


Wassalamualaikum Wr.Wb.
JABATAN PENERANGAN B.R.N.
MERDEKA! MERDEKA !! MERDEKA !!!


http://dangerofpatani.blogspot.my/2015/09/deklarasi-jabatan-penerangan-brn.html

http://wartani.com/dev/2015/09/08/perisytiharan-jabatan-penerangan-b-r-n-%E0%B8%9B%E0%B8%A3%E0%B8%B0%E0%B8%81%E0%B8%B2%E0%B8%A8%E0%B8%88%E0%B8%B2%E0%B8%81%E0%B8%9D%E0%B9%88%E0%B8%B2%E0%B8%A2%E0%B8%9B%E0%B8%A3%E0%B8%B0%E0%B8%8A.html

Isnin, 3 Ogos 2015

BRN perlu mengambil pengajaran apa yang berlaku kini dalam PAS


Keutuhan PAS, bai'ah untuk Islam
MUHAMMAD NAJHAN HALIM | .

لَقَدْ رَضِيَ اللَّهُ عَنِ الْمُؤْمِنِينَ إِذْ يُبَايِعُونَكَ


 تَحْتَ الشَّجَرَةِ فَعَلِمَ مَا فِي قُلُوبِهِمْ فَأَنْزَلَ 

السَّكِينَةَ عَلَيْهِمْ وَأَثَابَهُمْ فَتْحًا قَرِيبًا

Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang yang beriman, ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad) di bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata apa yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) yang ada dalam hati mereka, lalu Ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka, dan membalas mereka dengan kemenangan yang dekat masa datangnya.

PAS yang sedang menyelurusi jalan-jalan menuju kemenangan dengan izin Allah s.w.t. dalam persada politik tanah air memperlihat kedudukannya semakin teguh dan utuh melalui kepimpinannya yang digabungkan daripada kepelbagaian kepakaran dan profesionalisme yang sangat diperlukan oleh parti dan masyarakat dalam negara ini dalam mendepani konflik negara Malaysia yang bergitu mencabar dan kabur.

Negara Malaysia kini amat memerlukan kemunculan satu bentuk penyelamat "the savior" buat rakyat untuk berpaut dan berpegang agar negara Malaysia tidak terus hanyut dan lemas dengan bermacam-macam isu yang mampu meruntuhkan negara ini.

PAS bersedia ke arah itu kerana PAS membawa mesej Islam berteraskan Al-Quran, As-Sunnah, Ijmak Ulamak dan Qiyas yang dijanjikan Allah s.w.t. sebagai wadah penyelamat ummat manusia sejagat.

PAS kini juga sudah mendapat perhatian umum dan masyarakat dalam negara ini begitu juga di dunia antarabangsa apabila Presidennya Tuan Guru Abd Hadi Awang dilantik sebagai Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia bersama dengan para alim ulama yang disegani di peringkat antarabangsa adalah satu bukti bahawa dunia islam memerlukan pengalaman dan kepakaran daripada PAS untuk memimpin ummat Islam.

Walaupun begitu PAS yang sedang bertarung dengan krisis dalamannya, namun ingatlah kata hikmah ada yang menyebut bahawa "...air yang keruh adakalanya membawa kebaikan daripada air yang terlalu jernih..."

Justeru itu, terdapat sebilangan pimpinan PAS yang tewas dalam pemilihan ahli jawatankuasa kerja pusat dalam muktamar yang lalu telah menyatakan hasrat untuk menubuhkan parti baharu kononnya sebagai alternatif kepada PAS sebenarnya memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk lebih mengenali dan mendekati PAS.

Masyarakat melihat PAS sedang melalui proses ke arah lebih matang dan untuk mendewasakannya apabila diuji sebegini.

PAS yang berusia lebih 60 tahun sebenarnya sebuah bahtera yang sangat kukuh dalam melayari lautan dakwah dan harakah di negara ini serta memiliki pengalaman seluas lautan di arena politik tanah air.

Sejarah yang telah berlaku melakarkan bahawa PAS pernah berada pada zaman pemerintahan British, pernah pada zaman awal perjuangan kemerdekaan Malaysia, memimpin negara dalam kerajaan bersama Perikatan (nama sekarang Barisan Nasional), pada zaman darurat, pernah memenangi pilihan raya dan kalah berkali-kali dalam pilihan raya, pernah memerintah beberapa negeri, pernah juga bekerjasama atau tahaluf dengan pelbagai parti yang berlatarbelakangkan idea fahaman sekular, sosiolis, nasionalis serta pragmatis.

Semua bahan ini adalah rencah dan rempah yang sebenarnya diperlukan oleh mana-mana parti dan gerakan politik dalam negara ini tetapi ia dimiliki oleh PAS.




Isu dan perkembangan politik mutakhir negara yang sedang berlaku memberikan input bermakna dan nilai tambah kepada PAS sekaligus menjadikan PAS menjadikan parti yang lebih berdaya maju dan berpengalaman berbanding dengan kewujudan parti-parti yang lain di negara ini.

Isu penubuhan Gerakan Harapan Baru atau GHB yang digerakkan di kalangan sebahagian pimpinan PAS dan ahlinya bukan satu perkara yang ganjil kepada PAS. Dalam sejarah kemunculan parti Hamim dan Berjasa satu ketika dahulu adalah satu pengalaman bagi PAS, atas sebab itu PAS mampu bertahan dan insya Allah, PAS akan dapat mengharungi dan melepasinya.

Begitu juga dengan terkeluarnya beberapa pimpinan dan ahli PAS menyertai GHB tidak akan menjejaskan PAS sebaliknya dilihat sebagai positif apabila pemimpin PAS dan ahlinya yang lain kini terus beristiqamah dan lebih bersemangat untuk menerajui dan mempertahankan jamaah yang amat disayangi ini. Tambahan pula, PAS telah menerima keahlian baru yang ramai dan semakin hari semakin minat masyarakat terhadap PAS.

Adapun krisis PAS-DAP juga sebenarnya adalah satu isu yang langsung tidak merubah kedudukan dan haluan PAS yang mana PAS dilihat sebuah parti yang sangat konsisten dan berprinsip walaupun kesannya pemutusan tahaluf siyasi atau pakatan politik antara keduanya.

Masyarakat Islam khasnya dalam negara ini akan lebih meyakini PAS sebagai wadah yang berpendirian teguh pada prinsip tetapi pada masa yang sama anjal dalam tindakan demi Islam buat mereka jadikan sebagai penyelamat.

Pergolakan dan krisis dalam Umno serta kerajaan pimpinan Umno BN sedang melonjakkan PAS ke persada yang lebih tinggi. Kebijaksanaan Tuan Guru Presiden apabila membuat kenyataan berkaitan dengan kedudukan Perdana Menteri Malaysia baru-baru ini membuktikan kematangan PAS bahawa PAS bersedia untuk menggantikan Umno menerajui negara ini. 

PAS tidak mahu individu pemimpin kerajaan sahaja bertukar tetapi PAS ingin menukar sistem yang merugikan negara ini dan rakyatnya. 

PAS bersedia kepada pilihan raya untuk ke arah itu. Bukan PAS yang akan menentukan perubahan negara ini tetapi PAS akan serah kepada rakyat untuk menentukannya di samping PAS bersedia untuk dijadikan wadah buat mereka.

Ahli Umno yang sudah kecewa dan muak dengan pemimpinnya dan kerajaan negara ini telah hilang tempat bergantung mereka, maka PAS lah tempat mereka bakal tuju kerana PAS telah membuktikan sikapnya yang telus dipercayai, berprinsip, adil kepada semua dan terutamanya sekali agama Islam yang menjadi sandaran dan rujukannya.

Oleh itu, yakinilah wahai rakan-rakan sekalian bahawa PAS pasti dipelihara oleh Allah s.w.t. tatkala kita telah mengisi borang dan berbai'ah bersama jamaah ini. Apabila kita telah berjanji setia dan taat kepada jamaah ini sebenarnya adalah setia kita kepada Allah azzawajalla selama jamaah ini tidak melanggari Al-Quran dan As-Sunnah.

Allah s.w.t. pasti akan memberikan ketenangan dan kesejahteraan di samping berita kemenangan kepada perjuangan ini sebagaimana janji Allah kepada Nabi s.a.w. dalam kisah pembukaan Kota Mekah selepas berlakunya Bai'ah Hudaibiyyah ataupun dikenali juga dengan Bai'ah ar Ridhwan.

Mereka yang melanggari bai'ah ini, Allah juga menjanjikan keburukan buat mereka di dunia dan juga akhirat. FirmanNya dalam surah Al Fath ayat 11




إِنَّ الَّذِينَ يُبَايِعُونَكَ إِنَّمَا يُبَايِعُونَ اللَّهَ يَدُ اللَّهِ فَوْقَ أَيْدِيهِمْ ۚ فَمَنْ نَكَثَ فَإِنَّمَا يَنْكُثُ عَلَىٰ نَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَوْفَىٰ بِمَا عَاهَدَ عَلَيْهُ اللَّهَ فَسَيُؤْتِيهِ أَجْرًا عَظِيمًا
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar. 

HARAKAHDAILY 4/8/2015
Penulis ialah Setiausaha Dewan Ulamak PAS Selangor.

Selasa, 2 Jun 2015

Khansa’: Ibu para syuhada’.

Khansa’:  Ibu para syuhada’.

Wahai revolusinir PATANI baca dan renunglah kisah ini...
Seperti apakah susuk tauladan yang baik bagi seorang ibu dalam menunaikan kewajipan mendidik anak-anak?  Ada satu rangkap kata-kata yang tidak asing lagi di telinga kita iaitu tangan yang disangka lembut menghayun buaian telah menggoncang dunia mencipta sejarah.  Sesuailah rangkap kata-kata ini untuk kita mengenali siapakah gerangan hamba Allah yang telah melahirkan dan mendidik empat orang Mujahid perang al-Qadisiyyah yang terkenal dalam sejarah Islam. 

Dialah al-Khansa’. Al Khansa’ adalah gelaran seorang wanita yang bernama Tumazhir binti ‘Amru bin Sulami.  Lafazh al-Khansa’ (muannats) diambil dari kata kha-na-sa (al-Khanas), artinya hidung yang pipih, dan agak naik ke atas. Jadi,al-Khansa’ adalah gelaran bagi wanita yang hidungnya seperti itu.. Al-Khansa’ dilahirkan pada zaman jahiliyah dan membesar di tengah suku bangsa Arab yang mulia, iaitu Bani Mudhar. Sehingga banyak sifat mulia yang terdapat dalam diri Al-Khansa’. la adalah seorang yang fasih, mulia, murah hati, tenang, pemberani, tegas, tidak pernah berpura-pura, suka berterus terang dan dialah wanita Arab pertama yang pandai bersyair.

Pandai bersyair.


Para sejarawan sepakat bahawa sejarah tidak pernah menceritakan wanita yang lebih pandai bersyair berbanding al-Khansa’, sebelum ataupun selepas beliau meninggal dunia. Pada mulanya beliau tidak pandai bersyair tetapi hanya boleh melantunkan dua atau tiga bait sahaja. 

Diriwayatkan bahawa ketika Adi bin Hatim dan saudara perempuannya, Safanah binti Hatim datang ke Madinah dan menghadap Rasulullah SAW, maka mereka berkata, "Ya Rasulullah, dalam golongan kami ada orang yang paling pandai dalam bersyair dan orang yang paling pemurah hati, dan orang yang paling pandai berkuda." Rasulullah SAW bersabda, “Siapakah mereka itu. Sebutkanlah namanya.” Adi menjawab, “Adapun yang paling pandai bersyair adalah Umru'ul Qais bin Hujr, dan orang yang paling pemurah hati adalah Hatim Ath-Tha'i, ayahku. Dan yang paling pandai berkuda adalah Amru bin Ma'dikariba.” Rasuluilah SAW membalas, "Apa yang telah engkau katakan itu salah, wahai Adi. Orang yang paling pandai bersyair adalah Al-Khansa’ binti Amru, dan orang yang paling murah hati adalah Muhammad Rasulullah, dan orang yang paling pandai berkuda adalah Ali bin Abi Thalib.”

Di zaman jahiliyyah, beliau terkenal dengan syair-syairnya yang menceritakan kenangan tentang orang-orang yang dikasihi  terutamanya dua saudara lelakinya, yaitu Mu'awiyah dan Sakhr  yang telah meninggal dunia. Ketika Mu’awiyah terbunuh, beliau meratapi kematiannya dalam beberapa bait syair. Tidak lama selepas itu, Shakhr pula terbunuh. Al-Khansa’ amat mencintai saudaranya ini, karena dia amat penyabar, penyantun, dan bertanggungjawah terhadap keluarga. Kematiannya menyebabkan al-Khansa’ sangat tersentak, lalu muncullah bakat bersyairnya yang selama ini terpendam.  

Jarir ra. pernah ditanya, “Siapakah yang paling pandai bersyair?” Jarir ra. menjawab, “Kalau tidak ada Al-Khansa’, tentu aku.” Al-Khansa’ selalu bersyair tentang kedua-dua saudaranya, sehingga beliau pernah ditegur oleh Umar bin Khattab ra. Umar ra. pernah bertanya kepada Khansa’,“Mengapa matamu bengkak-bengkak?” Khansa menjawab, “Karena aku terlalu banyak menangis atas pejuang-pejuang Mudhar yang terdahulu." Umar berkata, “Wahai Khansa’, mereka semua ahli neraka.” Sahut Khansa’, “sebab itulah yang membuatkan aku lebih kecewa dan lebih sedih. Dahulu aku menangisi Sakhr atas kehidupannya, sekarang aku menangisinya kerana dia adalah ahli neraka.”

Dan Khansa’ pun terus menangis di hadapan Umar sampai khalifah itu merasa kasihan, kemudian beliau menoleh kepada para sahabatnya lalu berkata, “Biarkan dia dengan urusannya.” Selepas keluar daripada menghadap Khalifah Umar, Khansa’ pergi menemui Aisyah Ummul-Mukminin dan meluahkan segala kesedihannya. Beliau merasa seperti mendapat ubat dan hiburan daripada Aisyah yang menambahkan kesabaran dan ketaqwaannya sehingga kemudiannya beliau ikut serta bersama para wanita muslimah lain menyebarkan syiar ajaran Islam dan berjihad di jalan Allah.

Keislaman al-Khansa’ dan Kaumnya


Tatkala mendengar mengenai dakwah Islam, al-Khansa’ pergi menemui Rasulullah bersama kaumnya, Bani Sulaim, dan menyatakan keislaman mereka. Ahli-ahli sejarah menceritakan bahawa pernah suatu ketika Rasulullah menyuruhnya melagukan syair, kemudian kerana kagum dengan keindahan syairnya, baginda mengatakan, “Ayuh teruskan, tambah lagi syairnya, wahai Khansa’!” sambil mengisyaratkan dengan jari telunjuk baginda.

Khansa’ telah banyak menitiskan duka hatinya menerusi syair.  Kedukaannya semakin lama semakin reda, dan hatinya menjadi damai setelah beliau bersama kaumnya pergi menemui Rasulullah untuk menyatakan bai’at masuk Islam. Baliau keluarlah  dari tempat duduk Rasulullah dengan rasa penuh keimanan dan kesabaran, walaupun masih  meratapi kedua saudaranya. Cuma, kini beliau tidak meratap sambil menampar pipi dan mengoyakkan baju seperti yang dilakukan dulu. Islam sebagai agama yang baru saja dipeluknya, mengharamkan perbutan tersebut. Begitulah kuatnya umat Islam terdahulu berpegang pada ajaran Islam seperti firman Allah SWT: 

“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin apabila mereka dipanggil kepada Allah dan Rasul-Nya agar rasul menghukum (mengadili) di antara mereka, ialah ucapan: "Kami mendengar dan kami patuh." Dan mereka itulah orang-orang yang untung. Dan barangsiapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan.” [TMQ an-Nuur (24): 51-52] 

Wasiat al-Khansa’ Bagi Keempat-empat Anaknya

Al-Khansa’ berkahwin dengan Rawahah bin Abdul Aziz As Sulami. Dari pernikahan itu beliau dikurniakan empat orang anak lelaki. Setelah melalui pembinaan dan pendidikan tangan-tangannya, keempat-empat anak lelakinya itu telah menjadi pahlawan-pahlawan Islam yang terkenal dan Khansa’ sendiri terkenal sebagai ibu dari para syuhada kerana dorongannya terhadap keempat-empat anak lelakinya yang telah gugur syahid di medan Qadisiyah . Dalam sebuah riwayat disebutkan, bahwa al-Khansa’ dan keempat-empat puteranya ikut serta dalam perang al-Qadisiyyah.

Sebelum peperangan itu bermula, terjadilah perdebatan yang sengit di rumah Al-Khansa’. Keempat-empat puteranya berdebat untuk menentukan siapakah yang patut diberi peluang untuk ikut berperang melawan tentara Parsi, dan siapakah yang patut tinggal di rumah bersama ibu mereka. Keempat-empatnya saling tunjuk menunjuk kepada yang lain untuk tinggal di rumah. Masing-masing ingin turut berjuang melawan musuh fi sabilillah. Rupa-rupanya, pertengkaran mereka itu telah didengari oleh ibu mereka. Maka Al-Khansa’ mengumpulkan keempat-empat anaknya, dan berkata,

“Wahai anak-anakku, sesungguhnya kalian memeluk agama ini tanpa paksaan. Kalian telah berhijrah dengan kehendak sendiri. Demi Allah, yang tiada Tuhan selain Dia. Sesungguhnya kalian ini putera-putera daripada seorang lelaki dan daripada seorang perempuan yang sama. Tidak patut bagiku untuk mengkhianati bapamu, atau memalukan bapa saudaramu, atau menconteng arang di kening keluargamu. Jika kalian telah melihat perang, singsingkanlah lengan baju dan berangkatlah, majulah ke barisan paling depan niscaya kalian akan mendapatkan pahala di akhirat, negeri keabadian. Wahai anakku, sesungguhnya tiada Tuhan selain Allah dan bahawa Muhammad itu Rasul Allah. lnilah kebenaran sejati, maka untuk itu berperanglah dan demi itu pula bertempurlah sampai mati. Wahai anakku, carilah maut nescaya dianugerahi hidup.”

“Kalian semua tahu betapa besar pahala yang Allah janjikan bagi orang-orang yang beriman ketika berjihad melawan orang-orang kafir. Ketahuilah bahawa negeri akhirat yang kekal itu jauh lebih baik dari negeri dunia yang fana. Allah Azza wa Jalla berfirman,Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” [TMQ ali Imran (3): 200]  Andaikata esok kalian masih diberi kesihatan oleh Allah, maka perangilah musuh kalian dengan gagah berani, mintalah kemenangan ke atas musuhmu dari Ilahi. Apabila pertempuran mulai sengit dan api peperangan mulai menyala, terjunlah kalian ke jantung musuh, bunuhlah pemimpin mereka saat perang tengah berkecamuk, mudah-mudahan kalian meraih ghanimah dan kemuliaan di negeri yang kekal dan penuh kenikmatan.”





Kepahlawanan Keempat-empat Anaknya

Terdorong oleh nasihat ibunya, keempat-empat puteranya tampil dengan gagah berani. Mereka bangkit demi merealisasikan impian si ibu. Dan tatkala fajar menyingsing, majulah keempat-empat puteranya menuju kem-kem musuh. Sesaat kemudian, anak pertama memulakan serangannya dengan pedang terhunus sambil bersyair,

Saudaraku, ingatlah pesan ibumu tatkala ia menasihatimu di waktu malam..
Nasihatnya sungguh jelas dan tegas, “Majulah dengan geram dan wajah muram!”
Yang kalian hadapi nanti hanyalah anjing-anjing Sasan  yang mengaum geram..
Mereka telah yakin akan kehancurannya, maka pilihlah antara kehidupan yang tenteram
atau kematian yang penuh keberuntungan


Ibarat anak panah, anak pertama terus meluru ke tengah-tengah musuh dan berperang mati-matian hingga akhirnya gugur. Semoga Allah merahmatinya. Berikutnya adalah giliran anak yang kedua maju menyerang sambil bersyair,

Ibunda adalah wanita yang hebat dan tabah, pendapatnya sungguh tepat dan bijaksana
Ia perintahkan kita dengan penuh bijaksana, sebagai nasihat yang tulus bagi puteranya
Majulah tanpa memikirkan jumlah mereka dan raihlah kemenangan yang nyata
Atau kematian yang sungguh mulia di jannatul Firdaus yang kekal selamanya


Kemudian dia bertempur hingga ke titisan darah yang terakhir mengikuti saudaranya ke alam baqa’.  Semoga Allah merahmatinya. Lalu yang ketiga mengambil bahagian. Dia maju mengikuti jejak saudaranya, lalu bersyair,

Demi Allah, takkan kudurhakai perintah ibu perintah yang sarat dengan rasa kasih sayang
Sebagai kebaktian nan tulus dan kejujuran maka majulah dengan gagah ke medan perang..
Hingga pasukan Kisra terpukul mundur atau biarkan mereka tahu, bagaimana cara berjuang
Janganlah mundur kerana itu tanda kelemahan , raihlah kemenangan walaupun maut menghadang


Kemudian dia terus bertempur hingga mati terbunuh.  Semoga Allah merahmatinya.  Seterusnya,  tibalah giliran anak yang terakhir menyerang. Ia maju lantas bersyair,

Aku bukanlah anak si Khansa’ maupun Akhram , tidak juga Umar atau nenek moyang yang mulia,
Jika aku tak menghalau pasukan Ajam, melawan bahaya dan menghancurkan barisan tentera
Demi kemenangan yang menanti, dan kejayaan ataulah kematian, di jalan yang lebih mulia


Lalu dia pun bertempur habis-habisan hingga gugur.  Semoga Allah meredhainya bersama ketiga-tiga saudaranya. Ketika berita gugurnya keempat-empat anaknya tadi sampai telinga al-Khansa’, beliau hanya tabah sambil mengatakan,“Segala puji bagi Allah yang memuliakanku dengan kematian mereka. Aku berharap kepada-Nya agar mengumpulkanku bersama mereka dalam naungan rahmat-Nya.”

Wahai ibu-ibu yang menghayunkan buaian!

Memang telah menjadi kewajipan kalian mendidik anak-anak, tetapi apakah matlamat yang harus kalian tetapkan dalam proses pendidikan tersebut? Jawapannya adalah untuk menjadikan anak-anak kalian hamba-hamba Allah yang bertaqwa sehingga sanggup mengorbankan nyawa demi mempertahankan Islam di bawah pimpinan Khalifah Islam dan untuk terus menyebarkan Islam ke setiap pelosok dunia dengan jalan jihad. Jadi, al-Khansa’, ibu para syuhada’ ini, adalah salah satu susuk peribadi seorang ibu yang boleh dijadikan teladan oleh ibu-ibu masa kini. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan Islam melalui jihad adalah tanggungjawab Daulah Khilafah dan telah menjadikan kewajipan kita semua berusaha mewujudkannya serta mendidik anak-anak kita berjuang dengannya.  wallahu 'alam

Rabu, 20 Mei 2015

Dr Burhanuddin helmy tokoh kebangsaan dan kemerdekaan melayu


DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Beliau dilahirkan di Cangkak Tualang, Perak pada 29 ogos 1911. Mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu Behrang Ulu dan  kemudian di Bakap sehingga Darjah 3. Beliau terdiri daripada kalangan yang mempunyai latar belakang agama yang mapan. Beliau dan adiknya Abdul Halim dihantar belajar ke Sumatera Barat pada tahun 1924. Indonesia di awal abad 20, lebih menonjol berbanding Tanah Melayu dalam pendidkan Islam dan juga pergulatan menentang penjajah.

Di sana beliau mencium pengaruh pemikiran Sarekat Islam, sesebuah pergerakan fenomenal berbasis Islam yang dipimpin oleh Omar Said Chokroaminoto. Sekembalinya ke tanah air, beliau masuk belajar ke pondok pisang, Jitra untuk mendalami kitab-kitab tradisional yang menjadi teras pengajian di pondok. Pendidikan sekolah pondok sangat subur di Tanah Melayu terutama di Kedah, Kelantan dan Terengganu. Ternyata acuan dalam kaedah belajar di situ tidak menyelerakan beliau yang agak kritis dan sukakan cabaran intelektual. Sistem pendidkan menumpukan hafazan dan tidak mencabar pemikiran pelajar.

Bapa Burhanuddin telah memindahkan beliau ke Madrasah Al-Masyur Al-Islamiyyah di Pulau Pinang, sebuah sekolah agama tersohor bagi negeri utara. Beliau telah menamatkan Tingkatan Menegah Atas (Thanawi) pada 1934. Di atas kedermawan seorang usahawan dari Pulau Pinang beliau telah mendapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di India, sebuah negara yang pernah menjadi tempat penting pertapakan ilmu Islam terutama bidang hadis. Senario politik di India yang begitu  subur dengan tuntutan rakyat untuk menuntut kemerdekaan telah menyubur dan membajai semangat anti- kolonial yang telah berkembang biak di dalam diri beliau.

Bermukim ilmu di India telah membuka ruang seluas mungkin kepada Dr Burhanuddin untuk memahami tabiat perjuangan dan sikap penjajah Barat. Di sana beliau berpeluang mengenal lebih rapat akal  budi pejuang-pejuang anti-kolonial seperti Ghandi dan Nehru.

Dr Burhanuddin merupakan anak Melayu yang pertama mempelajari disipilin ilmu Homeopathi dan beliau telah memperolehi gelaran Doktor Falsafah (Ph.D) dari Universiti Islam Aligharh, India dalam jurusan metafizik dan falsafah. Sebelum pulang ke tanah Melayu, beliau sempat menziarahi beberapa negara Arab termasuk bumi Palestin. Kembara ilmu semakin memantapkan pengalaman beliau untuk menjadi tokoh perjuangan kemudiannya.

Sekembalinya beliau ke tanahair, beliau telah menjawat jawatan guru bahasa Arab di sekolah Arab al-Juned, Singapura. Dalam masa yang sama beliau memainkan peranan menubuhkan akhbar ' Taman Bahagia' pada tahun 1937 untuk meluahkan rasa mual dan jijik beliau kepada sikap penjajah dan beliau cuba mengempur semangat dan pemikiran orang Melayu supaya menginsafi nasib mereka sebagai bangsa yang tertindas di watan sendiri.

Akhbar sebagai wahana pencerahan politik ini hanya bertahan untuk sekali keluaran sahaja (diharamkan di British) dan beliau telah membayar harga yang mahal, terpaksa menjenguk ke penjara British Dr. Burhanuddin telah memberi rancangan kepada penubuhan parti Islam yang pertama di Malaya iaitu Hizbul Muslimin yang ditubuhkan di Gunung Semanggol pada Mac 1948. Dasar dan slogannya ialah "Islam semata-mata bagi mencapai kemerdekaan bangsa Melayu yang berdaulat, ciptakan masyarakat bedasarkan Islam dan mencapai Tanah Melayu darul Islam".


Sejarah tanah air menyaksikan ketokohan, kesegaran idealisme dengan stamina perjuangan yang gencar sehingga beliau telah memberi mandat untuk memimpin beberapa wadah popular gerakan politik tanah air. Pada 30 November hingga 3 Disember 1945, Dr. Burhanuddin telah dilantik sebagai yang Dipertua Agung PKMM, menggantikan Mokhtaruddin Lasso seorang yang mempunyai identiti yang samar juga free thinker (anggota komunis) yang menghilangkan diri.

Pengaruh Dr. Burhanuddin kepada orang Melayu begitu sekali mengesankan, menyebabkan PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) berjaya merebut hati rakyat dan ini amat mengusarkan British. Parti ini merupakan pertubuhan pertama yang melaungkan slogan 'merdeka' di Tanah Melayu dan mempunyai sayap penopangnya seperti API (Angkatan Pemuda Insaf) dan AWAS (Angkatan Weanita Sedar). Jalur politik perlawanan menyebabkan PKMM meraih sokongan daripada orang melayu yang inginkan kemerdekaan.

Beliau juga telah menganjurkan persidangan Ekonomi- Ugama Se-Malaya pada 22-24 Mac 1947. Perhimpunan ini telah menghimpunkan rakan-rakannya di Maahad Al-Ehya As-Shariff. Persidangan ini telah mengorak langkah kepada pertubuhan PEPERMAS (Pusat Perekonomian Malaya Se-Malaya) dan MATA (Majlis Islam Tertinggi Se-Malaya). Dr. Burhanuddin telah menyertai PAS (Parti Islam Se Tanah Melayu) pada 14 Disember 1956 dan dilantik menjadi Yang Dipertua Agung PAS dalam Muktamar PAS ke-5.

Wibawa sebagai pemimpin ummah telah menyebabkan kemenangan PAS yang cermerlang di Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum 1959. Beliau dalam Pilihan Raya itu telah diberi mandat oleh warga Parlimen Besut untuk menjadi jurubicara mereka di Parlimen Malaya. Tidak syak lagi kemasukan Dr. Burhanuddin ke dalam PAS telah meledakkan perubahan yang besar. Sebelum ini PAS telah dimomokkan oleh rakyat dan pemerhati politik, "PAS laksana ular, ekor bergerak tetapi kepalanya tidur".

Era kepimpinan yang paling berkesan dan paling menonjol dalam PAS ialah semasa PAS dipimpin oleh dua tokoh besar alam Melayu iaitu Dr. Burhanuddin dan Dr. Zulkifli Muhammad, kepimpinan mereka telah berjaya melonjakkan PAS ke persada arus utama politik negara ini. Pandangan mereka menjadi buruan akhbar apatah lagi kerana inteligensia Melayu tidak ramai terlibat dengan politik Tanah Melayu secara langsung.

Dr. Burhanuddin adalah mentor kepada politik kiri Tanah Melayu yang telah mendekam beberapa kali di penjara British. Akhbar 'Melayu Raya' sentiasa memberikan beliau publisiti yang lumayan sebagai pemimpin rakyat yang tidak gentar berhadapan dengan gertakan British pada tahun 1950 beliau adalah tokoh utama dalam peristiwa Natrah di Singapura sehingga beliau dipenjarakan. Beliau dibebaskan kemudiannya akibat desakan rakyat, juga kebijakan rejim British untuk meredakan kemarahan orang Melayu.

Dr. Burhanuddin Al-Helmy mula dilantik dalam muktamar PAS pada 25 Disember 1956 yang berlangsung di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur dalam program muktamar yang hangat, Beliau telah berjaya menewaskan calon lain iaitu Dr. Zulkifli Muhammad untuk jawatan Yang Dipertua Agung PAS yang ketiga. Sungguhpun Zulkifli Muhammad telah mendapat pencalonan yang banyak daripada kawasan-kawasan.

Takziah, penghormatan untuk Almarhumah Hajjah Suri Yahya

PEMERGIAN Almarhumah Hajjah Suri Yahya sekitar petang tadi (19 Mei 2015) merupakan satu peristiwa yang menyaksikan negara kehilangan srikandi Islam yang teguh istiqamah bersama dalam perjuangan Islam dan ummah.

Almarhumah Hajjah Suri Yahya merupakan balu kepada Almarhum Dr Burhanuddin Helmy, mantan Presiden PAS/Penaja Kemerdekaan Tanah Melayu.

Almarhumah dahulunya sentiasa berada di samping Almarhum Dr Burhanuddin Helmy, meredah perjuangan bersama, pemergiannya bukan hanya dirasai oleh kaum keluarga bahkan sangat dirasai oleh teman seperjuangan, malah oleh segenap masyarakat.

ummah islam merakamkan ucapan takziah dan simpati khusus kepada kaum keluarga Almarhumah.

Semoga Almarhumah dirahmati Allah SWT dan juga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman di sisi-Nya.

Al-Fatihah.

01 Syaaban 1436 H / 19 Mei 2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/kesatuan-fikrah/35526-dr-burhanuddin-tokoh-pas-yang-cemerlang

http://www.harakahdaily.net/index.php/presiden/35539-takziah-penghormatan-untuk-almarhumah-hajjah-suri-yahya

Selasa, 19 Mei 2015

BILA ALLAH TIADA DI HATI KITA…

Mengapa kita melalukan kejahatan? Ulama memberi tiga sebabnya. Yang utama dan pertama, apabila kurang yakin kepada Allah. Kedua, kurang yakin akan adanya Hari Akhirat dan ketiga, kerana terlalu cinta kepada diri lalu mengambaikan orang lain. Soalnya, mengapa orang Islam pun masih melakukan kejahatan?
Ya, kerana kita hanya percaya kepada ketiga-tiga perkara di atas tetapi tidak yakin. Kalau ditanyakan apa bezanya antara percaya dan yakin? Terlalu jauh bezanya. Percaya itu di akal, dimiliki oleh pemikiran dengan belajar. Manakala yakin itu di hati, dimiliki dengan tarbiah dan mujahadah.
 Sebab pertama dan kedua dinamakan Iman – yakin kepada Allah dan Hari Akhirat. Kedua sebab itu menumbuhkan sebab yang ketiga yakni ukhwah atau persaudaraan (kasih sayang). Dengan iman kepada Allah, terbentuklah kasih sayang sesama manusia. Jika ditanya, siapakah manusia yang paling kasih kepada manusia lain? Jawabnya, mudah. Siapa yang paling kasih kepada Allah maka dialah yang paling kasih kepada manusia.
jalan-aspal-pohon-hijau-indah
 Mengapa begitu? Kerana jika kita ingin mengasihi Allah, Allah letakkan syarat agar kita mengasihi hambaNya. Allah minta manusia yang hendak mengasihiNya menjadi saluran untuk Dia mengasihi hamba-hambaNya yang lain. Kita mesti menjadi saluran Allah untuk menyalurkan ilmu, rezeki, kasih, sayang, keadilanNya kepada manusia.
 Jadi, jika kenyataan ini dipandang dari sisi yang lain, kita boleh tegaskan begini: Hanya orang yang hatinya benar-benat yakin kepada Allah sahaja boleh menabur kebaikan dengan seikhlas-ikhlasnya kepada manusia lain. Jika ada manusia yang ingin menaburkan jasa dan kebaikan kepada manusia, tetapi tidak nampak sedikitpun keseriusannya untuk mendekati Allah, maka hubaya-hubaya (berjati-hati), besar kemungkinan dia hanya berpura-pura. Boleh jadi dia memberi untuk mendapat pulangan yang lebih besar lagi!
 Betapa ramai manusia yang mendabik dada ingin membuat kebaikan kepada manusia lain tetapi mengabaikan hubungannya dengan Allah. Mungkin sama ramainya dengan manusia yang mendakwa hubungannya sangat akrab dengan Allah tetapi meminggirkan hubungan sesama manusia. Inilah yang telah  menimbulkan golongan manusia yang gila kuasa, cinta kedudukan, dan obsesi ekonomi… kononnya untuk meneruskan legasi jasa kepada orang lain.
 Jangan kita lupa ‘yakin kepada Allah’ adalah kunci kepada segala kebaikan dan kejujuran. Dan jangan kita lupa pula ‘cinta kepada dunia’ itu kepala kepada segala kejahatan. Jika Allah dipinggirkan dalam diri, keluarga, masyarakat, pertubuhan, negeri atau sesebuah negara, maka jangan sekali-kali kita percaya dakwaan diri itu, keluarga itu, keluarga, pertubuhan, negeri atau negara itu untuk berjasa kepada manusia!
 Seruan untuk mendekatkan diri kepada Allah, mengamalkan syariat dan akhlak Islamiah mesti mendominasi seruan-seruan yang lain. Dasar dakwah Islamiah adalah mengajak orang ramai merdeka daripada penghambaan sesama manusia untuk bebas menghambakan diri kepada Allah. Menyedarkan manusia agar memburu kelapangan Hari Akhirat dengan meninggalkan kesempitan dunia – maksudnya, menggunakan nikmat dunia untuk menadapatkan kenikmatan syurga! Dan akhirnya, meninggalkan kezaliman sistem hidup buatan manusia untuk mendapat naungan keadilan sistem hidup Islam.
 Di mana Allah dalam hati, keluarga, masyarakat dan pertubuhan kita? Itulah satu muhasabah untuk difikirkan jika kita benar-benar jujur untuk menabur bakti kepada manusia. Inilah jalan para rasul, nabi, sahabat-sahabat dan umumnya para salafussoleh yang telah banyak menabur bakti kepada manusia lain. Merekalah individu yang rapat dengan ummah untuk mengetahui apa masalah mereka dan akrab dengan Allah untuk membantu manusia menyelesaikan masalah-masalah itu!
 Marilah kita imbau enekdot-enekdot dalam lipatan sejarah untuk mengetahui betapa roh tauhid itulah yang menjadi obor kepada perjuangan mereka untuk menabur bakti kepada manusia lain… Mereka adalah insan yang berbakti kepada manusia lalu dikurniakan kuasa, bukan menjadikan kuasa sebagai syarat untuk menabur jasa. Allah jualah yang memberi kuasa dan menarik kuasa kepada sesiapa yang dikehendakiNya.
 Marilah kita renungi sama-sama renungi apa yang pernah saya tuliskan dalam buku: DI MANA DIA DI HATIKU?
 Semasa Rasulullah s.a.w dan Sayidina Abu Bakar bersembunyi di gua Thaur, dalam perjalanan untuk hijrah ke Madinah, musuh-musuh Islam sudah berdiri di hadapan pintu gua dan hampir menemui mereka… Ketika Sayidina Abu Bakar cemas, Rasulullah s.a.w menenangkannya dengan berkata, “jangan takut, Allah bersama kita.” Itulah kehebatan Rasulullah, Allah sentiasa di hatinya.
 Sewaktu Da’thur seorang tentera musuh menyerang hendap Rasulullah saw lalu meletakkan pedang ke leher nabi Muhammad saw dan bertanya, “siapa akan menyelamatkan kamu daripada ku?”
Rasulullah saw dengan yakin menjawab, “Allah.” Mendengar jawapan itu gementarlah Da’thur  dan pedang pun terlepas daripada tangannya. Itulah kehebatan Rasulullah saw… ada DIA di hati baginda.
 Diceritakan bahawa suatu ketika khalifah Umar Al Khattab ingin menguji seorang budak gembala kambing di tengah sebuah padang pasir.
“Boleh kau jualkan kepada ku seekor daripada kambing-kambing yang banyak ini?” tanyanya kepada budak tersebut.
 “Maaf tuan, tidak boleh. Kambing ini bukan saya yang punya. Ia milik tuan saya. Saya hanya diamanahkan untuk menjaganya sahaja.”
“Kambing ini terlalu banyak dan tidak ada sesiapa selain aku dan kamu di sini, jika kau jualkan seekor kepada ku dan kau katakan kepada tuan mu bahawa kambing itu telah dimakan oleh serigala, tuan mu tidak akan mengetahuinya,” desak Sayidina Umar lagi sengaja menguji.
 “Kalau begitu di mana Allah?” kata budak itu. Sayidina Umar terdiam dan kagum dengan keimanan yang tinggi di dalam hati budak itu. Walaupun hanya seorang gembala kambing yakni pekerja bawahan, tetapi dengan kejujuran dan keimanannya dia punya kedudukan yang tinggi di sisi Allah. Jelas ada DIA di hatinya.
 Satu ketika yang lain, Sayidina Khalid Al Walid diturunkan daripada pangkatnya sebagai seorang jeneral menjadi seorang askar biasa oleh khalifah Umar. Esoknya, Sayidina Khalid ke luar ke medan perang dengan semangat yang sama. Tidak terjejas perasaan dan semangat jihadnya walaupun telah diturunkan pangkat. Ketika ditanya mengapa, Sayidina Khalid menjawab, “aku berjuang bukan kerana Umar.” Ya, Sayidina Khalid berjuang kerana Allah. Ada DIA di hatinya.
 Melihat enekdot-enekdot agung itu, aku terkesima lalu bertanya pada diri ku sendiri, di manakah DIA dalam hati ku? Apakah Allah sentiasa menjadi pergantungan harapan dan tempat merujuk dan membujuk hati ku yang rawan? Allah ciptakan manusia hanya dengan satu hati. Di sanalah sewajarnya cinta Allah bersemi. Jika cinta Allah yang bersinar, sirnalah segala cinta yang lain. Tetapi jika sebaliknya cinta selain-Nya yang ada di situ, maka cinta Allah akan terpinggir . Ketika itu tiada DIA di hati ku!
 Sering diri ku berbicara sendiri, bersendikan sedikit ilmu dan didikan daripada guru-guru dalam hidup ku, kata mereka (dan aku sangat yakin dengan kata itu), “ bila Allah ada di hati mu, kau seolah-olah memiliki segala-galanya. Itulah kekayaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki. ”
Kata-kata itu sangat menghantui diriku. Ia menyebabkan aku berfikir, merenung dan bermenung, apakah Allah menjadi tumpuan dalam hidup ku? Apakah yang aku fikir, rasa, lakukan dan laksanakan sentiasa merujuk kepada-Nya? Bila bertembung antara kehendak-Nya dengan kehendak ku, kehendak siapa aku dahulukan? Sanggupkah aku menyayangi hanya kerananya? Tegakah aku membenci juga kerananya?
 Muhasabah ini melebar lagi… Lalu aku tanyakan pada diri, bagaimana sikapku terhadap hukum-hakam Mu? Sudahkah aku melawan hawa nafsu untuk patuh dan melakukan segala yang wajib sekalipun perit dan sakit ketika melaksanakannya? Sudahkah aku meninggalkan segala yang haram walaupun kelihatan indah dan seronok ketika ingin melakukannya?
Soalan-soalan ini sesungguhnya telah menimbulkan lebih banyak persoalan.  Bukan akal yang menjawabnya, tetapi rasa hati yang amat dalam. Aku tidak dapat mendustai Mu ya Allah. Dan aku juga tidak dapat mendustai diri ku sendiri. Aku teringat bagaimana satu ketika seorang sufi diajukan orang dengan satu soalan, “apakah engkau takutkan Allah?”
 Dia menangis dan menjawab, “aku serba salah untuk menjawab ya atau tidak. Jika aku katakan tidak, aku akan menjadi seorang yang kufur. Sebaliknya kalau aku katakan ya, aku terasa menjadi seorang munafik. Sikap ku amat berbeza dengan kata-kata. Orang yang takutkan Allah bergetar hatinya bila mendengar ayat-ayat Allah tetapi aku tidak…” Maksudnya, sufi itu sendiri tidak dapat menjawab apakah ada DIA di hatinya…
 Jika seorang sufi yang hatinya begitu hampir dengan Allah pun sukar bila ditanyakan apakah ada dia di hatinya, lebih-lebih aku yang hina dan berdosa ini. Di hati ku masih ada dua cinta yang bergolak dan berbolak-balik. Antara cinta Allah dan cinta dunia sedang berperang dengan begitu hebat dan dahsyat sekali.
 Kalau kau tanyakan aku, “adakah DIA di hati mu?”, aku hanya mampu menjawab, “aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar ada DIA di hati ku. Aku belum sampai ke tahap mencintai-Nya tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk mencintai-Nya…”
 Justeru belum ada DIA di hati ku, hidup ku belum bahagia, belum tenang dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari dengan langkah mujahadah ini. Aku yakin Allah itu dekat, pintu keampunan-Nya lebih luas daripada pintu kemurkaan-Nya. Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Begitu seperti yang selalu ku dengar daripada sebuah hadis Qudsi yang panjang.
 Dan akhirnya aku tiba pada satu keyakinan, di mana DIA di hati ku bukan menagih satu jawapan… tetapi satu perjuangan dan pengorbanan. Insya-Allah, aku yakin pada suatu masa nanti akan ada DIA di hatiku dan di hatimu jua! Insya-Allah. Amin. Dan kita akan terus mengemis kasih…
http://genta-rasa.com/2015/05/18/bila-allah-tiada-di-hati-kita/#more-3117

Selasa, 27 Januari 2015

TENGKU MAHMUD MAHYUDDIN; Perjuangan belum selesai

Abdulloh Wanahmad; awanbook

Konflik di Patani tidak siapa tahu bilkah akan selesai dengan secepat mungkin, atau akan berterusan berpanjangan tanpa kesudahan.
Perjuangan Patani sudah berlarutan, memakan masa tidak kurang dari dua abad, setelah pertarungan antara Kerajaan Bangsa Melayu Patani dengan Bangsa Kerajaan Siam, setelah menemui titik perakhiran dengan kekalahan Patani.
Setelah perpuluhan kali kedua-dua kerajaan telah berperang, bertungkus lumus dalam mempertahankan tanah air masing-masing, dengan menahan diri di kala diserang, dan memburu kembali dikala berpeluang.
Dalam sejarah kita akan didapati bahawa, peperangan antara Patani dengan Siam, kebanyakan Patani diserangi daripada Patani Menyerang, akibat dari pencerubuhan oleh Bangsa Siam, yang berwawasan di dalam memperluaskan tanah jajahan mereka.
Namaun setelah berkali-kali Patani diserang, hatta pihak musuh dapat memasukki kekawasan Bandar hingga dapat menawan kawasan persekitaran dalam kawalannya, sambil menahan rakyat Patani pada waktu itu, dan mereka membuat sewenang-wenang kehendaknya, setelah Patani terjatuh ke tangan mereka, kota raja dibakar, alat perang dijadikan harta rampasan, mereka membawa semua barangan tersebut ke kota Bangkok bersama sejumlah tawanan perang, yang tak sempat menyelamatkan diri.
Kata qil, mereka yang ditawan dan bawa ke Bangkok oleh pihak Siam pada waktu itu, adalah terdiri pada mereka yang berkepandaian dalam bidang pekerjaan, seperti tukang rumah, dsg.
Walau bagaimanapun, setelah Patani kalah kepada Siam pada tahun 1975, bukan bererti semua hak-hak, dan cara pemerintahan Patani digubar dengan serta merta, namun orang Melayu Patani pada waktu itu, masih lagi diberi jawatan, diberi kuasa mengikut tugas yang disusun oleh mereka.

Patani sebelum timbulnya perjanjian haram 1909, antara kerajaan British dengan kerajaan Siam di Bangkok, atau yang dikenali dengan perjanjian Anglo, Patani masih lagi mempunyai ruang dan peluang yang amat cukup dalam  memperjuangkan untuk menuntut kemerdekaan dari jajahan Siam dengan secara diplomatik, namun malangnya, apabila usaha murni yang diusahakan oleh Tengkku Mahmud Mahyuddin, terelai di muara empangan penipuan colonial British, yang berjanji kepada Tengku Mahmud Mahyuddin bahawa, jika beliau menulungnya dan berjaya dalam mengusirkan tentera Jepun keluar dari tanah Malaya, ia akan bantu dan mendokong sepenuh-penunyah untuk melepaskan Patani dari belenggui Siam.

Namun, setelah beliau sedar bahawa, kata-kata janji manis colonial British itu, hanya hampa dan tipuan saja,ini adalah suatu titisan hitam yang terlekat dendam di dalam jiwa beliau selama hidupnya sehingga akhir hayat.
 Kemudian beliau mengumumkan kepada masyarakat luar bahawa, beliau sudah memecatkan gelaran Tengku pada saat ini, pengumuman tersebut tersebar dengan  begitu cepat dan mengejutkan masyarakat, beliau merasa cukup sedih dengan apa yang dibuat oleh colonial British pembohong itu.
Dan beliau juga, setelah mengisytihar memecatkan gelaran Tengku, beliau terus menjalani hidup seperti rakyat biasa, sebelum beliau jatuh sakit, kerana kedugaan citanya yang dibuat oleh British, kerana itu adalah sebuah harapan yang emas dan sangat berpeluang besar, dalam memperjuangkan demi kemerdekaan Patani dari Siam.
Dan dengan lama kelamaan, perasaan tersebut semakin mencekamkan kesihatannya, sehingga beliau menghabus nafas dengan tenang di tempat kediamannya, dengan usia yang masih muda 40 tahun, ada setengah yang mengatakan sebab yang memperburukkan lagi keuzurannya itu, adalah kerana kehilangan teman perjuangannya Hj. Sulung Tuan Minal, yang dicolek di tengah jalan bersama pengikut dan anaknya ketika dalam perjalanan di kawasan Senggo, dan ada yang mengatakankan juga, asbab diracuni, oleh musuh politiknya.
Perjuang Patani setelah kematian beliau, berada dalam keadaan yang memerlukan kepada seorang tokoh untuk menjaga persatuan dan kesatuan dalam bergerak, namun kenyataannya setelah pemergian beliau, telah mengguncangkan kesatuan perjuangan Patani, dan itulah yang sebagai titik permulaan yang memecahkan terelai menjadi beberapa Parti dan Kelompak hingga kedewasa ini.
Begitulah secebis tulisan ini, yang sudi mengingati jasa-jasa beliau, yang memperjuangkan untuk melepaskan bumi Patani dari belenggui Siam, betapa getir dan sukarnya perjuangan beliau, demi cita-cita yang suci, apatah lagi, demi keredhaan yang hakiki.
Dan kini runda-runda perjuangan untuk membebaskan Patani, masih diteruskan oleh jenerasi baru, yang sedar bahawa mereka adalah anak Melayu Patani. Seolah-olah beliau belum mati! Dan perjuangan beliau belum selesai.

http://www.deepsouthwatch.org/node/6607

Khamis, 15 Januari 2015

PENGISYTIHARAN SIDANG PEJUANG-PEJUANG PATANI

By Abu Hafez Al-Hakim

Sementara kita menunggu jadi tak jadi atau bilakah akan bergerak semula Proses Dialog Damai antara Kerajaan Thai dengan wakil-wakil Pejuang Patani, ada baiknya kita imbau kembali satu PENGISYTIHARAN SIDANG PEJUANG-PEJUANG  PATANI  yang dibuat 25 tahun  lalu.
Pengisytiharan yang dibuat di luar Patani itu merupakan hasil daripada satu  persidangan - Sidang Pejuang-pejuang Patani ( Conference of Patani Freedom Fighters)  pada tanggal 31 Ogos 1989 yang dianjurkan oleh pihak-pihak yang berkenaan dan  dihadiri oleh sebahgian besar pimpinan tertinggi utama gerakan perjuangan Patani yang turut menandatangani dokumen bersejarah itu. Mereka ialah:
1. Ketua BRN (Barisan Revolusi Nasional)-Kongres,
2. Ketua BIPP (Barisan Islam Pembebasan Patani),
3. Ketua GMP (Gerakan Mujahidin  Patani) dan
4. Pemimpin Kanan PULO (Patani United Liberation Organisation).

Antara lain kandungan pengisytiharan itu berbunyi :
"Dengan ini kami mengisytiharkan bahawa :
1. Perjuangan pembebasan Patani adalah perjuangan untuk mencapai kemerdekaan mutlak demi mewujudkan sebuah negara Melayu Islam yang berdaulat;
2. Perjuangan kami adalah perjuang JIHAD bersenjata yang diwajibkan oleh Islam dan didukung oleh Rakyat Melayu Patani;
3. Kami menentang segala dasar polisi dan  penjajah Thai yang sentiasa berusaha menghapuskan aqidah, bangsa, bahasa dan kebudayaan Melayu Patani;
4. Kami menentang segala bentuk penindasan, kezaliman dan pencabulan hak-hak asasi manusia sama ada dalam bentuk pembunuhan, penahanan tanpa perbicaraan, penganiyaan dan diskriminasi;
5. Kami menentang segala bentuk kerjasama oleh mana-mana pihak dengan penjajah Thai dalam mengambil faedah dan menikmati sumber-sumber ekonomi dan kekayaan bumi Patani;
6. Kami akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang bekerjasama dengan penjajah Thai yang dianggap mengkhianati perjuangan rakyat Patani;
7. Kami menggesa semua umat Islam membantu perjuangan suci kami;
8. Kami menyeru negara-negara dan pertubuhan-pertubuhan yang cintakan kebebasan, keadilan, dan kedamaian supaya memberi sokongan moral dan material terhadap perjuangan rakyat Patani;
9. Kami akan bekerjasama dengan mana-mana gerakan pembebasan dan pencinta kedamaian seluruh dunia terutamanya gerakan-gerakan Islam .

Teks asal dokumen  pengisytiharan itu adalah dalam bahasa Melayu. Kemudian ia dibukukan semula dan disiarkan dalam  3 bahasa, iaitu Bahasa Melayu (Rumi dan Jawi), Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Perlu diingatkan di sini bahawa pergerakan  BRN yang menyertai persidangan ini adalah dari BRN Kongres(sayap tentera dari BRN asal) dan bukannya BRN-Kordinasi. Begitu juga dengan PULO pada ketika itu masih lagi satu dan bukan tiga pecahan seperti yang ada pada hari ini.
Difahamkan ekoran pengisytiharan ini beberapa bulan kemudian tertubuhnya sebuah organisasi payung yang diberi nama: Barisan Bersatu Kemerdekaan Patani atau lebih dikenali sebagai BERSATU. Ia didokong oleh keempat-empat pertubuhan pembebasan yang tersebut di atas.Oleh itu boleh dirumuskan bahawa pengisytiharan di atas didokong sepenuhnya oleh BERSATU.
Banyak peristiwa telah berlaku sejak dari tarikh pengisytiharan itu. Walaupun penubuhan BERSATU tidak membawa kepada wujudnya penyatuan sebenar dari segi organisasi pertubuhan perjuangan  dan gerakan militir, namun ianya telah membawa satu impak politik yang bermakna kepada perjuangan Patani. Keupayaan pimpinan, kesepakatan dan semangat toleransi sesama mereka dalam mewujudkan satu barisan menyuarakan tuntutan telah sedikit sebanyak menggusarkan pihak penjajah.
 Penjajah Thai yang sudah dikenali dengan polisi pecah dan perintah (divide and rule) tentu sekali tidak senang apabila pejuang Patani bersatu menghadapi mereka. Penjajah lebih suka jika pihak pejuang berpecah belah dan bercakaran sesama sendiri, yang sudah tentu akan menyebabkan suara dan upaya mereka menjadi lemah. Sampai hari ini BERSATU masih lagi menjadi satu igauan bagi pihak penjajah walaupun ia sudah tidak lagi berperanan.
Sejarah penubuhan BERSATU, perjalannya dalam memikul tanggungjawab membela nasib bangsa, permasalahan dalamannya dan akhir berkesudahannya dengan kelesuan. Penulis tidak berhasrat untuk menghuraikan dengan panjang lebar mengenai perkara itu melainkan terserah kepada para pengkaji politik yang berminat untuk mendalaminya. Apa yang lebih penting di sini ialah SEMANGAT dan CITA-CITA yang terkandung di dalam Pengisytiharan itu sendiri.
Perkara 1 dan 2 adalah satu pernyataan yang tegas dan jitu bahawa perjuangan ini bermatlamatkan sebuah Negara Patani Merdeka dan berdaulat melalui perjuangan politik bersenjata oleh rakyat keturunan Patani sendiri. Kesemua pertubuhan perjuangan Patani mendukung perinsip ini saat awal penubuhannya sehingga hari ini. Meskipun kecenderungan hari ini sesetengahnya telah mengambil pendekatan perundingan atau dialog damai, para pejuang hanyalah cuba meneroka jaluran sampingan yang boleh membawa kepada cita-cita itu dan tidak sama sekali meninggalkan perjuangan bersenjata.
Perakara 3,4 dan 5 menonjolkan sikap penentangan pejuang Patani terhadap SEMUA polisi, tindakan, eksploitasi, penindasan dan pencabulan Hak Asasi Manusia oleh pihak Penjajah yang bertujuan  untuk terus mengekalkan cengkaman kuku besinya ke atas rakyat Patani dan sumber buminya. Kita lihat betapa hari ini orang Melayu Patani sudah hilang jati diri sebagai suatu bangsa yang bermaruah, hidup merempat di bumi sendiri, bahasa dan budayanya sudah hampir pupus. Mereka ditangkap,dihilangkan atau dibunuh sewenang-wenangnya tanpa pengadilan yang telus dan saksama.
Penentangan juga adalah terhadap sebarang usaha dari mana-mana pihak yang bersekongkol untuk mencuri kekayaan hasil bumi Patani , sehingga bersedia untuk bertindak secara tegas terhadap para "penyangak" dan mereka yang mengkhianati perjuangan seperti yang terkandung dalam perkara 6.
Perkara 7 dan 8 menyeru dan memohon sokongan dan dokongan dari individu, pertubuhan, serta menghulurkan tangan untuk saling berkerjasama dengan semua yang cintakan keadilan, kebebasan dan kedamaian seperti yang terkandung di dalam perkara 9.
Meskipun 25 tahun sudah berlalu pengistiharan 9 perkara itu masih lagi relevan pada hari ini kerana konflik politik masih berterusan. Para pemimpin perjuangan datang dan pergi. Organisasi kuat dan lemah silih berganti. Para pejuang di lapangan ada yang sudah syahid, yang sudah  berumur dan yang sunyi menyepi.Yang masih kekal ialah rakyat jelata dengan cita-cita perjuangan yang tak pernah padam. Maka seharusnya amanah ini akan terus dipikul oleh generasi seterusnya dan dipertingkatkan keupayaannya untuk mengahasilkan KEADILAN, KEDAMAIAN dan KEBEBASAN hakiki di bumi Patani Darussalam.
 Adapun berhubung dengan pendirian rasmi pertubuhan-pertubuhan perjungan Patani mengenai proses dialog damai terkini masih dalam perbincangan. Adalah dijangkakan satu  sidang rasmi akan diadakan sedikit masa lagi disusuli dengan pengumuman rasmi  dari pihak pejuang samada mereka akan menyertai dialog akan datang atau sebaliknya.
Sama sama kita tunggu....

Abu Hafez Al-Hakim
Cuka dan Madu - Dari Luar Pagar Patani
17 Rabi'ul Awal 1436 H/ 8 Januari  2015 M